:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, July 22, 2009

Nasihat Abang..

"Aling tau tak nape aling selalu stress?"

"Tak.." [sambil muka pusing pada abang & bersemangat menadah telinga!]

"Sebab aling tau aling banyak kerja, tapi aling tak wat.. jadi, aling selalu stress duk fikir pasal kerja2 tu.. pasal thesis tu, assignment, study yang tak faham..."

"Erm.." [erm tu menunjukkan mood sudah berubah sebab terkena batang hidung sendiri.. hikhik..]

"Cuba kalu aling wat semua2 tuh.. bukan abang suh buat serentak.. point kat sini, aling wat sikit2.. at least gerak mende tuh.. hati pun mesti dah tak fikir sangt sebab kerja kite tu in progress.. tul tak?"

"Yela.." [Yela menunjukkan satu respon yang agak kurang berminat utk mendengar]

Tiba.....

"Abang, cu tengok dia neh.. barang2 penuh dalam keta.. macam2 ada.."

"Ni tak nak dengar la ni mende abang cakap.. saje tukar topik.."

"Bukan la.. aling dengar dah.. iye, betul la abang cakap tuh.."

Oke.. aku memberi chance 100% ke abang untuk 'membebel'.. saksi yang melihat aku mendengar dengan baik tanpa bantahan adalah barang2 dalam kete.. hikhik..barang2 dalam kete, betul kan aku neh dengar dengan baik.. kan?? kan?? mase tuh dalam kete on the way nak balik rumah aku.. so, start dari Merchang sampai ke Kuala Ibai, abang diberi peluang membebel tanpa sebarang halangan oleh aku.. Merchang-Kuala Ibai masenye lebih setengah jam tapi kurang sejam.. lame kan? pendengar setia sungguh aku neh.. =)

So, sampai kat Kuala Ibai, abang ajak jalan2 kat Masjid Terapung.. amik angin kuala di situ.. abang parking kete betul2 depan sepasang kapel nih.. dan akhirnya kami beli aiskrim dan kepok, cari port yang sesuai untuk 'dating'.. hehe.. petang jumaat tu memang ramai sangat orang.. dan ramai jugak tengok kami macam 'pelik' je.. mungkin sebab aku berbaju kurung, tudung labuh dan berpegang tangan dengan sorang laki.. be a positive thinker.. mungkin dia tengok baju aku yang banyak kedut kot.. haha..
.
.
.

episod 'dating' berakhir

*************************************************************************************
Malam ni aku cuba ingat balik nasihat abang pada aku.. memang ada kebenarannya.. aku sudah siap content untuk courseware neh, kirenye insya ALLAH esok siap sepenuhnya courseware dalam bentuk power point.. then, aku nak convert dalam Java.. buat script dsb... agak memakan mase yang lama dan memeningkan kepala..tapi..

Disebabkan aku sudah siapkan content courseware neh walaupun dalam ppt, ianya membuatkan aku sudah tidak stress.. aku dah 'kurang' fikir pasal courseware neh sebab aku tau dah 'gerak' dah untuk kerja ni.. sama macam study, abang cakap, study awal2, nanti tak tensen nak exam.. tapi macam bese la,, jenis aku neh tak leh study awal2.. part ni aku bantahan dari aku.. haha.. sebab aku kata, setakat nie walaupun aku study last minit, aku still boleh score.. rezeki semua dari ALLAH.. mungkin ALLAH 'bagi' aku neh cepat faham dan ingat kot.. tapi sometimes, tak jugak.. 10x ulang pun still tak ingat2 lagi..

"syukur alhamdulillah.."~ trade mark bio-aura.. haha..

So, conclusionnya, betul jugak pandangan abang.. oke, aku tulis sebagai peringatan.. sape2 rase ianya boleh dipraktikkan, sila kan.. memang ianya berkesan.. tiada kesan sampingan malah boleh mengurangkan stress anda..

'bukan mau menggoda, tapi mau berniaga..' ~ tiada kaitan.. trade mark Kopi Janda.. bukan aku minum, bukan aku yang jual.. haha..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online