:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, July 5, 2009

Hati2 Dengan Mereka..

Kebiasaannya di supermarket atau stesen bas atau di surau, kita akan nampak notis orang tulis 'Hati-hati dengan penyeluk saku'.. hari ni aku bukan nak cakap pasal penyeluk saku.. entri ni ditujukan kepada ibu bapa yang mengupah orang mengasuh anaknya.. lebih dekat dengan aku, kawan2 blogger yang sudah mempunyai anak kecil dan bakal menimang anak tak lama lagi.. cerita ni kisah benar.. ecece.. macam suspen jea cite ni.. terjadi kepada anak sedara abang... sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal ni, tapi asek cancel jea..

Kejadian ni sudah lama berlaku, tapi baru disedari oleh abang ipar aku [abang zubir].. sebenarnya mereka pelik sebab pembesaran Sumayyah tak normal macam orang lain sedangkan lahirnya normal.. Sejak lahir Sumayyah dah masuk hospital 3 kali.. yang paling teruk baru2 ni sebab kene tahan dalam ICU.. kadang2 dia jadi sawan.. tapi kalu istilah yang abang guna 'nyetok'.. alhamdulillah, Sumayyah dihantar secepat mungkin oleh neneknya dan dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian.. Sumayyah membesar tak macam orang lain.. lambat merangkak, berjalan, gigi tumbuh pun lambat.. baru2 ni, Doktor scan otaknya, tapi alhamdulillah, sempurna, tiada cacat celanya..

Segala2 terbongkar bile abang ipar aku 'terpulang' awal dari sekolah dan terus ke rumah utk amik adik Sumayyah.. Murah rezeki abang ipar aku ni.. jarak anak kedua dengan Sumayyah 11 bulan je.. so, bile sampai kat rumah pengasuh tu, abang arif terkejut sebab tengok kedua-dua tangan Sofiyyah dalam seluar.. boleh imagine tak? kalu baby dibedung lain skillnya.. ini pengasuh punye skill bedung, cara baby dibedung dengan meletakkan kedua-dua tangan baby dalam seluar.. belajar kat U mane ntah pengasuh ni..

Bile tangan baby diletakkan dalam seluar, seolah2 tangan dia 'diikat' dengan getah seluar.. pengaliran darah tak boleh lancar.. bile abang arif tarik tangan Sofiyyah dari getah seluar, nampak merah2 bekas getah seluarnya.. kesian sangat.. hasil selidik dari jiran2, rupenye mase pengasuh tu jaga Sumayyah, Sumayyah dibiarkan bile menangis, kadang2 dibiarkan berseorangan di rumah bile pengasuhnya nak amik anak dia dari sekolah.. mase terbongkarnya rahsia ni, Sumayyah berada di kampung bersama neneknya sebab dia masih ada appointment dengan Doc kat HUSM..

Sejak kejadian tu, abang arif tak hantar dah Sofiyyah ke rumah pengasuh tak berhati perut tu..kalau bekas pengasuh tu Sofiyyah buat Sofiyyah macam tu, maknanya dia buat mende yang sama pada Sumayyah.. patut la Sumayyah tak membesar macam baby lain.. tangan dia tak leh bebas bergerak.. bile anggota baby dah 'dipenjara' macam tu, memang lambat pembesarannya.. kesian Sumayyah.. dugaan utk abang arif sekeluarga.. Alhamdulillah, Allah bagi petunjuk awal.. kalu tidak, kemungkinan Sofiyyah akan mengalami nasib yang sama macam kakaknya..

Pesan aku pada kawan2 yang dah ade anak, yang bakal menimang anak, berwaspada ketika memilih pengasuh untuk anak.. ada yang betul2 baik, buat anak orang macam anak dia.. kita menghantar anak waktu pagi pun senang hati.. tapi kalu yang jenis betul2 nak duit sahaja, memang dia asuh anak bukan macam anak dia.. kadang2 spot check tu perlu.. korang buat ala2 kat sekolah dulu.. =) tapi spot check korang jangan bagi pengasuh tu perasan yerk..


0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online