Oke.. sepanjang aku praktikal ni mungkin aku banyak cite pasal sekolah, budak2 n pasal mengajar.. untuk tatapan adik2 yang masih lagi di UPSI yang sedang belajar camne untuk mengajar, untuk adik2 maktab (sebilangan readers blog ni ade jugak pelajar maktab), dan kepada sesiapa saja yang INGIN tau dunia perguruan yang sebenar.. aku tekankan perkataan INGIN tu sebab bagi sesiapa yang tak nak baca, tak payah lagi visit blog ni.. waa, amaran keras nih!
Entri terdahulu aku terima 3 komen.. thanks pada komenter2 itu.. thanks pada Jue yang berkongsi cite pengalaman dia sebagai guru ganti.. aku kire, mana2 student adalah sama jerk kat mana2 sekolah, cuma kepandaian guru untuk mengambil hatinya.. Hari ni macam bese, aku ngaja 2 masa untuk 2 kelas..
Perjalanan ke kelas 2 Gigih menghiburkan hati aku.. sepanjang kelas aku perhatikan macam2 cara guru menarik perhatian pelajar, mendenda pelajar menyiapkan kerja di luar kelas dan tak kurang juga ragam pelbagai pelajar dalam kelas.. budak2 aku anggap unik.. setiap orang mempunyai pelbagai kecerdasan yg berbeza.. guru2, sila ingat 8 kecerdasan Gardner yang kite belajar tu ye dan cube praktis kan dalam kelas, insya ALLAH berjaya cara anda itu..
Aku kire aku dah 'fall in love' dengan kelas 2 Gigih ni.. mereka bukan pelajar yang pandai, tapi mereka ada keinginan untuk belajar.. mereka pelajar kelas kelima, tapi mereka membuktikan bahawa kelas kelima bukan kelas yang TIDAK mahu belajar! aku suke, aku hepi dan aku bahagia bergelar guru kepada mereka..
Tadi aku mengajar topik "Stimuli n Response in Plant"... aku mengajar dalam BM sebab itu permintaan pelajar yang rata2 nya tak paham dalam BI.. tapi, aku akan speaking untuk penutup dalam pengajaran (kite panggil closure) sebab aku nak pastikan budak2 tau term2 in English.. aku mula mengajar dengan peta konsep.. aku kire peta konsep memudahkan kepahaman mereka..
Kalu dulu, mase Dr Nurul mengajar microteaching, dia sarankan buat peta konsep diakhir pengajaran dan student yang buat, bukan cikgu! tapi aku kire, budak2 kelas 2 Gigih ni tak reti nak buat sendiri tanpa guide dari cikgu.. so, untuk permulaan, aku bagi dulu peta konsep untuk mereka..
Lagi 1 kelas ni yang membuatkan aku 'fall in love' sebab kawalan kelas cukup cukup cukup bagus.. sebab first performance aku depan mereka aku dah bagitau apa yang aku suke n apa yang aku tak suke.. so, mereka tau dah aku cikgu jenis macam.. aku bukan jenis cikgu yang garang, tapi tegas.. kelas aku bukan tak leh wat joke langsung, boleh.. malah joke mereka menghiburkan hati aku.. aku gelak n mereka gelak but in the same time, dia tau aku gelak pada masa n aku tegas pada masa.. itu yg aku mahu sebenarnya..
Aku tau, kelas ini bukan dapat jika sekali je dengar apa yang aku terangkan.. aku terangkan pasal stimuli n respon in plant hampir 5 kali n ending of the class, aku bagi nota.. tengah2 aku mengulang, mengulang n mengulang, kali ke4 aku rase waktu aku dah mengulang, tetiba aku terdengar one of them sebut;
"ooo.. macam tu cikgu.. baru saye paham.."
Hati jadi sayu.. ya ALLAH, akhirnya dapat jugak apa yang aku nak mereka tau pada hari ni.. hati berbunga2.. rase nak peluk cium sebagai ibu untuk dia, tapi sebab dia lelaki.. hohoho.. sebagai penghargaan respon yang diberikan kepada aku dalam kelas, semua kerja yang aku bagi buat, semua mendengar kata aku, so, aku bagi mereka rehat awal 5 minit.. bukan main suke lagi dorang..
So, untuk kelas hari rabu nanti, aku nak try tanye lagi mereka dengan bagi short quiz.. jika mereka banyak betul, aku tumpang hepi.. tapi jika mereka banyak salah, aku anggap tugas aku belum selesai n aku tak fed up sebab aku tau, budak2 takkan dapat semua input dalam sekali waktu pengajaran sahaja.. keluar kelas tu, aku senyum sorang2 macam orang gile.. ngeh!
p/s: sekarang aku try nak cari jalan penyelesaian macam mana nak attract student kelas 2 Budiman yang lebih nakal dari kelas 2 Gigih.. any ideas??









