:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Monday, July 6, 2009

Kisah Hari Ini

First day kuliah terus dapat asemen.. aras ketensenan sudah naik ke tahap 20%.. geram2.. satu subjek 4 asemen.. asemen 1, tempoh diberi dari week 1 until week 3, week 4 present.. week 5 asemen 2, week 6 present.. mid term dah week 6.. then, asemen 3 week ke 7 sampai week berapa ntah aku pun da lupe.. itu baru satu subjek.. selamat sem ni semua subjek major tak der lab.. alhamdulillah.. dah tak payah aku nak reka2 ayat nak tulis discussion dalam lab report.. nak mengarut raban tulis errors ape yang berlaku sepanjang experiment tu dilakukan dan tak payah dah nak pening2 kepala fikir nak tulis theory ape..

Tapi lain pulak jadinya.. subjek Energy of Physics memerlukan aku banyak membaca tentang teknologi terkini yang sedang berkembang.. tadi pun yang aku tau pasal Green Building je.. itu pun tau sikit2 tentang pembinaan bangunan yang tidak menghadap matahari dan kesannya boleh mengurangkan penggunaan aircond dan sterusnya boleh selamatkan lapisan ozon.. lain2 teknologi atau isu sekarang kurang tau sebab kurang tengok berita dan baca paper.. asek berkepit dengan abang je 24 jam.. Oppsss!! terlepas cakap =)

So, nanti dah bz dengan asemen2 dah.. esok kelas pukul 8.. malasnya nak bangun pagi.. tapi aku suke jadual ini sem sebabnya dari hari isnin hingga rabu, kelas tamat pukul 1 pm.. ade mase wat thesis waktu petang.. iye ke aku ni wat thesis atau aku lentok atas tilam ^_~ almaklum, waktu yang best tu tidur.. pakej sekali jika perut sudah kenyang then tidur.. haha.. manusia jenis ape la aku nih..

Itu cerita tentang subjek yang gilakan asemen.. hikhik.. ni cite pasal aku gi bahagian akademik pulak.. time ni aku nak gi amik slip exam.. oke, setel amik slip exam, aku pegi bahagian akademik.. nak betulkan ejaan nama.. nama aku kan specel, ade sengkang atau lebih sedap namanya dash.. betul ke eja nih? so, setelah aku hidup bertahun2 kat UPSI ni, sebenarnya ejaan nama aku salah.. bukan tidak perasan tapi buat2 tak perasan dan tak der perasaan nak betulkan..

Dipendekkan cite, oleh kerana sem ni dah sem 7, so nak tak nak aku kena betulkan jugak.. kalu tak, dalam scroll ijazah pun ejaan salah.. aku pun gi bahagian akademik.. akak ni sebenarnya dah letih gamaknya melayan student baru yang banyak fiil.. tak pe2, aku faham sebab aku pun pernah jadi student baru jugak.. mereka2 ni nak hantar fail peribadi.. so, sebelum dihantar akak ni cek dulu la kot2 ade maklumat2 yang diperlukan tiada sebab fail ni penting utk rujukan UPSI..

Dah tu, budak2 ni pun satu.. nak kate tak masuk UPSI, masuk dah.. semua pandai2.. nape la kome tak ikut arahan yang tertulis dalam fail tu.. kalu dia suh susun semua item2 ikut susunan, susun je la.. ni ikat main terabur.. camne akak tu tak bengang.. kalu aku jadi akak tu pun tak kan sampai pencen aku dah berhenti kerja.. lepas akak ni setelkan student baru, aku pun cakap nak betulkan ejaan nama..

"dah sem berapa ni?" [sila baca dengan nada yang nak marah dgn mimik muka nak telan orang]

"sem 6.. eh2.. sem 7" [sila baca dengan nada yang takut ditelan orang]

"sem 7 baru nak betulkan nama?" [baca dengan nada yang hangin]

"saya ingatkan tak pe.." [baca dengan perasaan rasa nak terkencing]

"semua ingat tak pe.. mane IC"

.
.
.
.

"bagitau no matrik 5 angka terakhir.."

"em... 0..eh.. 2.. [tengok kad matrik] ..haa.. 26497"

"sem 7 pun tak ingat2 lagi no matrik.."

Akak!! jangan la marah aku.. aku tak bersalah.. geram sanga rasa.. nak gelak pun ade.. aku dijadikan tempat dia melepaskan geram.. tak patut2.. adakah tanda muka aku ni seorang penyabar? hikhik.. then..

"em, status tu pun tukar jugak.."

"kenapa? dah berkahwin..nanti fotostat sijil nikah"

"a'ah.."

Keluar dari bilik bahagian akademik, aku gelak2 cite kat syikin.. sebenarnya aku dah rasa yang aku akan kene marah sebab sebelum ni dah tengok perwatakan akak ni dah kurang 'stabil' melayan student baru.. tapi aku nak betulkan jugak nama sebab aku jarang pergi bangunan canselori.. nanti kan dah habis sem baru teringat, lagi teruk nak kene marah.. hikhik..so, moral of the story:
  1. Jangan tangguhkan hal2 yang penting..
  2. Jangan jadikan orang yang tak bersalah tempat melepaskan geram.. anda mampu mengubahnya.
  3. Dah ada anak besok2, jangan eja nama anak pelik2.. kesian cikgu2 kat sekolah nak mengejanya.. nak mengeja satu hal, nak sebut habis terbelit urat lidah =) ..[aku pernah mengalaminya..

2 Comments:

ummuabdullahsyaakir said...

Salam Anim,harp sht selalu...wah lma nya akk tak jengah blog ni...eem msh ada aura pengantin baru lagi..hehe...moga iktn suci anim ni berkekaln hgga akhr hayat yea.

eem jgn tensen2 dik,kan dah ada pnguat semgt disisi?Mitk tolg suami support skli yea.Insya Allah moga mudah semuanya nt.

Mami Hadeef said...

hehe.. yela.. rindu kat kak aini.. memang lame pun akak tak singgah sini.. tengok blog akk pun lame dah tak updet.. akak due bile ye? dah dekat ke?

hehe.. penguat semangat memang dah ade.. tapi jauh, bukan disisi sokmo.. hehe.. tapi kalu dia depan anim, tak leh updet blog selalu la sebab dia suh siapkan kerja dulu seblum 'berfoya2' dengan blog.. hehe

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online