:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Monday, July 13, 2009

Belum Selesai Rupanya..

Sebenarnya sebelum kawen aku dah hantar surat permohonan kebenaran untuk berkahwin ke KPM.. tapi still ade rase tak sedap hati sebab aku hantar surat tu tiada nama penerima... aku just tulis alamat bahagian ikut alamat dalam surat tawaran je.. tapi yang peliknya sampai hari ni tak der feedback dari KPM sebab abang nak surat feedback tu utk dihantar ke JPA..

So, dipendekkan cerita aku beremel-emelan dengan pihak bahagian ni.. tup dia balas KPM tak de terima surat dari aku.. ke manakah surat itu wahai posmen? penat aku taip tau.. aku pun terus call ke KPM.. baik sungguh puan yang bercakap dengan aku ni.. setakat ni layanan KPM ke aku baik sungguh start dengan nak hantar proposal lagi.. kirenya setakat ini aku sudah berurusan dengan2 bahagian dalam KPM ni.. bahagian perancangan & penyelidikan dasar pendidikan dan bahagian tajaan pendidikan.. so, aku conclude kan bahawa, pihak2 KPM sungguh baik hati..[sila la tambah biasiswa saya atas pujian ini.. =) ]

Bile KPM cakap tak terima, so aku pun kena taip balik surat tu.. softcopy nya ada, tapi dalam external hard disk abang.. aku malas nak susahkan abang, jadi aku susahkan diri aku nak fikir ayat nak tulis dalam surat tu.. hikhik.. lama dah tak blaja BM, so otak aku pun dah berkarat dengan tatabahasa ni.. itu la, nasib PPSMI dimansuhkan.. boleh aku mantapkan BM aku ni.. [ye ke?] ..Ingatkan dah selesai, rupenye belum selesai permohonan ni.. tapi tuannya dah kawen.. tak kesah kan KPM? sila jangan marah kat saya, marahkan surat tu kenapa dia tak kembali pada jalan yang benar..hehe..

p/s: nasib aku tergerak hati nak beremel-emelan dgn bahagian tajaan ni.. kalu tak, mesti status aku single lagi.. haha.. penting ni status married, untuk tujuan posting nanti.. =)


0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online