:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Monday, July 13, 2009

Abang Nak Apa?

Semalam aku call abang dan sembang2 dengan dia.. bese lah, utk kurangkan keletihan abang jadi full prebet semalam.. masuk 6.30 am - malam.. ni kalu ade anugerah, confirm dapat anugerah pekerja terbaik nih.. kesian abang, kalu aku ade, boleh tolong urut2 walaupun abang cakap tak pernah rase pun urutan aku.. maklum la, tangan cute miut aku ni tak der tenaga lebih nak urut tubuh abang.. hikhik..

So, atas dasar kesolehahan aku ni sebagai isteri beliau, aku pun tanye abang, " abang nak makan apa nanti?" dis weekend aku balik Kuantan jumpe abang, so aku berhajat+berazam utk masak something utk abang.. aku bukan nak masak lauk2 sepecel pun sebab perjalanan dari TM-KL-Kuantan tu amik mase lama, jadi takut la lauk tu basi/ tumpah dlm bas.. dalam kepala otak aku nih just nak wat cake atau pape pun yng simple tanpa berkuah..

Memandangkan kedaifan aku duk kat rumah sewa TM ni yang serba kekurangan alat utk nak masak cake ke cuppycake ke, so aku cari something yang tak complicated sangat.. so, aku terfikir la nak wat ______.. tapi bahan belum ada and beli lagi.. itu pun jika ade ruang dalam peti ais utk aku nak parking tupperware aku sebab peti yg amat kecik digunakan oleh 7 orang dalam rumah ni..

Tetibe aku ni senyum sorang2 [bukan gile atau meroyan eh].. sebab selama ni aku tak pernah ada minat untuk nk masak atau wat kek atau biskut raya.. setiap kali raye, mesti kakak aku ketiga tu ajak aku wat biskut raya.. ni cerita zaman dia dan aku bujang la.. aku yang sememangnya malas nak ber'cotet2' atas biskut raya ni mula la nak ngilat dari wat biskut raya.. so, setiap malam puasa, aku just teman je kak ma wat biskut raya tanpa ada perasaan nak tau+belajar+try wat sendiri.. [ape kejadah adik cegini..]

Kalu kakak aku yg sulung, suke bagi resepi2 kek dia.. kalu dulu aku just dengar telinga kanan kuar telinga kiri, tapi sekarang aku rase ada perasaan utk nak wat sendiri.. apa yang aku suke brownies dari kakak aku.. huh.. sedap.. sekarang, aku dah ada keinginan nak blaja cara2 nak wat... [alhamdulillah, moving to rajin person =) ] .. tapi wat mase ni tak leh la nak wat sebab oven tak der..

Aku dah melalut sekarang ni.. stop sini.. tunggu la something dari aku untuk abang.. tak leh mention sini kot2 tibe2 abang sudah rajin buka blog aku sekarang.. first time nak buat 'mende' ni.. kepada abang, andai 'mende' ni keras ke, lembik ke, manis ke, sila lah terima kekurangan isterimu ini.. haha.. aling cuba yang terbaik yea cuma aling modify sikit tau sebab abang suke chocolate lebih kan..

p/s: kakak2 aku yang disayangi, sila lah bangga dengan adik bongsu mu ini.. =)


0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online