:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, April 24, 2009

Psiko Sungguh..

"Psiko sungguh duk satu rumah dengan anim ni.. kejap2 dia nyanyi.. kejap2 dia jerit.. kejap dia tidur..bangun tidur bukak blog.. susah nak tengok study... nak amik aura study dari dia pun tak leh.."

Baru anim sedar rupenye ada kawan nak amik aura study dari anim.. opssss!! cubaan anda untuk amik aura study dari anim akan mendatangkan kekecewaan, oke... hikhik... base pada pernyataan yang dikeluarkan oleh sorang housemate anim ni semalam.. that time, anim tengah sibuk tulis name pada kad2 kawen utk bagi pada kawan2.. maklum la, nak terus study tak der mood gara2 Modern Physics yang besh itu!! ^_~

Bukan jenis anim yang kene duk kat meja study 24 hours.. ohoho tidak.. naik bisul punggungku nanti.. anim memang susah nak concentrate study.. sungguh susah.. jika study kat rumah, hanya beberapa jam sahaja diperuntukkan untuk study...tapi beberapa jam itu anim pastikan ianya bermakna.. sebab tu mase anim banyak habiskan dengan blog + Friendster, supaya segala tensen mensen tuh hilang n bila study boleh masuk dengan jayanya.. dan sebab itu la si Ijan ni susah nak tengok anim study sebab masa study anim bukan dari 8am-5pm atau 8pm-1.00 am.. hehe..

"Anim tak pe KPM.. kalu ore la, dapat KPM tidur je la kijo.. posting pun confirm doh"

Ohoho.. ni statement dari orang yang same jugak.. erm, no komen la anim.. tapi rasenya KPM ke, PTPTN ke, posting memang confirm.. cuma samada cepat atau lambat.. KPM pun kalu PNGK bawah 2.75, still kene interview balik.. beza PTPTN dengan KPM ni, students under KPM tak perlu di interview dah untuk posting unless jika result dia bawah 2.75.. tapi kalu PTPTN ni, semua kene interview balik, dan students bawah PNGK 2.75 ni tak akan dipanggil untuk interview posting.. kesian kan.. tak baik buat camtu.. penat2 belajar jadi cikgu, tapi tak dipanggil posting..

Bagi anim, result tinggi2 pun jika tak der sijil kokurikulum pun tak guna jugak.. seorang cikgu kene balance.. akademik+kokurikulum+sahsiah = cikgu yang berkualiti.. ramai jugak anim tengok kawan2 anim yang just study je, penglibatan kokurikulum amat lah kurang.. sampaikan bile diajak join jadi REXCO, ni jawabnya..

"ala.. sijil dekan dah tiap2 sem.. wat ape sijil lain lagi.."

Huh.. pedas jawabnya.. ku tau ku tak mampu dekan setiap sem.. hikhik.. tapi tak pe.. anim tak kesah pun apa jawabnya, yang penting anim sendiri ni dah cukul sijil2.. dah lengkap untuk dibawa mase interview if kene di interview balik [harapnya tak laa..].. sijil kokurikulum ni amatlah dikehendaki mase interview.. cerita dari senior anim dulu, disebabkan dia memang tak aktif di U, so KPM tanye..

"apakah sumbangan anda di U.."

See.. tergagap dia tak leh jawab.. tapi dia bernasib baik sebab ade pengalaman kerja.. so, sebenarnya penglibatan dalam kokurikulum ni nak tengok sejauh mane seseorang tu pandai bersosial dalam komuniti.. ade kemahiran handle program, ade pengetahuan untuk tulis minit mensyuarat, tau nak tulis laporan kewangan dsb.. bukan lah nak kata berkokurikulum ni sampai boleh jatuh result, tak leh score dsb.. bergantung pada seseorang untuk nak manage masenye..

Oke..cikgu dah banyak bebel.. cikgu nak gi mandi then cikgu nak study..

p/s: ejan, pasni boleh datang bilik anim amik aura study.. I dah nak study ni,, ^_~
p/s 2: makin dekat dengan Hari Guru, makin banyak cikgu anim ni membebel.. confirm tak leh banyak hadiah time hari guru nanti.. kui3..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online