:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, April 12, 2009

Jantung Yang 'Suci'

Introductory Biology 2 untuk sem ni semua menekankan tentang sistem.. berbanding sem lepas content nya banyak tentang proses.. dan sistem2 ni banyak yang terlibat dalam kehidupan seharian kita seperti pencernaan makanan, persenyawaaan, pernafasan dsb.. banyak yang perlu difahami dan dihafal.. masak otak anim kalu nak hafal semua ni..adus..

Start dengan tingkatan 4 lagi, asal sebut Bio je terus ngantuk.. asal ngantuk je, mula nak baca Bio... macamne study nak effective.. hehe.. dan berlarutan laa sampai tingkatan 5.. lebih2 lagi dapat cikgu Arifin.. cikgu yang romantik.. slow je suara dia.. lagi membuai untuk kami tidur dalam kelas.. tak pernah ketinggalan untuk tidur mase blaja bio.. confirm tidur jugak walau 5 minit.. hehe..walaupun sesi pembelajarannya dalam makmal..

Cikgu Arifin dah tak tau nak buat camne tak nak bagi students tidur.. dekat2 nak habis tahun, dia dah mula pegang pembaris panjang warna kuning tu.. hehe.. dan pembaris itu akan 'bertugas' sebaik sahaj cikgu Arifin dapat detect 'mata-mata' yang hampir terpejam.. tapi mase tu, kami tak takut pun, gelak lagi.. sebab care cikgu Arifin pukul tu memang mencuit hati.. ngeh3..

Dan salah satu tajuk yang memang anim tak minat, tak suka, lagi menyampah tajuk tentang Jantung.. ohoho.. susah bebeno nak hafal cara pengaliran darah ke jantung ni.. atau nama tepatnya Cardiovascular System.. Tup2.. dapat bakal suami yang memang minat gile pasal jantung dari dulu, kini dan selamanya.. dan menjadi harapan dia untuk anim score dalam Bio sem ni.. harapan oh harapan.. =D

Anim pun tanya dia camne cara2 nak blajo Bio yang berkesan.. senang je.. lukis setiap gambar yang melibatkan sistem.. uhhh.. jenuh utk anim nak lukis semua.. setakat ni, baru masuk dekat circulatory system dan the maintainance system.. boleh laa nak lukis2.. kalu dah masuk tajuk reproduction system, macam tak sanggup je nak lukis gambar2 itu.. hehe..

Dan ini la hasil lukisan anim..


Jantung yang 'suci'.. belum dilabelkan lagi ^_^

Overview of cardiovascular system..

Ala2 tengkorak hidup ni Anatomy of the Pharynx

Rasa macam amik subjek pendidikan seni pun ade.. haha.. kalu la ade contest biology, confirm anim akan hantar gambar jantung yang suci itu.. hehe.. mengimbau kenangan dolu2, anim pernah jugak wakil sekolah dalam pertandingan melukis ini.. kiranya ade la jugak bakal, tapi hanya terpendam je skang.. dan lukisan sekarang tak cantik macam dulu [perasan mode =D ]
Seingat anim, mase sekolah rendah 3 kali wakil sekolah dalam pertandingan melukis dan ketiga-tiga kali tu la tak pernah dapat hadiah.. =( hehe..

So, nak gitau sebenarnya anim bukan pandai sangat pun melukis ni, tapi mungkin cikgu selalu tengok anim suka lukis dalam buku, sebab tu kot terpilih wakil sekolah.. tapi sijil2 nya masih disimpan rapi dalam fail tau walaupun tak pernah menang..hehe .. kenangan dolu2 harus disimpan..

2 Comments:

Shahibul Afzan Wahab said...

wah..cantikla anim lukis..

anim sebut cikgu ripin, menyebabkan kak shibul kembali terkenangkan cikgu...oh cikguku...

dulu kat sekolah paling suka biologi, dan cikgu ripin antara cikgu yang sangat disayangi...

tapi malangnya cikgu dah tak ngajar kat smaza lagi...gi smaza pun xdapat jumpa beliau lagi...sedih...

Mami Hadeef said...

hehe.. iye la.. cikgu ripin yg romantik.. cikgu ripin dah tak ngaja smaasza ek? erm, lame tak tau ttg perkembgan smaasza.. tau cikgu matjak je dah bersara.. nanti dapat tau lagi pasal smaasza kot sebab zubir nak gi skolah jemput cikgu2..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online