:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Thursday, April 9, 2009

Adakah Ianya Satu Proses?

Proses apa yang dimaksudkan?? bukan lah proses yang dibaca dalam buku Bio, tetapi proses pengubatan mata.. wujudkah ia?? 2 3 minggu lepas anim bz dengan asemen menyebabkan kene stay up sampai kul 3 pagi.. dah namanya kene stay up, so dalam jangka masa buat asemen tu, banyak je celah2 mase..[makan+updet blog+main friendster].. ngeh3..

Selasa lepas hari pembebasan dari asemen... yappie...yappie.. and that time, baru menyedari bahawa sesuatu yang berlaku pada mata.. ohhh... sungguh tidak comey mata ku.. kelopak mata berlipat2.. seakan-akan mata orang tua or adakah anim ni sudah tua [tak mo ngaku] ^_~ rase2nye, mate my mom lebih lawo sebab dia memang tidur yang mencukupi (9.00 malam-4.30 pagi)..

So, anim pun mendapat la nasihat daripada eah.. "anim kene jage mate ni.. dah dekat nak kawen dah.." bertitik tolak dari pesanan hikmah tu, anim telah men'spend'kan banyak masa utk tidur [alasan semata2..nasihat sungguh bermakna dari eah].. hehe.. so, semalam bukan proses yang sebetul2nya untuk 'membetulkan' kedudukan mata yang jauh ke dalam (maksudnya mata dah cengkung..)

Hari ni adalah proses yang sebetul2nya.. huhu.. walaupun pagi tadi anim ke lib utk study, still boleh tidur lam lib yg ber'aircond' tuh.. masya ALLAH, hebat sungguh diri ni.. hehe.. dah sedap tidur situ, bangun2 terus balik la.. tapi anim berpuas hati jugak sebab tanpa hafalan, dan hanya memahami konsep, anim dah ingat pengaliran darah dalam jantung.. dengan cubaan melukis struktur jantung yg susah gile tuh -_- , akhirnya berjaya..ni kes sebab amik cara2 bakal suami memahami bio.. huhu..

Balik dari lib, anim sambung tidur dari kul 12.30-2.15.. bangun untuk solat Zohor.. sebenarnya ade kelas tutorial pukul 3, tapi dah memang niat awal2 pagi lagi tak nak g, so memang tak der la usaha utk menghadirkan diri ke kelas tu.. [niat awal2 pagi macam pose je..] hehe.. then, lepas sembahyang, try la bukak buku Modern Physics.. tan smpai 15 minit, mate terkulai layu lagi.. aduh.. tidur le beta sampai pukul 6.15 petang..

Bile saje tersedar, boleh lagi fikir, dah tidur banyak ni mesti mata dah OK.. terus bangun dan amik cermin.. haha.. bukan bangun terus nak gi solat.. tengok2 mate jap, alhamdulillah, dah OK.. dah lawa sikit dari mata mak anim =D .. kuar dari bilik, terserempak dengan kak nor..

"kak nor, anim tidur lagi."

"ni memang betul2 betulkan mata ni.. tengok mata sikit... oke, mata dah oke dah.. tak macam hari tu.."

So, dengan hepi nye sebab proses pembetulan mata telah berjaya.. huhu.. kepada anim sendiri sila lah jaga mata anda utuk kesejahteraan diri.. ^_^

p/s : anim perlu telefon mak untuk menyuntik semangat nak study.. mak, suntik dengan dos banyak sikit supaya tahan lama ek.. =P .. suntik dengan dos namanya 'study pulun' .. oke mak?

6 Comments:

najwa.abdullah said...

haha

ganahnye

mek

ni

tidoooo!




*wa pun penoh tido kat lib.seyes terlena gile.rase xmo bgn jek.adoiyaiiii

Mami Hadeef said...

hehe..tu la waa.. org panggil qadha' tido.. huhu.. bes tido kt lib.. sejuk2 aircond.. maklum la, kt rumoh tak dop aircond.. kui..kui..

Raihah Rosli said...

huhu....
nama I lg!
Rse glamer lak kat blog nih...kuikuikui :D

org rse org pun kne jlni proses cm anim la... bwh mate org hitam n bergaris2....hehe.

Tido kat libry mmg syok! Sejuk... bile terjage, lap muka... tgok kiri kanan.... huhu....cover2 ... takut org nmpk...huhu

Mami Hadeef said...

nama U memang selalu femes.. tapi bukan I kutuk2 U tau.. huhu.. tu la, tadi pun cover.. kiri kanan belakang ade orang.. nasib depan tak der org sebab depan anim pun ade cermin =)

tu la.. rase lemah sangat.. dah tak der mood utk sem ni.. lambt nye habis sem ni utk mulakan sem baru, hidup baru =D

wearelearningparents said...

bagu2...tidur ialah 1 therapy...he~

Mami Hadeef said...

ooo.. tidur satu therapy?? mekaseh kak ruby bagi info.. lepas ni buat terapi sokmo la anim.. hehe..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online