:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, April 5, 2009

Ini Hari Minggu Ke?

Weekend datang lagi.. tapi weekend yang dikecapi oleh anim tak sama macam weekend korang.. weekend korang boleh rehat, boleh study, boleh main game dsb... weekend anim?? i must to attend extra class.. adoiiii.. semalam dan hari ini.. adakah ini hari minggu saya?? ohhhh...sungguh memenatkan..

Semalam kelas ganti pukul 3.00-5.00 petang.. di saat orang lain tengah relax apatah lagi ditambah dengan cuaca yang sejuk sebab hujan, mood untuk belajar langsung tak der... di saat orang lain tengah bersiap untuk ke pasar malam, anim terpaksa duk dalam kelas mendengar lecturer mengajar.. nasib subjek yang anim minat.. so, fortunately, I able to focus more.. tak de nampak pasar malam, tak der nampak ayam golek yang sedang bergolek2 atas bara api dsb..

Dan hari ini, kelas yang sama bermula pukul 9.00 pagi -1.00 petang.. subjek yang sama dan lecturer yang sama.. huhu.. disebabkan subjek ini terlalu jauh ketinggalan dengan subjek lain menyebabkan lecturer terpaksa buat kelas ganti.. lagipun 'killer' subjek ni memerlukan lecturer focus untuk setiap subtopic dalam subjek tu.. itu yg jadi mcam siput sket blajo subjek ni.. hehe..

Sebelum berakhirnya kelas tadi, lecturer pesan :

"esok malam ade kelas tau.."

Masing2 macam blur.. sebabnya setiap hari kami akan jumpe dengan encik tu.. start hari jumaat, semalam, hari ni dan esok.. huhu.. sepatutnya, malam esok adalah kelas sebenar kami utk subjek Electromagnetism ni.. hikhik.. disebabkan tuan2 punye otak sume dah penat, sampaikan kelas sebenar pun dah lupe.. dan ade la sorang pelajar jawab;

"En. kami dah mabuk blaja subjek ni.." =]

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online