Sebelum anim memanjangkan entri ini, ingin anim memperkenalkan seseorang merangkap sebagai bakal suami.. Encik Mohd Zubir bin Abdul Rahman.. so, sekarang ni ade 2 orang penulis blog ni.. zuhane tu mewakili Zubir dan Aniemz tu mewakili anim.. huhu.. sebenarnya, bukan luahan ape pun.. saje nak membazirkan masa yang sungguh jeles dengan diri ini.. hikhik.. baru sebentar tadi terbaca blog seorang akak ni.. juga bakal pengantin cuma tarikhnya lewat 2hari dari anim.. terbaca luahan hatinya dan anim tertarik untuk meluahkannya jugak di blog sendiri.. ngeh3..[men tiru2 orang..] =D
Teringat akan satu emel yang dikirim oleh bakal suami..
" i still remember, it still fresh in my mind. one day, i heard about ur name from my friend during chitchat. i dono y i become so eager 2 know who u r. i try to find u. i wana know u. that time, i'm a shy person. i dono how to ask my friend about u. luckily,one day, when i was walking passing teachers' room, i heard somebody called hanim or anim. i can't hear it clearly. but my instinct said that it is u..when first i look at u, i saw mole on ur right cheek. and then, few days later, i saw u again but i quite confuse why the mole is on left cheek.am i looking at the wrong person??? i dono....cont"
[nota: sampai sekarang tak ter'continue' pun story tu.. penat den tunggu =P my bakal usben selalu menggunakan BI dalam emelnya dan me?? membalas dalam BM sahaja.. bukan apa, ingin memartabatkan bahasa ibunda.. alasan bagi orang yang tak reti BI.. huhu]
Sebenarnya, saat kami meluahkan perasaan hati mahu mendirikan rumah tangga, tak ketinggalan jugak ade sesetengah membangkang.. kami bukan saja2 mau kawen.. bukan sebab tengok orang lain kawen, kami pun nak kawen.. ohh.. tidak.. banyak sebabnya kenapa kami mendirikan rumah tangga di usia muda ni..
Kami satu sekolah dulu.. SMAASZA.. sekolah yang banyak melakar kenangan antara kami.. kenangan hati.. huhu.. kami tidak pernah satu kelas pun.. ade hikmahnya.. tak blajo laa kami kalu satu kelas.. story dalam emel tu adalah perasaan bakal suami pada anim waktu kami tingkatan 3.. tapi kami tak laa macam budak sekarang.. bercinta dalam sekolah.. berbalas itu dan ini.. antara kami tak pernah ada sesi luahan perasaan pun.. tak pernah berbalas barang atau berbalas senyuman.. berbalas mata ada.. camne tu? hehe..
Anim?? Sejak tingkatan 2 lagi dia jadi secret admire anim.. memendam perasaan sampai la habis SPM.. dalam waktu kami 5 tahun di SMAASZA, seingat anim hanya 6 kali je kami pernah betegur sapa [kire tu sebab detik2 bermakna =P ].. kami bertegur sapa ade sebabnya.. pasal duit lawatan, pasal kertas jawapan exam, pasal asemen Add Math, pasal surat cinta seseorang pada dia [jeles sungguh mase tu.. I yg minat dia, tapi jadi penyampai pulak antara kawan anim dengan dia..tapi peluang..hikhik..].. also pasal lawatan mase form 5 dan satu lagi I forgot..
Cerita yang panjang akan diceritakan kemudian.. kesimpulannya, kami membuat keputusan bukan atas dasar perasaan tapi atas dasar akal dan hati.. betapa susahnya untuk kami menjaga hati.. sejak lepas SPM 2004 dan sehingga kini.. sedihnya sebab setiap hari akan ade dosa yang ditambah walaupun sekadar mengingatinya apatah lagi membalas mesej dsb.. kadang2 terfikir, jalan ini juga sudah ditetapkan oleh-NYA cuma atas kerasionalan seseorang itu untuk bertindak..
Mengambil faktor sudah 5 tahun 'declare', kami 'bermati-matian' berjuang untuk hidup atas jalan yang diredhai-NYA.. kami tau tiada istilah couple dalam ISLAM.. pernah kami putus, tapi kurang dari 3 hari, kami berhubung kembali.. perasaan sayang itu sudah tebal dalam hati apatah lagi sejak umur 14 tahun, dia dalam hati anim.. so, start tahun lepas [lebih kurang bulan 4 jugak..] kami decide untuk terus terang pada mak ayah..
Alhamdulillah, sebelah anim tak banyak membantah.. mak dan ayah bersetuju.. sebelah dia memang banyak dugaan.. maklum lah, pengajiaannya dalam perubatan masih jauh.. sisa tahun untuk dia menghabiskan belajar masih banyak.. masakan seorang ibu mahu melepaskan anaknya yang tidak bekerja untuk menanggung anak orang lain.. berkat doa kami, pertolongan adik beradik dan termasuklah ayahnya, akhirnya emak nya bersetuju.. restu mak ayah perlu diperolehi sebelum melangkah ke alam perkahwinan ini..
Pernah dia meluahkan perasaannya pada anim.. malu pada ALLAH atas sebab dosa yang dilakukan.. menghafal ayat2 suci Al-Quran and at the same time, melakukan dosa.. apa yang menjadi pengajaran buat kami.. Zubir bekas pelajar Darul Quran.. so, start dia Darul Quran, dia couple.. balasan dari Allah, 6 bulan dia di DQ, dia ditimpa kemalangan.. parah yang amat.. kaki kiri patah, lengan patah, ulang bawah mulut patah dan tulang bawah mata pun patah.. 1 hari koma..
Perasaan anim? hanya ALLAH sahaja yang tau.. 11 hari dia di HUSM, anim bertindak ambil tiket bas dari Seremban ke Kota Baharu.. waktu itu anim di kolej matrikulasi negeri sembilan.. takut untuk berjumpa dengan mak ayahnya.. dan bila berjumpe dengan mak ayah, mak dia melayan anim seperti anaknya.. dan Zubir? hanya terbaring sahaja di ats katil =P .. teringat kata2 kak shahibul, bumi DQ bumi 'cash'.. sape yang buat dosa akan terima balasannya.. aan inilah 'cash' dari ALLAH untuk zubir.. 3 bulan berjalan guna tongkat.. terseksa dia dengan azab di dunia..
Sepanjang dia di DQ, sekali je kami berjumpa dan makan.. itu pun sekejap sahaja.. Maha Kuasa Pencipta, balasannya sungguh berat.. zubir terima dengan redha.. atas nasihat Dr, zubir kene rehat 6 months.. dan disebabkan itu, atas kerelaan hati, dia terpaksa menarik diri dari Program Tahfiz Al-Quran.. sayang sangat bile dia kuar dari DQ sebab waktu itu dia dah hafal 12 juzuk.. dan terkubur la cita-citanya untuk bergelar Dr Mohd Zubir bin Abdul Rahman Al-Hafiz..
Allah nak tunjuk akan kekuasaan-NYA.. tapi kami manusia yang teramat lemah.. kami tak der kekuatan utk berpisah.. bukan tak mau cuba, pernah mencuba tetapi resultnya 'fail'.. =] mungkin ikatan hati terlalu kuat.. tapi bukan ikatan hati yang tak suci kami mahukan, ikatan hati yang suci kami nak.. atas dasar itu, kami sedaya upaya untuk berkahwin awal.. bukan sebab gatal, bukan sebab saje suke2, bukan sebab ikut orang lain, tapi sebab mahu menjaga hati.. dan niat zubir setelah berkahwin, dia ingin menghafal balik ayat2 Al-Quran yang sudah dilupainya.. dan sokongan anim untuknya, supaya dia dapat menghafal sampai 30 juzuk.. walaupun tiada dapat iktiraf atas dunia, insya ALLAH iktiraf di akhirat sudah ada..
Itu la disebalik perkahwinan kami.. dugaan yang teramat berat untuk kami terima sebelum mendapat kelulusan berkahwin dari mak ayah.. yang tu akan dicerita kemudian laa ye.. dah panjang sangat dah ni..