:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, June 26, 2009

Semuanya Duit..

Masuk Toilet Rm 0.30

" Nok masuk tandas pun kene 30 sen.. mahal sungguh la.." --> pakcik
" Doh memang kene bayor.." --> penjaga toilet [makcik]
" Bayar pah kencing bulih dok?" --> pakcik
" Dok bulih.. bayor dulu.." --> penjaga toilet
.
.
.

"ambe kencing cikit jea.. bayor seposen doh la..--> pakcik..
"mane bulih.." --> makcik...

Aku kat belakang dah gelak2 dah.. statement pakcik ni yang wat aku tak tahan.. kencing sikit bayar sikit.. hikhik.. sebenarnya bukan hal ni pun yang aku nak cakap.. zaman sekarang ni semuanya kene duit.. ringkas cerita no money no talk.. huh!

Secara jujurnya, lepas berumah tangga memang akan rasa suatu kelainan.. dulu waktu bujang, balik kampung tak bawak balik pape pun tak kesah.. sekarang, nak balik kampung tak kan dengan tangan kosong kan even alasan kite, 'student lagi mane ade duit..' .. no money no talk..

Tapi bile ade money, mengalir nya macam air.. rasenya, aku dan abang sehabis jimat dah belanja, list kan mende yang penting dan mengalirnya duit hanya utk mende yang penting sahaja, tapi tiap2 hari jugak draw duit.. hikhik.. sebabnya,

'beli mende ni la ke ma, ma tadop lagi..'
'baru ni mok ade sebut nak makan, beli la..'
' kat rumah rasenye tak dop.. beli la..murah jea..'

Sebenarnya tak kesah pun sebab duit habis disebabkan beli mende yang berguna atau menggembirakan hati ibu.. menjaga hal kewangan keluarga abang serahkan pada aku.. so, aku tetibe bidan terjun jadi akauntan tak bertauliah.. mengalirnya duit ikut 'list' yang aku tetapkan.. so, kalu mengalirnya duit ke arah yang tidak 'terlist' dalam senarai tu maknanya aku dah 'seleweng' kan duit keluarga.. hikhik..

Nak senang cerita duit2 tu dah diagihkan ke bank2.. utk hal ni ke bank ini.. utk hal tu ke bank itu.. utk hal 'ngoteh2' ni ke bank yang satu lagi.. aku pun dah tak pening kepala.. biar akauntan bertauliah kat bank pulak yang pening2.. hikhik.. kalu dulu resit draw duit tak diperlukan, sekarang dah kene simpan masuk buku resit2 tu utk memudahkan urusan cek baki..

Cuma sekarang, setiap mende yang nak beli, aku dan abang KENA fikir, "itu kehendak atau keperluan".. if keperluan, beli... if kehendak, kene letakkan dalam 'waiting list'.. =) .. bile dah kawen ni, memang banyak mende yang nak kene fikir dan semua mende yang difikirkan memerlukan DUIT..

So, abang akan start niaga semula keropok segeranya dan insya ALLAH kereta kancilnya akan dibuat sewa.. RM 5 utk sejam.. minimum sewa sejam dan maximum hanya setengah hari sahaja.. sebenarnya ending entri ni hanya nak promote kereta sewa abang.. haha.. khidmat gubahan hantaran perkahwinan dalam perbincangan.. =)

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online