:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, June 16, 2009

Kenangan Lalu Episod 1


Akhir tahun 1999

“tak moh gi la skoloh tu..nak gi skoloh sains..”

“gi la skoloh agama.. ke nak KOSPINT?”

“KOSPINT ok gok..”


Ayah aku pun pergi ke JPN.. tanye kot2 KOSPINT ada kosong lagi ke tak.. KOSPINT tu nama penuh dia Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu.. Satu taraf je dengan SMAASZA, Cuma sekolah tu baru dan nama ‘kolej’ kat depan.. huhu.. then bile ayah balik, ayah cakap sekolah tu tak der kosong.. so, nak tak nak kena jugak mendaftar kat sekolah ni..

Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA).. ramai orang tertanya kenapa ada perkataan ‘atas’.. perkataan ‘atas’ tu untuk membezakan sekolah ni dengan sekolah satu lagi.. nama sama, cuma sekolah tu hanya untuk lelaki sahaja dan sekolah ni campur lelaki dan perempuan.. dan satu lagi yang membezakan sekolah ni asrama penuh dan sekolah tu asrama separuh.. ada ke asrama separuh? Hikhik..

Maka, dengan ketidakikhlasan aku mendaftar di sekolah ni pada 16 Januari 2000.. mase tu tak ikhlas, bile dah lama2 jatuh hati la dengan sekolah ni.. masa tu rasa tak nak sangat sekolah ni.. dengan kain hijaunya, baju putih dan tudung labuh biru.. boleh imagine tak? Uhhh!! Kain hijau sebab sekolah kerajaan negeri dan baju putih baju sekolah la... kenapa tudung biru? Reason yang sama.. nak membezakan sekolah ni dengan sekolah kerajaan negeri yang lain sebab sekolah ni SBP..

First2 pakai camtu aku tak der perasaan pun.. tapi sekarang kalu aku tengok gambar dulu2 tergelak pun ada.. yela.. macam traffic light kan, 3 warna.. hikhik.. but, now sekolah ni uniform dah tak cam dulu.. kain hijau tua, baju dan tudung warna hijau muda plus berkasut hitam.. baru nampak macam SBP kan..

Waduh.. aku pi cite hal sekolah pulak.. sebenarnya aku nak cite di sini la pertemuan aku dengan abang.. tapi aku start kenal abang mase tingkatan 2.. masa kem kecemerlangan.. tak silap bulan 3.. tapi haribulannya dah lupa.. mase first tengok abang, abang bercermin mata tanpa bingkai, rambut ala2 terbelah tengah dan agak selekeh gak..baju macam tak iron jea.. hikhik [jangan marah abang eh!] .. apa yg aku suke, rambut terbelah tu..my taste u know.. hehe..

Aku boleh kenal abang sebab ada sorang cikgu yang memperkenalkan abang di khalayak ramai.. so, mase tuh la aku rasa cinta pandang pertama.. cewah!!! Cikgu wat kem kecemerlangan akademik, tapi aku pi cemerlang tang ke lain..hikhik.. time aku masuk smaasza ni, cikgu dah asingkan kelas lelaki dan perempuan.. lelaki kelas 1A1 dan 1A2.. perempuan 1A3 sampai 1A6... disebabkan semua 5A, so tiada beza pun kelas nombor berapa... yang boleh beza bile naik tingkatan 2 sebab penyusunan dah ikut ranking dalam tingkatan..



0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online