:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, June 16, 2009

Kenangan Lalu Episod 5

Thank You ALLAH

Akhir Januari 2005, aku bermesej dengan abang setelah sebulan aku dengan abang dah tak duk satu ‘bumbung’.. bumbung sekolah la.. hikhik.. rupenye abang pun cari aku.. abang cuba nak contact aku.. “abang nak tepon aling.. tapi X cakap, mak marah kalu orang laki tepon kat rumah..abang tak jadi la nak call..” rupenye itu cerita abang.. patut la abang tak pernah mesej aku walau sekeping sehingga la aku mesej abang dulu.. mesej sebagai kawan.. sehingga lah malam tu jugak kitaorang declare..hikhik..

Start dari declare tu, aku dan abang tak berniat pun nak couple lame2.. masing2 tau halal haram kan.. bertitik tolak dengan pujuk mak ayah, akhirnya tanggal 03.06.09, aku dan abang disatukan.. perasaan? Ya ALLAH, hanya ALLAH sahaja yang tau perasaan kami.. memang pelbagai dugaan dan cabaran yang aku dan abang terima untuk sampai ke peringkat ni.. abang especially.. aku boleh kata dugaan hebat untuk abang nak lepas kebenaran mak ayahnya untuk kami berkahwin..

06.06.09


Sehingga ke saat ni, tiada apa yang dapat aku lafazkan selain syukur Alhamdulillah.. bahagia tersangat2 bahagia dapat bersatu dengan orang yang aku sayang dari dulu, kini dan insya ALLAH akan selamanya.. aku bahagia dengan abang sekarang.. secara jujurnya, sehingga ke saat ini jugak aku masih tak percaya yang abang sekarang ni adalah suami aku.. Mohd Zubir Abdul Rahman, yang aku kenal zaman sekolah dulu dah jadi suami aku yang sah.. Titipan ringkas untuk abang..

“abang, aling tak pernah berhenti untuk mencintai abang dari dulu, kini dan selamanya.. doakan semoga kita sentiasa dalam limpah rahmat ALLAH.. doakan semoga kita dapat membina keluarga yang bahagia.. apa yang penting.. doakan semoga kita disatukan balik di akhirat kelak bersama permata2 hati kita.. for always & forever, i’ll love U abang..”


0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online