:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, June 30, 2009

Dua Budaya

Hari ni hari terakhir dalam bulan Jun.. hoho.. minggu depan semester dah nak start.. kawan2 yang amik course 4 tahun, maknanya masuk semester depan dah jadi final year.. kawan2 yang amik course 3 tahun, sekarang tengah tunggu nak konvo.. yang sambung master pun dah ade.. aku? malas dah nak sambung.. pening dah blaja fizik ni.. tapi kalu terasa rindu alam belajar, maybe sambung kot lepas kontrak dengan KPM tamat..

Sepanjang cuti ni, 2 kali aku balik rumah mak mentua.. bile dah kawen, aku kene sesuaikan diri dengan budaya keluarga abang.. masuk dalam keluarga baru ni utk permulaannya memang susah utk nak sesuaikan diri.. first2 komunikasi.. sebab keluarga abang sebelah besut, loghat dah jadi loghat Kelantan.. so, lidah kene tukar cikit uratnya biar boleh kecek klate.. tapi sebab aku dah duk satu rumah yang mostly student dari Kelantan, so bahasa utama yang kami guna adalah loghat klate.. sampai kan org KL kene kecek klate =)

Second, rumah abang lepas waktu Isya', ayah akan baca hadis.. bace hadis ni amik mase dalam 20 minit.. ayah akan bace hadis dulu, then baru ayah akan explain.. time ayah explain tu kadang2 ayah 'curi' mase.. hehe.. tak cukup mase 20 minit utk explain.. tapi kami adik beradik dengar aje la.. kadang2 ayah tanye jugak sorang2 mende2 yang simple contoh macam mende2 ghaib yang Allah cipta dsb.. aku yang kecut perut nak jawab.. sebab tak bese lagi dengan suasana camtu lebih2 aku memang cuak kalu orang tanye aku something..

Agaknya bile ayah dah tengok aku macam cuak jea, ayah cakap;

"ayah tok se tanyo nurul mugo dio ore baru.. kekgi dio raso perit doh nok duk sini.."

haha.. aku pun lega la.. kalu tak setiap kali ayah tanye ape2, aku akan cuit abang.. hikhik.. kadang2 kite tau mende2 yang simple camtu, tapi sebab cuak ditanye, then terus 'blur'..

Waktu pagi pulak, ayah akan minta berkumpul sekali lagi utk muzakaroh iman.. bagi aku memang perlu sesi camni.. biar mase yang diperuntukkan tu sekejap sahaja, tapi bermakna.. kat rumah abang, muzakaroh iman just 10 minit jea.. dalam kul 6.30 pagi kumpul kat ruang tamu tu buat halaqoh.. so, kalu balik rumah abang, tak leh bangun lambat2 =) .. kalu tak, malu la nak kuar bilik sebab orang dah buat halaqoh kat situ..

First2 aku duk dalam halaqoh utk bacaan hadis, ayah dah pesan pada aku dan abang.. nanti bile dah duk rumah sendiri, buat camni.. bukan nak amik mase sejam 2 jam, just 10 minit pun tak pe.. ayah amik mase 20 minit sebab ayah explain jugak apa yang ayah baca utk setiap hadis tu.. sebab ayah nak kami dan anak2 menantu yang lain buat macam ayah buat, so setiap anak menantu akan dihadiahkan satu kitab hadis n kisah2 Nabi.. aku lupe apa name kitab tu.. warna biru..

Untuk sebulan dua ni memang aku dan abang tak berpeluang lagi utk nak baca kitab ayah tu sebab kami belum sewa rumah.. secara jujurnya, aku suka suasana bacaan hadis n muzakaroh iman tu.. kadang2 dalam seminggu kita gagal utk hadirkan diri dalam majlis ilmu.. so, dalam seminggu tu langsung tiada 'santapan rohani'.. bile dah tiada santapan rohani, diri mula rase lupe Yang Esa.. so, jika buat bacaan hadis/tafsir Al-Quran/muzakaroh iman, at least kita bagi 'makan' pada hati kite.. betul kan?


0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online