:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, June 16, 2009

Kenangan Lalu Episod 3

Penghujung Tingkatan 3

Habis tingkatan 3, cikgu2 ada buat lawatan ke tempat2 kat Trg ni.. macam2 la tempat cikgu bawak.. saja menghiburkan hati kami,’mangsa2 selepas peperangan PMR’.. hikhik.. mase tuh cikgu cakap boleh pilih la nak masuk group mana.. tak silap aku divide 3 kumpulan.. so, aku masuk group skali Syikin, Tihah, Tiqah.. dorang2 ni semua budak kelas abang.. hikhik.. amik kesempatan.. sebenarnya aku ikut Syikin sebab Syikin kawan baik aku merangkap room mate aku jugak..

Rupanya, menurut cerita abang [selepas kitaorang kapel, abang membongkar kisahnya..], abang dah kenal aku.. abang pun first love jugak dengan aku mase first2 kenal aku.. hikhik.. menurut cerita abang, dia kenal aku mase tingkatan 3.. time tu dia tengah study kat blok sebelah, tibe2 tengok aku naik blok tingkatan 3 amik buku.. so, abang curi peluang tengok aku.. hikhik.. ape da.. main sorok2 tengok aku.. hehe..

Habis tingkatan 3, naik tingkatan 4.. aku bimbang sangat takut abang pindah sekolah dan aku tak dapat lagi jumpa abang.. maklum la ramai kawan2 yang dapat 9A pindah ke MRSM, SBP lain, skolah teknik dan sekolah biasa.. aku mase tuh beriya2 gak nak pindah ke sekolah lain.. sebab aku nak duk rumah, tak nak dah duk sekolah tu.. tapi mak ayah pujuk suh stay lagi sekolah tu.. so aku sebagai yang menurut perintah ni, stay la jugak sekolah tu sampai tingkatan 5..

Apa yang menggembirakan aku, abang tak hadir pun dalam exam MRSM kat MRSM KT hari tu.. patut aku cari abang tak jumpe =] .. maknanya abang tak kan pergi dah ke MRSM..tinggal SBP je lagi.. dah bile bulan 5 abang stay lagi kat SMAASZA, maknanya abang takkan pindah lagi ke mana2.. dan keputusan abang memang membuatkan semua cikgu2 situ gembira dengan harapan abang dapat harumkan nama SMAASZA bile SPM nanti..

*************************************************************************************

Sweet Moment Between Us

Tingkatan 4 kelas aku dan abang bersebelahan.. aku pulak kebetulan duk tepi tingkap.. ni tak der niat lain eh.. bile duk tepi tingkap ni, faham2 je la concentration jadi kurang.. mende2 di luar tingkap tu la yang aku berminat dari mende dalam kelas except kelas cikgu mat jak.. kelas kimia ni confirm kepala aku tak dak pusing2 kiri kanan.. straight ke depan je tau.. hehe.. nguap2 pun cover2 apatah lagi nak pusing2 kepala..

Bila aku dengar je kerusi kelas abang bergerak, means masa cikgu dah tamat dan abang akan biasa keluar pi tandas..pi amik aura apa kat tandas tuh pun aku tak tau la.. hikhik.. time abang jalan ke tandas, mase tuh memang aku curi2 tengok abang.. hikhik.. kalu mase cikgu mat jak mengajar, aku takkan curi2 tengok la.. nak mampus kalu kene soal.. mase dalam tingkatan 4 ni ada la satu sweet moment yang aku still ingat sampai sekarang..

tempat kejadian :dipintu library
masa: waktu rehat
bilangan org yang terlibat: 2 orang

Mase ni, loceng dah bunyi tandanya waktu rehat dah tamat.. aku ni jalan la ke pintu nak kuar dari library.. bile aku pegang tombol kat dalam, ade orang lain kat luar pegang tombol pintu library tuh.. dalam hati aku ni kuat mengatakan itu adalah abang.. aku pun tak tau kenapa hati berdebar semacam.. then, aku lepaskan tombol.. aku tunggu orang di luar tu bukak.. ‘eh, tak bukak2 lagi..’ aku pegang balik tombol pintu tu dan pusing.. ketat pulak nak bukak...’em, orang kat luar ni tak lepas lagi ke tombol pintu nih?’ .. aku pun lepas balik dan tibe2 pintu terbukak.. sah!! Memang abang pun.. abang senyum.. nasib aku tak pengsan situ..hikhik..

Bila dah kawen ni, aku tanye abang masih igt lagi tak kenangan itu.. abang jawab,

"mesti lah ingat.. kenangan manis tu.."


0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online