:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, June 3, 2009

Akad Nikah

Cerita 2 bulan lepas..

"Dah, nak isi borang kawen ni camne? bahagian mas kawen ni kene tulis jugak ke? kalu trg memang RM 80, tapi besenya kan trg sebut hantaran sebagai mas kawen.. kene tulis RM ++++ jugak ke?"

"Ore dok pasti la.. nanti ore tanye ayoh ore.. dia kan tok kadi gak.."

*************************************************************************************

""Ore tanye dah.. kt mas kawen tuh tulis gak RM 80, kat hantaran tulis gok jumlah berapa ribu.. tapi nanti mase nok kawen tok imam akan sebut hantaran la.."

Ini perbualan antara aku dan Dah, rum mate..sebenarnya aku pening nak tulis ke tidak column bahagian mas kawen memandangkan Trg akan sebut jumlah hantaran dalam akad.. tapi sebab ayah Dah cakap camtu, so, aku tulis la..

Cerita Pagi Tadi..


"Wahai Mohd Zubir bin Abdul Rahman, bahawa aku nikahkan engkau, aku mengkahwinkan engkau, dengan Nurrul Haniem bt Mustaphy yang berwakil oleh walinya kepadaku, pada nikahkan dengan engkau dengan mas kawennya sebanyak lapan puluh ringgit tunai.."

"Saya terima lah akan nikahnya dengan mas kawen yang tersebut ituuuuu.."

Reaksi aku dibelakang yang tengah tersipu2 malu + debar2 agak terkejut dengan ayat dibelakang tok imam tuh.. 'dengan mas kawen lapan puluh ringgit tunai..' sebab abang bawak duit dalam album RM ++++.. oleh kerana tok imam pun tak cek dulu duit tu cukup ke tak, dia terus kahwinkan kami.. tapi kalu duit setakat RM 80, takkan abang nak letak dalam album..

Jadinya, dah jadi misunderstanding.. abang bawak duit untuk mas kawen RM ++++, tapi akad nikah ikut harga mas kawen Trg..so, aku lah yang lain dengan adik beradik aku.. alang2 dah jadi lain dari adik beradik, so biarlah lain semua.. orang kawen umur 24, aku kawen umur 22.. orang kawen lepas belajar, aku kawen mase blaja.. orang kawen hantaran disebut mase akad, aku kawen hantaran tak disebut mase akad.. hihi.. tak pe la labu, asalkan dah sah.. =]

Lepas selesai semua, tok imam bagi surat akuan nikah, name aku pulak ejaan tak betul.. ini susah kalu jadi orang special ni.. ejaan Nurul hanya satu R.. nasib la suami aku ni peka, ingat jugak ejaan nama bini dia =) .. so, tok imam perbetulkan.. dah la ade satu R, sengkang pulak tak der.. huhu.. so, sekarang sijil nikah abang yang pegang.. jangan pelik la sebab ape aku aktif sangat blog malam ni, sebab abang tak ade.. amaran mak abang,

"tak wat kenduri lagi, mane boleh tidur sini.."

So, aku sebagai menantu baru mane leh lawan2.. haha.. ni aku uploadkan video akad nikah kami.. abang jawab lafaz dengan berlagu.. sebutan 'itu' dibelakang tuh macam mad 'arid lilsukun.. panjang 4 harakat.. hehe..nasib sekali lafaz jea, kalu 2 3 kali, aku tak upload pun lam blog ni.. hehe..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: 3 4 kali dah upload video, tapi fail dan aku telah fed up sepenuhnya.. nanti la balik kuantan aku upload ek.. untuk kawan2 blogger dan kawan2 aku yang kat oc..

2 Comments:

Anem Arnamee said...

Salam ziarah

tahniah:)

may ALLAH bless both of you:)

aulia adz said...

Assalammualaikum, moga berkekalan ke anak cucu, tahniah! Tahniah sekali lg coz berjaya disatukan pada usia yg masih muda... Perjalanan masih panjang...bertanyalaah... pada yang berpengalaman hi..hi..jenguk-jenguk lah blog kakak ye!Salam perkenalan.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online