:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, June 17, 2009

Penghargaan Untuk Kamu..

Sebelum berakhirnya bulan Jun ni, aku nak merakam kan jutaan terima kasih kepada kawan2 yang sudi hadir pada hari akad nikah, majlis sebelah perempuan dan majlis sebelah lelaki.. majlis akad nikah tu, aku ditemani oleh ma dan nor.. 2 kawan baik aku.. sebenarnya zue pun nak teman jugak, tapi sebab arahan dari pihak kolej UPM mitak kosongkan pada 3 Jun, so dia terpaksa cancel kan tiket 2 hb malam untuk balik ke Trg.. pape pun, usaha dia tu membuatkan aku betul2 terharu.. belum habis penat lelah study dengan buku2 medic yang bertimbun, tapi masih berusaha untuk hadir ke majlis aku..

Antara kawan2 yang sempat bergambar dengan pengantin.. sebenarnya ramai yang tertinggal dalam gambar ni.. sebab ade yang datang time makan beradab, so tak dapat nak bergambar dengan aku dan abang..

Majlis sebelah perempuan pulak, kawan2 SMAASZA yang ramai hadir.. jutaan terima kasih buat kalian yang sudi meluangkan masa.. ade yang baru sampai pagi 6.6 tu, terus datang rumah aku.. thanks.. sebenarnya, aku amat dan amat lah terkilan dengan kawan2 UPSI.. ramai yang cakap nak hadir.. sampaikan aku bagi kad lambat sikit, ade yang cakap,

"ni nak jemput ke tak nak jemput ni.."

Bunyi macam bersungguh2 nak datang, rupenye hampeh.. jutaan terima kasih pada kak farah, mai dan ain.. see, antara 50 kad yang aku bagi, 3 orang yang hadir.. ade yang mengirimkan doa melalui mesej.. thanks, tapi aku tak sempat nak mengabadikan mesej2 itu dalam blog ni.. kak farah datang paling awal, dalam kul 11.. itu pun nak kenduri lagi kat lain, tapi sempat menyinggah di rumah aku dulu.. mai yang datang dengan adik dia.. ain pun datng dengan adik dia.. thanks to ain.. walaupun baru balik dari Kota Bharu, ain still datang jugak kenduri aku walaupun jam dah pukul 5.30 petang..

Kawan2 lelaki SMAASZA.. rasenye tak der dah yang tertinggal dalam gambar ni.. semua mata fokus pada kamera abang aku sebenarnya.. itu sebabnya tak der mata yang 'tersesat' terarah ke kamera ini..

Apa yang membuatkan aku terkilan, kawan2 yang tak rapat (mai dan ain sebab dorang student kimia) yang sudi datang.. tapi kawan2 satu kos aku yang aku rapat, bertemu muka setiap hari, yang bersungguh cakap nak datang, itu yang tak nampak rupe.. pape pun, sejauh mana terkilannya aku, sejauh mana kecilnya hati aku, aku takkan simpan dalam hati.. maaf jika entri ni penuh dengan emosi.. sebab banyak sangat yang menyentuh emosi aku tentang majlis ni..

Majlis di rumah abang pun membuatkan aku betul2 terharu.. mula2 nya, abang cakap maybe kawan2 UIA tak der datang.. last2, dalam kul 4, 10 buah kete dorang konvoi datang rumah abang.. sungguh aku memang terkejut.. yang datang dari Johor, Kedah, Kelantan dsb sanggup datang..walaupun dorang memang dah lama 'jalan-jalan' round Malaysia ni (yeke?), tapi dorang ade planning jugak untuk singgah di rumah abang mase majlis sambut menantu ni.. thanks..

1. bersama kawan2 perempuan UIA..
2. bersama kawan2 lelaki UIA..
Ralat gambar: kepada bakal2 pengantin, jangan ikut style macam abang.. songkok di tangan, kain samping terlipat kemas atas katil.. =] .. tak tahan panas sungguh abang ni..

Sebenarnya, itu la first time aku bertemu muka dengan kawan2 abang.. perempuan especially.. yang aku sempat kenal 4 orang..shibi, khalida, kis dan aini.. shibi, khalida dan kis ni datang awal2 sekali coz 'kete' mereka tak sesat.. hehe.. itu yang aku sempat kenal..aini ni sebab dia banyak cakap dengan aku.. so, aku sedikit ramah la dengan dia.. kagum melihat ukhuwwah mereka antara lelaki n perempuan sebab coursemate aku tak se'ukhuwwah' seperti itu.. pendek kata, coursemate abang semua sporting..

Sebelum kenduri di rumah abang, abang pernah cakap kat aku, kalu sewa rumah kat kuantan nanti, abang nak wat rumah terbuka mase raye ke.. jemput kawan2 abang dah la.. mule2 aku keberatan jugak, bukan sebab apa, sebab aku bukan 'master' pun nak masak2 banyak2 ni.. masak pun asyik masin, manis, tawar jea.. hehe.. tapi bile aku tengok kenduri mase kat rumah abang baru2 ni, ukhuwwah abang dengan coursemate, membuatkan aku bersungguh2 nak wa rumah terbuka.. supaya aku dapat jumpe lagi kawan2 abang.. aku jatuh hati dengan kamu!

So, sebagai pengakhirannya, maaf jika entri ni beremosi sepenuh jiwa dan raga.. sebab diri ini memang betul2 terkilan dengan kamu [orang yg terbabit].. dan kepada kawan2 abang especially, salam ukhuwwah untuk kamu dari aku..


6 Comments:

eah said...

Salam...
Niem, mse bce n3 ni org terasa...

Tp, mcm mane... mmg n3 ni terkena kat org, org x dtg mse akad @ knduri. Pd hal aniem ...sgguh2 jmput n bg kad. Sorie.

Org bukan x nk dtg niem... tp x dpt permision utk g mse nikah. Bkali-kali gak org mintak.Tp jwpnnya 'NO' ats alsn x bleh tdo umah pganntin.

6.6 pulak cousin nikah mlm tu... tp dr siang lg da kne g umah cousin utk psiapan mkn mlm tu n mjlis esoknye.

Sorie niem!

abu 'iffah said...

salam tahniah dari kami sekeluarga (imran,mutmainnah dan anak sulong kami iffah mardhiyya)

Moga berjaya dalam kemanisan dan ujian perkahwinan.

Sampaikan salam saya pada suami.

Wassalam.

ai said...

slm,
tahniah buat aniem dan zubir, smoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

ade jgk gamba kitorang kat blog aniem ni, terharu je rase..

slm perkenalan,
aqilahizani ( batchmate zubir)

drizzy said...

salam ukhuwwah....

thnx aniem untuk pnghrgaan ni. tk sngka aniem terharu =)

tk sabar plak rasanye nk berkunjung rumah aniem&zubir time raye nnt. aniem tak payah susah2 masak sndri, ajak je ktorang sume tolong =) insyaALLAH ade jodoh kita semua akan bersua lagi.

anyway...selamat melayari alam perkahwinan, moga kekal berbahagia hingga ke akhirat.

-fatin- (classmate dn juga PBL mate zubir)

'ainrahimin said...

niem, aku nak je dtg jmpe mung, tp time tu aku stuck kat hspital, doktor tu syg sgt kat aku, nak tgk aku ari2 katanya, maka, aku hanya smpat tgk mung kat blog mung je lah, sedih2...

ANIEMZ said...

To eah:

hehe.. tak pe la eah.. jgn terasa.. entri ni bukan ditujukan utk kamu.. keihklasan kamu utk menjahit manik kt baju pengantin menjadi 'wakil' ke atas kehadiran kamu ke majlis ku.. [skema ayat]

To abu 'iffah

Thanks.. kamu lebih berpengalaman dari saye.. nanti saye gitau pada suami..

To ai..

Salam perkenalan dari anim utk kamu.. walaupun hanya sekejap je jumpe, ukhuwwah itu sangat2 manis.. =)

To drizzy

salam ukhuwwah jugak utk kamu yea..anim tak sempat nak berkenalan semua sbb terkejut rama sangat.. insya ALLAH kite akan jumpe lagi yea..

To ain

tak pe ain.. rase ngat nok jupe mu.. lame sgt tak jupe.. lalu depan stesen bas tempat kite naik bas ritu, aiku teringat ke mu.. lalu HUSM pun teringat ke mu.. rumoh mu je aku dok ingat.. jasa mu bawak aku jupe zubir mase excident dulu sgt2 aku hargai..huhu [ayat skema lagi..]

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online