:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Monday, September 14, 2009

Kadang-kadang Aku Lupa..

Saje nak mengabadikan satu 'kesalahan' aku pada abang.. itu nak royak [gitau] gak ke? suka hati aku la.. 'kesalahan' yg dikenang diharap supaya tidak berulang lagi.. anda setuju?

Petang ahad baru ni, abang merajuk dengan aku.. atas satu kesalahan yang aku rasa kecik je, tapi besar pandangan suami.. aku tido petang tu, then abang mesej aku [abang tak tau aku tido].. abang bercerita tentang owner rumah sewa kami yg baik hati.. oke, aku tak reply lagi sebab aku nak sambung tido balik..

Then, abang mesej lagi cakap kete kancil kami tak leh hidup.. bile try start enjin berapa kali, tapi tak jugak hidup.. aku pun bangun reply mesej abang.. tengok pada urutan mesej, mesti aku reply yg pasal owner rumah dulu kan? kadang2 aku berjiwa sekema jugak oke.. nak tau abang jawab apa?

"duk sibuk ke mende lain.. suami ada masalah tak nak tanye pun.."

Huh! pedas waaa cakap lu.. aku tau dia tensen.. dan peranan aku bukan nak cool down dia, aku hangin lagi dia jawab cegitu.. haha.. then, kami masing2 diam.. malam tu, aku mesej abang.. aku tau dia dah cool waktu tu.. tak puas dengan mesej, sebab dah lenguh tangan nak taip mesej, abang kol aku.. abang gelak2.. isy, kadang2 tak betul jugak laki aku nan sorang neh eh..abang cakap,

"Memang betul la apa yg ustaz tu cakap dalam ceramah kursus kawen hari tu.. isteri ni dia jarang tanye pasal suami dia dulu.. kalu isteri kursus, tepon suami.. dia akan tanye camne anak2 kt rumah, rumah camne, bersepah ke tak.. last sekali baru tanye, abang dh makan?.."

Oke.. aku bagi abang peluang berbicara dalam sesi luahan perasaan.. haha.. aku? gelak je bile abang cakap camtu sebab aku rase ade betul jugak.. sebabnya, sejak masuk rumah sewa ni, setiap kali kol abang aku akan tanye;
  1. rumah oke ke bang?
  2. kat dapur tu comot tak? [sebab abang masak hari2..]
  3. makanan yg abang simpan dalam peti tu, abang letak dalam tupperware tak?
  4. ikan yang abang beli tu abang letak dalam bekas tak mase simpan dalam peti?
  5. baju yg aling tinggal kt ampaian hari tu abang lipat tak?


See.. tengok pada soalan2 aku.. maybe sesetengah pembaca bile baca entri ni akan cakap, iee, cerewet sangat isteri dia.. aku peduli apa.. rumah tangga aku.. haha.. bersih kotor, kemas selerak semua bawah tanggungjawab bersama.. tapi, jika rumah tangga kotor, orang akan tunding pada isteri dulu, bukan?? betul tak cakap aku..


So, aku tak nak la nanti, kalu orang datang rumah aku, orang akan cakap, seleraknya rumah dia.. kotornya rumah dia.. bini dia tak reti jage rumah ke?? oohhhh~ tidak.. sangat memalukan oke.. tapi, dalam 'kesibukan' aku tanye pasal rumah, lupe pulak tanye pasal abang.. ngeh3.. yela, aku dah tanye dia masak apa, makan apa, rupenye, soalan2 itu belum cukup 'manja' bagi abang.. ahha..bese la, laki bini nak bermanja..


Dan malam tu jugak, sebelum aku nak tido, aku mesej cegini kat abang..

"Abang sayang, abang dh makan? abang dh mandi? abang dh gosok gigi? abang dah iron seluar nak gi hospital esok? "

Abang reply,

"Perli la pulak.." ^_^



p/s: isy, peringatan untuk aku neh.. lain kali, plez.. jangan wat lagi.. kecil hati suami yg satu itu.. biar rumah tak banyak perhiasan, asalkan sedap mata memandang.. itu trade mark aku.. lalala



2 Comments:

Cik Tips Online said...

kih!kih!kih! geli ati akak baca citer awak ni.. betul2 awak cakap ttg org tgk umah bersepah salahkan mini..meh nak kongsi sikit.. kdg2 org laki ni pom x paham dibuatnya kita mende kecik kita rasa tp dia nak marah..
Akak dulu baru kawin jarak jawuh gak.. cik abam kat kuantan akak kat kl.. tapi peliknya laki akak tu spesis x suka ditanya .. akak ni plak spesis amik berat.. kalu tanya dah makan ke belum buat bergaduh je.. ade ke dia jawab kut saya le nak makan ke idak.. pandai le saya nak makan.. hih! tak ke tercabar kejan.. eh kewanitaan akak yg agak kejantanan ni..

ANIEMZ said...

hihi.. yela akak.. sorry lambt reply.. blog terabai dek suami di sisi.. huhahua..betul2.. kadang2 mende2 simple tu dorang serabut bile ditanye lebeh.. kite as a 'wanita ayu' sangat mengambil berat hal2 remeh2.. kui3..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online