:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Thursday, October 29, 2009

Calculus dan Result..

Penangan Prof ARO.. presentation start kul 9 pagi sampai 6 petang.. bantai kematu punggung aku duk lame2 atas kusi lab yang antik itu.. hoho.. kene marah teruk dengan dia, balik dengan hati berduka lara, markah presentation yang tidak memuaskan hati, so kata hati cakap "tido la anim.." haha..

Bertindak mengikut kata hati, aku pun tido lepas maghrib n mangun kul 12.30 am.. mata segar.. aku mandi [balik present tadi tak mandi semata2 mau jimat air.. haha..tak pe, bukan abang ade sebelah pun =) ].. lepas segala2 bagai siap, aku bantai blog walking dulu dalam sejam.. so, aku start buat asemen terbengkalai itu pukul 2.00 am..

Aku tau, kawan2 aku yg lain pun baru start buat jugak dek penangan presentation tesis..tesis punye pasal, start berdebar dari hari sabtu sampai rabu.. haha..tengok soklan asemen, soklan pertama, isy cam senang je.. aku buat.. smooth dari step awal sampai akhir.. then, compared dengan equation sebenar is not similar..ghopenye aku syok sendiri buat.. haha..oke, cube lagi..

Aku calculate sampai habes 5 helai kertas A4 double A.. jangan riso, aku bukan pembazir orangnya sebab aku gune kertas yg aku print tesis draf tu sebgai kertas pengiraan.. haha.. sampai kertas ke5, aku kira still tak dapat.. aku fed up.. bukak laptop, surf internet.. Kerna aku sorang yg pelupa pasal calculus, so aku try alternatif ini.. cari camne nak integrate sin tita the power of five..

Sebenarnya, dah belajar dh pun calculus ni..students fizik UPSI wajib amik subject maths utk 4 semester which are basic mathematic, introduction of calculus, calculus advance n ordinary differential equation.. dan ke empat2 sem ni result aku selalu spoil sebab result math yg 'bagus'.. then, lepas sem 5 je result terus dekan sebab tak de lagi subjek math.. huhu.. tapi sem 6 down sikit sebab gatal nak kawen.. sem 7? haha.. ALLAH saja yang tau..

Conclusion, aku kurang pandai maths.. tapi camne terlepas buleh amik fizik? haha.. dun know.. Orang lain maybe take a short time je kot nak integrate sin the power of five tu, tapi aku amik mase 2 jam.. haha..

So, aku wat conclusion.. kalau la mase aku peknen nanti aku selalu wat calculus neh, konpem anak aku pening2 lalat duk kat dalam tu.. haha.. baik aku study fizik utk dia.. oke baby, velocity is equal to the displacement between 2 point divide by time taken..do u understand it ??? *@#$%*


Wednesday, October 28, 2009

Study Week Ke?

sibuk week = letih week = kerja bertimbun week not equal to study week..
Anda faham? tak faham tak pe.. sekarang minggu study.. tapi aku rase bukan mcm minggu study.. seperti kata mira, sleep week.. tapi bukan aku.. sedor la mira weh.. haha..

Yang penting, esok aku present tesis.. sepatutnya hari Selasa, tapi postpone hari Rabu.. dalam otak duk set, selagi tak present, tak leh study, tak leh wat asemen.. resultnya, memang langsung tak study, memang langsung tak wat asemen..asemen individu tu antor hari Jumaat.. lecturer paling bertuah aku neh suke bagi asemen last minute..

Semalam dapat call dari mak aku.. gitau kakak kedua aku akan naik flight 3.11.2009.. besnye dapat gi Mekkah.. oke, aku cube arrange mase nak balik.. nak balik hari Kamis, asemen tak siap.. so, maybe balik Kuantan hari Jumaat, then balik Terengganu.. maka, duk la 2 hari 1 malam kat Trg.. orang lain sibuk study, aku balik kampung.. tak pe, amik berkat.. suh kakak aku doa kt aku banyak2.. haha..

Datang ke TM hari ahad.. hari isnin, tesis perlu dihantar ke supervisor n second reader.. dan hari isnin gak (2/11) dh start exam.. naseb aku punye jadual start 5/11.. so, conclusion aku, study week aku hilang sudeh..

p/s: sape nak jumpe aku, sila wat appoinment.. ketiadaan apoinment tidak akan dilayan.. haha..

Sunday, October 25, 2009

Bagi Gambar Cakap..

Aku tak mimpi.. aku tau Syawal dh habes.. tapi saje nak publish gambo raye yg terbengkalai itu.. huhu..layannnnnn!!1


+kakak sulung tak balik, kakak kedua dah berlepas ke rumah mak mentua dia, ayah aku dah tanggalkan baju melayu dia, mak aku sebuk dgn urusan nasi minyak tempahan.. so, muke2 ni saja yang nak bergambar dengan tenang..+


+first raye aku dengan abang.. berdua je.. bile nak bertiga bang?+



+ first tengok macam mak buyung.. tapi sila jangan percaya.. aku pun tak tau kenapa gambar aku nampak cam peknen je..haha.. mungkin sebab perut ke depan kot..+

Cuak Jiwa..

Mode sekarang, jiwa aku cuak, hati aku sengsara.. haha..
Lusa aku akan present thesis..
Present thesis yang ntah pape tu..
Present depan salah seorang manusia genius di Malaysia..

Nak tau sape?
Tak yah la aku nak promote dia kt sini...
Yang aku tau, dia termasuk dalam golongan genius2 di Malaysia..
Aku sangat cuak dengan dia sebenarnya..
Dia pernah jadi penyelia ROS aku dulu..[ROS bermaksud Rancangan Orientasi Sekolah.. bukan bunga ROS oke..]
Dia request kt aku suh nyanyi lagu sekolah tu..
Adakah patut dia request mende camtu..
Aku namakan request tahap melampau..
Mana bulih suara perempuan nyanyi depan laki..
Aurat tau! hihi..

Tapi sebab cuak punye..
Aku nyanyi versi melodi aku sendiri..haha..
Bukan dia tau..
Nasib aku ingat lirik lagu sekolah tu..
Itu pun sebab aku jadi cikgu ganti 2 bulan..
Selalu dengar budak2 bertempik melolong nyanyi lagu sekolah mereka..
Kalu setakat wat ROS 2 minggu, mana nak ingat lagu sekolah..

So sekarang,
Jiwa aku cuak..
Nak kentut pun tak puas..haha..
Apatah lagi nak tido dengan lenanya..

** tak sabar nak tunggu hari selasa.. biar ianya selesai segala-galanya..


Friday, October 23, 2009

Sapa Nak Kurus??

Soalan cepu mas.. sape nak kurus? aku bukan penjual produk kesihatan.. bukan penjual produk bio-slim.. bukan penjual susu lost weight ke hape.. atau bukan jugak model pada beauty slim world.. haha.. pokoknya, ku mahu tanya sapa mau kurus?? hihi..

Jawapannya adalah KAWEN.. hihi.. kenapa?

Testimonial pertama:

Encik Mohd Zubir telah mengalami penurunan berat badan yang tidak sangat ketara setelah hampir 5 bulan mendirikan rumah tangga.. setelah disoal selidik, isterinya bukan tidak memasak masakan yang besh2, tapi.. erm, rahsia penurunan berat badan perlu dirahsiakan buat sementara waktu..namun, berat badan sebenar belum dikira lagi.. =)

Testimonial kedua:

Puan Nurrul-Haniem dilaporkan tidak mengalami penurunan berat badan, malah hanya maintain sahaja sebelum dan selepas kawen.. [tak mau ngaku berat badan dah naik =P ]

Kepada anak2 teruna n dara, jangan risau.. entri ini bukan bersifat 18SX.. haha.. kerana SATU perkataan, encik Mohd Zubir boleh menurunkan berat badan.. perkataan itu adalah JIMAT.. [rakyat Trg sila sebut dengan betul.. tekankan perkataan T dibelakang supaya ianya tidak membawa maksud yg lain.. =P ] ..

Encik Zubir berjaya mendisiplinkan diri sendiri apabila beliau tidak makan di kedai makan / cafe hospital, sebaliknya akan pulang ke rumah untuk masak sendiri.. [pecah rahsia!].. walaupun penat seharian di ward, tapi beliau gagahkan diri memasak dengan sendiri walaupun hanya sekeping telur mata + cicah budu.. jika mengalami keletihan tahap melampau, beliau langsung tidak memasak dan hanya makan buah sahaja..

Sebenarnya, kitaorang laki bini kena pandai manage duit.. tak leh boros sangat sebabnya banyak lagi bajet 2010 yang dibincangkan baru2 ni di parlimen indera mahkota 8 kami neh.. so, kami wat rules.. sesape yg rela berkorban demi cinta utk yg tersayang, boleh cuba.. rules ini hanya untuk pasangan suami isteri yg duk berjauhan sahaja.. rules itu adalah : jika salah seorang tidak makan mewah, maka yang seorang lagi pun tak boleh makan mewah jugak.. haha.. maksudnya rules ini adalah, kalu nak makan mewah, kene makan bersama2..jemaah namanya.. hikhik..

Rules ini tidak menyakitkan jiwa dan perasaan kami.. aku memang langsung tak kesah sebab sejak kecik lagi memang dikenali dengan budak yg sangat 'kedekut' utk diri sendiri.. abang? pun tak kesah sebab abang cakap, dia tak pernah mewah dalam hidupnya dan dibesarkan dengan cara hidup bersederhana.. so, rules ini berjalan dengan damainya beserta hati nyg tenang..

Jika aku turun ke Kuantan, baru lah kami dapat makan mewah.. mewah bukan bermaksud berbelanja sampai beratus2 wang ringgi dibelanjakan untuk makan, tapi cukup sekadar Dinner Plate KFC atau X-Meal Mc D [aku salah tulis, X-Meal bukan Mc D tapi KFC.. aku tak nak delete coz sebab aku memang tak tau n tak minat pun makan kt Mc D.. tapi kalu abang beli burger, aku pau jugak burger dia.. haha].. atau 2 biji BIG APPLE santapan 'mewah' kami.. atau nak lagi mewah makan ikan bakar di Tanjong Lumpur..

Aku cakap, rules ini akan berjalan dengan damai jika pasangan sanggup berkorban.. especially utk pasangan macam kami, married student =) .. dan hasilnya, terdengar la kata2 pujian untuk encik Mohd Zubir,

"Zubir, ko nampak kurus la.."

"Abang, abang nampak kurus sikit la.."

Tapi berbeza dengan kata2 yang diucapkan kepada Puan Anim,

"Anim nampak berisi la lepas kawen.."

So, aku simpulkan bahawa berisi sebab bahagia.. rahsia berjimat itu adalah rahsia penurunan berat badan untuk encik Mohd Zubir.. haha.. Oke, itu sahaja petua penurunan berat badan yang idea.. tanpa membahayakan kesihatan, tanpa merosakkan body anda yg anggun lagi menawan itu.. haha..


Ini Hitam Putihnya..

One word..

v
v
v
v
v

Alhamdulillah..
Lafaz itu diucap bila aku cek senarai nama baru pelajar yang akan menjalani praktikum Januari tahun 2010..
dan, ALLAH membela nasib aku.. alhamdulillah sekali lagi..

sebelum [sila klik untuk paparan yg lebih jelas]

selepas [sila klik untuk paparan yg lebih jelas]



Coppp.. ini posting terakhir aku pasal praktikum.. selesai sudah perjuangan.. lepas ni, misi membodek pengetua supaya menerima aku sebagai guru betul2 di sekolah itu.. ngeh3.. maksudnya dia yang rekemen kan aku ke KPM supaya aku di posting di sekolah itu.. tapi masalahnya, perempuan ni cerewet sikit.. susah la nak bodek.. haha.. ish, kalu dapat posting betul2 sekolah ni, bahagia den.. 5 minit boleh sampai sekolah.. pecut kancil hijau, 2 minit dh sampai sekolah.. huhu..



p/s: ni la masalah melanda para bakal guru.. nak posting asek nak dekat je.. kalu boleh sebelah rumah.. haha..[macam terkena kt batang hidung sendiri yg tak mancung]
=)



Monday, October 19, 2009

Dalam Mimpi Itu..

Sape suh tido lepas subuh.. kan dah mimpi pelik2.. tapi kalu jadi kenyataan, aku nak! hihi..meletup la mak mentua I kalu betul2 jadi kenyataan mimpi tu.. hihi.. aku pernah tanye abang, "kalu aling peknen, Ma marah tak?" ngeh3.. abang jawab, "takkan Ma nak marah, cuma kalu boleh 'jaga' la.." .. jawapan tu macam lampu hijau je..*wink*wink


Aku mimpi.. aku dapat baby.. besh2.. montel plus berat pulak tu.. dh 5 bulan, berat dalam 10 kg.. ape, obes ke anak aku neh?? kui3.. baby neh, pantang diagah, mesti ketawa berdekah2.. like his mom kot.. ohhh~ lupe nak gitau, jantinanya adalah lelaki ye.. hihi..


Pastu ada jiran2 aku datang rumah, main2 dengan baby.. bile baby diusik, ketawa la dia sungguh2.. so sweet ketawa baby.. sungguh comel!! aku pun dengar mereka2 cakap, 'patut la anak suke gelak, suke senyum, mak dia pun suke gelak jugak..'


Allah izinkan aku pegang baby tu.. menyusukan dia.. ohh~ alangkah bahagianya tatkala menyusukan dia.. mata ku dan matanya bertembung, satu aura menyelinap masuk dalam jiwa ku.. haha.. ayat tak leh blah.. bahagia.. patut lah bonding ibu dan anak sangat kuat..


Hepinye.. tapi itu hanya mimpi.. bile tersedar, aku terus mesej abang.. abang ketawa je.. dh la time aku mesej tu kurang 20 minit abang nak exam.. dan, sampai sekarang, aku masih terbayang2 kan baby itu.. gelak ketawanya.. bile la Allah nak izinkan kamu nak hadir dalam rahim mama.. =)


p/s: aku harap mimpi aku bersambung malam ni.. aku nak dakap dia, mahu peluk, mahu cium pipinya yang tembam dan gebu itu.. jaga2.. haha.. jangan aku mimpi, baby tu nak dapat adek lagi sudah la.. hahahahha..


Rajen Yang Terpaksa =)

" Abang, rindunya kat abang.."

" Kan hari Selasa aling nak balik sini.."

" Tak tau lagi la abang.. thesis tak siap lagi, tutor tak wat lagi.. asemen pun ade lecturer nak bagi.."

" Erm.. kalu camtu tak pe la.."


Aku amat2 paham maksud "erm, kalu camtu tak pe la.." .. sebab mase aku cakap hasrat aku nak balik hari Selasa (esok), memang abang amat2 gembira.. sebab kami tak pernah tak jumpe lebih dari 2 minggu.. so, bile sekarang ni dah lebih 2 minggu kami tak jumpe, rindu tu makin membuak2.. kalu didih air neh, sampai menggelegak.. ngeh3..

Oleh kerana aku amat paham nada "erm, kalu camtu tak pe la.." , so, aku sedaya upaya menjadi rajen.. kesimpulannya rajen yang terpaksa.. hasilnya, thesis aku dah siap.. tutorial pun tinggal nombor 4 je lagi yg belum dijawab.. tapi ade jugak lompong2 soalan no 1 dan 2 yg aku tak jawab lagi.. tapi, oke la kan? hihi.. sebabnya tutorial tu kene submit hari Jumaat..

So, pada kawan2 aku, jangan lah heran, janganlah pelik kalu hari Rabu muka aku tak muncul dalam kelas fizik tenaga.. haha.. keals ganti je pun.. dh la 2 jam.. dan jangan lah heran lagi, jangan lah pelik lagi kalu hari khamis pun muka aku still tak muncul2 gak.. haha.. kelas yg sama, fizik tenaga.. bulih imagine tak kelas fizik tenaga sepatutnya 3 jam seminggu, tapi lecture aku neh suka buat2 kelas ganti.. tambah lagi 2 jam.. aku gi kelas pun sembang je, baik aku balik jumpe abang =)

Dan kawan-kawan2 lagi, jangan lah pelik pulak kalu muka aku muncul dalam kelas ganti CM pada khamis malam tu.. aku bukan cips more tau.. hihi.. sebabnya aku akan naik bas balik TM tengah hari khamis tu.. kelas CM aku sayang nak 'tuang' sebab kalu tak attend je mesti tak paham.. tapi sebenarnya, kalu tak kerana ade 'sesuatu' hari Jumaat tu, aku rase aku 'tuang' jugak kelas CM tu..

Nak tau apa 'sesuatu' yang akan ada pada hari Jumaat? Test QM.. lecturer aku yang bujang nan satu itu sangat rajen buat test.. aku tak tau dia rajen terpaksa macam aku ke tak.. haha.. aku promote neh, lecturer aku tu bujang lagi =) .. teramat rajen start dengan awal sem lagi.. preliminary test + mid term + pre-final la + 3 tutorial individual.. kalu students fizik ada 198 orang, boleh bayangkan tak betapa dia rajen nak marking semua2 tu sbb hanya dia saja yang mengajar Quantum Mechanics.. so, aku promote lagi.. dia bujang tu.. kawen la dengan dia supaya junior2 ku tidak menjadi 'mangsa' seperti kami.. hikhik..

Kesimpulannya:
  1. Thesis dh siap.. without correction by supervisor la.. kalu ade correction pun, sikit je kot nak kena betulkan
  2. Tutorial hampir siap (tinggal no 4 n lompong2 yg lain)..
  3. Minta maaf Dr.R sebab saya gagal menghadirkan diri ke kelas Dr.. sebab saya terpaksa menghadirkan diri di rumah Dr.Z saya.. hikhik..
  4. En. F, minta maaf la.. ade 'terngumpat' sikit.. sebab en.F pun kutuk kitaorang depan junior.. hikhik..



Saturday, October 17, 2009

Good Luck Sayang..

Entri khas untuk mr hubby aku..

GOOD LUCK SAYANG..


Semoga ALLAH memberi abang ilham ketika menjawab soalan.. awal ke aling wish? awal satu hari je kan? abang pun final exam hari Isnin.. sementara masih ada waktu ni, sebab tu aling wish utk abang..


Ingat tau, janji abang pada Ma.. mahu buktikan pada Ma, walaupun sudah berkahwin, walaupun sudah ada bini, walaupun tanggungjawab sudah bertambah, walaupun bebanan kerja cari nafkah makin meningkat, walaupun dalam keadaan bersedia untuk nak sambut anak [macam pelik je bunyinya..hihi], dan walaupun apa pun, result abang still maintain oke.. malah, kalu makin meningkat lagi bagus kan sayang??


Kalu dulu2, kita masih serabut dengan urusan kelulusan nikah-kawen di pejabat PAMA, tapi sekarang, abang dapat rasakan kita sudah tenang untuk mencipta kejayaan di dunia kan? Malah, walaupun pelbagai dugaan yang diberi ALLAH, kita masih diberi ganjaran dengan kejayaan lagi.. terima kasih ya ALLAH..


Semoga abang mendapat kecemerlangan untuk exam kali ni.. aling tau, abang sedikit cuak sebab ni exam yang first untuk clinical year.. tapi, aling kenal abang.. abang tak pernah goyah walau sekali pun.. percaya lah abang, kecemerlangan abang bukan sahaja buat Ma dan Ayah bangga, malah Mak dan Ayah aling pun bangga.. bukan setakat keempat-empat orang tua kita yang berbangga, tapi kami pun bangga dengan abang tau..[sila jangan berkerut dahi bile membaca perkataan 'kami'.. itu aku refer untuk aku dan anak2 ku..]


Semoga setiap dalam exam itu abang mendapat ilham dari ALLAH.. walaupun secara zahirnya, 'ilham' kita tak wujud lagi kan sayang.. ngeh3..[lama aku tak gelak camni..].. oke sayang.. buat yg terbaik tau untuk hari Isnin dan hari Rabu..hari Rabu jangan gi lambat2 ke hospital sebab abang orang first yang kena examine patient..

p/s: aku dan abang sangat suka nama Ilham..


Adab Makan Cara Nabi..

Mode tensen buat thesis oke.. bile la thesis aku nak siap =) .. hikhik.. dalam ketensionan tu, aku singgah blog kereta mayat..link nya ada sebelah kanan blog aku.. membaca blog nya membuatkan otak aku kurang tensen.. mcm2 lawak yang dia tulis, dan dalam lawaknya ada pengajaran.. dan, aku terbaca kisah tentang mak dia tercekik tulang..dh lama kisah tu..ini link nya..


Dalam leka membaca entri tu [ayat sekema oke!], aku terbaca penulisannya tentang sunnah Nabi ketika makan.. entri tu mengingatkan aku tentang abang.. setelah kami diijabkabulkan, ayah abang [my FIL] memang menghadiahkan kami satu kitab hadith.. bukan untuk kami sorang, tapi untuk semua anak2nya yang telah berumah tangga.. ayah pesan;

"nanti dh masuk rumah, baca hadith ni tau.. bir, baca hadith utk nurul.."


Tapi, disebabkan lepas kawen tu, kami lambat masuk rumah sewa baru, so, bacaan hadith tergendala [alasan cuma].. bile kami dah start masuk rumah baru, baru abang betul2 'ajak' aku, duduk di depannya, sambil dia pegang kitab hadith warna biru tu.. aku duduk dengar di depan dia, manakala abang akan baca 1 atau 2 hadith.. bergantung pada panjang hadith tersebut..kebiasaannya abang akan baca lepas sembhayang isya'..


Suasana itu membuatkan aku rindu untuk balik ke Kuantan! aku rindu diriku ditarbiyahkan oleh suami sendiri.. terima kasih abang! terima kasih kerana mendidik isterimu ke jalan-NYA.. dan baru2 ni, lepas abang baca hadith, abang ajarkan aku adab makan mengikut sunnah Nabi.. kalu korang nak baca, refer pada sini.. mende yg sama je dengan abang gitau, cuma ada la sedikit penambahan..


Setiap apa yang Nabi ajar, pasti ada sebab dan hikmahnya.. beruntung lah pada mereka yang mengamalkan sunnah Nabi.. cuma, aku nak tambah 1 sunnah Nabi [bukan 1 je kot nak tambah].. tutup kepala anda ketika makan.. kalu lelaki pakai kopiah, kalu perempuan tutuplah kepala dengan apa2 kain pun.. bukan perlu pakai tudung labuh, tapi hanya perlu menutup kepala saja.. boleh guna tuala kecil, bulih guna serkup kepala.. aku juga manusia biasa, lepas kawen, abang ajar aku camtu, tapi disebabkan aku tidak biasa, teramat susah untuk mengamalkannya.. sebab, bile lapar, tengok makanan je terus terkam =)


Patut la mase mula2 abang duk kt rumah aku, abang tanye, 'kat sini makan pakai kopiah tak?'.. aku dh gelak2 kan kat abang.. aku cakap, 'kat sini pakai kopiah mase nak sembahyang, ngaji je..' hihi.. Kadang2 malu dengan abang.. aku dh duduk siap2 depan hidangan, abang datang bawak serkup kepala utk aku =) .. bile dh berjauhan dengan abang ni, kadang2 aku lupe untuk mengamalkannya tapi aku masih mencuba.. cuba la amal sunnah tu, anda bukan saja kenyang, tapi dapat pahala lagi.. Nabi ajar, jangan makanan tunggu kite, tapi biar kite tunggu makanan.. means, jangan lah biarkan makan terhidang dulu, baru nak gi duduk..


Makanlah secara berjemaah, makan secara beramai2.. kalu adik beradik ramai, ajak semua makan sekali.. kalu duduk rumah sewa ramai2, ajak kawan2 makan sekali.. kalu mereka tak nak, itu lain kira.. jangan dipaksa pulak =) .. lagi 1, sunnah Nabi, minum air dengan tangan kanan, jari kelingking berada dibawah [di tapak gelas/cawan].. hikmahnya, kite tau kan, dapat detect jika ada orang santau kita.. [jika air sejuk, dibawahnya panas, sila jangan minum.. anda mungkin disantau!]..


Hebat kan cara hidup Nabi.. waallahu'alam..


p/s: my FIL pesan supaya makan di atas lantai [makan kt bawah].. aku paham maksud FIL aku tu supaya nanti bile kami masuk rumah, tak yah beli meja makan.. tapi aku beli jugak.. bukan sebab aku derhaka, tapi aku pikirkan tentang ayah aku.. ayah aku pernah mengalami patah tulang kaki dan menyebabkan dia tak leh duduk di atas lantai, kena duduk atas kerusi.. untuk aku dan abang, memang kami makan atas lantai.. jarang guna meja makan tu, kecuali jika lepas makan tu nak cepat untuk ke mana-mana.. kalu ade hal penting untuk ke mana2 lepas makan, aku prefer makan kt meja makan sebab kalu makan kt bawah, n tak sempat nak kemas, aku pulak pening kepala nanti tengok rumah berselerak.. hihi..

p/s 2 : betulkan aku jika aku salah..

Friday, October 16, 2009

Cerita Laki Bini =)

Versi klasik~
Alkisahnya, sepasang suami isteri ini telah 4 bulan lebih diijabkabulkan.. oleh kerana pasangan ini duduk berjauhan, maka berindu-rinduan lah mereka sesama sendiri..dikisahkan suatu hari, apabila si isteri mahu pulang berjumpa dengan suaminya, si suami telah bertanyakan kepada isterinya,

"dinda sayang, dinda sampai pukul berapa ye?"

"oh, kanda.. dinda sampai malam2 gitu.."


Sejurus selepas itu, apabila sudah melewati malam, si isteri telah menghantar warkah secara digital (SMS) pada suaminya untuk memberitahu bahawa beliau sudah hampir sampai di tempat tinggal suaminya.. namun, warkah digital itu tidak dibalas segera mungkin, tetapi dibalas setelah 10 minit..


Si isteri hairan memikirkan kenapa si suami lambat membalas warkahnya itu.. apabila ditanya, si suami menjawab,

"kanda sapu sampah kt luar rumah.."


Si isteri terkedu mendengar pengakuan si suami itu kerana persiapan yang dilakukan untuk menyambutnya sangat lah rapi..[sampai ke luar rumah sapu]..maka, sebaik sahaja sampai di rumah, si isteri memang betul2 menyaksikan kehebatan si suami mengemas rumah..


************cerita belum tamat***********

Arakian, setelah 2 minggu lebih si isteri tidak pulang ke pangkuan suaminya, mereka saling merindui.. kerinduan yang sampai ke tahap infiniti.. malam2 asek memanggil nama dinda dan kanda.. setelah difikirkan masa yg sesuai, si isteri telah memberitahu pada suaminya untuk pulang ke rumah pada minggu seterusnya..


Si suami nyata gembira kerana dapt berjumpe dengan isteri kesayangan beliau.. kegembiraan bertambah kerana si suami dapat menjadikan isterinya 'bahan' eksperimen untuk beliau test pada minggu itu.. tetapi setelah 20 minit, si suami diam tanpa menghantar sebarang warkah digital pada isterinya.. lalu, si isteri bertanyakan pada suaminya,

"kanda, diam je.. kenapa tak mesej pun.."

"oh dinda, kanda baru saja mop lantai.."

***********cerita tamat*************

Kanda : abang
Dinda: aku


Abang cakap,
aku banyak rules n precaution.. so, sebelum aku balik, baik dia buat 'precaution' dulu sebelum aku wat kuar rules2 baru dalam rumah.. haha.. kalu tak akan terdengarlah bunyi2 sedemikian rupe;

* abang, nape tak basuh bilik air?
* abang, nape abang tak lipat baju?
* abang, kan aling dh cakap, towel ni utk lap pinggang, towel ni utk lap mende kotor yg tumpah.. nape abang gune towel yg lap pinggan? * abang, nape n nape n nape..


Hehehe..sengalkan aku.. padahal aku tau dh abang sehari suntuk di ward berdiri je, clerk patient, buat CP n others, tapi aku still tanye gak kenapa abang tak wat semua itu.. satu je yg abang suke aku buat sebelum aku balik TM, iaitu gosok baju..sebabnya;
* abang malas nak iron..abang cakap, dia tak reti iron seluar..
* abang cakap lagi, dia nak merasa sentuhan aku bila dia pakai baju yg aku iron..

Abang, really miss u sayang.. a lot.. tunggu aling balik ek minggu depan =)


Wednesday, October 14, 2009

Air Mata Lagi..

Sorry untuk pembaca2 blog ni sebab semenjak 2 menjak ni, aku asek post entri tentang praktikum je.. gempak habes la praktikum ni, posting tak tau lagi.. tapi biasanya untuk posting, KPM consider guru yang sudah berkahwin.. tapi tak tau zaman aku nak posting nanti, semua dh tak consider.. menangis lagu dondang sayang la aku dengan abang nanti T_T ..

Allah mahu aku terus berusaha.. itu kata2 positif yg aku semat dalam hati.. nak dijadikan cerita, sorang hamba ALLAH ni dia terserempak dengan aku petang tadi dan bertanyakan tentang praktikum sebab time aku gi ULM itu hari, dia pun mintak rayuan untuk tukar negeri jugak..alasan, tiada partner satu kos untuk praktikal di sekolah tu..

Entri lepas, aku pernah cite yang secara tidak 'hitam putihnya' aku dapat Kuantan.. rupenye itu hanya la ' angin2 sepoi2 bahasa saja..' rupenye, staf ULM tak letak pun aku kat Kuantan.. ALLAH nak aku usaha lagi dengan menemukan akak tu dengan aku.. bile dia cakap kt aku, ULM tak ubah pun, aku rase terkedu..

'Ya ALLAH, aku sudah penat..'


Then, akak tu nasihat suh aku gi semula ke ULM.. mendaki la aku bangunan BC tu sorang2..aku gi sorang2 sebab aku tak nak nyusahkan kawan.. sekarang masing2 tengah sibuk dengan thesis.. bile sampai pejabat ULM, aku jadi cuak.. takut kena marah lagi.. sorang2 pulak tu.. bile aku masuk pejabat tu, aku tanye pada salah seorang staf kt situ then dia jawab;

"mujur awak datang, saye pun dh lupe.."

Rase nak nangis situ je macam budak 6 tahun..encik2, puan2, cik2, ketahuilah saya sudah penat nak mendaki bangunan ini untuk bertemu muka dengan kalian semua..aku mintak sekolah SMK Tengku Panglima, then dia cakap try call sekolah tu dulu tanye nak terima tak cikgu praktikal.. aku fed up.. aku call abang..aku sebak..

"abang, aling dh penat dh usaha.. aling dh fed up.. berserah je la.. " [sambil nak nangis..]

"biar abang pulak usaha.. abang gi jumpe pengetua sekolah tu sekarang la.." [masa tu pukul 4.30pm]

Pastu, talian terputus.. kredit aku habes.. minggu ni saje, rase dh berpuluh2 kredit habes sebab kerana praktikum neh.. sepanjang dari bangunan BC hingga ke pagar UPSI, aku nangis.. nangis sambil jalan.. biar la mereka nak cakap aku apa, yang PASTI, ALLAH saja yang tau penat lelah aku.. bile dh top up, aku ke pejabat ULM semula.. nak gitau yang aku kompen kan esok pasal sekolah..

************************************************************************************

Segala perbualannya antara aku dengan staf ULM terpaksa dirahsiakan..
Segala proses pertukaran sekolah pun terpaksa dirahsiakan..
Dan segala percakapan antara aku dan pengetua sekolah pun terpaksa dirahsiakan
Harap maaf ^_~

************************************************************************************

Akhirnya, ALLAH nak tolong jugak aku.. staf tu terus tukarkan aku ke SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad [sebab tak der lagi pelajar fizik yg praktikal di situ walaupun totally dh seramai 8 orang.. so, bile termasuk aku dan partner jadi 10 orang].. lagi bahagia bersama partner aku sendiri.. mungkin rase fed up tadi adalah 'klimaks' pada ujian DIA pada aku.. sungguh! tika itu, aku sudah rase tiada kemampuan lagi berusaha untuk proses pertukaran sekolah ni dan ALLAH sememangnya sudah tau, aku sudah tak mampu lagi untuk 'ujian' yang seterusnya..

Hati bahagia.. sungguh! terima kasih ya ALLAH.. walaupun dengan linangan air mata, aku juga PASTI segalanya ALLAH akan 'bayar'.. tidak di dunia pun, insya ALLAH di akhirat kelak..

p/s: Missjue, sorry.. saye n partner dapat tukar sekolah waktu yg sama dengan awak post entri pasal SMK Raja Perempuan Taayah.. mekasih banyak2 ye pasal info sekolah awak tu.. really appreciate it! sangat gembira mengenali sekolah itu dengan lebih dekat apatah lagi sekolah itu adalah sama budayanya dengan sekolah kami dulu.. sebenarnya, sayang jugak nak tinggalkan sekolah tu utk tukar ke sekolah lain..tp sebab mr hubby jauh, so nak tak nak, kena jugak utk penjimatan kos..


Monday, October 12, 2009

ALLAH Nak Tunjuk..

Aku ke ULM pagi tadi.. thanks to cik Raihah yang tak jemu2 teman aku ke ULM.. dia adalah partner aku dan sungguh sedih kerana kemungkinan aku tidak bersama dia ketika menjalani praktikum sebab dia still dengan SMK Raja Perempuan Taayah.. tapi tak tau ada keajaiban berlaku pasni, tetibe ULM tarik jugak nama dia.. tapi dia said 'tak mo' sebab dia sudah sayang sekolah itu.. i tak kesah pun.. *eah, nanti kite wat ABM kot YM sama2 tau.. haha*


Bincang punye bincang dengan encik2 di situ.. surat permohonan untuk pertukaran sekolah sudah kali KEDUA dikemukan.. u see sendiri la i punye effort nak tukar sekolah oke.. kerana mr hubby tersayang nun di Kuantan, i rela korban apa saja.. biar la kene marah banyak kali pun =( .. dan sekarang hanya berserah pada ALLAH saja.. aku dh semat dalam hati, apa jua berlaku, PASTI ade hikmah..[bukan PASTI yg budak 6 tahun tu..]


Then, aku bertanyakan camne prosedur penetapan sekolah untuk praktikal ni.. perjumpaan kali ini dengan encik2 ULM menguatkan semangat aku.. sungguh! kali ini aku dilayan dengan baik =) .. punye la aku banyak tanye, at last, ALLAH nak tunjuk, encik tu tersalah cakap..tapi aku PASTI lagi encik tu tak sedar dia terlepas cakap.. haha.. bile i tau, waaa~ panas lagi.. terasa sangat2 diri ni dikhianati.. pes time aku rase dikhianati sebegini rupa..


Tapi panas tu sekejap je bile akhirnya aku sudah dapat result yg aku dapat ditukarkan ke Kuantan [macam konpem je, tapi rasenye konpem]..mungkin dia rase kesian kot kat aku.. naik turun tangga ULM tu [ULM itu berada ditingkat 4 ye kawan2], hantar surat dah dua kali.. syukur pada ALLAH selayaknya.. DIA yang membantu aku.. bukan saja bagi kekuatan fizikal, malah kekuatan dalaman untuk aku hadapi dugaan ini.. cuma, wat mase sekarang ni aku tak tau sekolah mana sebab aku tau aku dapat Kuantan pun dari sorang kawan aku..


Disebabkan nama dia n partner dia tercicir, so dia refer pada ULM..then, encik tu cakap camni kt dia,

"Awak nak partner sekali dengan Haniem tak? sebab dia mintak Kuantan.."

"Saya tak leh nak confirm sebab kena tanye partner saye dulu"


So, aku yg wat kesimpulan la aku dapat Kuantan.. ahaha.. padahal, itu hanya result 'angin2' saja, tak der hitam putih pun.. i hope la.. semoga kesabaran aku menghadapi dugaan ini mendapat ganjaran oleh-NYA.. doa orang teraniaya dimakbulkan ALLAH, rite? so, aku berdoa semoga nanti posting pun aku dapat dekat dengan abang dan posting aku diawalkan.. i laki bini decide nak duk Kuantan, thats why aku nak minta posting kt Pahang.. n i hope again, biarlah dapat dekat dengan abang..


Kesimpulan aku, kalu ALLAH nak tunjukkan kebenaran itu, akan terzahir lah ia walaupun mende tu ditutup serapat2nya.. kuasa ALLAH tiada tandingan.. jangan kamu menidakkan itu, oke?? time kasih pada mereka2 yang membantu aku dalam usaha pertukaran ini.. yg teman aku naik turun tangga ULM, yang bagi aku semangat, kata2 positif.. tidak lupe juga yg menyalurkan doa melalui blog ni..aku post entri berkenaan praktikum, minta kamu mendoakan aku, kerana aku tau, aku ade kamu di belakang.. thanks friends!!

p/s: aku cuba berprasangka baik pada tukang incharge praktikum bg pelajar fizik.. mungkin dia lupe surat aku.. ye, mungkin dia lupe.. *padahal dalam hati cakap, ianya tidak mungkin berlaku! sebab hanya beberapa kerat sahaja dari 198 orang students fizik yg buat permohonan..lain la kalu 50 orang buat surat, boleh dianggap jugak surat aku tercicir..*


Kita Jatuh Cinta Lagi..

Abang...
rindu abang sangat2..
tak puas pun jumpe abang minggu lepas..
sebab kite cuti raye lama hampir 2 minggu, so bile kite jumpe minggu lepas kite rase sekejap je kan??
padahal selama ni kite jumpe pun just 4 hari, tapi perasaan kite tak sama macam ape yg kite rase minggu lepas saat nak berpisah..
sekejap je mase berlalu,, hari Jumaat, Sabtu n Ahad..
sampaikan abang cakap,

"eh, aling dh nak balik dh esok.. sekejapnya.."

saat abang cakap camtu, aling sedih sangat..
sebab aling rase anugerah rindu yang ALLAH bagi antara kite tak pernah pudar dan tak ternilai harganya..
walaupun abang hanya ke kelas, tapi rindu itu pasti..apatah lagi bile kite berjauhan camni..
camne abang jika kita terpaksa berjauhan lagi untuk kali kedua?
lagi jauh dari sekarang..
mampukah untuk kite menghadapinya??
masa sekarang, aling mampu lagi naik bas hari khamis gi jumpe abang,,
tapi time praktikal nanti, paling kurang, Sabtu pagi baru sampai Kuantan..
itu pun kalau tak der aktiviti sekolah hari Sabtu..

Tapi kan abang..
abang perasan tak?
kite jatuh cinta lagi..
muka abang menjadi bayangan..
gurauan abang menjadi kenangan..
setiap nafasku merindui kehadiran mu..

aling pasti abang..
'kite jatuh cinta kali kedua..'

Sunday, October 11, 2009

Naluri Ibu

Aku just nak share 1 cite.. cite benar n ade kaitan dengan yang hidup [aku sahaja] dan tiada kaitan dengan yang sudah meninggal dunia..



Khamis ( 8/10/09)


Hari ni la aku dapat tau senarai nama pelajar yg akan menjalani praktikal.. first aku dapat mesej dari Ejan (housemate aku).. dia gitau aku dapat Ipoh.. bile tau cegitu, aku tak sedih lagi sebab sebelum2 ni aku memang dengar student fizik tak jadi praktikal kt Pahang.. so, aku assume yg TIADA pelajar fizik lain yg akan praktikal di Pahang.. mesej kedua aku terima dari Raihah (partner praktikum aku).. dia just cakap senarai nama sekolah dh keluar.. aku reply mesej dia dan gitau yg kami dapat Ipoh.. mesej ketiga dari Kak Farah, dia gitau aku dapat Ipoh..


Then, Raihah call aku cakap dia nak gi tengok sendiri senarai nama tu.. 15 minit lepas tu dia call lagi aku.. suara dia terketar2 n nada macam terkejut..

"anim, kawan2 kite semua dapat Kuantan.. nama atas kite semua kt Kuantan, nama bawah kite semua kt Kuantan..kite je tercampak kt Ipoh.. "


Aku macam terkedu..secara jujurnya, dalam hati aku terlintas camni, 'ini dugaan untuk aku.. dah lama ALLAH tak bagi dugaan berat camni.. mungkin aku sudah jauh dari Dia..' dan secara jujurnya lagi, aku tak sedih lagi mase tau yang kawan2 semua dapat Kuantan.. tapi aku jadi nangis bile call abang.. bile aku rase aku ni teraniaya.. dan bile terpikir kami terpaksa berjauhan lagi memandangkan dh banyak preparation yg dilakukan untuk kami tinggal bersama..


Lepas pada tu, aku dh down.. tak leh study.. tapi malam tu ade Test Classical Mechanics.. sebelum test, kul 8 aku call rumah, nak sembang dengan mak ayah aku.. mula2 aku sembang dengn ayah, then ayah aku pass tepon kt mak aku.. nak tau naluri seorang ibu??



Mak: adek, mak mimpi yg bukan2 kt adek.. adek nak dapat susah ke ni??


Dengar mak aku cakap camtu, terus aku nangis sampai tak leh cakap.. point aku kat sini, naluri ibu sangat kuat.. walaupun anaknya terpisah beribu2 batu dengan dia, walaupun tak dengar suara anaknya, walaupun tak tau khabar berita anaknya, ALLAH tetap 'menghantar' satu signal pada seorang ibu tentang anaknya.. interesting kan bonding antara ibu dan anak??



Aku selalu terpikir, bile la ALLAH nak bagi aku naluri seorang ibu.. sebetulnya, memang aku sendiri tak sabar nak ade baby.. melihat kawan2 yang sudah ada anak, sedang mengandung, diri ini sedaya upaya cuba untuk sabarkan hati.. sabar anim! masa itu akan tiba.. tapi, yang aku tak tahan gelak [tadi nangis masa cakap dengan mak], mak aku cakap camni,



"ingatkan adek mengandung.. kan ma zubir tak bagi lagi mengandung.. kot2 la mengandung, kene marah dengan mak dia.. itu yang mak pikir nak dapat susah.."




Naluri seorang ibu.. satu getaran yang tanpa paksaan, satu gelombang yang tiada batasannya.. getaran n gelombang anugerah ALLAH untuk seorang ibu.. Ya ALLAH, aku belum bersedia jika KAU mahukan ibuku kembali ke pangkuan-MU.. sungguh! kejayaan aku di dunia adalah doa seorang ibu untuk aku.. aku tau, jauh di sudut pandanganku, ibu ku sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anaknya..



Thanks to ALLAH.. walaupun otak aku serabut dengan praktikum, tapi ALLAH lapangkan hati aku ketika menjawab test pada malamnya.. ALLAH itu sangat adil.. percayalah!



p/s: kawan aku cakap, kalu naluri ibu tu kuat pada anaknya, bermakna anak dia menyusu lama mase baby dulu.. so, aku wat kesimpulan, nanti ade anak, aku nak menyusu dia lama gak supaya aku sentiasa mendapat 'sign' if dia berjauhan dengan aku.. haha.. boleh abang jadi pembantu aling nanti??






Saturday, October 10, 2009

Pasal Praktikum 2

Entri sebelum ni terpaksa di deletekan atas sebab2 tertentu..tadi aku lepas 'hangin' aku je.. kepada sesiapa yg terasa, very the sorry.. aku hanya cakap tentang hak aku saja.. *izzah, aku dok dang nok reply komen mu..* hihi.. dulu aku pernah cakap pasal praktikum.. [klik sini], dan resultnya aku dapat sekolah ni.. [klik sini]


Conclusion aku..
  1. Ada hikmah disebalik yang ALLAH aturkan.. sekolah itu sangat baik budaknya.. [tak gi lagi, tapi assume budak2 baik.. doa seorang cikgu..=) ] mungkin ALLAH nak bagi aku peluang dapat A untuk praktikal.. ingat senang ke nak dapat A.. kerjasama student amat diperlukan tau.. jika budak2 baik, kelas dapat dikawal, sememangnya cikgu itu layak dapat A!
  2. Aku bukan kerabat sultan.. jika diteliti asal usul penyekolahan aku, dari sekolah menengah lagi sekolah aku ada nama kerabat sultan.. Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA).. sekolah banyak kenangan tuh! then, aku masuk UPSI pun still ade nama Raja.. Universiti Pendidikan Sultan Idris.. sehingga la aku nak praktikum, aku ditempatkan sekolah yang ada nama sultan lagi.. Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh Perak.. adakah nanti bila posting, aku akan ditempatkan di sekolah yang ada nama sultan jugak? kalu di Kuantan, SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad! [doakan untuk aku tau..] =)
  3. Sebenarnya aku sedih sebab lagi jauh dari abang.. siyes aku cakap, jika abang sudah bekerja, aku tiada masalah untuk berpraktikal jauh dari abang kerana tiada lagi masalah kewangan terhad.. tapi sekarang, buat masa ni, kewangan kami terhad, untuk aku nak praktikal jauh2 ni membuatkan daku sangat poning kopalo.. =( .. untuk sekarang, TM-KL-Kuantan-KL-TM memakan belanja, RM58.. jika aku praktikal di Ipoh, kos ulang alik jumpe abang, Ipoh-Kuantan-Ipoh, RM 80+.. banyak.. hampir 2x ganda..
  4. Kepada yang tukang incharge ni, thanks sebab buat aku camni.. menjadi orang yang tidak amanah sangat besar dosanya.. apatah lagi, kamu sudah dipilih oleh ALLAH memiliki pangkat dunia dengan panggilan Tn. Haji di hadapan.. berlaku la adil pada yang hak..
  5. Aku cuba tenangkan diri, tenangkan perasaan.. aku semat kata2 mak aku dalam hati, aku jadikan azimat kata2 abang dalam diri..kata2 mak.

"sabarlah adek.. sebelum nak dapat senang, mesti susah dulu.. mane tau nanti adek posting dapat dekat.. adek dapat posting awal dari kawan2 lain.." -mekaseh mak atas doa itu..


"Usaha dulu minta tukar.. kalu tak dapat, sume tu dh qada' n qadar.. kite tak tau, mungkin di sebalik mende yg kite rase buruk ade hikmah yg kite tak jangka.. sb ALLAH dh gitau dalam al-Quran, apa yang kamu rasa baik bagi kamu, mungkin buruk bagi kamu.. tapi apa yang kamu rase buruk bg kamu, mungkin baik bagi kamu.. ALLAH lah perancang yang terbaik.." - thanks sayang untuk peringatan ini..



p/s: abang, sanggupkah abang berjauhan lagi dengan aling?? sekarang aku dalam proses pertukaran sekolah ke daerah kuantan.. mohon doa kalian ye..

Wednesday, October 7, 2009

Perancangan ALLAH Jua Yang Terbaik =)

Habes presentation, aku semangat dengan syikin nak g lounge kat library.. kempunan nak makan nasi lemak.. gaya macam orang peknen je aku neh.. then, sampai sane, nasi lomak dh habes.. aku pun patah balik rumah n syikin gi straight masuk library.. aku pun lilau2 depan kedai cari makanan [macam kucing..haha].. dapat makanan, balik rumah makan..


Hajatnya, nak gi library jugak.. aku neh jenis perut tak leh kalu tak diisi dengan nasi.. kene nasi gak.. kakak aku cakap, perut orang kampung.. haha.. aku tak kesah pun, memang betul =) ..lepas makan, aku sapu ubat kat perut sebab senggugut + perut memang memulas.. sapu minyak panas kat kepala lutut sebab sakit.. [dah tua aku neh.. syikin cakap, rawan aku mengecut.. haha], pastu amik sweater sebab kat library tu sejuk..


Aku gi library.. planning nak duduk situ sampai kul 5.. oke, duk setengah jam, perut memulas gila.. aku gi toilet, ternampak Fana n Eeah.. minta dorang tolong pegangkan purse+nokia N81 neh.. lepas je balik dari toilet, aku pun gi sambung study.. tak sampai setengah jam, perut memulas lagi.. aku naik hangin.. ahha.. weh perut, tuan kamu nak study la.. then, pk2 balik, baik aku balik rumah lagi bagus.. nak 'buang' kt rumah pun lagi selesa..


Aku pun kemas2 barang n balik rumah.. gi library kul 12.30pm-1.30 pm.. rum mate aku dh gelak2 sebab 'precaution' aku macam2 sebelum nak gi library dengan harapan nak stay lama kat situ, tapi at last just 1 hour.. haha.. balik rumah, aku pun tido sampai 5.45 pm.. bangun2 perut dah oke, senggugut dah hilang.. alhamdulillah, ALLAH nak sembuhkan penyakit aku dengan rehat secukup nya.. [sokmo rehat cukup oke..].. mungkin kalu aku study gk, tak masuk ape2 sebab perut sakit kan..
So, perancangan ALLAH jua yang terbaik.. kita hanya mampu merancang =)


Aku Sudah Ralit!

Dulu aku langsung tak reti.. siyes..
Aku tengok orang lain ada, aku pun nak ada..
Bile aku dah ade, tapi ianya terbengkalai gitu jea..
Upload gambor pun senget2..


Tapi..
Sekarang, aku macam dh berminat je nak explore..
Aku still explore..
Rupenye tak der la susah sangat pun..
Dan aku semakin ralit..

Apa tu??


v

v

v

v

v

v



Main 'muka buku'.. haha.. facebook la..
Tapi aku sangat sehati sejiwa dengan abang..
U know y?
Coz abang pun langsung tak tau main gak..haha..
But, aku lebih maju dari abang..
Alahai bang.. bile abang nak maju neh??


+Gambar tiada kaitan+

Untuk itu..
Aku dengan rase kasihan pada suami sendiri,
Telah menyibukkan diri membuka akaun Facebook untuk abang..
Abang, sila la majukan diri sendiri okeh??


Monday, October 5, 2009

Lab Report Mira

inference : banyak kerja tak sama dengan sibuk
hypothesis : semakin banyak kerja, smakin kusut kepala, smakin tak sibuk seseorang itu
variables
manipulated: timbunan kerja
responding : sibuk
fixed: g kuliah macam bese...

method:
1) Banyak kerja tak sama dengan sibuk. Tak caye??? Betulll
2) Semakin banyak kerja, semakin kusut otakku.
3) Lantas aku mengambil keputusan untuk terus tidur sahaja.
4) Bangun tidur aku tidur lagi. Rileks sugguh rasanya!
5) Method 3 dan 4 diulang banyak2 kali sampai bosan.
6) Kita on lappy. Kita makan. Baju banyak kita jangan basuh.
7) Kalau bosan kita repeat step 3 lagi.
8) Bila masa dah terlalu cemburui kita, baru kita buat BANYAK KERJA, di saat ini barulah kita akan SIBUK.

observation: seseorang itu bertambah bulat muka kiutnya.

conclusion:
1) MASA mempengaruhi hypothesis di atas.
2) Dari eksperimen ini, seseorang itu TAK SIBUK walaupun BANYAK KERJA. Hypothesis disahkan benar!
Read more...

************************************************************************************

Status : Approved
Mark : 9.5/10
Comments: Kamu memang sengal.. hehe..tapi lab report ini mampu membuatkan hati saya yang tengah tensen menjadi cool.. boleh saye cube eksperimen ini?? oke.. esok saya cuba.. pung pang.. kamu harus sedar.. test Quantum n Classical sedang menanti kita.. haha..


Waaa~ Panas!!

Sumber: Berita UPSI


Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.


Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.


Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.


Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.



p/s: tahniah! berjaya membuatkan semua bakal guru 1 Malaysia menganggur!! weh! aku nak sara hidup dengan apa nanti? nak suh 1 Malaysia merempat tepi jalan jugak ke?? adoi.. waa~ panas.. kepada bakal2 guru 1 Malaysia, sila cari alternatif lain untuk menyara hidup anda.. degree education, gulung, ikat dengan riben, buang dalam laut.. panas2x..



Sunday, October 4, 2009

Zaman Sekarang..

Aku bz sebenarnya.. tapi aku rase nak tulis jugak entri ni.. bukan untuk sesape, untuk aku jua..bila aku memiliki anak yang sudah besar panjang, entri ni akan mengingatkan aku kembali.. sebelum aku tulis panjang, seribu kemaafan aku mohon.. aku tak tunding jari pada sesiapa, dan jika ada yg terasa, bukan niat aku nak berkata begitu.. bunyi cam saspen je kan?? gelak sikit.. haha..


Oke.. aku tunggu bas nak balik ke TM.. [jangan tanye aku dari mana.. haha.. opkos dari Kuantan.. terbabas iman minggu ni.. balik jugek!!].. ade sepasang couple depan aku.. si dara memluk pinggang si jejaka, si jejaka memeluk bahu si dara.. mula2 aku berprasangka buruk.. tapi cepat2 istighfar sebab takut jadi fitnah pulak.. mungkin dah kawen.. aku intai di jari2 manis si dara tadi.. ade sebentuk cincin, tapi gerak hati still cakap itu bukan macam cincin kawen! [jahat sungguh hati neh!hehe..]


Dalam hati lagi, still cakap, mintak2 bukan budak UPSI.. malunya bakal GURU camtu.. tengok2 bile naik bas, si dara tadi duk sebelah aku.. aku? mengambil peluang yang ada.. haha.. sebelum tu, aku tengok akak ni salam cium tangan si jejaka tadi.. waaa,, adegan macam aku dengan abang je sebelum aku naik bas balik TM tengah hari tadi..

Akak: Sem berapa?
Aku: Tahun akhir dah.. sem 7.. akak?
Akak: Akak DP..
Aku: Ooo..
Akak: Amik kos ape?
Aku: Fizik.. akak amik ape?
Akak: Pendidikan Moral..
Aku: Ooo.. saya pun ade sedara amik pendidikan moral.. camne nak cakap ek.. akak yang amik pendidikan moral tu kakak ipar pada asben saya..
Akak: Ooo.. dah kawen ke?
Aku: A'ah.. ni pun baru balik jumpe asben ni.. dari Kuantan.. akak balik rumah jugak ke?
Akak: Tak la.. gi beli barang2..
Aku: Untuk ape?
Akak: Tunang..


So, kome paham2 sendiri la ye.. banyak lagi perbualan aku dengan akak tu.. tapi takkan nak tulis semua.. sedih aku dengar akak tu cakap baru nak tunang.. erm, habes tu, kenapa beraksi macam dah kawen?? siyes aku cakap, aku bertambah malu bile akak tu bakal cikgu.. tambah2 lagi cikgu Moral..


Kepada si dara2 di luar sana, please.. jaga la kehormatan diri anda.. anda akan rasa lebih nikmat bile ianya pertama kali disentuh suami setelah diijabkabulkan.. tolong la malu untuk diri sendiri.. ini tak campur lagi dengan pakaian.. bukan senang kan nak membesarkan anak di zaman sekarang.. walaupun aku tak de anak lagi, aku sentiasa pikir camne cabaran nak membesar anak.. ini baru 2009.. kalu 2019 camne? 2029 lagi camne?


Abang berminat nak jadi cardiothoracic surgeon.. [pakar untuk pembedahan jantung, paru2 n sume2 yg kt dada..] tapi abang nak yg lebih specific, pakar bedah untuk jantung kanak2 sebab abang cakap kat Malaysia hanya ada 7 orang sahaja.. aku tak menghalang, cuma apa yang aku cakap kat abang..


"Abang, kalu abang amik specialist tu, boleh.. tapi mesti nanti abang apply kerja kat IJN kan? abang tak takut ke nak membesar anak dalam KL??"


Aku tak maksud apa2.. tapi tengok sendiri kat KL, kite akan jumpe rambut2 yang 'berkarat', baju baby yg dipakai org dewasa, kain tak cukup inci n others.. kat lain pun ade, tapi kurang lagi berbanding KL tu.. abang balas pandangan aku,


" Membesarkan anak di mana2 sama saja.. cuma, kalu sejak kecil lagi kite didik dia dengan agama, teguhkan agama dalam diri dia, campak je kat mana2, insya ALLAH, dia boleh hidup dengan berpegang pada agama, ingat pada mak ayahnya kalu nak buat mende2 tak elok..cuma jangan terlalu mengongkong.. takut nanti, campak kt mana2 jadi culture shock pulak! sebab ramai mana budak2 sekolah agama, keluar dari sekolah, tudung ke mana, aurat terlepas camtu je.."


Aku tak nak komen banyak sebab ini isu sensitif.. so, keyword aku kat sini, 'pegang teguh pada agama, al-Quran dihati.. insya ALLAH, jika anda duduk di bumi camne sekali pun, anda tidak akan tertewas dengan dugaan dunia..' oke?


p/s; aku bukan budak baik nak cakap hal2 camni.. malah iman aku hanya senipis bawang.. cuma, entri ni hanya mengingatkan untuk diri sendiri bile sudah memiliki anak nanti.. aku rase, ibu bapa sekarang kene berbalik pada yang dulu.. mengahwinkan anak dalam usia yang muda.. tak salahkan? mengahwinkan anak perempuan pada usia yang muda adalah sunnah, membantu anak-anak untuk mengelakkan diri dari melakukan maksiat adalah wajib? [jika tak salah aku dalam ceramah nikah khitbah]



 

blogger templates 3 columns | Make Money Online