:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, October 11, 2009

Naluri Ibu

Aku just nak share 1 cite.. cite benar n ade kaitan dengan yang hidup [aku sahaja] dan tiada kaitan dengan yang sudah meninggal dunia..



Khamis ( 8/10/09)


Hari ni la aku dapat tau senarai nama pelajar yg akan menjalani praktikal.. first aku dapat mesej dari Ejan (housemate aku).. dia gitau aku dapat Ipoh.. bile tau cegitu, aku tak sedih lagi sebab sebelum2 ni aku memang dengar student fizik tak jadi praktikal kt Pahang.. so, aku assume yg TIADA pelajar fizik lain yg akan praktikal di Pahang.. mesej kedua aku terima dari Raihah (partner praktikum aku).. dia just cakap senarai nama sekolah dh keluar.. aku reply mesej dia dan gitau yg kami dapat Ipoh.. mesej ketiga dari Kak Farah, dia gitau aku dapat Ipoh..


Then, Raihah call aku cakap dia nak gi tengok sendiri senarai nama tu.. 15 minit lepas tu dia call lagi aku.. suara dia terketar2 n nada macam terkejut..

"anim, kawan2 kite semua dapat Kuantan.. nama atas kite semua kt Kuantan, nama bawah kite semua kt Kuantan..kite je tercampak kt Ipoh.. "


Aku macam terkedu..secara jujurnya, dalam hati aku terlintas camni, 'ini dugaan untuk aku.. dah lama ALLAH tak bagi dugaan berat camni.. mungkin aku sudah jauh dari Dia..' dan secara jujurnya lagi, aku tak sedih lagi mase tau yang kawan2 semua dapat Kuantan.. tapi aku jadi nangis bile call abang.. bile aku rase aku ni teraniaya.. dan bile terpikir kami terpaksa berjauhan lagi memandangkan dh banyak preparation yg dilakukan untuk kami tinggal bersama..


Lepas pada tu, aku dh down.. tak leh study.. tapi malam tu ade Test Classical Mechanics.. sebelum test, kul 8 aku call rumah, nak sembang dengan mak ayah aku.. mula2 aku sembang dengn ayah, then ayah aku pass tepon kt mak aku.. nak tau naluri seorang ibu??



Mak: adek, mak mimpi yg bukan2 kt adek.. adek nak dapat susah ke ni??


Dengar mak aku cakap camtu, terus aku nangis sampai tak leh cakap.. point aku kat sini, naluri ibu sangat kuat.. walaupun anaknya terpisah beribu2 batu dengan dia, walaupun tak dengar suara anaknya, walaupun tak tau khabar berita anaknya, ALLAH tetap 'menghantar' satu signal pada seorang ibu tentang anaknya.. interesting kan bonding antara ibu dan anak??



Aku selalu terpikir, bile la ALLAH nak bagi aku naluri seorang ibu.. sebetulnya, memang aku sendiri tak sabar nak ade baby.. melihat kawan2 yang sudah ada anak, sedang mengandung, diri ini sedaya upaya cuba untuk sabarkan hati.. sabar anim! masa itu akan tiba.. tapi, yang aku tak tahan gelak [tadi nangis masa cakap dengan mak], mak aku cakap camni,



"ingatkan adek mengandung.. kan ma zubir tak bagi lagi mengandung.. kot2 la mengandung, kene marah dengan mak dia.. itu yang mak pikir nak dapat susah.."




Naluri seorang ibu.. satu getaran yang tanpa paksaan, satu gelombang yang tiada batasannya.. getaran n gelombang anugerah ALLAH untuk seorang ibu.. Ya ALLAH, aku belum bersedia jika KAU mahukan ibuku kembali ke pangkuan-MU.. sungguh! kejayaan aku di dunia adalah doa seorang ibu untuk aku.. aku tau, jauh di sudut pandanganku, ibu ku sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anaknya..



Thanks to ALLAH.. walaupun otak aku serabut dengan praktikum, tapi ALLAH lapangkan hati aku ketika menjawab test pada malamnya.. ALLAH itu sangat adil.. percayalah!



p/s: kawan aku cakap, kalu naluri ibu tu kuat pada anaknya, bermakna anak dia menyusu lama mase baby dulu.. so, aku wat kesimpulan, nanti ade anak, aku nak menyusu dia lama gak supaya aku sentiasa mendapat 'sign' if dia berjauhan dengan aku.. haha.. boleh abang jadi pembantu aling nanti??






2 Comments:

Chanana Syaz said...

alolo.. aniem jgn sedih2 k.. kita usaha buat apa saja yg termampu.. pastu doa dan serahkan pada Allah :)

ANIEMZ said...

aniem to syaz:

erm, tu la.. sedih jugak, kite usaha untuk elak masalah, tapi orang khianat kat kite menyebabkan bertambahnya masalah =(

doa yang terbaik.. kalu tak dapat jgak, ade hikmah di sebaliknya...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online