:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, December 17, 2008

Oh Mama.. [Part 4]

Mungkin ibu bapa akan terfikirkan mengenai prestasi pembelajaran anak-anak yang bakal merudum selepas perkahwinan. Mungkin juga ada di antara ibu bapa yang begitu skeptik dan merasakan bahawa anak-anak mereka tidak akan dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran selepas perkahwinan. Sesuatu yang biasa juga bagi ibu bapa yang mengandaikan seribu satu andaian liar. Bagi yang mempunyai anak-anak perempuan, maka mereka akan terfikrikan, Bagaimanakh nanti anak-anak mereka akan dapat membahagikan masa untuk pelajaran dan melayan suami, Mereka juga terfikir, bagaimana pulakah jika anak mereka mengandung?, melahirkan anak?


Bagi mereka yang mempunyai anak lelaki pula terfikirkan, bagaimanakah anak mereka berupaya menanggung anak orang lain. Mereka juga terfikirkan, mampukah anak-anak mereka membimbing dan menjaga "anak gadis" orang. Akhirnya, kesemua andaian-andaian dan prejudis tersebut diterjemahkan kepada penolakan. "Tunggu sehingga habis belajar!", "Kami tak menolak pilihan awak, Cuma awak kena tunggu sehingga dapat kerja yang baik!". Kesemuanya menjadi jalan keluar kepada ibu bapa yang malas berfikir, ataupun berfikiran kolot ini. Jalan mudah diambil demi memudahkan kerja-kerja mereka. Akhirnya, sang anak yang tidak dapat melawan nafsu pun terus berpacaran, dan bergelumang dengan dosa "khalwat" dan berpegangan tangan. Bagi yang tidak mempu membendung nafsu, akhirnya mereka terjerumus ke lembah zina...kesemuanya kerana pemikiran kolot si ibu dan ayah.

Ibu bapa moden perlu berfikiran terbuka. Adalah lebih baik mereka berkorban material dan tenaga demi menjaga kesucian susur galur keluarga mereka. Sepatutnya ibu bapa moden bersikap konstruktif dan bukannya negatif. Apalah salahnya jika mereka membantu anak-anak yang ingin berkahwin itu dari segi material. Berikan juga sokongan moral. Berikan sokongan dan bimbingan. Berikan tunjuk ajar, dan berikan mereka "fulus". Bukankah mengkahwinkan anak perempuan di usia muda mereka merupakan sunnah?, bukankah membantu anak-anak untuk mengelakkan diri dari melakukan maksiat adalah wajib? ...Fikirkan!

Hidup manusia telah berubah, gaya kehidupan juga berubah, teknologi juga berubah, maka sudah sampai waktunya para ibu bapa moden juga berubah. Pemikiran yang kolot serta terlalu mengongkong tidak akan membantu anak-anak muda mereka. Pemikiran yang terlalu liberal dan tidak kisah juga membahayakan. Apa yang kita perlukan adalah pemikiran yang Islamik dan realistik. Kita juga mahukan pemikiran yang berdasarkan "fiqh al-Waqi'" (fiqh realiti). Biarlah minda kita selari dengan zaman.

4 Comments:

Unknown said...

Yela.. tu sume mmg betol.. tapi pernahkan kite terpikir dan memikirkan kehidupan selepas kawin..

Sape yg nak jage anak kite nanti, mak bapak nak g kuliah..

Datuk Nenek jugak yg susah nanti.. tu pasal dorg lebih prefer bila pasangan kawin tu tamat pengajian..

Ni bukan masalah kuno, tak moden ke ape, tapi mak bapak takut at last dorg pulak yg susah..

tapi kalau mak bapak nak jugak anaknya berkawin ketika dalam pengajian, maka bersedia untuk itu semua..

sekadar pandangan..

Mami Hadeef said...

huhu.. iye la.. entri ni sekadar post jea.. tak nak blog dibiarkan sepi..

Raihah Rosli said...

Banyak pro dan kontra....
Semuanya bergantung situasi dan keperluan...
Pertimbangan yang baik perlu dilakukan seterusnya menghasilkan keputusan yang baik.

Mami Hadeef said...

yup.. betul tu eah.. menda ni kena fikir betul2.. kena senarai kan pro dan kontra supaya kita nampak mane yg terbaik.. masuk kan segala perbelanjaan sebelum, semasa dan selepas kahwin.. kalau perbelanjaan lepas kahwin, jangan lupe masukkan sekali belanja lampin anak.. (",)

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online