:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, March 1, 2009

Pasar Malam Tanjong Malim

Sedar tak sedar, semester 6 dah nak masuk minggu ke 8.. uishhh.. sekejap je rase berlalu.. bermakna sisa minggu untuk semester ni masih berbaki 6 minggu + 3 minggu exam week.. semester ni tak der study week.. so, agak menyiksa jiwa dan raga jugak laa untuk mengkhatamkan buku sebanyak 6 buah yg ketebalannya 2setengah hingga 3 cm... [itu tak jadi budak medic lagi yg sememangnya buku tebal2 blake..]

Sepanjang duk kat UPSI ni, hampir setiap minggu anim akan ke Pasar Malam.. dari semester 1 hingga semester 6, tak pernah miss.. bukanlah pasar ni terlalu istimewa, tapi seolah2 jadi macam 'wajib' untuk ke pasar.. hikhik.. dah perangai suke jalan-jalan, beli makanan setakat singgit dua je.. ngeh3.. padahal suasana pasar malam ni bukanlah seperti shopping complex, malah terpaksa berhimpit2 dan mencelah2 disebalik org yg ramai tuh.. [sungguh anim tidak suke sebenarnya..]..

Bila tinggal di rumah sewa ni, lagi laa kerap untuk ke pasar malam.. every week.. pukul 5 terus bersiap nak gi pekan untuk ke pasar malam.. ke pasar malam untuk beli bahan basah.. maklum laa, masak setiap hari [rajin bebeno..] .. selama membeli bahan basah ni cam ayam, ikan, udang, sotong, semalam anim beli lain dari yang lain.. ta daaaa...

Ikan Keli..

Tak pernah2 beli pun ikan keli ni.. since kat rumah kt kampung jarang beli sebab ayah anim tak suke ikan keli ni.. dan semalam, tetibe tengok ikan keli rase cam nak je.. lebih2 tengok 'mereka2' ini masih hidup dalam tong air.. hehe.. jeling2 kat ikan keli ni, alih2 penjual dia tengok..

"nak ke dik.."

"nak jugak.. tapi bulih tolong siangkan?? [dengan nada yang tak tau malu..]

"boleh2.. sekejap pakcik amik ye"

Huhu.. suke bangat sih.. sebab pakcik tu nak tolong siangkan.. so, bila balik rumah tinggal untuk bersih kan je.. susah jugak ikan keli ni untuk mati ye.. pakcik tuh dah potong kepala dia, tubuh tuh still bergerak2 lagi.. dasyat sungguh.. [lihat seperti orang jakun yang tak pernah tengok ikan keli nak mati.. ngeh3..].. so, bile balik rumah mase anim nak bersihkan tuh, mak aiii.. banyaknye lendir ikan ni.. huih.. jenuh nak bersih sampai kasi bersih..

Tobat dah.. tak nak beli ikan ni.. kalu nak makan sangat, 'masak' kt kedai je.. hehehe.. rase2 ikan ni nk masak gulai cili api.. ntah jadi ke idak.. will see..

Resepi [mummy7857@myresepi.com]

Bahan-bahan ( tiga orang makan kot... )

  • 3 ekor ikan keli-dibersihkan
  • Cili padi * (terpulang banyak mana nk...)
  • Kunyit hidup *
  • Santan - dr setengah biji kelapa
  • Timun ladang (timun tua yang warna coklat tu) dikikis kulitnya, dibuang bahagian tengah, dan dipotong kecil
  • Sebiji limau nipis
  • Garam dan perasa

Cara-cara

  1. Ikan keli disapukan kunyit dan garam kemudian disalai hingga kering..(kalau malas nk salai..bakar dalam oven pun boleh)
  2. Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus. Kemudian,masukkan ke dalam periuk
  3. Masukkan santan. dan timun. Masak dengan api perlahan.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  5. Akhir sekali...sebelum diangkat, perah air asam limau ke dalam kuah. Kemudian, siramlah kuah tadi atas ikan keli salai. SIAP
  6. SELAMAT MENCUBA
  7. * Kuah tidak perlu terlalu cair,,sikit jer..untuk siram atas ikan. Tp pada sesiapa yang suka berkuah, boleh masukkan ikan ke dalam kuah, macam buat masak lemak biasa.

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online