:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, March 30, 2011

Mami Akan Merindui..

tibe2 rase feeling2 nak tulis belog malam2 camni.. al-maklum, dalam seminggu ade satu malam je kot yang mampu bertahan mata dari tido seawal jam 8 pm.. keke.. malam2 lain, kem salam la kalau nak celik mata kul 8 pm ke atas, awal2 dah pengsang sama hadeef atas katil.. hehehe..


tadi, mase nyusukan hadeef, aku feeling sorang2.. sebelum memori otak aku terdelete semua kenangan2, baek aku abadikan kat sini.. eh, lepas bersalin ni memori aku low betul la.. asek asek lupe.. tensen en zubir kalau dia mintak aku simpan barang tetibe aku lupe.. wakakaka.. pastu dia akan bebel2 sebab aku asek lupe.. buruk oh orang laki bebel, tak sehebat pompuan.. ^_~


hadeef kalau menyusu, dia akan menyusu sambil mengiring.. means kami akan bertentangan.. kedua2 kaki dia akan landing baek punye atas peha maminya.. ATAS peha okeh, bukan tepi.. sebelah tangannya akan lurus (depa kan tangan) seolah2 nak tampu tubuh aku time menyusu.. ohh, kalau aku buat2 lupe tangan cumil dia, patah riuk la tangan hadeef aku tindih nanti.. dan sebelah tangannya akan berada di atas tubuh aku.. seolah2 macam peluk..


aku akan merindui saat ini bile hadeef berumur 2 tahun ke atas dengan izin ALLAH kalau dapat menyusukan dia selama 2 tahun.. selepas 2 tahun, tiada lagi kenangan ini.. tacing rase bile hadeef buat camtu.. bile aku nak bangun je, dia akan peluk kuat2, dan kaki dia akan kemas2 berada atas peha aku, tak nak bagi mami tinggalkan dia.. so, kalau nak selamat, sebelum nyusukan hadeef, solat maghrib lah dulu..


pernah kalau aku buat2 lambat bagi susu, dia akan tarik2 baju aku.. macam lapar sungguh... tapi bile dapat je, automatik dia akan buat mende yang disebutkan seperti di atas.. oke hadeef, mami akan hargai saat2 ini.. sayang hadeef selalu..mmmuahaha..


Friday, March 18, 2011

Hadeef dan Semi-Solid Food

apa kejadah satu hari sampai 4 5 entri baru kan.. kemaruk nak menulis ke apa omak hadeef ni.. haha.. sebelum mak hadeef masuk sekolah, tu yang sibuk apdet belog.. tak pe, mak hadeef tak paksa uols baca semua.. satu hari baca satu entri sudah.. wakakakaka..


sebelum hadeef menginjak ke enam bulan, aku sangat sibuk google resepi2 untuk baby.. ye la kan.. eksaited kemain nak bagi perut anak kenyang.. apa yang aku dapat ilmu baru adalah, minggu pertama kenalkan semi solid tu dengan bubur kosong sahaja tanpa ada sebarang tambahan sayur.. minggu seterusnya, boleh mix dengan sayur.. contoh carrot/brokoli/bayam.. minggu ketiga baru boleh mix dengan protin.. contoh ikan, ayam..


cuba mix sayur dengan satu jenis sahaja.. penting sebab nak tau samada baby allergic ke tak.. ni en zubir yang pesan kat aku sebab aku kan eksaited lebih nak tambah carrot n brokoli sekaligus.. haha.. pastu aku feeling2 nak beli ikan tenggiri untuk hadeef.. amboi nak.. omak n bapak nak makan ikan tenggiri pun kedekut tau untuk perut sendiri..


mula2 aku feeling yang hadeef adelah seorang baby yang suke makan macam baby lain.. tapi hampeh.. setakat ni bubur yang aku buat tak pernah habis.. tong sampah je yang habiskan.. mang mula2 buat bubur kosong je.. aku buat bubur segenggam beras je pun, pastu blend.. setiap kali bagi hadeef makan, hanya amik 2 sudu besar n suap sikit2.. tapi 2 sudu besar pun tak pernah habis..


sebab aku dah fed up, tak cukup tempoh seminggu pun, aku dah mix dengan carrot.. alhamdulillah, nampak dia selera sikit.. haiiiyyyaaa.. high demand sungguh la anak aku sorang ni.. padahal bubur kosong tu dah campur dengan EBM.. kiranya dah rase manis2 susu dah, tapi reject.. bile dah campur carrot, aku tak campur dah EBM dalam bubur, tapi aku selang seli kan suap bubur+carrot dan EBM.. kira EBM tu ala2 air masak la..


nampak oke sikit la.. tapi tak banyak sangat pun makan.. atau pun mak hadeef yang high expectation kot..sih~~~




CD Hadeef



Dah Jumaat, cepatnya.. nak tambah cuti boleh? hoho.. eh, tapi tak per.. masuk je minggu first lepas cuti adalah minggu gaji.. huahuahua.. copat e'kau eh..


hari tu kan aku dah bising2 cakap nak hadiahkan hadeef CD sempena ulang bulan yang ke6.. mati lah nanti setiap bulan anak nak hadiah.. kekeke.. senanya, bukan senang jugak nak decide beli CD sebab kene spend beratus2 jugak la.. takkan beli sekeping je kan.. yang dah ade cuma 5 n tak cukup kalau nak pakai 1 hari..


tu pun agak letih jugak sebab bile gune terus basuh n jemur.. bile kering terus pakai.. jadi, lepas dah tanye nurseri, dorang accept baby yang pakai CD, so aku pun gaduh-gaduh-sayang dengan en zubir nak tambah jugak koleksi CD hadeef serta merta..haha.. aku kan kurang sabo sikit.. bukan apa, boleh jimat banyak.. senanya, en zubir suh aku tunggu masuk gaji bulan 3 baru beli, tapi omaknya eh yang tak sabar..


so, sempena ulang bulan hadeef yang ke6, aku pun order la 10 keping Cds untuk hadeef.. semua bercorak sebab aku suke la tengok punggung hadeef bercorak2.. haha.. pengsan la ade mak camni kan.. tambah 1 wet bag untuk bawak ke nurseri..


tetibe aku rase cam nyesal tak wat perjanjian hitam putih dengan en zubir bahawasanya tugas hakiki membasuh CD adelah di bawah tugas dia.. hahha.. kot2 tetibe dia ingkar perintah, merasa la omaknya basuh CD dalam bilik air.. sebab aku kan jenis skematik, suke bahagi2 tugas.. aku dah cakap kat en zubir, tugas mengeyangkan hadeef adelah aku, tukang basuh poo poo hadeef adalah dia.. keke


basuh CD bukan susah pun.. kalau baby kencing, bilas je bawah aliran air paip.. kalau poo poo, buang najis tu dalam mangkuk jamban dulu, jirus dengan air paip sudah.. setengah orang tak sental dengan berus pun, tapi en zubir ni dia sental jugak sikit2.. pastu masuk kan dalam mesin basuh, biar mesin buat kerja.. warna kuning pun akan hilang.. ternyata mudah lagi senang kan? cuma kene korbankan tenaga la sikit, tapi tak per asalkan dapat jimat banyak..


skarang hadeef punye koleksi CDs dah 15 keping.. hoho.. nanti, kalau omak kaya, omak tambah lagi ye nak.. kuikuikui =D



Thursday, March 17, 2011

Admit Ward




cite basi, tapi tak pe, nak cite gak.. 11 mac ritu, hadeef kene masuk OW (observation ward) sebab dia cirit birit + demam.. senanya, sebelum tu dia dah batuk + selsema selama seminggu.. tup tup, klimak pada sakitnya tu dia berak cair n muntah2.. lebih dasyat dia start sakit bile babanya kene handle satu pameran kat Mesra Mall, Kerteh.. adusss...


mase aku balik sekolah hari jumaat, mak aku dah cakap, hadeef nak muntah bile disuapkan bubur.. minum susu sebotol je habis n tak nak meniarap langsung.. aku mesej en zubir n dia pesan, kalau nampak hadeef memang betul2 lemah, bawak ke emergency terus.. aku ni lemah sikit bab2 nak gi spital, tapi sebabkan anak, redah je la..


nak jadikan cite, lebih kurang kul 4 pm, aku BF kan hadeef, tetibe dengar dia meneran.. sekali tengok najisnya melimpah ruah keluar macam air paip sambil dia melalak.. kompem sakit.. mesej lagi en zubir n dia suh bawak gi hospital bahagian emergency.. nak masuk bilik Doc punye la lama, kul 7 pm lebih baru dapat masuk.. kebetulan hadeef tido tak nak bangun.. puas main pipi dia, langsung tak nak buka mata.. bile aku diri kan dia, dia buka mata sekejap je, then tutup mata semula.. pestime aku tengok hadeef selemah tu..


Doc ape lagi, terus decide masuk OW n perlu amik darah hadeef.. part amik darah la yang wat aku sayu.. sayu wei pegang anak sendiri yang tengah melalak.. tangan baby pulak comel, lagi susah nurse nak amik darah.. lebih kurang setengah jam, baru dapat amik darah hadeef n masukkan air.. tapi yang aku tak tahannya, bile dah amik darah, boleh pulak dia melompat2.. sampai Doc cakap, tadi tak aktif..gaya doc macam menyesal je suh hadeef admit OW.. hahha..


en zubir pulak kul 10 pm baru habis pameran.. gerak balik ke kuantan, kul 12 am lebih baru sampai.. aku nye perut lapar tak usah cakap la.. makan kul 10 pagi je, pastu tak isi2 dah lepas balik sekolah.. rupenye, memang jaga anak kat hospital, mak yang sihat pun rase nak sakit jugak.. ye la kan.. hadeef baru je terlelap, nurse datang nak amik BP, dia tersedar.. nurse datang nak betulkan tangan dia, dia tersedar.. tangan kan masuk air.. alih2, aku tak sedar bile hadeef tarik dia punye branula, terus stop.. pandai kau nak, protes..


esoknya, hadeef dah boleh kuar wad.. nurse tu cakap kat aku, baby ni bahaya kalau cirit birit sebab dia mudah dehydrate.. ade sorang Cina ni, anak dia cirit birit n bawak gi GP, hari kelima bawak gi hospital, alih2 meninggal dunia.. aku bukan kondem GP, tapi tu la antara faktor2 yang aku suke gi goven hospital sebab goven ni dia detail dan puas hati.. kalau nak private sangat, pegi hospital private, baru cukup lengkap alatan dia.. tapi kadang2 yang private pun transfer ke goven kn.. ntah la..



Saturday, March 5, 2011

Syukur Nikmat, Jangan Riak

dan dan tiru tajuk tazkirah dalam surat khabar.. hehe..

2 words

Alhamdulillah dan Puas

*****************************************************************
alhamdulillah..

Alhamdulillah, syukur.. terima kasih ya ALLAH sebab bagi peluang untuk aku menyusukan hadeef secara eksklusif selama 6 bulan.. tanpa sebarang solid food, plain water ataupun susu formula tambahan.. harap2, anak seterusnya, aku ade azam yang kuat jugak untuk exclusive breastfeed.. amiinn.. bile tu anak seterusnya, en zubir??? kakakaka..

Puas..



Puas sebab dari hadeef kecik sebesar tapak tangan, akhirnya dah jadi budak-tecik-slim-tapi-berat hasil dari minum susu maminya sahaja.. puas sebab air susu yang mengalir dalam tubuh anak adalah 'original' dari mak dia.. setiap kali menyusu, apa yang aku buat, usapkan kepala hadeef sambil berkata, "semoga hadeef jadi anak soleh dan tahfiz al-Quran, mami halalkan setiap titis susu ibu yang mengalir dalam tubuh hadeef.."


tapi kalu bangun malam bebuta, tak der maknanya dah aku nak usap lagi kepala dia.. bangun mamai je sambil menyusukan hadeef.. hehe.. suakan aja b****t, pastu aku tido.. sedar2, tengok hadeef dah tido sambil peluk tangan aku.. respek la sape yang boleh bertahan menyusu sambil duduk.. mase hadeef baby dulu boleh la, ni dah berat berkilo-kilo, memang lenguh la pinggang nak riba..


makanan pertama hadeef: mesti lah bubur nasi kasih sayang mami.. gigih tau aku balik sekolah terus bersilat kat dapur.. kat sekolah tensen yang amat mengadap budak yang tak nak blaja, tenaga pun dah hilang, tubuh pun lembik macam sotong, tapi bile balik umah, pikirkan nak kenyang perut suami n anak, terus jadi gagah perkasa kat dapur.. kalau masak lauk untuk kami berdua aku akan baca surah al-insyirah n selawat, aku buat mende yang sama je mase masak bubur hadeef..


aku just buat bubur kosong tanpa ada sebarang perasa.. en zubir suh aku tambah ayam la, carrot la, brokoli la.. agak2 la kan nak gemukkan anak.. sabau la.. huhu.. sebab aku baca dalam internet, untuk permulaan ni baik bagi yang kosong je dulu takut perut dia terkejut kera kan.. huhu.. kan pengsan perut hadeef, sape nak jawab.. hehe..


kitaorang celebrate ulang bulan hadeef yang ke6 kat teluk cempedak.. sebelum tu, aku n en zubir gi bank dulu atas urusan loan.. pastu, terus pecut gi TC.. ramai oh orang.. en zubir feeling2 jeles dengan hadeef sebab ada bubur nasi, padahal dia bagi hint nak makan KFC.. untuk makanan kitaorang memang aku tak sempat nak prepare pun.. sampai sekarang aku kempunan nak minum air gas, tapi cannot la kan sebab menyusukan hadeef, takut hadeef kembung..


aku lenyek bubur nasi tu campur sekali EBM.. tapi hampeh betul hadeef, makannya sikit je.. mungkin sebab aku dah menyusu dia sebelum tu.. jadi dia kenyang.. tengok esok la dia makan banyak ke tidak..

first solid food for hadeef =D

sebagai hadiah untuk hadeef sempena ulang bulan yang ke6, mami akan tambah koleksi CD hadeef.. senanya, kitaorang tak fully CD lagi untuk hadeef sebab tak cukup.. ada lima keping je.. tu pun mujur en zubir volunteer nak basuhkan CD hadeef.. bile tukar je CD, terus basuh n sidai.. jadi, bile ke nurseri aku bekalkan pampers, tapi bile balik umah, hadeef akan pakai CD je la sampai ke pagi.. dan suka sangat sebab nurseri tu terima baby yang pakai CD.. sebab tu aku nak tambah lagi stok..


mula2 memang duit kene keluarkan banyak untuk beli CD, tapi jauh lebih jimat.. sesape yang nak beli CD murah, boleh terjah kat sini.. aku ade brand rainbow baby, babyland printed n sunny baby minky.. bagi aku, rainbow baby sesuai untuk new born baby sebab cutting dia kecik.. kalau ade anak yang gebus, memang berbekas jugak la sikit bahagian getah dia tu kat peha anak..babyland oke.. sunny baby minky lagi okeh.. comel2 plak tu design..

untuk hadeef;

semoga jadi anak yang soleh, penghafaz kalam ALLAH, taat pada perintah ALLAH, ikut sunnah Rasulullah, dengar cakap mami dan baba, dengar cakap cikgu kat sekolah, rajin belajar, hormat orang tua, sayang adik2, pandai jaga adik.. eh eh, dan dan ade nasihat pandai jaga adik.. wakakaka..

p/s: rindu la mase hadeef mula2 lahir dulu

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online