:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, November 8, 2009

Ujian Dunia, Ujian Akhirat?

Ujian dunia, ujian akhirat camne? Hanya ALLAH saja yang Maha Mengetahui..

[Entry monolog dalam diri]

Mode sedih sebab demam time exam.. terasa perit untuk nak habeskan sisa waktu bergelar mahasiswi.. sungguh! bermula dengan permulaan semester 7 lagi, aku ade masalah dengan tesis.. then, diselangi dengan ujian ALLAH tentang penempatan praktikum.. pastu pulak, dah selesai yang itu, ujian ALLAH masa nak jawab exam.. aku jadi BLUR.. otak kosong mase tengok paper bagaikan baru semalam sedar dari mimpi.. then, ujian ALLAH bertambah lagi bile tengok carry mark untuk subjek Quantum.. rendah sangat carry mark tu..

Mungkin selama ni aku alpa dalam mengejar kebahagiaan dunia.. aku lupa pada-NYA yang segala2 berlaku adalah datang dari DIA.. bile aku terlampau kemaruk dalam dunia yang sementara, aku diberi ujian oleh -NYA yang bertimpa2..

Terima kasih ya ALLAH.. terima kerana mengingatkan hamba-MU yang hina ini kini sedang jauh dari-MU.. terima kasih atas ujian ini menyebabkan aku duduk termenung di atas tikar sejadah mengingatkan dosa2 yang lalu.. terima kasih ya ALLAh kerana ujian-MU ini mampu mengalirkan air mataku tanda aku ni hamba yang kealpaan.. sungguh! ujian yang bertimpa2 ini menyedarkan aku dari mimpi yang sementara..

Aku tidak mengharapkan sesuatu balasan dari-MU.. cukuplah sekadar dosaku diampunkan dan diberi peluang untuk mendekati diri-MU..

p/s: aku jarang demam yang berpakej.. maksudnya demam sekali dengan selsema dan batuk.. besenya demam aku setakat sakit kepala, telan panadol n tidor dan bangun pagi esok tu terus baik dengan izin-NYA..

p/s 2: sedih bile BLUR time exam.. BLUR kali kedua sejak dari matrix dulu.. BLUR yg pertama terjadi mase aku jawab exam kt matric..

p/s 3: carry mark aku jarang rendah.. bukan nak memuji atau angkat bakul sendiri.. tapi bile sem ni dapat carry mark rendah, sedihnya.. tak leh bayang result sem ni camne..


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online