:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Saturday, March 21, 2009

Baru Saya Tahu..

Anim baru balik dari Program KPM slot yg pertama.. malam ni bersambung slot yang kedua dan pagi esok akan bersambung slot ketiga.. so, apa yang boleh anim berkata,
"oo.. baru saya tau.." ialah:

Kerjaya CIKGU ni memang ade 17 cabang untuk kenaikan pangkat berbanding dengan sektor lain.. seperti yg pegawai KPM terangkan, macam Doktor, ke ape, mereka hanya ada satu cabang sahaja.. disebalik adenye 17 cabang ni, 17 cabang ni dibahagikan dalam 3 kumpulan iaitu Cemerlang, Hakiki dan Timed-Based.. Cemerlang laa antara ramai yang dipilih sebab dia tidak memerlukan kekosongan tempat.. Hakiki dan Timed-based memerlukan kekosongan tempat, baru boleh naik pangkat..

Elaun yang dibayar kepada kami [pelajar UPSI khususnya] bagi program pendidikan sains termasuk dalam group pembayaran biasiswa aliran saster.. kenapa?? memang ade sedikit kehairanan tadi.. kami sains, kenapa termasuk dalam saster?? sebabnya, Kami adalah Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains.. so, core kami adalah pendidikan.. berbeza dengan ade sesetengah U [macam UM, USM, UKM], mereka adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.. dan, baru la tau kenapa biasiswa kami sedikit kurang.. huhu.. [ingatkan KPM bagi tak cukup.. hikhik..

Jumalah guru2 di Malaysia adalah seramai 340 ribu.. melebihi jumlah tentera.. so, golongan guru adalah majoriti dalam negara kita.. that's why la, kaum kerabat, sepupu sepapat kita mesti ada jugak sorang yang bergelar guru kan?? dang ade jugak sampai adik beradik sume cikgu.. hikhik..

Kerajaan baru meluluskan 1 billion [jika tak salah.. baru dengar, tapi dah lupe..] untuk KPM atas urusan tentang pendidikan.. sebab tu, atas dasar perlaksanaan PIPP diharap dapat memantapkan lagi profesion perguruan.. dulu, kerajaan hanya memandang pelajar sahaja.. tetapi sekarang, kerajaan dah concern tentang guru.. betapa beratnya tugas guru..

Mobiliti guru sangat laa terhad... kenapa?? nak posting dekat nge rumah, belakang rumah, kat kampung sendiri, sekolah kat tepi tangga rumah, sekolah tepi sawah atok.. so, bile kerajaan minta tukar, sudah tak mau tukar2 jugak.. bile dah camni, susah untuk kenaikan pangkat, ok?? sebab tu pegawai KPM cakap tadi, urusan kenaikan pangkat, kami mengambil kira faktor pernah berkhidmat di pedalaman tak.. [sebenarnya nak suruh kami yang bakal dan baru bergraduat minta posting sane..] hehe..

Dan... apa yang paling membuatkan anim baru tau..

Nak KAHWIN kene minta permission.. buat surat rasmi kepada bahagian penajaan pendidikan, KPM untuk permohonan berkahwin diluluskan.. hehe.. bak kate oghe klate, "lucu segho.." mane taknye, surat rasmi tu mesti ditandatangani oleh ibu bapa dan penjamin.. apa yang paling lucu, mase anim tanye tadi, bulih mereka cakap,

"awak nak kawen ni mak ayah dah setuju laa?"

Dua reaksi anim..
* reaksi dalam hati : 'iye laa cik kak oi.. tak kan saya nak kawen kat Thai kot..'
* reaksi luaran : 'iye la.. mak ayah dah setuju dah..'

2 Comments:

Anonymous said...

niem ... kirenye kte ni ala-ala budak sastera la?

Sbb B. Ed? Huhuhu... tanpa ku sedari rupanya diri ini tergolong dlm bidang sastera......huhu

sbb tu la kot ramai yg pndg rndh budk sains upsi... hukhuk

Mami Hadeef said...

aniemz to raihah:

A'ah la.. terkejut gak anim mase tau.. blaja sains bagai nak rak.. nak pecah kepale rase.. tibe2 termasuk dalam golongan sastera sbb B. Ed.. hikhik..

I think so.. sebab tu org pandang rendah ke sains UPSI.. sedihnya.. tak pe, dah terdaftar dh dalam UPSI.. hehe.. tapi kalau bab posting, insya ALLAH, UPSI didahulukan..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online