:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, March 18, 2011

Hadeef dan Semi-Solid Food

apa kejadah satu hari sampai 4 5 entri baru kan.. kemaruk nak menulis ke apa omak hadeef ni.. haha.. sebelum mak hadeef masuk sekolah, tu yang sibuk apdet belog.. tak pe, mak hadeef tak paksa uols baca semua.. satu hari baca satu entri sudah.. wakakakaka..


sebelum hadeef menginjak ke enam bulan, aku sangat sibuk google resepi2 untuk baby.. ye la kan.. eksaited kemain nak bagi perut anak kenyang.. apa yang aku dapat ilmu baru adalah, minggu pertama kenalkan semi solid tu dengan bubur kosong sahaja tanpa ada sebarang tambahan sayur.. minggu seterusnya, boleh mix dengan sayur.. contoh carrot/brokoli/bayam.. minggu ketiga baru boleh mix dengan protin.. contoh ikan, ayam..


cuba mix sayur dengan satu jenis sahaja.. penting sebab nak tau samada baby allergic ke tak.. ni en zubir yang pesan kat aku sebab aku kan eksaited lebih nak tambah carrot n brokoli sekaligus.. haha.. pastu aku feeling2 nak beli ikan tenggiri untuk hadeef.. amboi nak.. omak n bapak nak makan ikan tenggiri pun kedekut tau untuk perut sendiri..


mula2 aku feeling yang hadeef adelah seorang baby yang suke makan macam baby lain.. tapi hampeh.. setakat ni bubur yang aku buat tak pernah habis.. tong sampah je yang habiskan.. mang mula2 buat bubur kosong je.. aku buat bubur segenggam beras je pun, pastu blend.. setiap kali bagi hadeef makan, hanya amik 2 sudu besar n suap sikit2.. tapi 2 sudu besar pun tak pernah habis..


sebab aku dah fed up, tak cukup tempoh seminggu pun, aku dah mix dengan carrot.. alhamdulillah, nampak dia selera sikit.. haiiiyyyaaa.. high demand sungguh la anak aku sorang ni.. padahal bubur kosong tu dah campur dengan EBM.. kiranya dah rase manis2 susu dah, tapi reject.. bile dah campur carrot, aku tak campur dah EBM dalam bubur, tapi aku selang seli kan suap bubur+carrot dan EBM.. kira EBM tu ala2 air masak la..


nampak oke sikit la.. tapi tak banyak sangat pun makan.. atau pun mak hadeef yang high expectation kot..sih~~~




Friday, January 28, 2011

Sesak Napas


yeay.. cuti seminggu.. siyes,, hari sabtu dan ahad adalah hari yang sentiasa ditunggu2.. nak duk goyang2 kaki kt umah tanpa mengadap segala bagai kerja yang menimbun menamban, tanpa menghadap muka students.. wakakaka.. keji ah cikgu camni.. apatah lagi kalau cuti adalah seminggu.. lompat2 katak la aku duk kat umah.. cuti sekolah bukan sahaja budak2 yang gembira, malah cikgu pun sama.. oke, statement aku buat ni adalah benar kecuali yang benar2 belaka..


sesak napas okeh.. siyes, masuk bidang perguruan, baru tau bidang tugas sebenar cikgu.. saya lah cikgu, saya lah kerani, saya lah ah long, saya lah akauntan, saya lah tukang berlari, tukang kawad kaki, tukang bagi duit, tukang bla bla bla.. pengsan..


secara jujurnya, aku memang suke bidang mendidik.. kalau dulu mase zaman blaja sekolah rendah atau menengah, suke sangat ajar kawan2 yang tak paham.. dan sangat suke kalau ade kawan2 yang bertanye kalau tak paham n then ajar dorang.. memang cita2 utama nak jadi cikgu pun.. tapiii dan tapiii,,, aku tak suke bidang di luar tugas guru.. kutip yuran budak, tulis resit, setelkan register, tutup register setiap bulan, handle kokurikulum yang budak seciput je datang, ajar kawad kaki, buat kertas kerja, setelkan borang biasiswa, isi maklumat budak (SMM), isi maklumat kokurikulum, bagi markah kokurikulum.. oke, aku memang banyak komen kan?


Kerja2 ni lah yang baut aku terlompat-lompat kat sekolah, terkejar sana sini, masuk keluar pejabat, duk tercongok tulis resit, duk perati ke skrin komputer sebab isi SMM.. jadinya, aku sangat kecewa sebab badan letih, susu pun dah merudum =( seminggu dah tak pam pun susu kat sekolah.. sedih tau.. aku doa mintak2 ALLAH izinkan lagi aku susukan hadeef selama 2 tahun biarlah apa jua sekalipun cara dia.. walaupun susu merudum, tapi masih cukup untuk hadeef.. cuma, stok yang keluar tak ditambah masuk pun.. jadinya, memang stok dalam freezer makin kurang dah.. T_T


lagi2 sejak akhir ni aku asek tensen je.. dengan en zubir pun tensen tengok aku.. serabai, tak terurus.. kahkahkah.. setiap hari, paling lewat pun kul 9 pm aku memang dh pengsan atas katil.. tu pun sebab tidokan hadeef.. kalau hadeef tak tido pun, memang aku akan tido je sebelah dia.. alhamdulillah, hadeef tak der bising2, asalkan ada orang sebelah dia, dia tak kesah kene main sorang2 pun.. sayang hadeef tau.. sori sayang, mami kekurangan masa dengan hadeef..

baju memang akan dilipat hujung minggu je.. sori la nak spend masa weekday untuk lipat baju, memang tak sempat pun.. antara kul 2-9 pm tu aku akan terlompat2 buat kerja umah yg lain macam cuci botol EBM, basuh baju tu pun tekan2 mesin je, jemur baju, mandikan hadeef, tidokan hadeef, susukan hadeef, masak kalau rajin.. kalau disenaraikan memang sikit je kerja aku buat tu, tapi alih2 tengok hari dah malam.. tengok2 jam dah kul 9 pm.. tengok2 mata dah ngantuk.. tengok2 dah tertido pun mak hadeef ni.. hahaha..


sekarang boleh bernapas lega sikit sebab en zubir sedang bercuti.. okeh, dia adalah Mr Mama aku.. thanks abang sebab sudi buat semua kerja umah.. dia lah yang masak, basuh baju, jemur baju, lipat baju yang memang macam gunung dah pun, mandikan hadeef, tidokan hadeef, basuh berak hadeef, tapi tak mampu susukan hadeef.. waakkaka..


tetiba kakak aku feeling2 mimpi aku peknen lagi..motip??
pengsan la ai kalau keluar lagi sorang.. huhu


Wednesday, January 19, 2011

Rahsia Dah Bocor

sekarang, hadeef dibawah jagaan dan pemantauan baba dia.. eh, kata anak baba kan.. asek terkepit bawah ketiak je.. hadeef, ketiak baba busuk tak? wakakkaka... oke, jeles sikit2 bile aku balik sekolah pun, maen2 dengan dia, tapi mata dia still pandang baba.. waaaa.. hadeef saje je psiko mami eh..


senanya, hadeef demam sejak hari ahad lagi.. demam dan batuk yang maha dasyat.. sekali dia batuk sampai muntah2.. kesimpulannya, aku rase berat 5 bulan tak naik kot =( .. hari isnin, lepas en zubir hantar aku ke sekolah, dia bawak hadeef gi klinik.. ohh~~ dulu2 mase zaman anak dara, aku sangat suke tengok bapak2 dukung baby ni.. nampak macam caring je.. pastu berangan2 dapat suami camtu.. hahaha.. gatal! motip?


oke, lepas balik klinik, en zubir bagi ubat, tapi hadeef reject.. pandai awak ye nak.. kecik2 dah pandai reject ubat.. pastu, melalak nak susu.. bile bagi, haram tamau hisap gune botol.. wai wai wai hadeef? sian baba oke.. hadeef tau tak yang baba skang adalah study week dan isnin depan nak exam, tapi baba berkorban jaga awak.. nak hantar nurseri sangat tak sampai hati.. besar nanti, dengar cakap baba eh.. cakap mami pun kene dengar, tak dengar siap kene rotan.. ahha..


mula2, en zubir kata, mungkin hadeef reject susu sebab susu tu adalah frozen milk yang sudah dicairkan.. mungkin rase dia lain kot.. aku tak penah lak try minum susu sendiri.. geli geli.. ahhaha.. aku agak je.. dan kesimpulannya, hari isnin tu baba bertungkus lumus dukung sana sini sebab hadeef menangis teruk... dia akan minum susu bile dah tido.. maksudnya, bile dia tido, kejut dia n terus sumbat botol, baru dia minum sapai habis..mungkin dia meragam sebab tubuh pun tak sehat..


esoknya, atas nasihat baba hadeef yang sangat penyayang, dia suh aku sediakan semua EBM yang fresh.. tungkus lumus sediakan hasil tenusu.. wakakaka.. kerja siang malam.. eh, aku tipu je.. fresh EBM bermaksud susu yang belum di frozen kan.. hari selasa tu hadeef behave sikit dan baba dia boleh study dengan aman sampai lah aku balik sekolah..


hari ni, hadeef mengamuk lagi =( .. jadi, kesimpulannya, bukan masalah susu frozen, mungkin masalah botol kot.. sama seperti sebelum2nya, dia akan minum bile dia ngah mamai tido.. jadi, hari ni bersamaan hari rabu, mase study baba pun dah burn.. sian baba tau, hadeef.. baba dah cuak nak exam untuk posting orthopaedic.. mami harapkan, pahala baba jaga hadeef ALLAH balas dengan bagi baba lulus dalam exam.. amin..


apa rahsia yang sudah bocor??


patut lah, dekat nurseri, hadeef akan habiskan 2-3 botol je sepanjang aku gi kerja.. oke, aku amik dia kadang2 kul 4 @ 5, bayangkan hanya 3 botol je habiskan.. tu pun 3.0 oz je aku letak.. maksudnya, kat nurseri, kalau tengok budak dah tido, haram dia nak kejutkan seperti mana yang en zubir buat.. lagi2 nak jaga ramai lagi baby2 laen.. memang sejak hadeef dihantar ke nurseri, berat dia tak naik banyak macam anak2 orang lain..T_T


solutionnya, aku nak try gune botol tommee tippee pulak [nota tambahan: hadeef adalah pengguna botol MAM].. if reject jugak, try beli Avent.. kalau reject jugak, mami sumbat solid food terus laaaaa... nape la hadeef boleh bezakan teat yang 'real' dengan yang palsu?? hahhaa...

tido kene guna bantal besar untuk reduce reflux.. selalu kalau batuk mesti akan muntah.. sebelah tu adalah buku hadiah dari acik ila.. mekasih cik ila.. walaupun mami selalu ulang bende sama asek fish, duck, dog etc, tapi hadeef tak bosan.. ahhaha.. yang nampak sipi2 tu adalah buku en zubir.. untuk elak berebut buku dengan hadeef, hadeef baca buku cik ila bagi, baba baca buku baba.. setel!

Saturday, December 18, 2010

Tamak


fuh.. fuh.. baru je paksa hadeef tido, ngah2 syok blogwalking, sekali pusing belakang, dah besar biji mata dia terbukak sambil bunyi ehm ehm.. panggil mami eh? mami nak buat donno je boleh tak? huahuahua..


sejak akhir2 ni, aku sangat gilaa gila gila semangat terjah masuk belog ibu2 yg bekerjaya yg berjaya breastfeeding anaknya.. syabas syabas.. senanya, untuk naikkan semangat aku nak fully bf kan hadeef ni.. bile tengok stock EBM orang laen yang menimbun namban tu, baru lah semangat berkobar2 nak pam susu.. hoho.. yang baru 4 5 bulan fully bf baby tu aku kira baru lah jugak, ni ada yang sampai dekat 2 tahun, masih fully bf kan anak walaupun sibuk bekerja.. memang betul2 superwomen la.. sebab apa aku cakap superwomen, sebab aku tau bukan senang kekdahnya nak kekalkan susu sentiasa banyak n cukup utk anak..


selain tu, aku jugak ngah sibuk cari gali dalam internet ni makanan2 yang boleh tambahkan susu.. since en zubir tak bagi aku beli apa2 supplement untuk tambahkan susu, jadi terpaksa cari lah yang natural way punye kekdahnya.. tapi tak tau one day nanti kalau dia bagi lampu hijau, terus aku sambar shaklee punye product untuk tambah susu.. kekeke.. larat kau nak makan sawi hari2? naik muntah tau.. huhuhu.. tp bile en zubir yg tak menyusukan anaknya mampu utk telan sawi hari2, mau komen lagi ke?? thanks abang, paling kurang walaupun tak mampu bagi hadeef susu, tp mampu telan sawi hari2 dah cukup baek.. hahaha..


bile terbaca belog2 ibu yg bf kan anak ni, macam kagum boleh pam susu sampai 25-30 oz waktu di pejabat.. owh, kome makan hape ye?? aku ni, kalau dari kul 7 lepas hantar hadeef, n baru pam kul 11, baru boleh dapat 8-10 oz.. pastu pam lagi kul 2, dapat lah dalam 4-5 oz, kalau rajin lagi pam dalam kul 5 lebih, dapat lah jugak dalam 4 oz.. total dalam sehari boleh dapat dalam 16-18 oz, cukup untuk hadeef minum 1 hari.. tp senanya, kalau aku bekalkan 6 botol 3 oz, hadeef akan minum 4 -5 botol je.. patut lah anak aku ni selim melim je dari anak org lain yg fully bf neh..


ni lah kekdahnya keroje aku pepagi before gi skolah.. agihkan EBM setiap satu botol adalah 3.5 oz.. labelkan ikut no supaya senang kakak kat nurseri amik dan keenam enam botol ni masukkan dalam satu bekas tupperware yang ditulis nama Hadeef Zafran Mohd Zubir.. al maklum, nurseri kan ramai orang, baek aku senangkan kerja dorang.. kang tak pasal2 anak aku nanes, pi amik EBM anak orang laen.. EBM no 5 dan 6 adalah yg fresh n belum dibekukan.. if hadeef tak minum, aku boleh terus bekukan dalam freezer..


oke, bila dah jumpe makanan2 yg boleh tambah susu, mula tamak aku gi beli kt kedai.. haha.. setakat ni, aku telan sawi hari2.. muak jugak, tp sebab masak sedap, jadi boleh la telan.. ececece, puji diri sendiri nampak.. lepas tu, rebus barli, buat air.. ni baru try lepas baca dari belog ummu ahmad.. kalau kurma tu aku telan kadang2 je.. jantung pisang tak pernah try lagi.. tapi semalam, aku makan timun n ulam raja, memang betul marveles la susu kuar memancut2.. tak tau samada timun atau ulam raja yg boleh increase milk production tu.. gila tamak kan aku ni dalam usaha mengumpul EBM, padahal peti sejuk kecik sajo... haha


jadi sebab tamak punye pasal kumpul EBM, en zubir janji nak beli peti baru.. suke suke suke.. aku bukan apa, aku bimbang, dibuatnya kene gi kursus 4 5 hari nanti, cukup ke susu untuk hadeef.. kan bes kalau stok besar kontena, kompem cukup.. kalau setakat kursus 2 3 hari tu, boleh la aku bekalkan susu utk hadeef n simpan dalam freezer kecik je.. dibuatnya kene gi BTN ke induksi ke, haru biru kalau stok EBM tak cukup kan.. nanes aku kalau kene sumbat FM kat hadeef.. bukan hadeef yg nanes, tp mak nya.. melampau??


ni aku pam mase gi kursus kat Temerloh.. on the spot beli safety plus punye bottles, alih2 tak cukup pun bawak 9 botol.. =( memang besh la tak sampai 10 minit pun pump, 2 2 botol dapat penuh 4 oz..

aku ingat lagi, mase first time pump susu gune spectra 3.. gila ah terus set maximum, saket gilosss.. haha.. terus tukar2 jadi minimum.. mase tu aku tak tau lagi kadar kekuatan hadeef hisap camne sebab dia kan dalam NICU.. punye la berusaha bangun kul 1 am semata2 nak pump susu, tapi sekarang kenapa dh malas bangun pagi?? =( mula2 bekalkan untuk hadeef dalam botol bumble bee, alih2 nurse suh letak dalam bekas dadih je.. first hantar susu, aku letak 1.5-2 oz dalam 1 botol, pastu nurse cakap, jangan letak banyak, anak awak minum 5 cc je.. what?? 5 cc je?? owh, lupe dia baby baru 3 hari.. hehehe..


mase tu bersyukur sangat2, susu kuar dengan banyak.. aku pun buat lah stok untuk hantar ke hospital.. sekali spital tepon cakap baby dh boleh kuar NICU n masuk SCN, terus stok tu terbengkalai dalam peti ais.. lepas 3 hari kene buang dah.. sedih tau terpaksa buang susu sendiri.. lupa plak aku nak feeling2 basuh tangan gune susu tu, kot2 jadi lembut ke hapa kulit tangan.. wakakkaa.. tade pulak gambar kenangan susu kene buang =(


dan sekarang, sebelum masuk sekolah, aku nak kumpul stock banyak2 sebabnya kadar nak dapatkan peti ais baru adalah dalam mase terdekat.. kau tengok, laki tak dapat lagi duwet, dah rembat peti seketul.. tak pe kan abang, untuk hadeef..


ni hasil pagi tadi.. sila jangan gelak, bukan keadaan luar biasa okeh..walaupun en zubir selalu gelak n cakap, "aaa banyak sebelah.." dush! .. yang hijau adalah susu sebelah kiri dan yang putih, susu sebelah kanan.. sebelah kanan tu hadeef baru lepas sedut sampai kering kontang, itu yg dapat 1 oz je.. campur 2, dapat lah 4 oz sekali hadeef minum.. senanya, ni adalah hasil pam tak sampai 10 minit.. daku sangat malas nak menunggu lelama.. kekeke.. beg kuning di belakang tu adalah beg yg aku usung hari2 bernama Jacobs.. jangan budak panggil aku cikgu Jacobs sudah.. bebudak ni bukan leh caya..


motip utama nape aku sibuk dan gigih bercerita pasal EBM n breastfeeding?? sebab aku sangat TAMAK nak menang



fuh kiri fuh kanan.. mintak2 ai menang.. nak menang yang utama, kalau tak dapat, yang kedua pun okeh, kalau tak dapat jugak, kak vagg tutup mata la bagi ai menang tempat ketiga.. gila tamak kan walaupun semua tu dah ada?? wakakkaa

ni hasil minum susu mami sepenuhnya..
newborn : 3.06 kg
bulan 1 : 4.25 kg
bulan 2 : 5.3 kg
bulan 3 : 6.2 kg


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online