Aku tengok alamat pejabat dia, n aku tau memang orang2 yg kerja situ gaji menimbun2.. lebih2 lagi asben wife kije company yg sama.. aku punye abang ipar pun company sama dengan akak ni, jadi haruslah aku tau gaji abg ipar aku tu berapa.. haha.. mungkin lain department lain, tapi memang top la masyuk setiap bulan.. Konsep Blog
Friday, August 6, 2010
Bila Pangkat Diagung2kan..
Aku tengok alamat pejabat dia, n aku tau memang orang2 yg kerja situ gaji menimbun2.. lebih2 lagi asben wife kije company yg sama.. aku punye abang ipar pun company sama dengan akak ni, jadi haruslah aku tau gaji abg ipar aku tu berapa.. haha.. mungkin lain department lain, tapi memang top la masyuk setiap bulan.. Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Friday, August 06, 2010 8 Komen Mereka
Label Kenyataan
Monday, July 19, 2010
Govern @ Private?
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Monday, July 19, 2010 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Saturday, May 22, 2010
Tentang AW Survey..

PaymentWe currently have Three Payment methods.Option (1) includes United States Postal Service (USPS) and is Free, this option generally takes 4-6 weeks for delivery. Option (1) is available to anybody in the U.S.Options (2 and 3) include the use of Paypal (www.Paypal.com) or (www.AlertPay.com) and is an electronic payment, this option generally takes 3-5 business days for delivery. Option (2 and 3) have a ($25) Expedited Service Charge and is taken directly from your A.W.Surveys account with us. The Expedited Service Charge is for the faster delivery time (3-5 days compared to 4-6 weeks).If you are ready for a payment, click the Redeem Money button and you will be presented with the above options. These are currently three payment options that A.W.Surveys supports. We are however exploring other payment options.
Referral Count will decreaseWhen we periodically delete Fraudulent accounts and they have your Referral tag on them, you will lose them as your referral. We know that you can not control what your referrals do, but this is why we recommend only referring your friends that you know will not commit fraudulent activities
Payment for sharing the opinion and filling out surveysCompanies spend Billions of dollars a year trying to convince consumers that their products are the best and to buy their products and services. They achieve this by getting an understanding how people think and shop. Knowing this, companies are willing to pay you for your opinions. Overall your opinion could help the companies to upgrade their products and services.
Payment denied or account will be deletedIf you have created fraudulent accounts, do not expect to be paid for them. We will deny your payment if you have created fake accounts to raise your referral count. Please do not waste your time creating fake accounts, our system will catch them, delete them, and deny your payment automatically. Your account may be deleted or flagged for fraudulent activities in the process.Please follow our T.O.S. when referring friends because we do not allow some forms of referring. The two most popular sites we do not allow you to post referral links on are craigslist.com and myspace.com, please review our T.O.S. for a complete list of rules.If your account has been inactive for more then 45 days it is removed from our system. If you have not violated the above rules, please feel free to submit a ticket so we can research your account.
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Saturday, May 22, 2010 3 Komen Mereka
Label Kenyataan
Thursday, November 5, 2009
Abang, Aling Ada Dosa Dengan Abang Ke?
Disebabkan BLUR, aku terfikir something..
'isy, aku neh ade dosa yang tak termaaf ke oleh abang? nape sampai tak leh wat langsung neh?'
Lalu, aku teringat yang abang pernah cakap kt aku mase kitaorang baru2 kawen.. bese la, mase tu baru tukar status, mane nak ingat 'orang sebelah' atas katil aku.. haha.. abang cakap:
So, nape aku tak leh jawab tadi.. sedihnya..
Memang ada kawan2 aku cakap tak leh jawab.. tapi aku tau, dorang bukan BLUR.. blur dan tak leh jawab adalah sesuatu yg berbeza.. Langrange's equation pun aku tak leh wat sedangkan aku sangat 'laju' buat latihan tajuk tu semalam, aku sangat mahir jawab soalan asemen tajuk tu..
Bile aku terpikir balik, soalan rocket disebabkan aku BLUR, aku tak wat integration untuk cari velocity.. soalan langrange's equation, aku salah tulis negatif.. soalan velocity dependent force, aku sesuka hati tambah 1 per untuk overall jawapan tu sedangkan mid term boleh je jawab.. soalan projectile motion aku langsung tak leh show ape yg soalan tu nak.. so, boleh bayangkan tak aku maybe dapat markah besar tahi hidung semut jerk.. tu pun kalu semut ade tahi hidung.. haha..
Jadi, kesempatan yang ada ini, aku minta maaf pada semua.. rakan2 bloggers, silent reader n pembaca setia blog ni.. mungkin aku ade terkasar bahasa dengan korang, mungkin aku pernah wat korang terkecik hati.. ampun dan maaf dipinta.. doakan untuk aku ye.. lagi 2 papers..
p/s: bile aku baca entri fana yang ini, aku jadi cool sikit..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Thursday, November 05, 2009 4 Komen Mereka
Label Kenyataan
Wednesday, October 14, 2009
Air Mata Lagi..
Allah mahu aku terus berusaha.. itu kata2 positif yg aku semat dalam hati.. nak dijadikan cerita, sorang hamba ALLAH ni dia terserempak dengan aku petang tadi dan bertanyakan tentang praktikum sebab time aku gi ULM itu hari, dia pun mintak rayuan untuk tukar negeri jugak..alasan, tiada partner satu kos untuk praktikal di sekolah tu..
Entri lepas, aku pernah cite yang secara tidak 'hitam putihnya' aku dapat Kuantan.. rupenye itu hanya la ' angin2 sepoi2 bahasa saja..' rupenye, staf ULM tak letak pun aku kat Kuantan.. ALLAH nak aku usaha lagi dengan menemukan akak tu dengan aku.. bile dia cakap kt aku, ULM tak ubah pun, aku rase terkedu..
'Ya ALLAH, aku sudah penat..'
Rase nak nangis situ je macam budak 6 tahun..encik2, puan2, cik2, ketahuilah saya sudah penat nak mendaki bangunan ini untuk bertemu muka dengan kalian semua..aku mintak sekolah SMK Tengku Panglima, then dia cakap try call sekolah tu dulu tanye nak terima tak cikgu praktikal.. aku fed up.. aku call abang..aku sebak..
"abang, aling dh penat dh usaha.. aling dh fed up.. berserah je la.. " [sambil nak nangis..]
"biar abang pulak usaha.. abang gi jumpe pengetua sekolah tu sekarang la.." [masa tu pukul 4.30pm]
Pastu, talian terputus.. kredit aku habes.. minggu ni saje, rase dh berpuluh2 kredit habes sebab kerana praktikum neh.. sepanjang dari bangunan BC hingga ke pagar UPSI, aku nangis.. nangis sambil jalan.. biar la mereka nak cakap aku apa, yang PASTI, ALLAH saja yang tau penat lelah aku.. bile dh top up, aku ke pejabat ULM semula.. nak gitau yang aku kompen kan esok pasal sekolah..
************************************************************************************
Segala perbualannya antara aku dengan staf ULM terpaksa dirahsiakan..
Segala proses pertukaran sekolah pun terpaksa dirahsiakan..
Dan segala percakapan antara aku dan pengetua sekolah pun terpaksa dirahsiakan
Harap maaf ^_~
************************************************************************************
Akhirnya, ALLAH nak tolong jugak aku.. staf tu terus tukarkan aku ke SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad [sebab tak der lagi pelajar fizik yg praktikal di situ walaupun totally dh seramai 8 orang.. so, bile termasuk aku dan partner jadi 10 orang].. lagi bahagia bersama partner aku sendiri.. mungkin rase fed up tadi adalah 'klimaks' pada ujian DIA pada aku.. sungguh! tika itu, aku sudah rase tiada kemampuan lagi berusaha untuk proses pertukaran sekolah ni dan ALLAH sememangnya sudah tau, aku sudah tak mampu lagi untuk 'ujian' yang seterusnya..
Hati bahagia.. sungguh! terima kasih ya ALLAH.. walaupun dengan linangan air mata, aku juga PASTI segalanya ALLAH akan 'bayar'.. tidak di dunia pun, insya ALLAH di akhirat kelak..
p/s: Missjue, sorry.. saye n partner dapat tukar sekolah waktu yg sama dengan awak post entri pasal SMK Raja Perempuan Taayah.. mekasih banyak2 ye pasal info sekolah awak tu.. really appreciate it! sangat gembira mengenali sekolah itu dengan lebih dekat apatah lagi sekolah itu adalah sama budayanya dengan sekolah kami dulu.. sebenarnya, sayang jugak nak tinggalkan sekolah tu utk tukar ke sekolah lain..tp sebab mr hubby jauh, so nak tak nak, kena jugak utk penjimatan kos..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Wednesday, October 14, 2009 9 Komen Mereka
Label Kenyataan
Monday, October 12, 2009
ALLAH Nak Tunjuk..
Bincang punye bincang dengan encik2 di situ.. surat permohonan untuk pertukaran sekolah sudah kali KEDUA dikemukan.. u see sendiri la i punye effort nak tukar sekolah oke.. kerana mr hubby tersayang nun di Kuantan, i rela korban apa saja.. biar la kene marah banyak kali pun =( .. dan sekarang hanya berserah pada ALLAH saja.. aku dh semat dalam hati, apa jua berlaku, PASTI ade hikmah..[bukan PASTI yg budak 6 tahun tu..]
Then, aku bertanyakan camne prosedur penetapan sekolah untuk praktikal ni.. perjumpaan kali ini dengan encik2 ULM menguatkan semangat aku.. sungguh! kali ini aku dilayan dengan baik =) .. punye la aku banyak tanye, at last, ALLAH nak tunjuk, encik tu tersalah cakap..tapi aku PASTI lagi encik tu tak sedar dia terlepas cakap.. haha.. bile i tau, waaa~ panas lagi.. terasa sangat2 diri ni dikhianati.. pes time aku rase dikhianati sebegini rupa..
Tapi panas tu sekejap je bile akhirnya aku sudah dapat result yg aku dapat ditukarkan ke Kuantan [macam konpem je, tapi rasenye konpem]..mungkin dia rase kesian kot kat aku.. naik turun tangga ULM tu [ULM itu berada ditingkat 4 ye kawan2], hantar surat dah dua kali.. syukur pada ALLAH selayaknya.. DIA yang membantu aku.. bukan saja bagi kekuatan fizikal, malah kekuatan dalaman untuk aku hadapi dugaan ini.. cuma, wat mase sekarang ni aku tak tau sekolah mana sebab aku tau aku dapat Kuantan pun dari sorang kawan aku..
Disebabkan nama dia n partner dia tercicir, so dia refer pada ULM..then, encik tu cakap camni kt dia,
"Awak nak partner sekali dengan Haniem tak? sebab dia mintak Kuantan.."
"Saya tak leh nak confirm sebab kena tanye partner saye dulu"
So, aku yg wat kesimpulan la aku dapat Kuantan.. ahaha.. padahal, itu hanya result 'angin2' saja, tak der hitam putih pun.. i hope la.. semoga kesabaran aku menghadapi dugaan ini mendapat ganjaran oleh-NYA.. doa orang teraniaya dimakbulkan ALLAH, rite? so, aku berdoa semoga nanti posting pun aku dapat dekat dengan abang dan posting aku diawalkan.. i laki bini decide nak duk Kuantan, thats why aku nak minta posting kt Pahang.. n i hope again, biarlah dapat dekat dengan abang..
Kesimpulan aku, kalu ALLAH nak tunjukkan kebenaran itu, akan terzahir lah ia walaupun mende tu ditutup serapat2nya.. kuasa ALLAH tiada tandingan.. jangan kamu menidakkan itu, oke?? time kasih pada mereka2 yang membantu aku dalam usaha pertukaran ini.. yg teman aku naik turun tangga ULM, yang bagi aku semangat, kata2 positif.. tidak lupe juga yg menyalurkan doa melalui blog ni..aku post entri berkenaan praktikum, minta kamu mendoakan aku, kerana aku tau, aku ade kamu di belakang.. thanks friends!!
p/s: aku cuba berprasangka baik pada tukang incharge praktikum bg pelajar fizik.. mungkin dia lupe surat aku.. ye, mungkin dia lupe.. *padahal dalam hati cakap, ianya tidak mungkin berlaku! sebab hanya beberapa kerat sahaja dari 198 orang students fizik yg buat permohonan..lain la kalu 50 orang buat surat, boleh dianggap jugak surat aku tercicir..*
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Monday, October 12, 2009 6 Komen Mereka
Label Kenyataan
Sunday, October 11, 2009
Naluri Ibu
Aku just nak share 1 cite.. cite benar n ade kaitan dengan yang hidup [aku sahaja] dan tiada kaitan dengan yang sudah meninggal dunia..
Khamis ( 8/10/09)
Lepas pada tu, aku dh down.. tak leh study.. tapi malam tu ade Test Classical Mechanics.. sebelum test, kul 8 aku call rumah, nak sembang dengan mak ayah aku.. mula2 aku sembang dengn ayah, then ayah aku pass tepon kt mak aku.. nak tau naluri seorang ibu??
Mak: adek, mak mimpi yg bukan2 kt adek.. adek nak dapat susah ke ni??
Dengar mak aku cakap camtu, terus aku nangis sampai tak leh cakap.. point aku kat sini, naluri ibu sangat kuat.. walaupun anaknya terpisah beribu2 batu dengan dia, walaupun tak dengar suara anaknya, walaupun tak tau khabar berita anaknya, ALLAH tetap 'menghantar' satu signal pada seorang ibu tentang anaknya.. interesting kan bonding antara ibu dan anak??
Aku selalu terpikir, bile la ALLAH nak bagi aku naluri seorang ibu.. sebetulnya, memang aku sendiri tak sabar nak ade baby.. melihat kawan2 yang sudah ada anak, sedang mengandung, diri ini sedaya upaya cuba untuk sabarkan hati.. sabar anim! masa itu akan tiba.. tapi, yang aku tak tahan gelak [tadi nangis masa cakap dengan mak], mak aku cakap camni,
"ingatkan adek mengandung.. kan ma zubir tak bagi lagi mengandung.. kot2 la mengandung, kene marah dengan mak dia.. itu yang mak pikir nak dapat susah.."
Naluri seorang ibu.. satu getaran yang tanpa paksaan, satu gelombang yang tiada batasannya.. getaran n gelombang anugerah ALLAH untuk seorang ibu.. Ya ALLAH, aku belum bersedia jika KAU mahukan ibuku kembali ke pangkuan-MU.. sungguh! kejayaan aku di dunia adalah doa seorang ibu untuk aku.. aku tau, jauh di sudut pandanganku, ibu ku sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anaknya..
Thanks to ALLAH.. walaupun otak aku serabut dengan praktikum, tapi ALLAH lapangkan hati aku ketika menjawab test pada malamnya.. ALLAH itu sangat adil.. percayalah!
p/s: kawan aku cakap, kalu naluri ibu tu kuat pada anaknya, bermakna anak dia menyusu lama mase baby dulu.. so, aku wat kesimpulan, nanti ade anak, aku nak menyusu dia lama gak supaya aku sentiasa mendapat 'sign' if dia berjauhan dengan aku.. haha.. boleh abang jadi pembantu aling nanti??
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Sunday, October 11, 2009 2 Komen Mereka
Label Kenyataan
Saturday, October 10, 2009
Pasal Praktikum 2
Conclusion aku..
- Ada hikmah disebalik yang ALLAH aturkan.. sekolah itu sangat baik budaknya.. [tak gi lagi, tapi assume budak2 baik.. doa seorang cikgu..=) ] mungkin ALLAH nak bagi aku peluang dapat A untuk praktikal.. ingat senang ke nak dapat A.. kerjasama student amat diperlukan tau.. jika budak2 baik, kelas dapat dikawal, sememangnya cikgu itu layak dapat A!
- Aku bukan kerabat sultan.. jika diteliti asal usul penyekolahan aku, dari sekolah menengah lagi sekolah aku ada nama kerabat sultan.. Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA).. sekolah banyak kenangan tuh! then, aku masuk UPSI pun still ade nama Raja.. Universiti Pendidikan Sultan Idris.. sehingga la aku nak praktikum, aku ditempatkan sekolah yang ada nama sultan lagi.. Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh Perak.. adakah nanti bila posting, aku akan ditempatkan di sekolah yang ada nama sultan jugak? kalu di Kuantan, SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad! [doakan untuk aku tau..] =)
- Sebenarnya aku sedih sebab lagi jauh dari abang.. siyes aku cakap, jika abang sudah bekerja, aku tiada masalah untuk berpraktikal jauh dari abang kerana tiada lagi masalah kewangan terhad.. tapi sekarang, buat masa ni, kewangan kami terhad, untuk aku nak praktikal jauh2 ni membuatkan daku sangat poning kopalo.. =( .. untuk sekarang, TM-KL-Kuantan-KL-TM memakan belanja, RM58.. jika aku praktikal di Ipoh, kos ulang alik jumpe abang, Ipoh-Kuantan-Ipoh, RM 80+.. banyak.. hampir 2x ganda..
- Kepada yang tukang incharge ni, thanks sebab buat aku camni.. menjadi orang yang tidak amanah sangat besar dosanya.. apatah lagi, kamu sudah dipilih oleh ALLAH memiliki pangkat dunia dengan panggilan Tn. Haji di hadapan.. berlaku la adil pada yang hak..
- Aku cuba tenangkan diri, tenangkan perasaan.. aku semat kata2 mak aku dalam hati, aku jadikan azimat kata2 abang dalam diri..kata2 mak.
"sabarlah adek.. sebelum nak dapat senang, mesti susah dulu.. mane tau nanti adek posting dapat dekat.. adek dapat posting awal dari kawan2 lain.." -mekaseh mak atas doa itu..
"Usaha dulu minta tukar.. kalu tak dapat, sume tu dh qada' n qadar.. kite tak tau, mungkin di sebalik mende yg kite rase buruk ade hikmah yg kite tak jangka.. sb ALLAH dh gitau dalam al-Quran, apa yang kamu rasa baik bagi kamu, mungkin buruk bagi kamu.. tapi apa yang kamu rase buruk bg kamu, mungkin baik bagi kamu.. ALLAH lah perancang yang terbaik.." - thanks sayang untuk peringatan ini..
p/s: abang, sanggupkah abang berjauhan lagi dengan aling?? sekarang aku dalam proses pertukaran sekolah ke daerah kuantan.. mohon doa kalian ye..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Saturday, October 10, 2009 16 Komen Mereka
Label Kenyataan
Wednesday, October 7, 2009
Perancangan ALLAH Jua Yang Terbaik =)
Hajatnya, nak gi library jugak.. aku neh jenis perut tak leh kalu tak diisi dengan nasi.. kene nasi gak.. kakak aku cakap, perut orang kampung.. haha.. aku tak kesah pun, memang betul =) ..lepas makan, aku sapu ubat kat perut sebab senggugut + perut memang memulas.. sapu minyak panas kat kepala lutut sebab sakit.. [dah tua aku neh.. syikin cakap, rawan aku mengecut.. haha], pastu amik sweater sebab kat library tu sejuk..
Aku gi library.. planning nak duduk situ sampai kul 5.. oke, duk setengah jam, perut memulas gila.. aku gi toilet, ternampak Fana n Eeah.. minta dorang tolong pegangkan purse+nokia N81 neh.. lepas je balik dari toilet, aku pun gi sambung study.. tak sampai setengah jam, perut memulas lagi.. aku naik hangin.. ahha.. weh perut, tuan kamu nak study la.. then, pk2 balik, baik aku balik rumah lagi bagus.. nak 'buang' kt rumah pun lagi selesa..
Aku pun kemas2 barang n balik rumah.. gi library kul 12.30pm-1.30 pm.. rum mate aku dh gelak2 sebab 'precaution' aku macam2 sebelum nak gi library dengan harapan nak stay lama kat situ, tapi at last just 1 hour.. haha.. balik rumah, aku pun tido sampai 5.45 pm.. bangun2 perut dah oke, senggugut dah hilang.. alhamdulillah, ALLAH nak sembuhkan penyakit aku dengan rehat secukup nya.. [sokmo rehat cukup oke..].. mungkin kalu aku study gk, tak masuk ape2 sebab perut sakit kan..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Wednesday, October 07, 2009 13 Komen Mereka
Label Kenyataan
Monday, October 5, 2009
Waaa~ Panas!!
Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.
Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.
Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.
p/s: tahniah! berjaya membuatkan semua bakal guru 1 Malaysia menganggur!! weh! aku nak sara hidup dengan apa nanti? nak suh 1 Malaysia merempat tepi jalan jugak ke?? adoi.. waa~ panas.. kepada bakal2 guru 1 Malaysia, sila cari alternatif lain untuk menyara hidup anda.. degree education, gulung, ikat dengan riben, buang dalam laut.. panas2x..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Monday, October 05, 2009 2 Komen Mereka
Label Kenyataan
Sunday, October 4, 2009
Zaman Sekarang..
Oke.. aku tunggu bas nak balik ke TM.. [jangan tanye aku dari mana.. haha.. opkos dari Kuantan.. terbabas iman minggu ni.. balik jugek!!].. ade sepasang couple depan aku.. si dara memluk pinggang si jejaka, si jejaka memeluk bahu si dara.. mula2 aku berprasangka buruk.. tapi cepat2 istighfar sebab takut jadi fitnah pulak.. mungkin dah kawen.. aku intai di jari2 manis si dara tadi.. ade sebentuk cincin, tapi gerak hati still cakap itu bukan macam cincin kawen! [jahat sungguh hati neh!hehe..]
Dalam hati lagi, still cakap, mintak2 bukan budak UPSI.. malunya bakal GURU camtu.. tengok2 bile naik bas, si dara tadi duk sebelah aku.. aku? mengambil peluang yang ada.. haha.. sebelum tu, aku tengok akak ni salam cium tangan si jejaka tadi.. waaa,, adegan macam aku dengan abang je sebelum aku naik bas balik TM tengah hari tadi..
Akak: Sem berapa?
So, kome paham2 sendiri la ye.. banyak lagi perbualan aku dengan akak tu.. tapi takkan nak tulis semua.. sedih aku dengar akak tu cakap baru nak tunang.. erm, habes tu, kenapa beraksi macam dah kawen?? siyes aku cakap, aku bertambah malu bile akak tu bakal cikgu.. tambah2 lagi cikgu Moral..
Kepada si dara2 di luar sana, please.. jaga la kehormatan diri anda.. anda akan rasa lebih nikmat bile ianya pertama kali disentuh suami setelah diijabkabulkan.. tolong la malu untuk diri sendiri.. ini tak campur lagi dengan pakaian.. bukan senang kan nak membesarkan anak di zaman sekarang.. walaupun aku tak de anak lagi, aku sentiasa pikir camne cabaran nak membesar anak.. ini baru 2009.. kalu 2019 camne? 2029 lagi camne?
Abang berminat nak jadi cardiothoracic surgeon.. [pakar untuk pembedahan jantung, paru2 n sume2 yg kt dada..] tapi abang nak yg lebih specific, pakar bedah untuk jantung kanak2 sebab abang cakap kat Malaysia hanya ada 7 orang sahaja.. aku tak menghalang, cuma apa yang aku cakap kat abang..
"Abang, kalu abang amik specialist tu, boleh.. tapi mesti nanti abang apply kerja kat IJN kan? abang tak takut ke nak membesar anak dalam KL??"
Aku tak maksud apa2.. tapi tengok sendiri kat KL, kite akan jumpe rambut2 yang 'berkarat', baju baby yg dipakai org dewasa, kain tak cukup inci n others.. kat lain pun ade, tapi kurang lagi berbanding KL tu.. abang balas pandangan aku,
" Membesarkan anak di mana2 sama saja.. cuma, kalu sejak kecil lagi kite didik dia dengan agama, teguhkan agama dalam diri dia, campak je kat mana2, insya ALLAH, dia boleh hidup dengan berpegang pada agama, ingat pada mak ayahnya kalu nak buat mende2 tak elok..cuma jangan terlalu mengongkong.. takut nanti, campak kt mana2 jadi culture shock pulak! sebab ramai mana budak2 sekolah agama, keluar dari sekolah, tudung ke mana, aurat terlepas camtu je.."
Aku tak nak komen banyak sebab ini isu sensitif.. so, keyword aku kat sini, 'pegang teguh pada agama, al-Quran dihati.. insya ALLAH, jika anda duduk di bumi camne sekali pun, anda tidak akan tertewas dengan dugaan dunia..' oke?
p/s; aku bukan budak baik nak cakap hal2 camni.. malah iman aku hanya senipis bawang.. cuma, entri ni hanya mengingatkan untuk diri sendiri bile sudah memiliki anak nanti.. aku rase, ibu bapa sekarang kene berbalik pada yang dulu.. mengahwinkan anak dalam usia yang muda.. tak salahkan? mengahwinkan anak perempuan pada usia yang muda adalah sunnah, membantu anak-anak untuk mengelakkan diri dari melakukan maksiat adalah wajib? [jika tak salah aku dalam ceramah nikah khitbah]
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Sunday, October 04, 2009 7 Komen Mereka
Label Kenyataan
Monday, September 28, 2009
4 weeks..
Aku nak habes blaja ler.. lagi 4 minggu kuliah + study week = exam.. exam untuk 3 papers.. amat menyeronokkan tapi menyiksakan jiwa.. plus lagi thesis untuk dijilidkan.. kalu tak, tak grad aku.. huahuahua.. kenapa aku tersangat rajin mengira berapa lama lagi tempoh di UPSI?
Sebabnya:
- Start sem depan berlaku sedikit penjimatan dari segi wang sebab aku tak yah lagi berulang dari TM-Kuantan [jimat tambang], aku tak yah sewa lagi rumah kat TM [jimat duit bahagian sewa rumah di TM], tak der lagi asemen2 yang menyerabutkan [jimat ape kt sini ek?].. tapi yg paling bes, tak yah naik bas trans KL-Kuantan lagi.. ingat bes ke? sakit pinggang weh walaupun dalam bas aku still lena tido untuk sampai ke destinasi.. ahaks..
- Aku akan praktikum selama 14 minggu.. tak sabo nak jumpe anak2 murid aku.. ahha.. ayat tak leh blah.. sekolah pun tak tau lagi nak time aku ke tak..
- Aku boleh duduk nge abang dah.. always and forever.. huhu.. cuma, tak bes sebab aku start praktikal, abang start posting OnG.. duk tunggu orang lain beranak, baik tunggu aku beranak kan?? hahaha.. then, habes OnG, abang akan ke Temerloh untuk posting peads..mujur ade Eah sebagai peneman.. kan eah? kan??
Sebagai pengakhirannya, aku just ada 1 month, 3 weeks and 3 days until the end of my final sem.. itu termasuk dengan minggu study n minggu exam oke.. 4 minggu tu just lecture weeks.. bukan aku salah kira.. sebagai peringatan pada diri sendiri yang final exam sudah tak lama lagi.. aku cakap kat abang, study week nak balik kuantan sebab duk kat TM aku asek main blog je.. abang balas, 'kalau betul2 nak study, tak der ingtnya blog..' waaaa-pedas ~_^ .. aku cakap lagi, kat kuantan tak der internet.. haha.. melawan cakap suami.. ngeh3..
Countdown ticker neh aku cilop dari blog orang yg tak sabar nak tinggalkan TM.. hikhikhik.. jangan marah eh fana..

p/s: sesiapa yg terasa saspen dengan tajuk 4 weeks tu, sorry.. hikhik.. doakan untuk saye ye kerna saye tau apa yang terlintas difikiran kamu sebaik sahaja kamu membaca title entri ini.. ayat sekema beb!
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Monday, September 28, 2009 2 Komen Mereka
Label Kenyataan
Raya 2009
Pagi raye pertama aku kat rumah aku la.. wajib+mesti kt rumah aku.. ngeh3.. cuma, tahun ni kakak sulung aku tak balik sebab abang ipar tak leh cuti.. erm, sedih2.. tak cukup corum... yang ada hanya kakak ke2, ke3, abang aku n aku.. memang ada kelainan sikit pagi raye tahun ni sebab aku pegi surau dengan abang.. huhu.. join sekali mak aku n famili kakak ke3..
Lepas balik solat raye, salam dengan abang.. minta maaf segala2nya.. nasib aku tak nangis2.. boleh kawal air mata weh! tak duka+pilu sangat sebab tak banyak lagi dosa dengan abang.. haha.. abang kan?? kan?? kan?? pastu, adegan bagi duit raye pada anak2 buah.. walaupun hanya sekeping kertas warna hijau, sorang satu, tapi korang bulih jugak wat beli ais krim satu dozen kan? hihi.. nanti la sue n acu kerja, kasi up sikit duit raye.. nanti pau duit acu banyak2 tau..
Then, petang tu aku balik rumah abang.. kesian ma n ayah.. tahun ni semua abang2 zubir beraya di rumah mak mentua masing [termasuk abang].. so, rumah sunyi je.. sepi.. ma biasa buat sate hari raye pertama.. tapi sebab tiada orang balik mase raye pertama, so sate yang diperap tu dibungkus dalam plastik.. sape nak bakar sendiri.. haha.. sate segera ape..
Aku sampai rumah abang dalam kul 10pm.. mata ngantuk, tubuh penat.. tapi abang ajak bakar sate.. oleh sebab pagi tadi dah mintak ampun n mahap, takkan malam tu nak wat dia kecil hati kan? aku pun join la abang teman dia bakar sate sama2 dengan 2 orang lagi adek abang.. sonok2.. rase nak bukak kedai pun ada.. haha.. sate ma memang sedap.. jiran rumah abang siap mintak resepi n bukak kedai sate.. patut la dalam sebulan mesti ada sate free kat rumah..
Raye kedua, sehari suntuk aku beraya di Kota Bharu.. gi rumah sedara2 abang.. memang agenda setiap tahun bagi famili abang.. raye kedua akan turun ke Kota Bharu.. Raya ketiga petang aku balik rumah aku.. sebab raye ke4, kakak ke3 dah nak balik Bangi.. lepas kakak aku balik Bangi, aku n abang pi beraya rumah kawan2 n cikgu.. tahun ni baru aku start gi raye rumah kawan2 sebab tahun ni ada 'driver'.. hehe..
Raye ke5, aku ke Kota Bharu lagi.. pi majlis kawen yati.. kawan se-U aku.. n raye2 yang seterusnya, hanya biasa2 saje.. tak der mende menarik pun untuk diceritakan.. hihi.. tahun ni gambar diambil oleh kamera abang aku.. so, tiada simpanan gambar raye dalam laptop buruk aku neh.. nanti kalu aku rajin, aku upload eh..
p/s: masih musykil.. anak buah zubir yg sangat takut dengan orang lain, tetibe nak sangat dengan aku.. siap peluk n main 'au caakk!' lagi.. hihi.. ini sudah tanda2.. betul kah??
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Monday, September 28, 2009 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Cite Novel vs Cite Aku
Bukan aku nak cite panjang pasal novel tu, Cuma ni aku still ingat.. perbualan antara anak buah tengku syahran [kalu tak silap aku namanya Murni] dengan tengku syahran yg memegang watak sebagai pak ngah dan isterinya sebagai mak ngah [alia]..
“Pak ngah, kak long nak adik..”
“Kalu nak adik, suh la mama kak long bagi adik..”
“Tak nak, nak adik dari perut mak ngah..”
Ni cite aku.. aku balik beraya rumah abang pada petang raye pertama.. bertolak petang sampainya kul 10 malam.. bukan sebab traffic jam, tapi aku singgah rumah kawan satu sekolah dulu yg baru nak bertunang.. tup2 aku sampai rumah, azim anak buah abang, umur 5 tahun.. dia sangat rapat dengan abang.. belum kawen pun abang pernah amik dia bawak balik rumah ma dan tido sama2..
Bile kami sampai, azim ikut abang ke dapur..
“Cik bir, mana baby cik bir?”
“Cik bir mana ada baby..”
“Tu dalam perut cik anim..”
Nasib aku tak tersedak minum air.. haha.. budak 5 tahun cakap ada baby dalam perut aku.. abang senyum je pandang aku.. mujur Ma (MIL) tak der mase tu.. kalu tak, tak habis2 musykil mak mentua aku.. haha.. dan tibe2 aku teringat cite novel Bicara Hati.. macam sama je citenya, Cuma yang tak sama dalam novel, lepas si Murni tu cakap camtu, mak tengku syahran support.. tapi berbeza dengan my MIL, if dia ada waktu azim cakap camtu, mesti dia akan cakap [aku predict je ni],
“ngaji wi perabeh dulu.. tok soh nok beranok dulu la..”
[belajar habis dulu.. tak payah nak beranak lagi..]
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Monday, September 28, 2009 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Sunday, September 13, 2009
Semalam Lailatul Qadar??
Biology clock aku untuk bulan pose memang kena ubah.. tido kul 12 am then bangun kul 4.15 am.. kalu aku buat time bukan bulan pose, hampeh aku takkan bangun kul 4.15 am tu.. mesti tidur selagi azan Subuh tak berkumandang.. ngeh3.. siap sekali pakej tidur lepas Subuh lagi kalu bukan bulan pose.. tapi semalam, aku nak stay up sampai kul 2 am je, dah siap2 baring, tapi mate pulak tak leh lena..
Aku bangun balik.. aktiviti aku pastu ape lagi.. duk godek ke blog neh.. hihi.. tetibe ada mesej masuk.. aku sudah heran sebab sape la nak hantar mesej kat aku malam2 cegini except abang.. tapi abang dah tido waktu tu..then, aku bukak mesej tu..
"malam lailatul qadar.. tengok langit sekarang, putih..bangunlah solat.."
Ni mesej dari abang ipar aku a.k.a abe leh.. bile habis baca mesej, aku seram sejuk.. nak tau nape aku seram sejuk? sebab dari kecik lagi duk dengar cite, kalu lailatul qadar, semua pokok n makhluk ALLAH akan sujud sembah pada-NYA.. dan aku terbayangkan pokok depan rumah aku neh sujud.. ade ke patut, umur 22 tahun pun takut macam budak umur 2 tahun?? ngeh3..
Tapi sayang sangat.. sebab sekarang, ALLAH bagi aku 'cuti'.. apa yg mampu, aku doa banyak2.. entri semalam aku cakap nak baby kan.. so, semalam aku doa yg terbaik untuk aku.. jika aku ditakdirkan ada anak dalam waktu masih belajar dan ini yang terbaik, mohon ALLAH hadirkan dalam rahim ku.. jika tidak, aku mohon dipermudahkan setelah semua nya selesai [habis belajar..].. cuma aku pegang satu prinsip, ALLAH knows the best!
Ralat jugak sebab tak dapat nak sujud pada yang Esa semalam.. tapi tak kesah la kan.. tak semestinya berdoa kena atas sejadah kan?? ALLAH terima semua doa kita, insya ALLAH.. yang pasti kene yakin pada-NYA.. lepas je siap doa, aku kol abang.. kejut suh abang bangun tahajud.. 3x percubaan calling, baru bangun.. susah jugak nak kejut laki aku neh.. hua*hua*hua..
Aku pun beranikan diri gi tengok langit.. sungguh!waktu tu langit kemerah-merahan.. cerah.. suasana tenang.. tenang dengan sunyi lain kan?? tak der bunyi satu pun serangga.. aku tutup balik tingkap sebab diri ku sudah seram sejuk kembali.. hikhikhik.. penakut punye pasal.. dan semalam aku rase adalah lailatul qadar.. ALLAH saja yang Maha Mengetahui.. jika dilihat pada hari ni, suasana tak panas kan? tak mendung.. tapi aku tak tau la kot2 cuaca camtu kat TM je, kan lain tengah panas atau tengah hujan.. =D
10 minit lepas tu aku call lagi abang.. saje, buat sport check.. kot2 abang tido balik.. hua*hua*hua.. pastu dapat warning dari abang,
"kenapa miskol lagi.. kan abang dah bangun.."
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Sunday, September 13, 2009 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Tuesday, September 8, 2009
Aku, Kenapa Begitu?
Dan.. bile aku dapat result SPM, aku terpikir lagi.. 'ish, asal aku tak sungguh2 study.. result tak besh langsung bile dipandang..' .. lalu, aku compared dengan result abang yang
Aku yang tanpa segan silu cakap kat abang, 'boleh minta A 2 3 bijik?' .. padahal ianya tak mungkin akan boleh berlaku.. dan aku terpikir lagi, 'besh nye kalu dah kawen.. boleh study dengan abang..'
Dan hari ni, bile aku dah kawen, segala2 yang aku terpikir selama ni langsung tak tertunai.. sebab content antara aku dan abang memang contra.. biology & physics boleh together-together ke?
Dan bile aku sedar diri, memang sejak abang matric UIA lagi abang 'bantu' aku study walaupun abang dah dalam kategori medical student.. abang datang UPSI ajar aku tentang Newtons Laws, konsep tentang Force, Motion segala motion include circulation motion, rotational motion.. sedangkan aku, major physics pun tak mampu nak memahami sebetul2 nya.. sangat malu dengan abang sebab abang mengharapkan aku jadi macam dia..
Bile kami pergi jalan2, abang selalu tanye aku macam2 sebab abang nak uji content physics aku sedangkan jawapan aku sume nye tersasar.. erti kata lain, jawapan macam budak 6 tahun... haha..contohnya, 'kenapa loji air dibina kat atas bukit?' ..jawab aku sebab senang air nak diagihkan.. turun bukit.. adekah patut jawapan aku cegitu? then abang betulkan, 'bukan sebab tekanan ke?' .. lalu diri ini terpikir, betul jugak kan?
Contoh lain.. hari tu abang tanye aku, 'kenapa kentut berbunyi?'.. sudah aku tak leh jawab.. adekah patut? then abang sendiri yg jawab sebab hasil getaran bunyi.. aku, kenapa begitu? sedangkan mende2 tu sume adalah major aku.. dan baru2 ni, bile abang bercerita pada aku tentang pujian seorang Doc kepadanya masa dia present long case,
Update:
Ade beberapa org tanye aku pasal result SPM mr. hubby aku.. oke, aku jawab di sini je la ye.. nama dia memang pernah dicalonkan sebagai Pelajar Terbaik Negeri Terengganu mengikut result trial, tapi tak dapat disebabkan 3B yang satu itu iaitu EST.. dan pelajar terbaik Negeri Terengganu tu disandang oleh pelajar SMKA Sheikh Abdul Malik.. kesian abang.. abang tak nangis kan? dah tak der rezeki, nak wat camne.. patut abang tunggu calling dari KPM utk makan bersama PM tak der, rupenye tak dapat straight A1.. ngeh3..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Tuesday, September 08, 2009 14 Komen Mereka
Label Kenyataan
Thursday, September 3, 2009
Kisah Sedih..
Dr. R suh aku gi lab fizik moden.. oke.. aku gi dengan ayu sambil nota ditangan.. ini namanya orang studi last minit.. tak dang nak khatam.. then, sampai situ ada dekat 10 org lecturer fizik.. rupenye dorang nak meeting.. aku tengok lab GGo, pun ade student wa macroteaching.. lab untuk research je kosong.. so, Dr.R suh aku duk situ..
Mula2.. tenang.. aku tengok soklan pun tenang walaupun sebahagiaannya aku tak hapal pun.. then, masuk 2 orang budak master.. sembang macam kt kedai kopi.. aku sabar oke.. takkan aku nak join sembang dengan dorang.. aku tau dorang nak continue wat projek, tapi tolong la consider aku tengah TEST.. takkan la aku duk situ duk saje2 kan??
Tak pe la, dah nasib badan.. aku pikir la sehabis daya nak tulis jawapan.. momentum daya pikiran aku cam tinggi je.. panas kepala~ haha.. then, masuk pulak supervisor projek final aku.. adeh.. dia gi sembang dengan aku.. tanye camne dah projek dan pung pang pung pang.. aku sabar.. idea n hapalan2 aku yg cam cips more, kejap ada kejap tak der memang menguji kesabaran aku..
Aku baru nak tulis jawapan, supervisor tu tanye lagi.. dan lagi dan lagi.. sehingga la idea yg cam cips more tu dah betul2 hilang membawa diri.. perasaan? nak nanes.. waaaa.. dah la sorang2, kalu ade kawan boleh gak kenyit2 mata.. dan tersangat la kurang ajar jika aku kata pada supervisor tuh, "encik, saye ni tengah test.." semata2 untuk menahan idea aku yg cips more tu.. tapi aku yg lurus bendul, senyum2 kambing sambil tengok jam dan masa menjawab ada lebih kurang 15 minit..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Thursday, September 03, 2009 4 Komen Mereka
Label Kenyataan
Tuesday, September 1, 2009
Kata Ayah..
Itu kata2 my FIL.. sangat terasa...means bukan dia kata ke aku.. itu ma (my MIL) yang sampaikan.. kadang2 aku terfikir, kenapa kita yang muda kurang untuk mengingati MATI walhal MATI bukan datang kepada golongan yang tua sahaja.. budak yang lahir baru seminit pun kalu dah dijemput Tuhan akan mati jugak.. pakcik tua yang berumur 90an kalu masih diberi peluang untuk hidup, panjang je umurnya..
Cuma, kadang2 aku terfikir kenapa sesetengah manusia atas bumi Tuhan ini jarang untuk mengingati Allah sedangkan Allah tidak pernah melupakan hamba-NYA.. kalu la Allah lupa pada hamba-NYA, boleh bernafas ke kita?
Sekarang aku dalam mode geram.. geram kepada 'insan' yang telah berjaya mencuri duit orang dalam rumah ni.. bukan duit aku yang hilang, tapi duit housemate aku.. dan ensiden tu membuatkan aku rase rumah ni tak selamat.. waduhh!! aku dah la pegang duit sewa rumah untuk setiap bulan.. ya ALLAH, lindungilah segala harta yang aku ada.. sesungguhnya semua itu milik-MU..
Bile aku tengok keadaan politik kt negara ni, siyes aku rase macam *@#$% je.. sangat2.. nampak sangat rasuah yang itu, rasuah ini demi untuk dapat pangkat dunia.. aisy..makan duit orang sesuka hati.. menganiyai orang tak tentu hala.. sedarkah mereka yang ALLAH Maha Melihat segala-NYa.. kalu Allah itu bagi nampak pahala & dosa, sure punye sume orang nak kutip pahala dan nak tinggal dosa..
Tapi sebab pahala dan dosa itu tak nampak, jadi manusia2 sangat lalai dalam mengingati Pencipa alam kita.. hanya yang memilih jalan ALLAH akan 'rasa' manisnya pahala dan pahitnya dosa..
p/s: dah lama aku aku tak berhadapan dengan kes kecurian dalam rumah nie.. hadeh.. bile ade lagi kes cegini this sem betul2 wat aku rase tidak selamat!
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Tuesday, September 01, 2009 2 Komen Mereka
Label Kenyataan
Monday, August 31, 2009
2+1
Syukur pada ALLAH, pemberi rezeki untuk sekalian makhluk.. sebenarnya, kami tak sangka pun kami boleh beli 1 lagi kete.. korek bank ni, korek bank tu, akhirnya cukup 7K.. haha.. walaupun second hand, tapi ianya amat2 bermakna untuk kami cari rezeki sesuap nasi.. ohh!! ayat sedih pulak dah.. setelah ditolak dan ditambah, saving pun cukup, so kami decide nak beli kete tu dgn abg azahari.. beli by hand bukan kt kedai, so tak de mahal sangat.. kalu kt kedai kami survey harga dalam 8.5K dan ke atas..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Monday, August 31, 2009 3 Komen Mereka
Label Kenyataan
Tuesday, August 25, 2009
Pasal Praktikum..
Urusan untuk praktikum udah selesai.. alhamdulillah, akhirnya diberi peluang untuk pilih partner untuk praktikum nanti.. aku? partnet dengan raihah.. sebab hari tu Syikin cakap tak mo duk Kuantan, so aku pun ajak la Raihah praktikum dekat Kuantan.. dan penyelaras praktikum bagi kelonggaran untuk aku pilih daerah nak praktikum.. sebenarnya, kami tak diberi pilihan pun nak praktikum kt daerah mana, diberi peluang pilih partnet sahaja.. dan aku spesel case skit.. haha..
Aku? opkos la aku pilih Kuantan.. siap nyatakan lagi sekolah mane aku nak walaupun ditentang keras oleh penyelaras praktikum.. aku peduli apa.. janji bulih dekat dgn laki aku.. lame dah laki aku dambakan aku di sisinya 24 hours.. betul tak abang?? hihi.. so, aku yang sentiasa solehah untuk abang secara jujurnya tulis nama sekolah yang terdekat sekali dgn rumah kami.. SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.. panjng jela nama sekolah.. kalu la ade sekolah belakang rumah kami sewa, aku tulis sekolah tu.. tapi belakang rumah sewa aku tu dewan serbaguna Indera Mahkota..
Dan ada lagi satu bite yg aku dengar.. cam tak besh je la.. tak besh bagi aku.. hikhik.. student peknen tak leh praktikum.. aku tak tau la sejauh mana kebenarannya.. kalu maktab, memang confirm tak leh.. tapi rasenye kalu UPSI, boleh je.. tengok kakak housemate aku dulu, mase peknen boleh je praktikal, tup tup dah habes praktikal terus meletup.. haha.. nasib baik sempat habes praktikal, kalu tak, tak time la ijazah bulan 8 baru ni kak oiii.. tapi mungkin student fizik bulih kot praktikal sambil jadi mak buyung sebab lab2 fizik kt sekolah simple2 je.. bak kate kawan aku;
"lab fizik main golek2 tayar je.. sambung litar"
Aku senyum je.. tapi dalam hati aku kata, sambung litar kalu salah, kejung anak aku kat dalam ni haaa.. [perhatian; belum wujud lagi anak itu.. haha] sebab kalu student kimia n biologi, maybe sebab kene carry lab yang melibatkan bahan2 kimia.. uhh!! bahaya untuk kesihatan weh.. tapi sebenarnya, aku n abang dah 'tarik nafas' lega sebab sudah melepasi bulan 8.. means, kalu tetibe aku peknen, EDD dia dah habes praktikal.. so, tak jadi extend la.. tapi, bile dengar khabr2 angin yang tak tau betul ke tak tu, naik 'gerun' gak aku dan abang sebab extend sem la perkara yang paling kami tak mahu.. [cakap cegini macam laki aku jadi mak buyung gak je..]
"kalu abg dah jadi Doc, aling nak peknen terus pun tak pe.. ni abg belajar lagi, takut extend jadi lama pulak.. nanti abg dah jadi Doc, aling peknen la tiap2 tahun la..hihi"
Tapi kalu dah rezeki kan, mane2 je ALLAH dah bagi yang terbaik oke..
p/s: tengok la bile laki aku dah jadi Doc, aku jadi 'pengusaha kilang' yang cemerlang tak.. ^_~
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Tuesday, August 25, 2009 2 Komen Mereka
Label Kenyataan

