:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Saturday, June 11, 2011

Masihkah Kau Ingat?

16 Januari 2000;

kite same2 masuk sekolah menengah

23 Febuari 2001;

kite same2 ade program dalam dewan sekolah..

Oktober 2002;

Kite same2 amik exam PMR

Januari 2003;

Kite sekali lagi same2 dalam dewan untuk minggu orientasi tingkatan 4

November 2004;

Kite same2 berjuang jawab exam SPM dalam dewan..

Tahun 2005

Januari - sorang pegi Darul Quran
Mei - sorang pegi Matrik N9

Jun 2006;

Kite bertunang secara tidak rasmi.. cincin itu masih kemas tersimpan

Mac 2009;

Diri telah dirisik

Jun 2009;

Sah!


Abang, masihkah kau ingat??
Dewan Fikri tempat pertama menemukan kite..

Masihkah kau ingat??

Saat 10.34 am, kau menerima nikahnya..
kau menerimaku sebagai satu amanah..
bimbing lah aku..
didik lah aku..
agar jadi suri yang solehah di hati mu
dunia dan akhirat..

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KEDUA, SAYANG

For always and forever, i will loving U, my Zubir..



dan dialah penawar suka dan duka.. terima kasih ALLAH..



Hadeef Zafran, 9 months

Monday, June 7, 2010

First Anniversary..


Ini lah padahnya jika orang tu ade lesen kete sejak 2005, tapi masih takut nak drive sendiri.. hasilnya, terpaksa la ko buat sendiri kad anniversary.. tapi hand made card pun cantek ape.. haha.. sendiri buat sendiri puji..




Kisahnya, sebab aku tau yg memang aku takkan drive-berani-mati, so aku memang terpaksa create satu kad.. takkan nak biarkan hari2 bahagia berlalu cegitu je kan.. nak wish face-to-face ni memang daku malu-malu anak kucing.. haha.. terbongkok2 tubuh belon aku ni duk wat kad tu... baby pun tendang2 maybe sebab tak selesa kot..

Nak kuar gi beli kek, memang abang tak benarkan aku kuar rumah pun.. even kedai kek secret recipe hanya sekangkang kera je dari rumah aku, tapi taat pada suami itu penting ^_^.. secret recipe hanya 5 minit dh sampai kalau jalan kaki, 2 minit kalau naik kete.. jadi, imagine la sendiri betapa setiap hari hidung aku blh bau kek tu kalau lalu depan kedai.. sangat menguji nafsu makan aku..

Nasib la, minggu lepas kelas abang sangat fixed.. 8.30 am-5.30pm.. kadang2 sampai sambung malam kul 8.30pm-10.30pm.. so, banyak la mase aku nk wat kad ni.. as usual, aku kan suke last minit.. jadi aku wat kad ni pada hari rabu, 3 Jun adalah hari khamis.. makanya, nak dijadikan cite, hari rabu abang balik awal [5.30pm dh sampai umah], jadi gelabah tahap dewa la aku duk kemas segala bagai alatan utk wat kad ni..

Gam, gunting, kertas2 warna, polistrin, klip kertas, dan segala adik beradiknya aku masukkan dalam kotak merah kecik.. oke, setel!! tengok sekeliling, pastikan tiada cebisan2 kertas @ polistrin yg tertinggal sebab tak nak bagi abang perasan aku tengah wat something untuk dia.. bile abang park je kete, aku pun masuk bilik air nak berwudhu' untuk solat asar..

Sekali dalam bilik air tu, aku teringat la something.. guess what?? aku dh kemas alatan segala bagai, tetibe aku terlupe nak amik kad yg dh siap tu.. adeh.. gi tayang kad itu sebelum tibe masanya, sangat frust oke.. rase nak nangis sambil hantuk kepala kat dinding, apesal la aku ni ngokngek sangat.. haha.. mende yg paling penting tu la yg aku lupe nak amik kemas.. kalu tertinggal gunting ke, gam ke, blh consider lagi..

Kuar bilik air, aku terus gi amik kad tu.. mase tu abang baru on laptop.. aku cakap kat abang, "ala, mesti abang dh tengok kad ni.." abang balas, "mane ade.. abang tak perasan pun ade kad kat situ.." mase tu aku rase nak jerit, abang jangan tipu.. takkan tak perasan, kad ni sebelah laptop je pun!!!!!!!! tapi jerit dlm hati je la.. aku tau abang nak jaga hati aku.. ='(
sangat sedih oke sebab aku nak wt surprise bagi kad tu..

Tapi tak pe, walaupun abang dah tengok kad tu [tak tau dia sempat bukak ke tak], tapi aku belum tulis apa2 pun.. haha.. dan ini lah hasilnya aku duk mengarang surat utk abang..



Sila imagine kan sendiri berapa helai surat ni.. siap aku stampler lagi oke.. jangan harap aku nak tunjuk apa isinya.. haha.. walaupun ade nampak sikit perkataan 'assalamualaikum', itu memang lumrah.. zaman awak bercinta pun awak bagi salam dulu kan mase nak tulis surat.. ngeh3~~~

Abang bawak balik goreng pisang+kepok petang tu.. ohhh~~~ I lupe nak gitau.. mase I buka fridge, tetibe ternampak secret recipe.. rase nak nangis cam baby je tengok ade kek tu.. walaupun hanya 1 slice, memadailah utk kami bersuap-suapan.. kan beli kek tu 1 kg, larat ke ko nak bersuap-suapan sampai 1 kek tu habes?? ^_~

Bukan yg ni abang beli.. aku try google cari gambar yg same, tapi tak jumpe..

Jadinya, petang tu, kami minum petang sambil makan kepok+goreng pisang+kek secret recipe.. sebagai orang yg mengenang budi terhadap suami, I buat lah air sirap bandung kesukaan dia tu.. so, our celebration tak der la grand dinner kat hotel 5 bintang ke ape.. kitaorang punye celebration sambil minum petang depan TV tengok kartun.. haha..


Friday, April 30, 2010

28 April 2010 = 23 Tahun


Ucapan yang buat aku terharu;

" Syg, hepi besday ke-23.. semoga panjang umur n murah rezeki.. pape pun, abg mtk maaf ats sume salah silap n thanx for everything.. semoga kita bahagia dunia n akhirat.. abg tak tau nak bg hadiah apa sbb abg tak der duit.. so, aling pilih la mane2 sutera yg alg suke.. k sayang, Luv U so much.. " ~~~~ mesej diterima tepat jam 12:00 am pada 28 April 2010.. tempat : abg di temerloh, aku di kuantan..

Wahhh~~ part yg buat aku terharu : abg tak der duit nak bagi hadiah.. n part yang aku suke : alg boleh pilih sutera yg alg suke.. ngehngehngeh

Aku jengah sutera2 yg ada kat dalam bilik...ohh~~ banyak lagi pilihan yang ada.. tapi at the same time, tidak sampai hati nak pilih sutera yg aku suke walaupun memang ade yg berkenan di hati.. tak sampai hati nak membebankan suami tersayang sedangkan sutera2 tu adalah rezeki untuk anak kami jika ianya berjaya dijual.. modal sutera masih belum dilangsaikan sepenuhnya kepada mak aku, so takkan aku suke suki nak amik wat pakai kat tubuh sendiri kan..

Sebenarnya, perkahwinan mematangkan aku dalam sebuah kehidupan sementara ni.. seawal umur 22 tahun diijabkabulkan membawa aku mengenal erti hidup yang sebenar.. sekarang dah umur 23 tahun, hampir setahun hidup bersama suami n dalam masa yang sama as a married student, membuatkan aku sangat menghargai setiap suapan rezeki untuk kami berdua..

Syukur pada ALLAH kerana memberi peluang pada aku untuk merasai nikmatnya sebuah perkahwinan.. 22 tahun di bawah jagaan ibu bapa, n for the rest of my life, di bawah jagaan suami [bukan di bawah ketiak suami =D ].. thanks abg!! mengajar aling erti sebuah kehidupan walaupun perkahwinan kite baru nak mencecah 11 bulan..

Hadiah dari student..

First time dapat hadiah besday dari student.. sangat terharu okeh.. kelas yang aku selalu membebel sebab tak siap kerja, kelas yang selalu aku ingatkan mereka tentang kehebatan ALLAH Maha Kuasa [ajar Sains, so boleh la relate dengan dalil2 ayat al-Quran kerana al-Quran mendahului fakta Sains], kelas yang selalu buat aku hangin dengan mereka, even kelas keempat pun, tapi pandai la sebab boleh jawab setiap soalan yang aku tanye.. tapi akhirnya, besday aku, anak2 murid ni lah yang bagi aku hadiah..

+ hadiah mereka.. anak2 murid dari kelas 2 Budiman +

+ sehelai tudung n brooch.. brooch yg sgt cantik oke.. +

+ ni hadiah personal dari sorang student 2 Budiman jugak.. thanks ye Wardah +

Sangat terharu bile mereka cakap, kami collect duit sama2 kami cikgu.. hadiah murah je, harap cikgu suke.. aku dapat kad n sehelai tudung [
pandai anak murid aku, beli tudung bidang 50].. n bile aku buke kad tu sangat terharu bile ada dalam 5 6 orang yang tulis;

" thank U for your support to me .." ayat mereka berbeza2, tapi pokok pangkalnya mereka berterima kasih atas rasa keprihatinan aku pada mereka untuk berjaya.. aku nampak, mereka2 ini daripada golongan yg fail Sains akhirnya lulus baru2 ni.. walaupun dapat B, C, tak pe.. usaha yang tidak putus akan membuahkan kejayaan yang bermakna..

Memang aku amik berat pasal mereka seperti sorang ibu.. masuk kelas, tanye dah makan lum, solat ke tak, salam dgn ibu bapa tak.. kalau ada masa lebih, aku mintak mereka tadah tangan doa untuk ibu bapa mereka di rumah, yg fail Sains aku panggil sorang2 tanye kenapa fail, yg tak der duit aku belanja [cuma, aku cover depan pelajar lain cakap, dia tolong cikgu, sebab tu cg belanja dia], cuma baju yang tak bergosok, aku tak gosok la.. hahahaha..

Kamu sayang cikgu, cikgu pun sayang kamu.. isy, ni buat aku lebih sayang akan kerjaya seorang guru!!! cancel nak resign lepas habis contract 5 tahun dgn KPM.. ngeee~~~


Thursday, April 29, 2010

Rahsia Kebahagiaan..

Baru kawen 10 bulan, tapi dah berani nak cakap pasal rahsia kebahagiaan?? owhhh~~ aku bukan nak mencabar senior2 yang sudah berkahwin 10 tahun ke atas oke.. hikhikhik.. sebenarnya, sangat tertarik dengan comment dari Kak Zaza pasal entri yang lepas..

"....... auntie ni pulak kalau dengan husband dia, sangat la loving2..kalau jalan mana2 mesti pegang tangan macam baru kawin tau..husband dia sentiasa memanjakan dia, walaupun dah umur 50 lebih..so dia kata, petuanya, masa anak2 and suami sedang tidur nyenyak, baca surah al-insyirah ni ke ubun2 dia, lepas tu bisik doa kita kat telinga dia.. contohnya kat husband: 'semoga kita saling menyayangi sampai bila2','semoga rumahtangga kita sentiasa aman damai'........"

50 tahun masih berpegang tangan?? aku teringat dengan satu entri oleh Ustaz Hasrizal.. sila rujuk di blognya okeh.. berbalik kepada pasal rahsia kebahagiaan daripada makcik yang berumur 50 tahun ni.. sebenarnya, aku pernah dengar al-Kuliyyah hari tu pasal minda separa sedar.. dan diteliti rupanya makcik tu guna kaedah minda separa sedar.. camne minda separa sedar ni??

Menurut penceramah tu, [ada nada skema di situ], minda separa sedar ni sangat2 mempengaruhi minda anak2 atau seseorang bile dia sudah sedar balik.. fikirkan, zaman sekarang anak2 leka menonton TV sampai ke lewat malam n akhirnya dia tertido di depan TV.. time dia sudah mamai2 nak tido, dia terpandang satu iklan seksi2 yang digayakan oleh artis kite.. so, bile dia bangun pagi esok, aksi seksi2 tu la yang akan dia ingat sampai bile2..

Minda separa sedar akan berlaku pada dua keadaan di mana sebelum tido n selepas bangun dari tido.. cukuplah sekadar kite memberi nasihat yang pendek2 sudah pada suami/anak, tapi nasihat itu lah yang akan terlekat dalam mindanya bile dia sudah sedar sepenuhnya.. paham ke? sebab tu la, menurut cite makcik tu, dia akan baca surah al-insyirah tatkala sebelum tido n selepas bangun tido untuk suami n anak2nya..

So, isteri2 di luar sana n bakal bergelar isteri tak lama lagi [sebab dah nak cuti sekolah], praktiskan tips ni.. bisikkan satu doa yang ringkas untuk anda n suami anda.. suami pun begitu.. curi2 masa tatkala isteri tido, bisikkan doa untuknya.. insya ALLAH, ia akan berkesan.. pesanan penaja: janganlah bisikkan kuat2 sampai dia tersedar terus/air liur habis tersembur2.. ngeeee~~~




Tuesday, August 18, 2009

Dalam Rindu Ada Tangisan..

Tajuk/Lirik Lagu: Kau Yang Satu
Penyanyi: Wow

Tanpa mu aku la yang rindu
Tanpa dirimu hilanglah manjaku
Kasih mu adalah naluriku
Cintamu hanya di hatiku

Izinkan aku selami hatimu
Izinkan aku bisikkan cintaku
Janjiku pada kau yang satu
Diriku hanyalah untukmu

Engkau lah yang satu
Pujaaan hatiku
Sucinya cintaku padamu
Sayangku hanya kau yang satu
Kasih dah rinduku milikmu




Lagu ni abang pernah hantar kat aku masa zaman bujang dolu2.. mase terima lagu ni tersangat la rasa aku ni diperlukan abang dalam hidupnya.. time tuh, aku ngah jadi cikgu ganti kat sepang.. bz yang amat.. memang mase tuh hidup aku macam tak tentu hala.. gi sekolah kul 6.45 pagi, balik sekolah paling awal pun dalam kul 3 ptg.. paling awal la aku balik sepanjang aku jadi cikgu ganti.. kecuali hari Jumaat.. tu pun kadang2 balik lewat gak hari Jumaat..

Tu baru jadi cikgu ganti, tak jadi lagi cikgu tak ganti.. means cikgu betul2 la.. haha.. so, sepanjang 2 bulan jadi cikgu ganti, memang kurang mesej dgn abang.. call lagi la kurang sebab nak jimatkan kredit.. ngeh3.. abang hantar lagu nie mase aku ngah tido senggang waktu antara maghrib n isya'.. penat yg amat.. sampai kt rumah, ingat nak tido je.. tak pe la sebab bujang lagi kan..so, bile dapat je lagu ni terus tubuh aku jadi segar.. haha..terus call abang cakap "thanks"..

Dan hari ini aku tersangat2 la mengerti ke'bizi'an abang dalam tempoh clinical years sampaikan kadang2 kurang mase nak amik berat pasal aku.. sebab aku pernah rasa tempoh ke'bizi'an yang sampaikan aku kurang mase amik berat pasal abang.. fair la kan?? hikhik.. bile tak berada depan mata, memang susah nak tau semua perkara kan? dan tatkala bile aku turun Kuantan dan nak balik je ke TM, abang akan cakap,

"pasni abang dah sorang2.. aling nak balik dah..lambat lagi la boleh jumpe"

Setiap kali aku nak balik, memang ayat ni yang terpancul dari mulut abang..aku faham abang nak aku berada sentiasa bersama dia.. walaupun abang tak pamerkan kesedihan melalui air mata, tapi aku tau hati abang sedih.. [betul tak abang?hihi] ..bile duk berjauhan, kadang2 aku 'terlupa' nak amik berat pasal dia.. aku tau abang nak sampaikan semua cerita kat aku apa berlaku kat hospital.. pasal patient, pasal kena marah dgn Doc n ape2 je la.. pernah suatu hari, aku rase kesunyian.. lebih2 lagi kami duk berjauhan, lagi la terasa aku 'jauh' bebeno dari abang.. dan hari tu jugak abang tak mesej aku.. abang balik hospital, aku merajuk dgn abang.. at last abang cakap,

"aling tak tau apa yang berlaku kat hospital.. semalam abang kena marah.. hari ini abang pun kene marah lagi.. aling bukan nak tanye pun apa berlaku kt hospital.."

Mase ni, aku rase memang aku tak berlaku adil pada abang.. hati aku sayu.. aku sibuk dgn berblog, tapi abang jauh nun di sana jiwa tak tenteram sbb kena marah.. aku tak berlaku adil pada abang.. apatah lagi bile berjauhan, tanggungjawab makan minum pakai abang tak terjaga oleh aku.. kadang2 kesian kat abang.. bile aku mesej abang tanye tengah buat apa, abang mesti balas, "abang tengah iron baju.." atau " abang tengah masak.." atau "abang tengah rehat.." .. lagi la rase bersalah ^_^ .. dan abang siap kata lagi, "nanti aling duk Kuantan, abang nak 'claim' semua.." .. oke, tak kesah pun.. bak kata kak mawaddah, sumber pahala buat isteri.. buat abang..

Sayang..
Sabar la untuk seketika..
Ganjaran sabar itu sangat indah..
Kita memilih jalan ini seadanya..
Hanya untuk mendapat keredhaan-NYA..
Meskipun ada rindu dalam tangisan..
Yang pasti hati kita saling disulami dengan rasa CINTA..
Kerana kasih-NYA kita bertemu..
Kerana kasihnya kita menyulam CINTA dalam keredhaan-NYA..
Sayang abang selalu..Mmmmuahz...


p/s: tak sabo nak tinggalkan TM.. huhu..
p/s 2: dedikasi ini ditulis untuk abang.. sebab aku tau abang akan baca blog ni bile balik Kuantan..
p/s 3: tak sabar nak masuk rumah sewa kat Kuantan bulan 9..
p/s 4: bese la entri jiwang2.. tanda rasa bersalah n minta maaf.. hari ni minta maaf, esok buat lagi.. adeh.. maafkan la isterimu..

Wednesday, August 12, 2009

Abang Perasan Tak?

Abang.. rindu sangat2 kt abang..


Abang perasan tak?
First time kite tak jumpe lebih 2 minggu.. kalu dulu sebelum kawen, 3 4 bulan tak jumpe pun tak kesah kan?? dulu2 tak jumpe pun no hal.. sekarang ni, kalu tak jumpe, memang jadi satu hal.. hal rindu kan abang.. sgt2..

Abang perasan tak?
Kita dah jarang mesej.. aling mesej abang dekat ward.. aling mesej abang dalam operation room.. aling mesej abang tengah drive balik hospital.. finally, abang mesej aling dah tido.. tapi aling faham bakal kerjaya abang.. pengorbanan aling perlu utk abang nak berjaya.. kan? kan?

Abang perasan tak?
Dah lama kita tak cakap tepon.. kite tak cakap tepon sebab kena jimat kredit sebab nanti kite tak nak tebal muka mintak duit dgn mak ayah.. ye, kite kena berjimat utk masa datang.. ce wah!!

Abang perasan tak?
Rasenya abang memang tak perasan sebab kite dah lama tak jumpe.. tak pe.. aling pun tak salahkan abang kalu abang tak perasan.. tapi kalu abang dah perasan, abang jangan terkejut tau.. aling..aling..
.
.
.

Aling dah makin comey sekarang.. hahaha..

For always n forever, I will LOVE U sayang..~_^

Monday, August 3, 2009

Surat Untuk Abang..

Kepada abang sayang..
Aling sgt rindukan abang.. oh!! sungguh.. terlalu rindu.. abang dah makan?? makan biar cukup ye walaupun aling tau abang kurang selera utk makan.. tapi walaupun abang kurang selera makan, tubuh abang still 'ehem2' kan?? kan?? Oppss.. aling sudah mengarut.. tubuh abang dah turun la 2 kg.. hihi..

Oke.. aling tak de nak cakap apa pun.. ala, aling lupe nak tanya khabar abang.. abang sehat tak?? mesti abang sehat kan?? tengok tu, tangan kanan pegang pen, tangan kiri pegang buku.. abang kenyang dengan buku Surgery tu kan?? kenyang sampai tertido.. kesian abang.. aling mengarut kali kedua..

Pagi2 aling bukan tak nak mesej abang time abang nak gi hospital, tapi pagi aling bukan pukul 8pgi, pagi aling pukul 10.. tu pn kalu kelas pukul 2pm.. kalu kelas tak der jam berapa nak start[maknanya hari tu free la..], pagi aling lagi lambat.. isy2.. itu la, kalu ade hp yg canggih sikit, boleh set mase pukul berapa sepatutnya mesej tu dihntar, aling dah set tau.. N81 8G ni tak canggih sangat la.. pang3x.. aling mengarut lagi untuk kali ketiga..

Oke.. aling cakap skema ek.. sebenarnya, aling nak sangat berada di sisi abang setiap waktu dan saat dan tika.. setiap nafas yang disedut, aling mahu kan abang di sisi menemani aling.. walaupun buat masa ni, aling masih fail gosok baju abang yang degil tak mau hilang kedut, tapi abang tak kesah kan?? kan?? kite dah cuba beli easy ironing tu, kat mydin dgn harga Rm 5.90, tapi still tak jadi jugak.. baju abang ni cap ape?? hihi.. alamak, aling tergelak.. dah fail nak tulis versi sekema..

Walaupun aling bukan sentiasa bersama abang, tapi aling harap abang bersabar untuk sementara waktu ye.. kite jumpe 2 minggu sekali oke la kan daripada sebulan sekali.. itu pun rindu tahap cipan dah.. uh,, cipan pun ade rindu.. aling tau, abang nak macam kawan2 abang yang dh berkeluarga.. abang balik ade aling yang sambut, abang balik, dah ade lauk yg dihidang walaupun lauk2 tu aling beli kat Restoren Makcik Timah 2 tu kan.. abang balik rumah kite ade bau flora cap airwick tu kan?? kan?? kan?? sabar sayang..

Aling nak stop dah ni.. Surat aling ni dah panjang dah, cuma 1 je aling nak pesan.. tapi harap abang terima ye.. erm.. erm.. erm.. isy, susah la aling nak sebut neh...
.
.
.
.
oke.. aling cube sebut ye.. Bile sayang masuk operation room, jangan la pening2 sebab MABUK DARAH.. isy, nanti camne nak tengok aling bersalin..kan? kan? kan?? tak nak la abang pengsan nanti n katil kite bersebelahan ^_~

Sekian,

Sayang abang..

aling

Friday, July 24, 2009

Untuk Abang..

Lirik lagu yang diubah..

Rangkap 1:

Ketika kejauhan..
Masihku hangat kasihmu abang..
Betapaku rindukan redup wajahmu..
Hadir menemaniku..

*********

Aku sangat dan sangat dan sangat lagi rindu kan abang.. tak puas pun bersama abang minggu lepas sebab sibuk dengan urusan dunia.. hehe.. tak puas nak bergurau dengan abang, bersembang dengan abang, bercerite itu dan ini dengan abang.. aku masih terasa pelukan hangat[bukan hangit!] abang sebelum dia balik Kuantan.. tak sabar nak jumpe abang next week.. walaupun nak berpisah itu hari aku sangat la sedih sebab aku rase sangat yang masa sangat2 singkat time jumpe abang.. ayat aku ni berbelit ke?? hehe.. sila faham dgn jayannya, oke.. ini ayat orang angau namanya..


Rangkap 2:

Terbayang ketenangan..
Yang selalu kau pemerkan..
Bagaikan tiada keresahan..

********

Memang aku masih terbayang ketenangan abang tatkala abang membicarakan tentang duit [ayat skema oke].. walaupun aku tau dalam fikiran abang sentiasa fikir duit, duit dan duit, tapi abang tak pernah sebut pun depan aku yang abang risau andai duit tak cukup.. abang tak risau jika duit tak cukup untuk dirinya, tapi abang risau duit tak cukup untuk aku.. thanks abang.. terbongkarnya rahsia tentang kerisauan abang ni mase aku nak 'something', tapi abang cakap SABAR.. dan aku mengamuk macam budak 1 tahun.. haha.. sejak seminggu 2 neh, rezeki kami murah je.. syukur alhamdulillah ~ trade mark bio-aura.. =)


Rangkap 3:

Walau hatimu sering terluka..
Tika diriku terlanjur kata..
Tak pernah sekali kau tinggalkan..
Diriku sendirian..

*********
Part ni kalu aku fikirkan kembali memang aku ni betul2 tak solehah la.. selalu je hangin kat abang tanpa sebab.. sian abang dapat bini macam aku neh.. tapi tak der la sampai terlanjur kata, hangin je.. kata2 aku yang diungkapkan tu still 'lembut au-au-au lagi..' ..tapi abang tak pernah nak hangin balik kat aku.. abang ni banyak sabar kan? jangan meletup ek.. hikhik.. abang pun tak pernah tinggalkan aku bersendirian melainkan masuk toilet.. tak kan dia nak ajak jugak aku kan??

Rangkap 4:

Ketikaku dalam kedukaan..
Kau mendakap penuh pengertian..
Disaat diriku kehampaan..
Kau setia mengajarku..
Erti kekuatan..

*********

Aku pernah berduka.. ada sebab untuk aku berduka.. tapi abang tenangkan aku.. tak leh elobrate panjang2 part neh, nanti aku sebak pulak.. haha.. dan abang sentiasa ingatkan aku, "mintak la dengan DIA.. DIA yang berkuasa segala2nya.."


Rangkap 5:

Terpancar kebanggaan..
Dalam senyummu..
Melihatku berjaya..
Bilaku kegagalan..
Tak kau biarkan..
Aku terus kecewa..
Dengan kata azimat..
Engkau nyalakan semangat..
Restu dan doa kau iringkan..

**********

Aku nampak kegembiraan abang mase aku dean list hari itu.. abang janji nak bagi hadiah, tapi sampai sekarang tak wujud2 pun hadiah tu.. kene tuntut neh.. haha.. bila aku 'gagal' [bukan la semua subjek fail!], abang takkan biarkan aku kecewa.. dengan kata azimat abang, "sape suh study last minit!" [azimat kah?], kata2 tu membuatkan ianya terbakar hangus dan sekarang dah jadi debu.. kesian.. asal la abang gi 'nyalakan' semangat neh?? =) .. tak perlu nyalakan, letak lam microwave je.. tak de la hangus nanti..

Rangkap 6:

Tak dapatku bayangkan..
Hidupku abang..
Tanpa engkau disisi..
Semua kasih sayang..
Yang kau curahkan..
Tersemat dihati.....

*********

Sangat aku tidak dapat membayangkan jika abang tiada di sisi aku untuk selama2nya.. sungguh.. aku sangat bergantung pada abang dan sangat2 sayangkan abang.. kasih sayang abang aku semai sedalam2 dalam diri ku agar sentiasa menjadi kekuatan kepada aku tatkala berjauhan dengan abang untuk sementara ni.. oleh itu YA ALLAH, Kau panjangkan lah umur suami ku.. berikan lah kepada dia keberkatan dalam hidupnya.. limpahkan lah kasih sayang aku kepada nya untuk selama2nya dan biarlah kami ditemukan lagi di Syurga kelak..

[Sedih sebenarnya bile abang gitau tadi dia dah nak gi ke Temerloh untuk first posting dia.. walaupun just 3 minggu, dan aku tau kalau aku sebut nak jumpe, mesti abang akan turun Kuantan, tapi aku tak sanggup nak susahkan abang sebab aku tau abang dah penat bile clinical years.. posting untuk Surgery pulak tu.. tak pe, ni satu pengorbanan dalam hubungan.. sayang kamu selalu, abang..]


For always and forever, I will LOVE you, abang!

With love,

Wednesday, July 15, 2009

Naluri + Keinginan ^_~

Tibe2 aku ade satu perasaan.. perasaan nak ada anak.. mode sekarang aku tengah jeles pada semua wanita2 yang tengah mengandung plus dah ade anak.. lepas siap je wat asemen [part aku jea], aku sibuk nak google mencari 'something'.. ngeh3.. semakin meningkat keinginan+naluri ini, semakin aku rasa tak sabar.. so, keinginan+naluri berkadar langsung dengan sabar.. as a conclusion, keinginan+naluri mesti la diikat dengan kesabaran.. aku perlu bersabar dan bersabar dan terus bersabar.. [puan anim, ni bukan hypothesis utk sc research, oke?]..

Sebenarnya aku saje men'google' tengok barang2 baby.. perancangan perlu ada, rite? so, timbul lah satu kesimpulan yang aku simpulkan sendiri, 'boleh tahan jugak harga barang2 si tecik ni..' setiap ibu bapa mesti nak yg terbaik utk anak dia kan.. haha.. no money no talk no walk.. bile aku cakap kat abang tak sabar nak ada anak, abang mesti cakap benda yang sama, "sabar la sayang..nanti dah stabil, aling beranak ramai2 oke?" ..

Apa maksud stabil bagi abang? aku malas nak explain banyak.. so, aku tulis je apa abang pernah cakap kat aku..

"abang tak kesah nak ada anak mase abang blaja.. kalu dulu abang kerja pun tak ganggu study, so kalu ada anak, mungkin tak ganggu jugak abang study.. doa banyak2, minta tolong dengan ALLAH, biar segala2nya dipermudahkan.. cuma satu je, abang nak cukup kan saving je.. abang tak nak kalu ada anak, anak kita tak dapat macam anak orang lain dapat.. anak orang lain pakai lampin yg oke, takkan nak bagi anak kite lampin yang murah sampai jadi merah2 punggungnya.. orang lain minum susu mahal2, anak kite minum susu biasa.. anak orang lain paka baju comel2, anak kite pakai baju bese2.. kesian tau tak nanti kat anak kite.. "

Oooo.. aku faham.. stabil maksud abang adalah duit dan aku hormat pendirian abang yang nak 'berdikari' dalam semua menda start dari nak dirikan baitul muslim hingga la ke ada anak.. selamat saving abang eh.. oke.. ai abang, fikir anak je ke? bini punye baju camne?? tak der offer ke nak beli yang comel2? ahaks.. =) doa2 la duit kite tu beranak pinak dalam bank yerk!! hikhik.. jauh jugak pemikiran abang ghopenye.. tak macam aku, fikir nak beranak je.. ngeh3.. rupenye keinginan abang nak ada anak lebih tinggi dari aku.. demand pulak tu, nak twins.. haha..

So, refer pada kesimpulan yang aku simpulkan kemas tadi tu 'boleh tahan jugak harga barang2 si tecik ni..' , patut la abang cakap nak cukupkan saving.. ntah2 abang dah google dulu dari aling ek?? hehe.. [perhatian: barang2 yang aku google tuh adalah barang2 basic untuk baby.. dan ianya boleh membuatkan mama dan babanya garu kepala jika saving tak cukup.. haha..]


Monday, July 13, 2009

Video Nikah..

Sorry yea lambat upload.. those yg selalu request dari aku nk tenok video nikah, aku dengan bersusah payah cuba gak upload walaupun dah beberapa kali fedup dgn en.blogger ni.. hehe.. =)



Tuesday, June 16, 2009

Kenangan Lalu Episod 5

Thank You ALLAH

Akhir Januari 2005, aku bermesej dengan abang setelah sebulan aku dengan abang dah tak duk satu ‘bumbung’.. bumbung sekolah la.. hikhik.. rupenye abang pun cari aku.. abang cuba nak contact aku.. “abang nak tepon aling.. tapi X cakap, mak marah kalu orang laki tepon kat rumah..abang tak jadi la nak call..” rupenye itu cerita abang.. patut la abang tak pernah mesej aku walau sekeping sehingga la aku mesej abang dulu.. mesej sebagai kawan.. sehingga lah malam tu jugak kitaorang declare..hikhik..

Start dari declare tu, aku dan abang tak berniat pun nak couple lame2.. masing2 tau halal haram kan.. bertitik tolak dengan pujuk mak ayah, akhirnya tanggal 03.06.09, aku dan abang disatukan.. perasaan? Ya ALLAH, hanya ALLAH sahaja yang tau perasaan kami.. memang pelbagai dugaan dan cabaran yang aku dan abang terima untuk sampai ke peringkat ni.. abang especially.. aku boleh kata dugaan hebat untuk abang nak lepas kebenaran mak ayahnya untuk kami berkahwin..

06.06.09


Sehingga ke saat ni, tiada apa yang dapat aku lafazkan selain syukur Alhamdulillah.. bahagia tersangat2 bahagia dapat bersatu dengan orang yang aku sayang dari dulu, kini dan insya ALLAH akan selamanya.. aku bahagia dengan abang sekarang.. secara jujurnya, sehingga ke saat ini jugak aku masih tak percaya yang abang sekarang ni adalah suami aku.. Mohd Zubir Abdul Rahman, yang aku kenal zaman sekolah dulu dah jadi suami aku yang sah.. Titipan ringkas untuk abang..

“abang, aling tak pernah berhenti untuk mencintai abang dari dulu, kini dan selamanya.. doakan semoga kita sentiasa dalam limpah rahmat ALLAH.. doakan semoga kita dapat membina keluarga yang bahagia.. apa yang penting.. doakan semoga kita disatukan balik di akhirat kelak bersama permata2 hati kita.. for always & forever, i’ll love U abang..”


Kenangan Lalu Episod 4

Suratan atau Kebetulan?

Bile dah banyak kejadian2 terjadi antara aku dan abang, aku selalu terfikir ‘suratan atau kebetulan?’.. aku tak nak jadi syok sendiri.. aku nafikan semua perasaan yang ada dalam hati aku.. aku selalu fikir kalu aku menaruh harapan, takut aku kecewa..tapi hati aku tetap tak dapat nafikan yang abang jugak ada perasaan kat aku.. sebab apa? Sebab setiap kali aku terserempak dengan abang, abang pandang aku lain.. ni dah masuk mode perasan! =]

Setiap kali aku balik dari asrama, aku akan cerita kat kak ma.. kak ma selalu cakap, “ntah2 zubir pun minat gok kat adik!” aku? Buat2 nafi la.. hikhik.. padahal dalam hati bukan main syok lagi aku.. sehingga la mase tuh, tingkatan 4, aku terjumpa buku mak ‘solat2 sunat’.. aku amik dan belek mencari solat sunat istikharah.. aku harus solat istikharah! Mase tu, aku tanye kak ma camne nak sembahyang istikharah ni memandangkan aku tak nak hati aku masih berpaut dan mengharapkan abang hadir dalam mimpi aku..

‘Bersihkan hati.. jangan ingat dia sangat..takut keputusan nanti mempengaruhi apa yang diharapkan..’

Aku cuba lupakan abang.. mesti lah boleh sebab mase tuh tak der perasaan cinta pun kat abang.. Cuma aku nak wat istikharah supaya ALLAH tetapkan hati aku.. andai abang jodoh aku,biar tenang hati ku.. andai bukan, biar lah aku melupakan dia untuk selama2nya.. itu harapan aku..if aku terserempak dengan abang di sekolah nanti, aku akan fikir ianya adalah kebetulan.. aku buat istikharah mase dalam bulan Ramadhan.. hari ke-17 puasa..

Aku cuba tenangkan hati.. tak putus2 aku doa pada ALLAH agar berikan petunjuk yang terbaik.. ALLAH Maha Mengetahui segalanya.. sepenuh pergantungan aku pada ALLAH pada malam itu.. dan malam itu aku tidur dengan lena.. sehingga lah esoknya mak kejutkan aku untuk sahur.. apa yang pasti, aku bangun sahur dengan mulut yang tersenyum, wajah yang ceria.. ahaha.. pelikkan? Bangun pagi2 buta ssenyum sorang2.. hikhik..

Mimpi itu aku masih ingat sampai sekarang.. biarlah menjadi rahsia aku tentang mimpi itu..hihi..sehingga la akhir tingkatan 5, aku masih simpan kemas apa yang aku mimpikan itu.. akhir tingkatan 5, aku isi borang Darul Quran.. aku memang minat pun menghafal2 Quran ni.. dan abang jugak mengisi borang yang sama dengan aku.. interview mase tu di SHAMS.. aku still ingat lagi mase tu meja yang aku guna untuk menghafal depan dengan meja abang.. perasaan? Of course la gelisah.. rasa macam diperhati.. mode perasan lagi.. dan bile aku tanye abang lepas kawen, it’s true..” abang memang perhatikan aling pun mase tu.. sebab mase lain tak leh dah nak tilik2..” .. ape daa.. orang suh hafal quran, dia pi tilik orang pulak!!

Aku dapat la menghafal dengan jayanya ayat2 Quran.. Cuma aku rasa aku tak ditawarkan ke DQ sebab result SPM kot.. orang ke DQ ni ada banyak A, aku ni dapat separuh dari abang, mane nak ditawarkan.. hehe..sebelum aku balik rumah lepas selesai paper BIO, aku jumpe abang.. ntah kenapa aku memang nak jumpe sangat dengan abang.. aku bagi gambar pada abang.. bukan gambar aku, gambar abang.. mc zue curi bagi aku..sporting kan kawan aku nih.. haha..dan abang senyum je.. abang tanye aku, kenapa tak gi lawatan tu? Rupenye abang kecewa aku tak ikut lawatan tu.. abng cite kat aku, andai aku ikut lawatan tu, mase tu abang nak berterus terang.. tapi aku menghampakan abang..


Kenangan Lalu Episod 3

Penghujung Tingkatan 3

Habis tingkatan 3, cikgu2 ada buat lawatan ke tempat2 kat Trg ni.. macam2 la tempat cikgu bawak.. saja menghiburkan hati kami,’mangsa2 selepas peperangan PMR’.. hikhik.. mase tuh cikgu cakap boleh pilih la nak masuk group mana.. tak silap aku divide 3 kumpulan.. so, aku masuk group skali Syikin, Tihah, Tiqah.. dorang2 ni semua budak kelas abang.. hikhik.. amik kesempatan.. sebenarnya aku ikut Syikin sebab Syikin kawan baik aku merangkap room mate aku jugak..

Rupanya, menurut cerita abang [selepas kitaorang kapel, abang membongkar kisahnya..], abang dah kenal aku.. abang pun first love jugak dengan aku mase first2 kenal aku.. hikhik.. menurut cerita abang, dia kenal aku mase tingkatan 3.. time tu dia tengah study kat blok sebelah, tibe2 tengok aku naik blok tingkatan 3 amik buku.. so, abang curi peluang tengok aku.. hikhik.. ape da.. main sorok2 tengok aku.. hehe..

Habis tingkatan 3, naik tingkatan 4.. aku bimbang sangat takut abang pindah sekolah dan aku tak dapat lagi jumpa abang.. maklum la ramai kawan2 yang dapat 9A pindah ke MRSM, SBP lain, skolah teknik dan sekolah biasa.. aku mase tuh beriya2 gak nak pindah ke sekolah lain.. sebab aku nak duk rumah, tak nak dah duk sekolah tu.. tapi mak ayah pujuk suh stay lagi sekolah tu.. so aku sebagai yang menurut perintah ni, stay la jugak sekolah tu sampai tingkatan 5..

Apa yang menggembirakan aku, abang tak hadir pun dalam exam MRSM kat MRSM KT hari tu.. patut aku cari abang tak jumpe =] .. maknanya abang tak kan pergi dah ke MRSM..tinggal SBP je lagi.. dah bile bulan 5 abang stay lagi kat SMAASZA, maknanya abang takkan pindah lagi ke mana2.. dan keputusan abang memang membuatkan semua cikgu2 situ gembira dengan harapan abang dapat harumkan nama SMAASZA bile SPM nanti..

*************************************************************************************

Sweet Moment Between Us

Tingkatan 4 kelas aku dan abang bersebelahan.. aku pulak kebetulan duk tepi tingkap.. ni tak der niat lain eh.. bile duk tepi tingkap ni, faham2 je la concentration jadi kurang.. mende2 di luar tingkap tu la yang aku berminat dari mende dalam kelas except kelas cikgu mat jak.. kelas kimia ni confirm kepala aku tak dak pusing2 kiri kanan.. straight ke depan je tau.. hehe.. nguap2 pun cover2 apatah lagi nak pusing2 kepala..

Bila aku dengar je kerusi kelas abang bergerak, means masa cikgu dah tamat dan abang akan biasa keluar pi tandas..pi amik aura apa kat tandas tuh pun aku tak tau la.. hikhik.. time abang jalan ke tandas, mase tuh memang aku curi2 tengok abang.. hikhik.. kalu mase cikgu mat jak mengajar, aku takkan curi2 tengok la.. nak mampus kalu kene soal.. mase dalam tingkatan 4 ni ada la satu sweet moment yang aku still ingat sampai sekarang..

tempat kejadian :dipintu library
masa: waktu rehat
bilangan org yang terlibat: 2 orang

Mase ni, loceng dah bunyi tandanya waktu rehat dah tamat.. aku ni jalan la ke pintu nak kuar dari library.. bile aku pegang tombol kat dalam, ade orang lain kat luar pegang tombol pintu library tuh.. dalam hati aku ni kuat mengatakan itu adalah abang.. aku pun tak tau kenapa hati berdebar semacam.. then, aku lepaskan tombol.. aku tunggu orang di luar tu bukak.. ‘eh, tak bukak2 lagi..’ aku pegang balik tombol pintu tu dan pusing.. ketat pulak nak bukak...’em, orang kat luar ni tak lepas lagi ke tombol pintu nih?’ .. aku pun lepas balik dan tibe2 pintu terbukak.. sah!! Memang abang pun.. abang senyum.. nasib aku tak pengsan situ..hikhik..

Bila dah kawen ni, aku tanye abang masih igt lagi tak kenangan itu.. abang jawab,

"mesti lah ingat.. kenangan manis tu.."


Kenangan Lalu Episod 2

First Love


So, lepas habis jea kem kecemerlangan tu, apa yang aku dapat ‘kenal abang’.. hikhik.. bertuah punye orang.. objektif cikgu buat kem tak tercapai dalam diri aku.. nanti kalu anak murid aku camni, aku tak leh la bengang2 sebab aku dulu camtu jugak.. ok? Sejak dari tu aku dah tak jumpe abang.. selisih pun tak.. tapi aku still ingat muka abang.. aku ni jenis susah nak cam muka orang.. sekali orang tunjuk, sekali tu je aku boleh ingat.. untuk lain kali aku dah lupa.. tapi muka abang ni aku boleh ingat walaupun sekali pandang.. hebat jugak first love ni ek..


Orang kata first love takkan sampai ke jinjang pelamin.. bagi aku, jika cinta itu dijaga rapi, mengikut adat dan syariat, saling memahami antara cinta dan cita2, maybe boleh sampai ke jinjang pelamin sampai ke ada anak dan cucu! Dan syukur ke hadrat Illahi, first love aku sampai ke jinjang pelamin bersama abang tersayang.. sejak aku pandang abang hari tu, aku dah tak pandang lelaki lain.. lagi pun dosa kan??hehe..

Aku selalu pelik.. bile orang sebut Zubir, aku jadi berdebar.. ape ke hel.. tak der pun kena mengena dengan hidup aku mase tuh.. asal aku jalan, bile hati tibe2 berdebar, rupenye di depan tu ada abang.. kadang2 aku selalu bermonolog, ‘dia ni jodoh aku ke?’..’isy, tak mungkin la.. dia best student.. mana nak pandang aku ni..’ erm, tapi kepelikan itu semakn hari semakin pelik.. haha.. mane taknya, bile hati mula berdebar, aku mesti akan terserempak dengan abang..

Bila nak naik tingkatan 3, cikgu cakap nak gabungkan lelaki dan perempuan satu kelas.. abang of course la kelas pertama.. nama selalu no. 1 dalam ranking.. aku? Tak yah cakap la.. wat malu mak ayah kat kampung je.. hehe.. malu2 pun dah dapat masuk U, kire ok la kan? Mase tu, aku berharap sangat dapat sekelas dengan abang.. tapi aku tak bersungguh2 kan, so tak dapat la satu kelas.. kelas abang pulak kat bawah, lagi susah untuk aku nak terserempak dengan abang..hehe..


Kenangan Lalu Episod 1


Akhir tahun 1999

“tak moh gi la skoloh tu..nak gi skoloh sains..”

“gi la skoloh agama.. ke nak KOSPINT?”

“KOSPINT ok gok..”


Ayah aku pun pergi ke JPN.. tanye kot2 KOSPINT ada kosong lagi ke tak.. KOSPINT tu nama penuh dia Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu.. Satu taraf je dengan SMAASZA, Cuma sekolah tu baru dan nama ‘kolej’ kat depan.. huhu.. then bile ayah balik, ayah cakap sekolah tu tak der kosong.. so, nak tak nak kena jugak mendaftar kat sekolah ni..

Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA).. ramai orang tertanya kenapa ada perkataan ‘atas’.. perkataan ‘atas’ tu untuk membezakan sekolah ni dengan sekolah satu lagi.. nama sama, cuma sekolah tu hanya untuk lelaki sahaja dan sekolah ni campur lelaki dan perempuan.. dan satu lagi yang membezakan sekolah ni asrama penuh dan sekolah tu asrama separuh.. ada ke asrama separuh? Hikhik..

Maka, dengan ketidakikhlasan aku mendaftar di sekolah ni pada 16 Januari 2000.. mase tu tak ikhlas, bile dah lama2 jatuh hati la dengan sekolah ni.. masa tu rasa tak nak sangat sekolah ni.. dengan kain hijaunya, baju putih dan tudung labuh biru.. boleh imagine tak? Uhhh!! Kain hijau sebab sekolah kerajaan negeri dan baju putih baju sekolah la... kenapa tudung biru? Reason yang sama.. nak membezakan sekolah ni dengan sekolah kerajaan negeri yang lain sebab sekolah ni SBP..

First2 pakai camtu aku tak der perasaan pun.. tapi sekarang kalu aku tengok gambar dulu2 tergelak pun ada.. yela.. macam traffic light kan, 3 warna.. hikhik.. but, now sekolah ni uniform dah tak cam dulu.. kain hijau tua, baju dan tudung warna hijau muda plus berkasut hitam.. baru nampak macam SBP kan..

Waduh.. aku pi cite hal sekolah pulak.. sebenarnya aku nak cite di sini la pertemuan aku dengan abang.. tapi aku start kenal abang mase tingkatan 2.. masa kem kecemerlangan.. tak silap bulan 3.. tapi haribulannya dah lupa.. mase first tengok abang, abang bercermin mata tanpa bingkai, rambut ala2 terbelah tengah dan agak selekeh gak..baju macam tak iron jea.. hikhik [jangan marah abang eh!] .. apa yg aku suke, rambut terbelah tu..my taste u know.. hehe..

Aku boleh kenal abang sebab ada sorang cikgu yang memperkenalkan abang di khalayak ramai.. so, mase tuh la aku rasa cinta pandang pertama.. cewah!!! Cikgu wat kem kecemerlangan akademik, tapi aku pi cemerlang tang ke lain..hikhik.. time aku masuk smaasza ni, cikgu dah asingkan kelas lelaki dan perempuan.. lelaki kelas 1A1 dan 1A2.. perempuan 1A3 sampai 1A6... disebabkan semua 5A, so tiada beza pun kelas nombor berapa... yang boleh beza bile naik tingkatan 2 sebab penyusunan dah ikut ranking dalam tingkatan..



Monday, June 15, 2009

Speechless

“ Jelesnya tengok orang sambung oversea..”

“Kenapa dulu abang tak sambung sane.. dah bercita-cita nak amik medic, kenapa tak apply JPA ke Ireland ke, India ke..”

“Kalu abang pergi oversea, abang tak dapat dah kawen dengan Aling..abang mesti kawen dengan budak medic jugak yang blaja kat sane..”

“Habis tu, kat UIA pun ade jugak budak medic.. ” [cubaan menguji abang.. ngeh3]

“Yela.. kat UIA memang la ade jugak budak medic, tapi kalu abang sambung Malaysia, at least abang dapat contact lagi dengan Aling.. kalu abang sambung oversea, mungkin kite dah lost contact dan Aling pun mungkin dah kawen dengan orang lain.. atau kite pun tak dapat kawen awal camni.. tapi nanti abang nak sambung specialist n subspecialist kat oversea jugak..”

OOoooo... speechless...

“Lagipun abang masa tu kan kat Darul Quran.. sayang nak tinggal Darul Quran.. tapi takdir Allah, tak dapat jugak abang nak habiskan.. ade hikmah la tu.. hikmahnya mungkin kita boleh kawen awal.. hehe..”

“Kenapa lak?”

“Yela.. kalu abang kat Darul Quran setahun, abang mungkin medic baru first year.. lagi susah ma nak bagi kawen..tak pe la.. nanti abang akan habiskan hafal Quran tu.. Aling tolong tasmi' ek.. boleh sayang?”

Aku mengiyakan.. betul jugak kata abang.. ma memang susah nak bagi permission untuk kami kawen.. maybe ma masih teragak2 nak lepaskan anak lelakinya yang masih belajar untuk menanggung anak orang lain.. nanti nak bagi anak orang makan ape kalu takde income.. dan petang itu, aku sangat terharu mendengar kata2 abang..

Thanks sayang for giving me full of ur heart.. Thank you Allah for giving a kind person to share with me everything in my life.. dan petang itu jugak, aku berazam aku akan sentiasa bagi semangat untuk dia berjaya.. I know him.. sejak sekolah lagi dia memang jenis orang yang berazam tinggi.. tak pernah azamnya terbengkalai macam aku.. kui3..

“abang harap, abang dapat buktikan pada ma walaupun kawen awal abang dapat sambung belajar sampai peringkat tertinggi..”

I always pray for u, abang.. good luck for everything u will do.. semoga ALLAH merahmati abang dalam meniti kejayaan.. sekarang aku berusaha untuk cari rotan panjang.. kegunaan untuk merotan abang tatkala dia malas nak menghafal Quran.. boleh ke abang?



Sambungan entri Menjawab Persoalan

Keropok Segera

Ni perniagaan kedua abang.. lepas tengok keuntungan top up lambat ‘berkembang’, abang pun fikir la jalan lain.. actually, jual keropok ni idea aku.. idea ni datang bile aku tengok koop UPSI jual keropok segera sampai RM 1.50 satu bungkus.. mahal gile.. kalu dekat Trg ni, RM 1 satu bungkus, beli RM 5, dapat 6 bungkus.. so, aku pun tanye abang, kat UIA ada orang jual keropok tak? Keropok segera nih sedap dikenyek2 time2 study.. tapi aku ni jenis tak suka makan sambil study walaupun hanya kerepek, keropok, jajan dsb..

Abang cakap tak der orang jual lagi.. aku apa lagi, tolong abang cari supplier.. contact mana yang nak hantar keropok kat kuantan.. contact2 dapat la no tepon abang li.. keropok dia pun sedap.. tapi sebab dia buat keropok sangat meneliti dan memilih ikan2 untuk dibuat keropok, so kadang2 stok lambat sangat nak dapat.. lagi satu keropok abang li memang sedap dan tak gatal lidah.. abang pun cari supplier lain.. kire 2 supplier la yang hantar keropok kat abang..

Abang pun dengan muka yang sedikit tebal, pi la masuk dalam kedai tanye nak jual tak keropok segera.. hampir semua kedai atas terminal makmur tu jual keropok abang, kat KOOP UIA dan ade jugak kedai2 makan.. abang tolak murah je kat kedai2 tu supaya dengan harapan orang kedai pun jual murah jugak.. aku boleh kata memang untung gile la jual keropok ni.. tapi memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang lebih sikit la..bukan sikit, banyak kot..

Tapi bile duit dah ‘membukit’, abang terasa nak beli kete.. secondhand pun jadi lah.. maka, terbeli la abang sebuah kete kancil secondhand WGA 4583.. abang cakap bile ade kete senang sikit nak gi hantar keropok kat kedai.. tak der la jadik macam Bangla jual karpet.. satu plastic besar kat depan, satu plastic besar kat blakang dan bonceng motor.. aku cakap kat abang, untung apa kalu orang ingat abang ni Bangla, foreigner tuh datang Malaysia jual keropok.. hikhik.. WGA 4583 nih jadi kegunaan lain selain transport untuk hantar keropok..

Nak Hantar Ke Mana?

Sape2 students UIA kuantan especially student perempuan kot femes dengan kete abang nih sebab abang jadi prebet kat sane..=] kancil WGA 4583 ni memang banyak sungguh berjasa pada abang.. ‘makan’ duit abang pun banyak.. asek2 baiki.. asek2 baiki.. kadang2 kete nih diberi lebih perhatian dari aku.. =( .. tapi aku tak kesah pun sebab kerana kete yang banyak berjasa nih abang dapat kumpul duit untuk kawen dengan aku.. mula2 abang menyatakan untuk jadi prebet nih, aku agak tidak setuju.. bukan apa, penat jadi prebet nih, ke hulur ke hilir.. dan aku tau kepadatan jadual belajar abang as a medic student..

Tang celah mana abang jadi prebet? Ni pun ada orang pernah tanye aku..celah masa rehat antara pukul 12.30-2.00, lepas kelas kul 5 sehingga la malam jika ‘permintaan’ melambung2 tinggi.. hehe.. kadang2 kesian kat abang, mase rehat yg tak cukup.. study tak pernah habis, tapi Alhamdulillah ALLAH tolong abang, abang tak pernah fail.. tapi tak pernah jugak dapat distinction.. apa yang membanggakan aku, dalam ranking abang tak pernah melebihi no 40 daripada 150 orang.. erm, memang tak berapa nak tinggi pun ranking abang, tapi aku tak kesah, sebab abang ranking tak berapa nak tinggi sebab abang ‘kerja’..

Orang kata rezeki ALLAH Taala tu melimpah ruah.. kita sebagai hamba yang perlu cari di mana.. since abang jadi prebet nih memang cepat la duit abang dapat dikumpulkan.. masa abang iklan kan kete abang jadi prebet, abang iklan kan no 019 untuk dihubungi.. since no ni dah jadi milik aku, dan sesetengah ‘penumpang’ abang yang tak tau, mereka still hubungi no 019 ni lagi.. bile dorang calling dan dengar suara aku yang cakap, reaksi mereka ada yang terus letak, ade yang tergagap dan ada yang buat steady.. sebab mereka semua kebanyakkan perempuan, so mungkin mereka segan+takut kene marah kot ganggu bakal suami orang [mase tuh].. hehe..aku tak pernah pun nak marah pada sesiapa yang hubungi abang untuk urusan delivery ni.. kalu urusan lain tuh, haha.. jaga2.. so, lain kali jangan la terus letakkan phone andai suara aku yang menyahut nya..

Sebagai pengakhirannya, aku rasa aku dah menjawab persoalan kawan2 aku nih berhubung dengan “Duit zubir blake ke tuh? Cari mane duit banyak gitu?” .. secara jujur dan ikhlasnya, duit mas kawen menggunakan duit abang dan abang tak der bantuan ‘tali hayat’ dari sesiapa pun.. even duit belanja bulanan pun, abang tiada dapat bantuan dari biasiswa ‘pama’ dan betul2 guna duit JPA yang dia ada..

Kepada abang, thanks sayang atas segala pengorbanan ini.. hope suatu hari nanti bile anak2 kita baca, dorang akan tau camne susahnya abang nak kawen dengan aling.. bukan setakat cakap dekat tok ma nak kawen, tapi dengan tangan yang ‘kosong’.. thanks sayang.. thanks yang tidak terhingga..aling tau, as a medic student, bukan senang abang nak agihkan masa untuk ‘kerja’ dan belajar.. semoga ALLAH merahmati abang selalu..

p/s: maaf jika ada terkasar bahasa dan buruk budi bicara..


Thursday, June 4, 2009

Menjawab Persoalan

Entri ni dah lame aku tulis, tapi niat nak pos lepas kawen.. so, kepada kawan aku yang sorang tu, hopefully, aku menjawab persoalan kamu..

*************************************************************************************

“Banyak ngat hantaran.. duit zubir blake ke tuh? Cari mane duit banyak gitu?”

Petang tu aku bersembang dengan kawan aku.. bersembang tentang perkahwinan yang bakal berlangsung.. biasa la kan.. bile bersembang tentang kawen ni soalan yang takkan lari berapa mas kawen, hantaran berbalas berapa, baju pengantin warna apa dsb.. tapi pokoknya petang tu kami bersembang tentang mas kawen.. tambah2 lagi negeri Terengganu n Kelantan jumlah hantaran yang diberi oleh pengantin lelaki disebut masa akad nikah, so jadilah ianya sebagai mas kawen dan totally hak pengantin perempuan.. tapi dah hidup suami isteri, duit tu untuk kegunaan bersama jugak..

So, bile aku menyatakan jumlahnya, kawan aku ni terkezut sikit la.. the interesting question that she asked me ialah “cari mana duit banyak gitu?” .. meh aku nak cite sini.. kat sini aku tak der niat nak sindir sesiapa, nak perli atau nak ape2 yang bersifat mazmumah tuh.. ni untuk tatapan anak2 aku yang dorang perlu tau mak ayahnya nak kawen bukan senang dan niat untuk menjawab persoalan kawan aku..

Top Up Oh Top Up

Nak minta kawen, takkan dengan ‘tangan kosong’ kan? Starting dengan pekerjaan ni la abang kumpul duit sikit2.. seingat aku mase tuh dalam bulan 5 2007, 2 bulan lagi untuk masuk main kampus kat kuantan.. abang cakap nak jual top up la.. tapi jual top up secara ‘top up terus’ ni tak der la banyak untung sangat pun.. ramai yang tanye aku, banyak ke untung jual top up ni.. aku senang je jawab..

“kalau ikutkan memang banyak untung.. tapi sebab ramai tak bayar, so lambat nak balik modal..”

Memang .. memang lambat sangat jual top up ni nak untung.. kadang2 bile abang ngadu kat aku, kawan2 dia tak bayar, aku jadi geram.. bukan kami ni tanggung kome anak beranak, oke? Then, fikir2 balik, geram pun tak kan sudah jugak.. so, halal je la.. pandai2 la jawab kat akhirat nanti.. aku apa lagi, turut membantu abang menjual top up.. sampaikan ada yang panggil aku haniem top up.. main belasah je panggil aku.. mak ayah aku bagi nama nurrul haniem, bukan haniem top up.. hikhik..

Lame jugak la jual top up nih.. aku rasa ada dalam setahun setengah la aku jual top up di kalangan kawan2 upsi ni.. pelanggan setia tok sah nak cakap, memang ramai.. tapi kawan2 aku ni semua bayar.. so, aku tak der kesah la kalu dorang just mesej nak top up RM5, RM10 atau RM30, memang aku akan masukkan..kadang2 suka jugak jual top up ni.. hehe.. bile aku stop jual, semua mengundang kekecewaan di kalangan kawan2.. ada yang cakap, “susah la anim dah tak jual top up sekarang..” Sekarang, abang pun dah tak jual top up..

[To be continued]

Wednesday, June 3, 2009

Akad Nikah

Cerita 2 bulan lepas..

"Dah, nak isi borang kawen ni camne? bahagian mas kawen ni kene tulis jugak ke? kalu trg memang RM 80, tapi besenya kan trg sebut hantaran sebagai mas kawen.. kene tulis RM ++++ jugak ke?"

"Ore dok pasti la.. nanti ore tanye ayoh ore.. dia kan tok kadi gak.."

*************************************************************************************

""Ore tanye dah.. kt mas kawen tuh tulis gak RM 80, kat hantaran tulis gok jumlah berapa ribu.. tapi nanti mase nok kawen tok imam akan sebut hantaran la.."

Ini perbualan antara aku dan Dah, rum mate..sebenarnya aku pening nak tulis ke tidak column bahagian mas kawen memandangkan Trg akan sebut jumlah hantaran dalam akad.. tapi sebab ayah Dah cakap camtu, so, aku tulis la..

Cerita Pagi Tadi..


"Wahai Mohd Zubir bin Abdul Rahman, bahawa aku nikahkan engkau, aku mengkahwinkan engkau, dengan Nurrul Haniem bt Mustaphy yang berwakil oleh walinya kepadaku, pada nikahkan dengan engkau dengan mas kawennya sebanyak lapan puluh ringgit tunai.."

"Saya terima lah akan nikahnya dengan mas kawen yang tersebut ituuuuu.."

Reaksi aku dibelakang yang tengah tersipu2 malu + debar2 agak terkejut dengan ayat dibelakang tok imam tuh.. 'dengan mas kawen lapan puluh ringgit tunai..' sebab abang bawak duit dalam album RM ++++.. oleh kerana tok imam pun tak cek dulu duit tu cukup ke tak, dia terus kahwinkan kami.. tapi kalu duit setakat RM 80, takkan abang nak letak dalam album..

Jadinya, dah jadi misunderstanding.. abang bawak duit untuk mas kawen RM ++++, tapi akad nikah ikut harga mas kawen Trg..so, aku lah yang lain dengan adik beradik aku.. alang2 dah jadi lain dari adik beradik, so biarlah lain semua.. orang kawen umur 24, aku kawen umur 22.. orang kawen lepas belajar, aku kawen mase blaja.. orang kawen hantaran disebut mase akad, aku kawen hantaran tak disebut mase akad.. hihi.. tak pe la labu, asalkan dah sah.. =]

Lepas selesai semua, tok imam bagi surat akuan nikah, name aku pulak ejaan tak betul.. ini susah kalu jadi orang special ni.. ejaan Nurul hanya satu R.. nasib la suami aku ni peka, ingat jugak ejaan nama bini dia =) .. so, tok imam perbetulkan.. dah la ade satu R, sengkang pulak tak der.. huhu.. so, sekarang sijil nikah abang yang pegang.. jangan pelik la sebab ape aku aktif sangat blog malam ni, sebab abang tak ade.. amaran mak abang,

"tak wat kenduri lagi, mane boleh tidur sini.."

So, aku sebagai menantu baru mane leh lawan2.. haha.. ni aku uploadkan video akad nikah kami.. abang jawab lafaz dengan berlagu.. sebutan 'itu' dibelakang tuh macam mad 'arid lilsukun.. panjang 4 harakat.. hehe..nasib sekali lafaz jea, kalu 2 3 kali, aku tak upload pun lam blog ni.. hehe..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: 3 4 kali dah upload video, tapi fail dan aku telah fed up sepenuhnya.. nanti la balik kuantan aku upload ek.. untuk kawan2 blogger dan kawan2 aku yang kat oc..

Tingkatkan Prestasi Kurangkan Kontroversi =)

Tarikh : 3 Jun 209
Masa : 10.47 am
Tempat : Masjid Bukit Payong, Marang, Trg

Trade mark di atas macam familiar je kan? hihi.. sorry melodi, I ciplak U punye trade mark.. huhu.. gambar2 di bawah di uploadkan tidak ikut turutan.. so, aku dah labelkan ikut nombor2 yea.. doakan aku dan abang bahagia selamanya... nanti aku uploadkan video yea.. internet lambat kat rumah ni.. =)

5. Gambar ni kat rumah.. setelah balik dari masjid.. aku dan abang sendiri pun belum makan.. versi lenguh nak senyum..

4. Banyak2 gambar yang ni aku paling suke tengok.. hehe..


3. Ni perjalanan bersama untuk masuk ke rumah aku.. diiringi oleh kakak aku no 2 dan suaminya..

2. Gambar di luar masjid.. aku request gambar ni dengan abang mie.. kalut dah nak balik mase nih, tapi fikir2 pasni dah tak der peluang agi nak bergambar pakai baju pengantin ni..

1. Baru nak kuar dari masjid.. suke sangt tengok.. senyum meleret sampai ke telinga aku dan abang..

Sekian sahaja persembahan pada hari ini.. tunggu 6.6 aku uploadkan gambar kenduri oke?

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online