Tolong beritahu si dia,
....aku ada pesanan buatnya..
....cinta agung adalah cintaNya..
....cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia,
....jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
....jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
....jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia,
....dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
....dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia,
....Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
....Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
....aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia,
....bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
....bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
....andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia,
....Aku milik Yang Maha Esa..
....Aku masih milik keluarga..
....tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Konsep Blog
Friday, April 10, 2009
Ingatan Buat Si Dia..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Friday, April 10, 2009 0 Komen Mereka
Label Harapan
Tuesday, April 7, 2009
Satu Harapan..
Dan dengan satu harapan agar jadual yang kuar ni dapat menyuntik semangat untuk study.. sem2 lepas, slip untuk menduduki exam dikeluarkan awal oleh fakulti.. sem ni, walaupun dah minggu ke13, still tak kuar2 lagi.. huhu.. itu yang semangat nak study tak kuar2 jugak =D [alasan!]
Dan berikut adalah jadual exam anim.. semoga kegembiraan semester lepas berulang untuk semster ini atau ianya satu harapan tinggi atau impian seorang mat janin?? huhu..
p/s: dok sabo nok habis exam..Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Tuesday, April 07, 2009 4 Komen Mereka
Label Harapan
Monday, December 22, 2008
Buat Suami Yang Soleh..
Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seorang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta’ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang
paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
” semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta’ziah
kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini.”
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya:
“Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah Ta’ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam);
“Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya
pasti akan masuk ke dalam Syurga.”[1]
Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: “Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia.” Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta’ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta’ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya.”
Masyaallah…alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie…adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya… Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia. tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi … laarat gutu noo..hehehee…
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Monday, December 22, 2008 0 Komen Mereka
Label Harapan
Thursday, November 13, 2008
Fahami fikiran anak bila mendidik
Didikan awal kanak-kanak amatlah penting kerana ia membawa kepada corak peribadinya pada masa depan. Mustahaknya aspek itu menyebabkan Islam amat menitikberatkan didikan anak-anak dan menggalakkan ibu bapa melalui kehidupan yang sempurna.
Malah Imam Al-Ghazali pernah menyatakan: "Hendaknya anak kecil diberi kesempatan bermain. Melarangnya bermain dan menyibukkannya dengan belajar terus akan mematikan hatinya, mengurangi kecerdasannya dan membuatnya jemu terhadap hidup, sehingga dia akan sering mencari alasan untuk membebaskan diri daripada keadaan sesak itu."
Dalam hal ini, biarlah anak kecil bebas melakukan apa yang mereka suka, asalkan tidak memudaratkan diri dan orang lain serta berfaedah untuknya, namun kegiatan itu perlu dipastikan agar tidak melanggar syariat Islam.
Malangnya, segelintir ibu bapa hari ini masih kurang memahami aspek didikan menjadikan anak keliru mengenai kewujudan dirinya dalam keluarga.
Pakar Psikiatrik Kanak-kanak dan Remaja, Hospital Selayang, Dr Fauzi Ismail berkata, beberapa ciri keibubapaan yang dikenal pasti diamalkan hari ini ialah mengarah, menyekat, membenarkan dan mendidik.
Jelasnya, ibu bapa yang mengarah selalunya berpunca dari ibu bapa yang tidak bersedia menimbang anak menyebabkan kehadiran mereka dianggap tidak penting, sementara ibu bapa yang gemar menyekat cenderung mengongkong apa yang dilakukan anak hingga menyebabkan segala tindakan dilakukan anak-anak, semuanya tidak betul malah mudah menghukum.
Keibubapaan yang membenarkan pula turut menimbulkan kemudaratan apabila membenarkan segala tindakan anak tanpa berfikir panjang sama ada sesuatu tindakan dilakukan itu baik atau sebaliknya. Keibubapaan yang terbaik ialah membimbing dan memberikan tunjuk ajar, menghukum apabila silap tetapi memberikan kebebasan apabila perlu.
"Didikan dianggap aspek paling penting kerana ia adalah corak awal membentuk keperibadian mereka yang dibawa sehingga ke dewasa. Selalu orang berkata, 'alah... budak-budak, biasalah kena marah kalau tidak mereka tidak belajar.' Sebenarnya, kanak-kanak boleh dimarah tetapi marah pun perlu diiringi kemahiran kerana jangan sampai anak menyangka ibu bapa marah kerana membencinya, bukan marah kerana ingin memperbetulkan kesilapannya.
"Walaupun segelintir anak, secara luarannya nampak selamba dan tidak kisah bila dimarah tetapi jangan terkejut kerana ada segelintir yang menyimpan dendam, menyimpan pemikiran ibu bapa membencinya hingga menyebabkan apabila dewasa, mereka enggan berjumpa ibu bapanya sendiri," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Menjadi Ibu Bapa Yang Baik pada Seminar Ke Arah Menjadi Ibu Bapa dan Guru Mithali baru-baru ini.
Seminar sehari itu anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (1) Sultan Alam Shah, Petaling Jaya dan program Positive Parenting, Persatuan Pediatrik Malaysia.
Beliau berkata, didikan yang kurang sempurna boleh memberi kesan kepada anak membabitkan keyakinan diri yang rendah menyebabkan selalu ketinggalan di dalam kelas dan mempunyai masalah disiplin.
Sebaliknya didikan sempurna mampu merapatkan hubungan kekeluargaan serta melahirkan anak yang ceria dan cemerlang, serta yakin terhadap kemampuan diri kerana sering di berikan sokongan moral.
"Ibu bapa selalu tersalah anggap menyatakan anak tidak memahami apa yang mereka lalui hingga menyebabkan mereka cenderung menipu. Sebagai contoh andai seorang ibu menitiskan air mata kerana dikasari suami, anda boleh katakan 'Mak menangis sebab dimarahi suami,' Kenyataan itu sudah cukup walaupun tidak menerangkan sebab dimarah, tetapi yang paling penting, jangan menipu. Jangan menitipkan elemen menipu dalam keluarga kerana kesannya buruk sekali," katanya.
Selain aspek didikan, apa yang dipertontonkan anak turut mempengaruhi mereka seperti televisyen dan komputer. Kotak hiburan itu sebenarnya mampu dikawal ibu bapa asalkan mereka mengambil berat apa yang dipertontonkan anak membabitkan bahan yang ditonton serta jumlah masa yang diberikan.
"Program bercorak hiburan dan keseronokan semata-mata tanpa menyisipkan elemen ilmu hanya membuang masa. Program seperti realti TV yang semakin digilai kini juga harus dperhalusi kerana bukan semua yang dilihat mendatangkan manfaat. Namun dalam mendidik anak-anak ibu bapa seharusnya juga mencermin diri sendiri. Andai anak dilarang menonton terlalu lama, ibu bapa juga seharusnya mengehadkan masa menonton. Jangan menjadi mangsa TV.
"Ibu bapa perlu sedar andai mereka ingin membentuk anak menjadi sempurna, ia perlu dimulakan dari dalam diri sendiri. Berkasih sayanglah sesama sendiri kerana kasih sayang itu mampu diluahkan dan diterapkan dalam diri anak-anak," katanya.
FAKTA Mendidik anak
Kurangkan hukuman fizikal kerana ia hanya menyakitkan, tetapi kurang berkesan mendidik. Andai anak melakukan kesilapan yang perlu diberikan denda, jelaskan erti kesilapan mereka dan kenapa denda itu perlu dilakukan, seperti "Kita mempunyai undang-undang dalam keluarga yang tidak membenarkan pulang lewat dari jam tujuh malam, dan ia perlu dipatuhi..." dan anak-anak akan menerima kesilapan itu kerana ia sudah tahu melanggar peraturan dengan pulang pada jam 10 malam.
Hukuman boleh dikenakan kepada anak-anak sebagai pengajaran tetapi beberapa perkara perlu diambil kira iaitu jangan marah ketika kita berada dalam keadaan marah; mengherdik mereka di hadapan orang ramai atau kawan-kawannya; jangan marahkan mereka kerana dirinya sebaliknya atas kesalahan yang dilakukan.
Ibu bapa jangan terlalu berharap mendapat anak yang sempurna dari segala segi kerana adalah sesuatu yang biasa andai melakukan kesilapan apatah lagi memang manusia tidak sempurna. Ia amat bergantung kepada sejauh mana kemampuan ibu bapa itu sendiri.
Matlamat disiplin ialah untuk mengawal dan membentuk peribadi anak dengan sempurna. Ada ibu bapa yang gembira andai mampu menjadikan anak bagai 'alat kawalan jauh' tetapi pernahkah kita terfikir adakah itu yang kita mahukan sedangkan anak mengikut kerana takut, bukan hormat?
[NOTA: Semoga anim dapat menjadi ummi yang solehah buat anak2 nanti.. Hehe * nota yang gatal *]
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Thursday, November 13, 2008 0 Komen Mereka
Label Harapan
Wednesday, September 10, 2008
Janganlah Menjadi Manusia Berkira..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Wednesday, September 10, 2008 0 Komen Mereka
Label Harapan
Monday, September 8, 2008
Bahagianya Bila Mempunyai Cahaya Mata..
Dan pada awal tahun lepas, bakal suami saya ada memberitahu salah seorang kawannya ingin berkahwin dan apabila saya tanya namanya, rupa nya individu itu adalah orang yang sama dengan yang saya kenal jugak. Cuma, bakal suami saya kenal dia ketika sama2 belajar di Darul Quran, Kuala Kubu Baru. Ketika itu saya agak terkejut sebab kami masing2 baru berumur 20 tahun. Mungkin jodohnya sampai awal.
Dan pada tengah tahun baru ni, saya diberitahu isterinya hanya menunggu date due sahaj. Alangkah bahagianya menanti kehadiran cahaya mata. Saya belum diberi nikmat sebegitu. Dan apabila saya masuk ke blognya untuk melihat gambar baby, alangkah sejuknya mata saya menatapkan wajah seorang yang suci. Bukan baby nya sahaja, malah anak2 kakak saya juga pun saya menatap dengan perasaan yang sama.
Membesarkan seorang anak bukan satu kerja yang mudah. Anugerah Tuhan yang perlu diberi kasih sayang, belaian, didikan khususnya didikan agama, keperluan seharian dan pelajaran. Kurangya salah satu elemen tersebut boleh membuatkan anak kita gagal untuk meniti hidup di alam dewasa nanti. Allah menganugerahkan cahaya mata kepada hambaNYA yang mampu untuk menjaga. Cuba kita selidik, maafkan saya jika saya ada terkasar bahasa, golongan yang kaya biasanya akan memiliki anak kurang dari 3 atau 4 orang. mengapa?? mungkin mereka tidak dapat memberi semua elemen yang disebutkan tadi dengan sempurna contohnya kasih sayang dan belaian. dan bile kite tengok paparan Bersamamu TV3, kebanyakkan mereka akan memiliki cahaya mata lebih dari 5 atau 6 orang. Mengapa??
Pendapat saya bahawa golongan ini mampu memberi kasih sayang dan belaian yang cukup serta didikan agama yang sempurna (insya Allah), tapi mereka kurang mampu untuk menyediakan keperluan asas dan pelajaran dengan sempurna. Jika difikirkan rasionalnya, keperluan asas dan pelajaran adalah salah satu elemen yang memerlukan DUIT untuk menjadikan elemen itu sempurna dalam diri seseorang individu. Tapi, adakah kasih sayang dan belaian serta didikan agama memerlukan DUIT untuk menjadikannya lengkap dalam hidup kite??
Mengapa sya kata mereka memiliki ikatan kasih sayang, belaian dan didikan agama yang sempurna?? Ketika makan, mereka berkongsi lauk yang ada, menjamah makanan yang sama. Ada setengahnya perlu berkongsi pinggan sesama mereka kerana tiada pinggan lagi. Ketika itulah, mereka memupuk kasih sayang yang kuat. Si abang dan kakak akan mengalah untuk bagi kepada si adik. setelah makan bersama, mereka mendapat belaian bersama ibu bapa mereka. Berjemaah bersama2 dan mengaji Al-Quran bersama2. Bukankah sudah terisi pengisian rohani dalam diri mereka??
Fikirkan lah dan renungkanlah. Saya juga sudah pening memikirkan bagaimana untuk membesarkan anak dalam zaman yang serba canggih. Semua terletak dihujung jari sahaja. Petik itu keluar yang ni, tekan itu terpaparlah yang ini. Doakan semoga saya menjadi seorang ibu yang cemerlang dalam mendidik anaknya tentang ilmu dunia dan akhirat. Insya ALLAH..
Apa yang pasti, saya suka kan senyuman seorang bayi yang suci. Sejuk bila melihat muka mereka. Malah ketika saya tensen membuat assignment, saya akan beralih untuk melihat koleksi gambar baby yang saya simpan dalam laptop saya. Gambar anak2 saudara saya yang sudah mengjangkau 11 orang ramainya dan gambar anak2 kawan saya.. Saya suka pada baby, tapi saya tak tau saya dapat mengajar dan mendidiknya dengan sempurna atau pun tidak..
Yang melucukan saya, baru2 ni kakak saya ada bercerita kepada saya. Ketika dia berkemas untuk pulang ke kampung, anak sulungnya (Affeef Rusydan) bertanya kepadanya..
"Ibu, Su ada tak kat umah?"
"Su ada lah kat umah. kenapa?" Soal kakak saya balik.
"Kalau Su ada tak best sebab Su banyak sangat undang2. Buat itu tak leh, buat ini pun tak leh.."
Tergelak besar kakak saya mendengar luahan anaknya. Dan apabila saya mendengar cerita itu, saya pon bertanya kepada Affeef,
"Along, Su ni banyak undang2 ek??. Su mestilah banyak undang2 sebab Su ni cikgu.."
Alasan yang tak munsabah, tapi ada logiknya sebab cikgu familiar dengan sekolah dan sekolah itu banyak undang2..
Waallahu'alam..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Monday, September 08, 2008 0 Komen Mereka
Label Harapan
Friday, September 5, 2008
Ahlan Ya Ramadhan
Bila sudah masuk bulan puasa, saya pasti semua orang teruja dengan bulan ini. Oh yea, sebelum terlambat Ahlan Ya Ramadhan. Ku tertunggu2 kehadiranmu agar diri ini semakin mendekati Yang Maha Esa. Kepada rakan2 pembaca blog ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kalian. Manfaatkan lah bulan yang penuh barakah ini.
Tanpa kita sedari, masa begitu cepat berlalu. Saya masih terasa kehangatan menyambut Ramadhan tahun lalu. Ketika itu, saya masih berada di kolej dan sudah pasti lah surau yang menjadi tempat untuk bertarawih adalah Surah Al-Falah. Dan perasaan penuh kesyukuran hadir dalam diri ini kerana Allah masih memberi pinjam nyawa kepada saya agar saya dapat melalui lagi bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat mu Ya Allah.
Semalam, sebaik sahaja selepas solat maghrib, handphone saya tidak berhenti2 berbunyi. Mesej yang dihantar kepada saya semuanya berkaitan dengan ucapan selamat berpuasa termasuklah juga ucapan daripada bakal mak mentua saya. Hehehehe. Insya Allah. Di sini ingin saya kongsikan beberapa mesej daripada kawan2 dan adik beradik saya.
From Along:
“Salam. Selamat Berpuasa Juga To You”
From Angah:
“Selamat berpuasa. Semoga diberi kekuatan untuk melipatgandakan amalan2 baik dibulan yang penuh barakah ini”
From Achik:
“Salam. Ahlan Ya Ramadhan. Selamat Menyambut Bulan Yang Penuh Kemuliaan Ini”
From Bakal Mak Mentua (Loghat Kelantan) :
“Salam. Ape Khabar? Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. Siap doh ko baju rayo?”
From Kak Azi:
“Salam Ramadhan. Selamat Bertarawih”
From Abe Jie ( Bakal Abg Ipar ) :
“Selamat Berpuasa. Abg g doakan semoga haniem dan zubir panjang jodoh”
From Mieja:
“Mekasih. Selamat berpuasa jugak.”
From Abe Arif:
“Terima Kasih dan Selamat Berpuasa”
From Ekin:
“Selamat menyambut ramadhan al-mubarak.”
From Kak Ajie:
“Perkataan yang cantik ‘ALLAH”, Lagu yang merdu ‘AZAN’, Novel yang menarik ‘AL-QURAN’, Senaman yang baik ‘ SEMBAHYANG’, Diet yang mujarab ‘PUASA’. Selamat Ramdhan Al-Mubarak.”
From Abang Iqbal :
“Salam Ramadhan. Selamat Berpuasa”
From Kak Najwa ( bakal kakak ipar) :
“ Tatkala senja berlabuh nanti, akan bermula lah nanti episod roda kehidupankita di dunia ini. Di mana ketibaan bulan yang paling mulia iaitu Ramadhan Al-Mubarak yang sering dinantikan dengan harapan agar mendapat berkat dan rahmat dari NYA. Oleh itu, ku hulurkan kedua tangan memohon ampun dan maaf atas segala segala kesalahanku agar ibadahku nanti lebih bererti dan diredhai. Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.”
From Aja :
“Buka hati dapat CINTA, buka fikiran dapat ILMU, buka tangan dapat DUIT, buka handset dapat 1 mesej “SALAM RAMADHAN”.
Begitulah mesej2 yang dihantar kepada saya. Semua mendoakan agar Ramadhan ini membawa seribu satu keberkatan dari Allah. Dan doaku dalam hati,
Ya Allah,
Andai Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir dalam hidupku,
Tambahkanlah ketaqwaan dalam diri ini kepadaMu..
Ya Allah,
Andaikan KAU takdirkan aku mati,
Biarlah aku mati dalam IMAN dan ISLAM..
Ya Allah,
Semoga hambaMU ini tidak lupa kepadaMu,
Semakin dekat dengan diriMU,
Jasad ini sujud kepadaMU,
Lidah ini berzikir mengingatimu,
Dan Hati ini teguh dengan Ad-Din Mu..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Friday, September 05, 2008 0 Komen Mereka
Label Harapan
Monday, September 1, 2008
Naluri Seorang Ibu
Ibu, aku amat menyanjungi segala penat lelahmu membesarkan diriku. Kasih sayang yang kau curahkan kepada diri ini tiada batasnya. Walaupun anak mu ini telah besar, namun diri ini sentiasa dibelai seperti seorang bayi. Peluk dan ciuman darimu ibu membawa semangat untuk diriku berada jauh dari mu. Hangatan pelukan itulah yang memberi semangat untuk ku berjaya seperti sekarang.
Walaupun ku berada jauh dari pandanganmu, namun kau dapat membaca segala apa perasaan ku di sini. Setiap kali hatiku dilanda kesusahan, mesti ada panggilan telefon darimu. Jika hati ini menangis kesedihan,, dikau tidak putus2 untuk bertanya adakah aku ‘OK’ di sini. Walaupun aku
Ibu, terima kasih kerana bersabar melayan karenahku ini, membesarkan aku dalam penuh kasih sayang, mendidik aku menjadi insan berguna. Jasamu tetap akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku. Doaku untukmu, semoga di kau sentiasa berada di bawah kerahmatan Allah, panjang umur dan di murahkan rezeki di dunia dan disenangkan perhitungan di akhirat kelak kerana dikau seorang ibu yang mulia di sisi ku. Dan ku mohon doa darimu, semoga setelah anakmu ini menjadi seorang ibu biarlah anakmu ini dapat menjadi seperti dirimu. Seorang yang sabar mendidik anak, seorang yang sentiasa lembut dalam bicara dan seorang yang teguh pada landasan Allah. Insya ALLAH. Maafkan daku antara ada kelakuan ku mengguris hati kau seorang ibu.
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Monday, September 01, 2008 0 Komen Mereka
Label Harapan
Tuesday, April 29, 2008
Tatapan Untuk Kaum Adam Bergelar Suami
Salam semua,, Sekiranya ada kebenaran dari apa yang di nyatakan di bawah
simpan untuk ingatan dan jadikan panduan demi kebaikan rumah tangga..
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya
jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruhnya cebok kencing dan
berak anak sedangkan suami duduk tersandar tengok ASTRO dan kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk
isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma
ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu,
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok
belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga). Dah tau member nak datang suami kena lah tolong kemas
jugak!
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu Kenapa boleh
control kentut? kalau isteri kentut depan suami macam mana pulak?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau. (So i guess mak mertua boleh buat apa saja
and cakap apa saja kat para suami ni?)
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi
itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking saja. Kalau awak sakit nak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? bye jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai
isteri nak mampus pun tak perasan.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga
belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
orang perempuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan
kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman
"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,
sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
-----------------
ya ALLAH, hamba mohon rahmatMU, keredhaanMU dan keampunanMU, amin..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Tuesday, April 29, 2008 0 Komen Mereka
Label Harapan
Muhasabah Diri..
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Tuesday, April 29, 2008 0 Komen Mereka
Label Harapan