:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, October 1, 2010

Hadeef Zafran Menjengah Dunia.. Part 5

Last episod okeh.. malas dah aku nak peram cite macam jeruk buah cermai.. oh~~ terliur plak.. tetiba lupe ending episod 4 camne..

******************************

Aku sampai je kat NICU terus tanye Doc.. Doc tu kebetulan kenal abang, jadi dia pun agak mesra jugak dengan aku.. "kite cek Hb baby agak rendah.. 8 je.. saspect ade anemia.. jadi kite nak amik darah baby sekali dengan darah ibu nak cek.. sebab pelik tibe2 Hb rendah.. nak tengok darah ibu n anak serasi ke tak.." rase sedih sangat.. tak pe lah kalu nak amik darah aku, tapi jangan lah cucuk lagi baby.. kesian dia.. dah lebam2 tangan kiri kanan..


Bila Doc dah siap amik darah aku, abang pun sampai.. abang pun tanye lagi soklan macam2 kat DOc.. then, bile sampai tahap nak amik darah baby, mereka mintak aku n abang tunggu kat luar n pintu bilik di tutup kemas2.. ye, hari ketiga aku dah tak tabah.. aku nangis semahu2 depan abang.. nurse lalu lalang pun aku tak endah.. sangat sedih oke.. lepas satu satu dugaan untuk baby.. Hadeef, kamu kuatkan??


Tiba2 ade sorang nurse keluar dari bilik tu n lupa nak tutup pintu.. serentak tu jugak aku dengar sorang baby nangis menjerit semahu-mahunya.. aku pulak yang nangis laju2 kat luar.. aku mintak abang tutup pintu tu, sebelum abang tutup pintu dia intai dulu.. tapi senanya, bukan Hadeef yang nangis.. haha.. mami dia je lebeh2.. Hadeef nangis hek hek hek je.. bagus sayang, kamu memang anak yg kuat!!


Doc gitau yang Hadeef perlu transfer darah.. aku mintak dengan Doc biar amik darah aku n transfer ke Hadeef.. Doc cakap tak leh.. abang pulak mintak darah dia diambil untuk ditransfer ke Hadeef, pun tak boleh.. memang procedure dorang kene amik darah kat bank darah.. jadi sangat sedih.. darah yang ntah sape punye masuk dalam tubuh Hadeef T_T .. Untuk Hadeef, Doc hanya transfer red blood cell sahaja..


Hari ketiga aku dah boleh keluar wad.. bile discharge je, kitaorang terus gerak gi Airpack centre, nak gi amik breastpump yang aku order.. aku order hari Jumaat, hari Isnin baru sampai.. tak sia2 gaduh manja laki bini semata-mata breastpump ni sebab aku nak beli sebelum bersalin, abang mintak beli lepas bersalin sebelum masuk kerja.. dah megeren fikir nak amik brand apa, last2 spectra 3 gak menjadi pilihan hati.. berbaloi2 lah!!


Balik umah terus aku pam susu untuk Hadeef.. first pumping agak terkejut tahap dewa.. haha.. mana taknya, terus pilih suck tahap max, mane kau tak terlonjak2 sakit.. terus mesej kak zaza tanye camne nak pam.. thanks akak!!! muah muah muah.. malam tu kitaorang hantar susu kat Hadeef.. sebab hanya beli pam je, jadi sibuk la kau duk susun ais sekeliling botol susu untuk kekalkan sejuk..


Sampai je kat NICU, tengok2 lampu biru dah ada atas kotak Hadeef.. aduh, luluh lagi hati tengok Hadeef ada jaundis.. nurse kat situ cakap, baru je petang tadi letak sebab tengok bacaan tinggi sikit.. bila aku dekat dengan Hadeef n sentuh dia, terus dia meraung2 nangis sekuat hati.. sebabnya selama ni bile kami datang, Hadeef akan pandang n tenung mami n babanya.. tapi hari tu, mata dia kan ditutup sebab kene duk bawah lampu tu, so dia tak tau sape yg pegang dia..

Jadi, abang assume mungkin Hadeef ingat Doc yang datang nak cucuk dia lagi.. mana taknya kan, dari pagi tadi kene cucuk amik darah, pastu transfer darah, pastu dengan sakit yang sebelum2 ni.. pastu abang tak bagi dah aku pegang Hadeef sebab takut dia menjerit lagi.. on the way balik umah, aku cakap kat abang, esok aku tanak pegi dah hospital tengok Hadeef sebab aku dah tak kuat.. aku dah start nangis bile tengok Hadeef kene cucuk sana sini..

Kata2 abang wat hati aku tersentuh.. abang cakap, "Hadeef dah kire ringan ujian untuk dia.. cuba tengok baby sebelah dia, esok nak kene operate sebab ketumbuhan blakang kepala tu.. yang sorang lagi tu pun ade masalah jugak pun kene operate.. Hadeef dah nak baik dah tu.. Aling kene pegi la tengok dia.. baru dia rase mami dia sentiasa ada dengan dia.. baru dia kuat.." baru aku sedar.. kalau aku lemah, Hadeef pun akan lemah sama..

Hari keempat, kitaorang pegi tengok Hadeef sambil2 hantar susu.. alhamdulillah, Hadeef dah tak duk dalam kotak.. duk dalam katil baby dah.. nasal prong pun dah tak pakai.. cuma, tube susu still ada la.. nurse cakap, petang nanti nak try tambah jumlah susu untuk Hadeef.. kalau dia boleh minum dengan baik tanpa jeluak, blh la transfer Hadeef ke SCN.. bile Hadeef masuk SCN, aku kene masuk sama untuk breastfeed baby..


Jadi, bile Hadeef dah tak duk dalam kotak, abang amik kesempatan sekali lagi untuk azan n iqamat betul2 ditelinga dia.. sangat syahdu mase tu.. mase tu aku bergenang lagi air mata.. macam tak sangka.. itu anak kami berdua yang mase lahir sangat berjuang untuk hidup n alhamdulillah dengan izin-NYA, bertambah sihat sehari ke sehari..


Hari kelima, abang call aku dari UIA cakap tak perlu lagi pam susu sebab hospital call Hadeef dah ditransfer ke SCN n aku perlu admit ward lagi sekali.. yay! alhamdulillah.. so, aku pun kemas barang2 untuk admit ward.. kalu ikutkan procedure, hanya perlu duk 1 malam je sebab semata2 untuk direct breastfeed n Doc nak monitor.. jadi, ada harapan untuk balik sehari sebelum raye.. bagus Hadeef, betul2 rancang baik punye nak kutip duit raye..


Mase kat SCN, nurse mintak aku direct breastfeed Hadeef.. lagi sekali bergenang air mata.. keroje menangis je mak budak ni.. hahaha.. sayu wei hati, hari kelima baru boleh peluk Hadeef.. tapi menangis je lebeh, menyusu tak reti jugak.. kah kah kah.. pestime sangat kekok.. malu dengan nurse yang ajar aku camne nak menyusu anak.. sekarang dah sakses dah.. berlagak kau berlagak..


Bila Hadeef dah depan mata, aku cakap kat abang, "eh, nape kite tak klik2 amik gambar dia? belum ada sekeping habuk pun gambar Hadeef.." gitu.. terkedu kau sampai tak tau nak wat ape yg patut.. terus kitaorang klik2 amik gambar Hadeef biar lah mase tu dia lena tak ingat dunia pun..


Senanya, hari keenam Hadeef tak dibenarkan keluar lagi sebab tiba2 platlet dia turun.. tapi aku pujuk2 Specialist tu cakap nak balik raye, so dia mintak aku refer pada hospital kuala terengganu lepas seminggu.. baru2 ni mase kitaorang pegi check up Hadeef, alhamdulillah, platlet dia dah oke.. tapi part dia meraung sekuat hati kene amik darah memang aku takkan lupa sampai mati la.. sampaikan dengan mak aku nangis sekali T_T


Tu la cite bersalin aku.. ini bahagian aku.. lain orang lain bahagian dia.. apa2 pun, bergelar seorang ibu adalah satu anugerah yang tak ternilai.. syukur ya ALLAH.. anak ini, Hadeef Zafran adalah pengikat hubungan kami suami isteri.. Hadeef, mami dan baba doakan semoga kamu berjaya dan cemerlang dunia akhirat seindah maksud namamu 'Yang bermatlamatkan Kejayaan', baik budi pekerti, tinggi akhlak, taat pada Pencipta, menjadikan sunnah Rasulullah sebagai jalan hidupmu dan menjadikan al-Quran pegangan hidupmu.. insya ALLAH..


Kamu adalah harta mami dan baba yang ALLAH anugerahkan.. mami dan baba akan cuba sedaya yang mungkin mendidik dan menjagamu selama mana ALLAH izinkan.. mami dan baba minta maaf andai ada kekurangan dalam mendidikmu.. ketahuilah, penghubung kasih n CINTA mami dan baba sehingga ke syurga-NYA adalah kamu wahai Hadeef Zafran..


Setelah 5 hari.. sampai skang abang masih tak puas hati rambut Hadeef tak selebat macam rambut dia.. haha.. cis cis.. Hadeef kan anak mami, eceh! orang kate kerap kencing waktu mengandung, rambut baby lebat.. aku memang tak kerap kencing pun mase peknen, so betullah kot kata2 orang tua..


Saya kesejukan dalam aircond!!


nganga yg sangat tidak sopan.. ikut sape ni Hadeef??


tido kaki santai.. Hadeef memang tak suke kalau kite selimutkan dia, apatah lagi kalau dibedung..


Wednesday, September 29, 2010

Hadeef Zafran Menjengah Dunia.. Part 4


*********************************************
episod kali ni tentang cite hadeef di NICU.. mungkin boleh buat anda mengalir air mata.. eceh! peringatan; sila sediakan tisu secukupnya.. ohh~~ mungkin dalam entri ni tiada lagi gelak jahat aku yg kurang sopan tu...

******************************************

Lepas je siap makan n selesai gi toilet urus diri, aku pun sembang2 dulu dgn abang.. macam2 soklan aku tanye abang pasal baby sebab abang baru balik tengok baby dari NICU.. soklan ditanye bertalu2 sampai tahap mata abang dah merah2.. dan memang sudah dijangka, akhirnya abang mengalirkan air mata.. benarlah kata pujangga, kasih ibu dibawa hingga ke syurga, kasih ayah tiada penghujungnya.. T_T


Senanya, mase abang diarah keluar dari labor room untuk proses jahit luka aku tu, abang dah mesej aku cakap dia sedih n sebak skang, tahan je dari nangis sebab mak ayah aku ada.. aku mase tu duk dalam labor room, so tak leh la feeling2 bagai.. kang aku nangis kang, lagi teruk abang nak pujuk..


Mase abang nangis tepi katil aku, sangat kene cover.. duk wad kelas ketiga, bukan ade tembok sempadan ke hape dengan orang sebelah.. siap blh say hai kan.. jadi, abang tunduk je sambil pegang spek kat tangan kiri n tangan satu lagi sapu air mata dia.. sangat tacing.. aku tahan dari nangis.. seperti aku kate tadi, kang aku nangis, meraung dalam wad tu susah pulak satu hospital nak handle.. T_T


Untuk tak nak bagi aku risau, abang cakap baby oke.. dia dah nangis dah tadi.. tapi kalau oke, nape abang plak yg nangis?? tapi aku tak tanye la camtu kat dia, nanti dengan aku plak yg nangis.. so, aku pun kelip2 mata pandang kanan pandang kiri semata2 tak nak ada feeling sedih2.. aku cakap kat abang nak gi tengok baby kat NICU, tapi abang cakap tunggu kawan dia datang dulu, baru pegi..


So, kitaorang tunggu dulu kawan2 abang datang.. dorang balik dekat2 kul 10pm.. mase tu dah terpikir, blh masuk lagi ke NICU.. kot2 la dah lewat malam nurse tak bagi ke.. abang pegi tanye nurse, n then nurse cakap kul 9 pm NICU dah tutup, tak leh lawat dh.. malam tu berlalu sepi.. perasaan seorang ibu yg sudah baru beranak, tapi tak tengok apatah lagi sentuh baby~~ sangat sedih oke..


geng2 abang.. tetamu pertama yg datang melawat.. aku ngah serabai lagi waktu ni.. maklum la, baru 'sujud' dalam toilet


walaupun ngah saket, gosip tetap menten.. nampaknya si mami sangat sibuk menceritakan pengalaman bersalin beliau.. keke


Abang cakap dia tak azan lagi baby sebab takut nak gi dekat.. aku tanye nape takut, dia kate sebab banyak wayar2 n keadaan baby sendiri.. ohh~~ rupenye abang pun lemah bile tengok anak sendiri berserabut dgn wayar2 sedangkan sebelum2 ni dah berpuluh2 patient seperti tu abang dah tengok.. T_T .. malam tu sebelum abang balik, aku banyak kali pesan tolong buat sembahyang hajat.. mane tau malam ni lailatul qadar..


Rupenye kami bukan berdua menanggung kesedihan tu.. mak ayah aku n abang, adik beradik aku n abang semua doakan kesejahteraan baby.. mane2 yang sempat, buat solat hajat sekali.. bagi pihak adik beradik abang, bertalu2 mesej yg mereka hantar untuk redakan perasaan kami yang hadeef adalah 'pengikut' babanya.. untuk pengetahuan semua, en zubir adalah penghuni NICU selama 6 hari sejak lahir atas sebab keluar darah yang tak henti2 melalui hidung n mulut.. semua ingat abang akan mati.. lepas keluar NICU, duk kat wad biasa hampir 2 bulan kalau tak silap aku la..


Jadi, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. eceh! okeh, siyes2x.. malam tu memang aku tak tido pun walau hakikatnya mata sangat ngantuk, tubuh sangat letih.. fikiran asek pada baby.. sambil2 tu aku baca zikir2 n doa syifa' n mintak pada ALLAH supaya doa n zikir ni dapat dijadikan penawar untuk baby supaya dia kuat untuk bertahan.. malam tu berlalu dengan bunyi2 suara baby2 orang lain T_T.. nasib jiran katil aku pun tak de baby jugak.. baby dia kat NICU sebab tak cukup berat..


Esoknya, siyes memang aku tak sabar nak jumpe Hadeef.. pesan kat abang suh datang awal2.. padahal datang awal2 pun bukan blh gi NICU sebab tak leh kacau Doc buat ward round.. jadi, lebeh kurang kul 12pm kitaorang gi NICU.. perasaan berdebar2.. aku takut aku tak kuat.. aku takut aku akan menangis sungguh2.. dan aku takut nanti aku jadi lemah.. kalau aku lemah, opkos Hadeef pun aku lemah.. jadi aku kene kuat..


Sangat saspen mase berjalan gi NICU.. abang jalan depan sebab dia yang tau mana Hadeef ditempatkan.. bile abang stop depan salah satu incubator, aku perlahan2 tenung baby dalam tu.. perasaan?? hampir menitiskan air mata.. ya ALLAH, anak aku ke ni?? dia ke dalam perut aku selama ni?? dia ke yang aku sembang selama ni selama mana dia dalam perut aku?? dia ke? dia ke?? hadeef celik mata mase aku n abang datang jenguk.. dan indahnya percaturan ALLAH, walaupun baby, dia seolah2 tau yang aku dan abang adalah mami n babanya.. T_T


Aku mintak kebenaran nurse untuk nak pegang Hadeef.. kalau nak dukung, memang sah2 tak leh.. aku bukak lubang tepi incubator tu n pegang jari mulus dia.. lembut.. lepas tu abang pun cakap, "kalau aling nak tau, hadeef semalam macam ni la.." sambil abang tunjuk pada salah sorang baby yg baru lahir.. aku cakap kat abang, nasib lah ALLAH tak izin aku pegi jenguk Hadeef semalam, kalau tak sah2 memang meraung dalam NICU tu..


Paling syahdu, Hadeef tiba2 buat mulut macam tengah menghisap seolah2 nak menyusu dengan aku.. sedih T_T ..aku tahan sebak.. abang pun.. mungkin Hadeef dapat bau susu dari tubuh mami dia.. lepas kitaorang main2 tangan n kaki Hadeef, abang pun cakap kat Hadeef yang baba n mami dah nak balik.. terus Hadeef nangis sekuat2 nya.. siyes aku memang tak tipu.. hebatnya chemistry yang ALLAH aturkan antara anak-ibu-ayah.. lepas kitaorang pujuk2 sampai lah dia tertido, aku n abang pun blah.. sorry sayangku Hadeef, baba n mami terpaksa..


Sebelum tinggalkan NICU, abang sempat tanyakan Doc tentang Hadeef.. doc cakap Hadeef cepat progress.. daripada kene intubation for first day, second day dah guna nasal prong.. jadi, mase aku gi lawat Hadeef pada hari kedua, dia dah guna nasal prong.. so, tak de la nampak macam critical sangat dia punye condition.. alhamdulillah.. nurse plak tanye aku, dah ada susu lum.. pastu dia pesan kalu ade susu, pam n hantar kat NICU.. tapi untuk Hadeef, hari pertama n kedua, nurse belum bagi susu lagi.. sian anak mami..

Petang tu lepas mak ayah aku balik dari melawat, aku n abang naik sekali lagi ke NICU.. mase tu memang hampir nak buka pose dah.. dan dan abang amik sebijik kurma letak dalam poket seluar dia.. bila tiba kat kotak lubang 4 yg hadeef punye tu, macam biase, si Hadeef terjaga n terkapai2 tangan dia.. aku masukkan tangan aku n suh dia genggam.. bile dia genggam, wahhh~~ sayu sangat hati..


Dah masuk waktu azan, nurse2 semua pegi buka pose.. mase tu terasa nak amik gambar, tapi bile pikir2 walaupun Hadeef dah tak banyak wayar n mesin yang bersambung kat tubuh dia, tapi masih ramai baby2 comel lain yg wayar berselirat kt tubuh.. so, takut membahayakan baby lain.. kesimpulannya, tiada gambar kenangan sewaktu di NICU oke.. dan dan mase tu baru teringat yg abang belum azankan baby Hadeef..


Abang pun terus amik kesempatan azankan Hadeef.. bukak lubang depan tu sambil mulut dekat dgn lubang n terus azan.. mase tu air mata aku dah bergenang.. untuk elak aku meraung2, jadi aku pegi buat ziarah mesra alam ke kotak2 yang ada baby2 comel lain sehinggalah abang selesai azankan Hadeef..


Hari ketiga, tiba2 aku dapat call dari NICU.. sangat berdebar mase tu sebab staf NICU dh cakap, kalau ada apa hal, dorang call.. bila aku angkat phone, dorang mintak aku pegi NICU skang.. diri yg lemah pun tiba2 jadi kuat.. mula2 ingat nak gi jalan sorang2 je ke NICU, tapi pikir2 bahaya.. kang aku pitam lagi kecoh plak spital tu.. huhu.. aku pun panggil sorang nurse mintak hantar aku ke NICU.. abang yg mase dalam kelas pun dapat call dari NICU, terus mintak kebenaran Doc nak kuar awal utk ke hospital.. sangat saspen, hati berdebar2..

***
aci tak nak stop sini.. bersambung.. kekeke..



budak yang sangat pasrah apabila kepala dibotakkan.. hik hik hik


ni dia cinta hati mami dan baba..


Tuesday, September 28, 2010

Hadeef Zafran Menjengah Dunia.. Part 3

ni memang betul2 jadi duploh episod nih.. banyak lagi yang nak cite, tapi tetibe macam malas plak nak taip.. heh! jalan cite bersalin aku nih panjang bebeno cik kiah oii.. tape2, aku akan taip gak.. kenangan tuh biar bile beso hadeef tau bukan senang nak keluarkan dia seketul ni.. huhu.. sila jangan bosan ye..

************************************

Macam2 complication yang berlaku.. first, cord round neck..senang cite, tali pusat terbelit.. second, meconium aspiration.. sebab dah berak dalam perut, so baby dah tertelan najis dia.. pastu, baby keluar pun tak nangis n dah biru.. Alhamdulillah, lepas tu dia dah nangis, tapi sekejap.. nangis sekejap n kemudian nampak macam sesak nafas..


Aku jadi bingung jap.. terus fikir, “selamat ke baby?” .. aku nampak muke abang pun memang terkejut gile.. sebab baby tak nangis kan.. tapi aksi abang cium dahi aku memang akan aku ingat forever lah.. hik hik hik.. kemudian, nurse mintak abang keluar dari labor room sebab doc dah nak jahit luke aku..


Ohh~~ ni adegan ngeri yang kedua yang akan aku ingat forever jugak.. sampai sekarang masih terbayang2 n rase ngilu doc jahit bawah.. masih terasa benang ditarik2.. sebijik macam aku jahit seluar abang yang labuh tuh.. bile doc tarik benang je, mesti terangkat2 punggung aku macam nak lari2 ayam pencen.. napa aku rase proses jahit nih wei??


Doc banyak kali pesan, jangan keraskan kaki, nanti lagi susah saye nak jahit.. bagi kerjasama.. camne aku nak bagi kerjasama, sakit la wei.. then, bile doc tengok aku tak tahan, baru cucuk bius.. lega.. baru tak rase dijahit2 macam kain.. proses jahit pun lama.. sebab aku vacuum, jadi luka memang banyak pun.. ohh~~ tak sangka baby dah keluar..


Mase doc (MO) jahit, ade sorang HO tolong.. mase tu memang hati aku tersentuh la.. Doc tu cakap kat HO, “cuba awak bayangkan kalau itu anak awak.. saya setiap kali sambut baby, saye akan bayangkan itu anak saya.. saya nak yang terbaik untuk dia..” .. doc tu masih bengang la dengan HO sebab tak gitau pasal moderate meconium tadi..


Tetiba aku nyampuk tanye Doc, “Doc anak saya hidup ke tak?” T_T soklan bodoh kan? Mane aku tak bagi soklan bodoh camtu sebab baby dah biru.. aku pun tak dengar dia nangis pun.. dah tak der adegan baby keluar, doc pun tanye, baby puan lelaki ke perempuan?? Atau adegan baby keluar dengan nangis2, dan abang klik2 amik gambar baby masih berdarah.. sangat sedih mase tu T_T..


MO tu memang terkejut dengar soklan bodoh aku.. terus dia cakap, “saya bukan nak dia hidup je, tapi sempurna semua.. “ tunggu proses jahit memang lama la.. nak tido tak lena sebab asek fikirkan baby baby baby.. tibe2 bile cek blood pressure, blood pressure tinggi plak.. 139.. adui2.. nape tetibe darah naik ni.. mungkin stress mase bersalin tadi kot sebab aku amat tertekan bile doc bagi mase untuk push.. asek tengok jam kt dinding je..


Upenye darah bersalin memang banyak kan.. sekali doc tekan perut aku, macam air paip keluar darah.. ngalir laju gile.. mujur dapat rase je, bukan tengok dengan mata sendiri.. kalau tak, pengsan! abang duk kat luar dah sibuk taip2 mesej n send pada semua orang.. ohh~~ walaupun masih rase saket bersalin, tapi aku nyempat lagi call kakak aku n gosip2 dgn dia pasal bersalin tadi.. hampeh tul..


Dekat kul 4 kot jahit baru siap.. aku dah lupa.. yg aku ingat, MO tadi tak solat zohor lagi.. kah kah kah.. yg tu je aku ingat sebab dia nak jahit cepat2 sambil mulut duk sebut tak solat lagi ni tak solat lagi.. jadi orang yg pakai white coat ni memang kene banyak berkorban.. nurse acap kali datang amik blood pressure aku.. tapi still menten 139/ berapa ntah.. lupe dh..


Akhirnya, dekat2 kul 6pm, aku dah nak ditransfer ke wad.. mase nak bangun duk atas wheel chair, aku request kat nurse mintak tolong tukar pad.. heh, bersalin ni memang kene tebalkan muka.. kau kangkang sane, kangkang sini depan orang.. nasib semua nurse2 n doc2 perempuan.. rase cam bersalin dekat pusat perubatan swasta plak =P


Aku cakap kat nurse, darah saye banyak la.. rase ngalir macam air paip.. haha.. hiperbola betul aku punye statement.. habis nurse2 dalam tu gelak..mase nurse nak tolak aku pegi wad, dorang suh aku pegang baju aku pakai tadi dgn baju baby.. sedih sgt mase tu T_T.. tak dapat nak sarungkan kat baby sebab baby dah kat NICU.. abang pun sayu je.. T_T


Nurse tolak aku masuk post natal wad lebeh kurang kul 6pm.. mak n ayah aku dah tunggu aku kat luar mase tu.. syahdu sangat rase bile kuar dari labor room tak leh dukung baby.. abang terus naik tingkat 6 pegi NICU tengok baby.. kang mase aku deliver bulan pose, so dekat2 kul 7pm, mak ayah aku terus balik umah aku n tinggallah abang dengan aku kat wad.. abang pun keluar jap gi buka pose n bungkus makanan kat aku..

Dekat kul 8 pm abang sampai.. macam bese, white coat adalah lesen besar utk masuk mase waktu bukan melawat.. aku cakap kt abang nak gi toilet.. abang amek wheel chair kat aku n tolak sampai toilet.. sampai depan toilet, "LELAKI TIDAK DIBENARKAN MASUK.." so, abang pun tinggal lah aku kat toilet n dia cakap nak gi tengok baby jap..

Aku jalan pelahan2 masuk toilet.. mase mula2 bangun dari wheel chair oke je.. lama sikit, kepala dah pening2.. pesal wei.. berpusing2 rase satu toilet... mangkuk toilet dh nampak kat siling dh.. haha.. aku pegang dinding kuat2, tapi last2 .... lu pikir la sendiri.. aku pitam weh.. tersembam muka kat lantai dengan kepala benjol sebab terhantuk kt dinding n hidung berdarah sebab tersembam ke lantai..

Pestime pitam, ohh~~ begitu rupenye.. aku celik mata terus rase cam bingung jap.. aku kat mane ni.. nasib la sedar2 kt toilet.. kalu celik mata tengok dh dalam tanah, azab2 tak sempai taubat.. terus jerit2 panggil nurse.. "tolong..tolong.." lagi2 aku buat aksi macam dalam filem.. nurse datang terus kelam kabut.. dekat 10 orang datang tolong aku.. terkejut dorang tengok aku sujud dalam toilet.. kah kah kah

Pastu tanye, mane suami awak.. aku pun poyo jawab, kan lelaki tak dibenarkan masuk.. haha.. dorang angkat aku, suh duk kat wheel chair n tolak ke katil.. mase tu, nurse2 semua dah bebel2 sambil gurau2, "blh plak Doc tinggal patient kat toilet sorang2.." pastu nurse tanye, dah makan lum.. aku jawab belum.. tak sedar rupenye aku tak makan langsung.. makan mase sahur je.. pastu pisang separuh mase lunch.. akibatnya, kau sujud dalam toilet puan anim oii..

Nurse amik nasi yg abang bungkus tu bagi kat aku.. bukak2, lauk ikan bakar dah betul, tapi nape ade sambal belacan?? terus dorang gelak2 kan abang.. pastu salah sorang dari mereka cakap, "ni lah kalau ibu bapa muda.." tengah2 aku makan, abang pun datang.. nurse2 kat katil aku dah pandang2 abang sambil2 bebel nape tinggal bini sorang2.. dan aku pun tunjuk lah hasil drama aku kat toilet tadi.. benjol seketul kat dahi.. ~~ bersambung..


p/s: untuk mengelakkan dari readers bosan baca, aku janji episod 4 adalah yg terakhir..



+ amik gambar dengan hp cap ayam.. gambar langsung tak clear.. tapi anak teruna ai senyum tu yg penting.. +


+ ish, anak sapo la ni.. kepala botak tanpa ada bulu kening, leher baju selekeh, nasib ensem... eceh!! +


Sunday, September 26, 2010

Hadeef Zafran Menjengah Dunia.. Part 2

Ohh~~ ai nak wat pengumuman ni..

  1. hadeef akan panggil aku mami, bukan mama.. ade rase geli2 tak? dan en zubir masih mempertahankan panggilan baba.. so, sekarang jadilah mami n baba.. sebab dalam family aku dah ade panggilan mama, so second registration untuk panggilan mama tak valid dah..~ sekian..
  2. ai dah kat kuantan skang.. sape2 yang nak datang ziarah, mesej la ai.. nanti ai bagi pelan umah oke..

**************************************************


Rupenye bile air ketuban dah pecah, saket contraction makin kuat.. mase air ketuban pecah tu, tiba2 abang sebut “Allah..” sangat saspen.. aku tanye kenapa, abang jawab, “meconium..” pastu dah mula kecoh2 dorang cakap “moderate meconium..” .. semua dah kalut.. ade sorang HO tu pegi panggil sorang doc india.. abang ingatkan tu MO.. then, bile doc tu datang, dia pun cakap moderate n cakap kat aku tunggu 10 cm baru bole teran.. pastu lagi saspen bile CTG baby dah nampak deceleration..


Abang dah pelik dah.. sepatutnya, dorang kene infuse pitocin untuk cepatkan proses bersalin.. tapi tade pun.. so, abang diam je sebab kot2 la management baru hospital kan.. dan pulak tu as a medical student, tak layak la nak bersuara kan..lebih kurang kul 2.30 pm, baru lah MO datang n dia cek dah 10 cm.. terus prepare alat2.. mase tu memang semua 3 orang HO tu kene marah dgn MO sebab sorang habuk pun tak gitau dia moderate meconium..


Tengok jam dah 2.45pm.. oke, semua dah prepare n suh aku push.. upenye, push push push ni bukan senang.. mase tu ade 4 orang doctor n lebeh kurang 6 orang kot nurse.. tunggu aku push macam tunggu ronaldo sumbat bola.. pastu siap bagi semangat ”ok kak.. tarik nafas.. teran panjang panjang.. lagi kak.. panjang panjang panjang..“


Tapi memang dah dasar tak reti push kan.. nafas plak pendek.. abang kata first push je yg oke.. lepas tu dah teran kat muka, bukan kt bawah dah.. dah la tak reti push, pastu ade hati tanye abang, “dah keluar belum kepala?” haha.. pastu doc bagi mase sampai kul 3 pm je, tak dapat je vacuum.. tersentap wei.. tiba2 aku cuba gak bayangkan teran nak berak camne..tapi sebab nafas pendek, tak reti nak curi nafas, so tak berjaya gak la..


Ohh~~ lupe plak adegan paling ngeri.. aku masih terbayang2 lagi rase doc gunting bawah tu.. seolah2 macam kite gunting kain, pastu bunyi hujung gunting selisih dengan hujung 1 lagi.. paham ke aku bebel ni?? Ngeri2.. abang, tunggu hadeef 4 tahun kalu nak anak lagi.. haha..


Tengah2 usaha keras utk push, tetibe doc tanye tinggi aku ni berapa.. tersentap tiba2.. mase tu semua dh sibuk prepare alat utk vacuum.. pastu, bile aku cakap tinggi 148cm, doc terus suh prepare bilik bedah jugak.. aku pun dah macam stress dah.. dengar nak vacuum, pastu kalu tak dapat vacuum, kene bedah.. abang dah rayu2 suh push betul2.. 3x push gak kot akhirnya 3.20pm, lahirlah Hadeef Zafran..


Abang duk sebelah aku je.. langsung dia tak pandang doc buat ape, gunting ke, tarik baby ke.. patut la etika doctor taleh rawat kaum kerabat sendiri.. rupenye bile dah ade pertalian antara doc dengan patient ni, jadi macam lemah semangat..hadeef keluar macam2 complication.. sangat sedih, tapi Alhamdulillah, semua dah selamat sekarang..~~ bersambung


6 hari


gaya tido peberet.. aku tak dan nak snap gambar hadeef tido berbantalkan lengan dia sendiri sebab mase tu ade tetamu datang.. takkan aku nak snap gambar anak sendiri depan orang macam anak kau bintang filem hindustan..


sangat suke tidak dibedung.. memang hadeef jarang dibedung pun sebab cuaca panas kan skang.. sian dia nanti.. 15 hari berat dah naik jadi 3.6kg..


Saturday, September 25, 2010

Hadeef Zafran Menjengah Dunia.. Part 1


Uhh.. lama gile x tekan keyboard ni.. menaip pun dah jadi macam siput sedut dah.. tape2.. tu tak penting.. yg penting episod bersalin ni mesti ade duploh episod.. kah kah kah.. kalu bosan sila la jangan baca.. cite bersalin ni kategori 18sx, 18sg, kot.. yg mana bawah umur tu harap jangan baca la.. kang tak pasal2 mimpi ngeri malam2 kang. . =)

Sehari sebelum bersalin (03/09/10)

Senanya, sangat berharap nak bersalin tarikh ni…sebab betul2 cukup 15 bulan kitaorang kawen.. jadi, sangatlah berusaha untuk nak bersalin pada 3/9.. hari tu aku memang dh ade rase sakit perut sikit2, tapi dia punye rase contraction tak berkala pun.. so, aku kire memang tu false alarm je la kan.. gitau kt abang pun, abang cakap orang saket nak beranak ni sampai tahap nak jalan pun susah.. ni bole sengih2 lagi, so bukan la.. abang pun hari tu ade presentation IRK.. dah la tajuk contraception.. cis2..

Abang balik lepas kelas petang tu memang aku terlebeh excited la.. sebab pertama, dunia bz dia dah abes sebab dah tamat posting public health, 1 lagi baby dah boleh keluar skang.. yeay!! Jadi, petang tu aku ajak abang round bazar ramadhan.. tengah2 syok jamu mata, tetibe hujan rintik2.. pastu, jalan laju2 macam orang slim nak pegi ke kete.. aku pikir, wah, sangat bagus untuk cepatkan bersalin ni.. jalan lagi laju.. berlagak tul..

Disebabkan abang belum ade lagi baju raye, so, aku ajak abang gi beli baju raye dia.. mula2 pusing dalam carefour, tade berkenan.. gi parkson, pun tade.. pastu gi giant, pun tade.. last2 gi kat bazar ramadhan depan terminal.. tawaf kt situ tak hengat dunia.. jumpa kawan2 abang 5 6 orang, semua tanye bile due nya, confident jawab 8/9.. dulu belum peknen, memang aku pantang la abang park kete jauh2.. kalu kete park jauh je memang muncung itik terus.. =D tapi hari tu sebab nak bagi mudahkan bersalin, rela hati cakap kat abang, parking jauh sikit la.. ngeh3!

Akhirnya dapat jugak abang baju melayu warne oren.. terus kitaorang balek umah.. jam pun dah 12 am lebeh.. so, baby hadeef tamau besday dia 03/09/10..

4 september 2010..

Aku bangun sahur cam bese.. lepas sahur, solat, ngaji, gosok2 perut sambil ugut2 baby bile nak kuar, aku pun sambung tido.. baru nak pejam mata, tibe2 rase sakit sikit2.. tengok jam kul 7.20 am.. pikir2 mesti saket tipu2 macam semalam..so, aku pun ignore je la sambil2 berlakon pejam mata.. pastu, 7.40 am rase lagi.. ish.. betul ke nak bersalin hari ni?? Pastu 7.50 am, pastu kul 8 am.. ish, taleh jadi nih.. aku pun kejut abang..

Bile gitau abang, abang terus gabra suh aku mandi nak gi hospital.. padahal selama ni, kalu aku cakap saket perut, tade nye dia nak ajak gi hospital.. aku cakap, rilek dulu.. kot2 la tipu2 je.. bile tengok jam, macam berkala je saket ni.. aku pun terus panik sama.. kah kah kah.. angkat baju kotor masuk mesin basuh.. sarungkan cadar n sampul bantal kat bilik no 2, kot2 mak ayah aku nak datang kan.. sapu sampah, kemas umah.. abang dah bising2 dah takut terberanak kat umah.. ape daaa..

Bile nak mandi, tetibe teringat baju melayu oren semalam belum basuh.. aku pun basuh baju melayu tu dulu.. cangkung weh dalam toilet.. kih kih kih.. abang lagi bising bile aku tak mandi2 lagi.. lebeh kurang kul 9 am dah siap2 nak gi spital, aku pun suh abang tunggu jap mesin basuh siap.. sempat lagi nak jemur baju.. sila contohi aku ye.. saat2 genting pun maseh lagi gagah perkasa..

So, kitaorang gerak gi hospital lebeh kurang kul 9.15am.. otw gi spital, abang sebuk ajar aku cara teran.. ajar dalam kete mane efektif kan.. pesal la tanak ajar awal2.. aku dah dengar tak dengar dah sebab dah rase makin saket.. sampai low risk, sangat saspen nak cek jalan.. mase tu takut nak wat VE lagi dari nak beranak.. kih kih kih.. ngah2 baring sambil wat CTG, datang la 3rd year medical students.. aku rase malas nak layan dah.. tapi pikir2 balek, laki aku pun dulu camtu, so haruslah kene berbakti jugak pada insan2 yang tengah blaja nii..

Tapi aku jadi hangin bile sorang datang tanye..5 minit kemudian, datang lagi sorang tanye.. 5 minit kemudian, datang lagi sorang.. pesal la tanak datang serentak bertiga n sorang je tanye aku soklan macam2.. ni datang tanye soklan same je, mane aku tak hangin.. tengah2 saket ni nasib tade slipar jepun, kalu tak, lu pikir la sendiri.. hahaha.. abang dah sengih2 dah tengok aku rimas nak layan 3 orang student tu.. cis2..

HO hari tu sangat penat sebab sangat ramai orang yg kawen bulan 12 tahun lepas nak beranak.. so, dia wat VE pun sampai tak gitau pun aku dah berapa cm.. sangat saspen di situ.. aku suh abang curi2 tengok file, abang cakap 0.5 cm.. what??? Napa harus ade titik perpuluhan bukaan aku? 0.5 cm saket dah macam ni, kalau 5 6 cm camne, 10 cm camne??

Akhirnya, rase nak tumbuk2 dada en zubir sebab dia dah salah tengok.. senanya, mase HO cek jalan, aku dah 3 cm.. berbaloi la saket sepeti tu, tapi masih managable la.. tunggu untuk admit ward, aku dah rase makin saket dah.. gelisah sikit2 macam ibu ayam hilang anak.. tanye akak sebelah sebab tengok dia rilek je, tup tup dia dah 5 cm.. waa.. sangat kagum sebab senyap, tenang je.. anak sulung jugak.. tetiba aku malu kat diri sendiri.. so, duduk la diam2 kat kusi tunggu admit ward..

Kul 11 am lebeh nurse tolak aku gune wheel chair naik ke high risk.. aku kan GDM, so haruslah kene bersalin kat high risk.. abang plak, start masuk low risk sampai ke dalam labor room, white coat macam dah melekat kat tubuh.. haha.. lesen besar tu kalu nak masuk bilik yg dilarang masuk.. duduk sekejap atas katil, doc nak wat VE.. saspen lagi sebab sangat saket wat VE.. bukaan dah 4-5 cm.. aku pun ke katil semula utk makan tengah hari..

Walaupun lauk sup ayam dengan sayur kobis, tapi langsung tak selera.. aku makan pisang je.. baru separuh makan pisang, rase saket perut nak buang air besar.. aku cakap kat abang nak gi toilet, abang cakap gitau kat nurse.. bile gitau nurse, nurse tak bagi.. sebab dia takut aku sakit perut tu sakit nak beranak dah.. nurse pun cakap nak wt VE lagi..cek2 upenye dah 6 cm dah.. terus dorang kalut.. kah kah kah.. nurse cakap blh sediakan baju baby.. wahh.. macam tak percaya oke..

Terus nurse tolak aku ke labor room.. rase cam adegan dalam drama melayu sakit nak beranak kene tolak atas katil.. malu pun ade sebab semua orang pandang.. nasib masih ayu, baring dengan sopan.. kekeke.. nurse hantar aku ke labor room 6.. pestime masuk labor room.. ohh~~ sangat lah saspen dengan alat sane sini.. mase tu jam lebeh kurang kul 12.30pm.. sakit makin kuat.. macam lawak abang ade kat sebelah dengan pakai white coatnya..

Sebab abang pakai white coat, jadi abang ade tugas duk dalam labor room.. tengok CTG la, ntah ape lagi.. bile contraction datang lagi, memang segala ayat2 Quran aku baca.. doa selusuh pun sama.. rase nak baling ke dinding mende bulat bertempek kat perut.. hahaha.. setiap kali saket aku paut lengan abang.. tetibe Doc datang cek jalan lagi.. tengok2 dah 7 cm.. so, doc pun nak pecahkan ketuban.. sebab mata sangat gatal gi tengok alat untuk pecahkan air ketuban, sampai sekarang masih terbayang2.. haha..pobia2..~~ bersambung

hari ke7 rambut dh kene tebas dengan baba..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online