:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, July 14, 2009

Kembar?

Kembar 1:

Cerita Ziana Zain mengandung bukanlah lagi rahsia dan ramai juga telah mengetahui bahawa penyanyi lagu Lembah Asmara dan Puncak Kasih itu sedang mengandungkan anak kembar.


Kembar 2:

Tahniah pada Sharifah Aleeya dan suaminya Muhammad Ashraf yang sudahpun bergelar ibu bapa dengan kelahiran anak kembar mereka pagi tadi. Leya selamat melahirkan anak-anak perempuan sulungnya melalui C-Section.


Kembar 3:

Tahniah pada Cg. Nurrul-Haniem dan suaminya Dr. Mohd Zubir yang akan menjadi ibu bapa kepada pasangan kembar laki-laki.. berita dikhabarkan apabila kedua2 pasangan suami isteri ni keluar dari klinik..


Penerangan:

Kembar 1
: Berita diperolehi dari www.gua.com.. tahniah ziana zain atas berita ini..

Kembar 2
: Juga diperolehi dari laman web yg sama.. tahniah sebab dapat kembar girl..

Kembar 3
: Berita tipu2 yang diperolehi dari sumber yang tak boleh dipercayai.. sila jangn percaya 100% sebab sememangnya itu adalah khayalan dan angan2 pasangan suami isteri tersebut.. haha..

Entri mengarut tapi kalu betul2 alangkah bahagianya hati ini.. kes jeles dengan penyanyi dan pelakon d atas yang dapat rezeki anak kembar.. nak jugak kembar..


Tuesday, July 7, 2009

Mereka Hebat..

Bersembang dengan housemate sebentar tadi membuatkan aku sangat2 kagum.. tetibe dia bercakap hal result.. fine, aku tak kesah pun nak gitau result aku berapa sebab dah tak pandai sangat kan.. muka tak malu betul.. hehe.. sebenar kagum dengan 'geng' dia.. kirenye dia pun kire pandai jugak sebab boleh kekalkan 3.5 above macam sem lepas.. aku je yang jatuh...aduh, tak berapa sakit sangat sebab jatuh tatkala hati berbunga bahagia =)

" Ado soghe dapat 4 flat.. puyi.."

Aku memang terkejut gile2 la.. sebab sem lepas memang sem yang agak berat subjeknya, tapi geng2 housemate aku nih drop utk subjek Perancangan & Perlaksanaan Kurikulum Fizik sebab nak kurangkan jam kredit.. aku yang tak sedar diri je amik.. tapi ade hikmah jugak tak sedar diri pun sebab sem ni lagi berat subjek2 nya walaupun 4 subjek sahaja.. so, kalu tengok ade orang tak sedar diri, jangan kutuk2, ade hikmah disebaliknya.. =)

Pulak tu, sem lepas kami belajar Fizik Moden.. subjek yang wat kepala otak aku jadi senget 20 darjah.. aku yang tak faham ape tentang subjek tuh, budak 4 flat tu boleh score A.. adakah patut? haha.. maksud aku, adakah aku patut membandingkan dia dengan aku.. yang tak berapa pandai nih.. oke.. then, subjek KPT yang aku pening2 nak faham, dia boleh dapat A.. Research Method tu aku tak nak bandingkan sebab 'kite' serupa.. =)

Kalu subjek Instrumentation pun aku tak nak banding gak sebab sem 5 aku dah amik lame dah.. itu pun 'kite' sama.. Bio aku tak heran budak 4 flat tu dapat A sebab dia memang rajin study.. sebenarnya, geng2 housemate aku ni majoriti semua anugerah dekan.. bukan senarai dekan.. means bukan sahaja PNGS yang 3.75 above, tapi PNGK pun same.. hebat sungguh mereka ni.. selain seorang yang 4 flat, yang lain 3.95, 3.82.. waaa,, hebat2.. aku bile?

Result aku paling tinggi pun 3.5 something.. itu pun tak dapat kekalkan.. orang cakap nak dapat senang, tapi nak kekalkan susah.. abang pun pernah cakap kat aku camtu.. so, memang aku setuju 100% sebab nak kekalkan susah.. dah la aku mungkir janji dengan abang cakap nak dekan sem lepas, tapi 'tergelincir' sikit.. kalu excident ni orang cakap hampir selamat, tapi cedera sikit di lutut.. versi mengarut.. sila jangan faham oke..

So, dengan memberi janji yang tinggi kepada abang bak gunung everest yang aku nak dekan semester ni, jadi aku kene usaha la.. lagipun kene bukti pada mak, ma dan ayah2 yang kawen tak jejas pun.. haha.. sekarang aku tengah tulis entri ni, so level semangat aku setinggi 700 m dari aras laut oke.. lepas shut down lappy aku tak tau kot dah turun level semangat ni.. haha.. Sebenarnya tengah belajar Quantum Mechanic tadi, aku ade terfikir, mampu tak nak dapat 4 flat dan ape rasenye dapat 4 flat..adakah aku sedang berangan2 macam Mat Jenin? sila abaikan ayat terakhir oke.. aku sedang berkhayal jauh.. pendek cite, aku sedang koya.. *_*

Mengapa aku katakan yang aku sedang koya? sebab utama adalah aku dah di'mention' kan oleh lecturer yang aku ade test hari sabtu ni.. menarik kan? baru masuk sem baru terus dapat test.. rugi korang tak masuk UPSI =] .. so, setelah di'mention'kan, namun diri belum sedar2.. rilek.. tak perlu tampar I punye pipi ni tau.. En.F maklumkan test tu berkaitan tentang Modern Physics.. Modern Physics ni subjek sem lepas.. adakah patut kami di test menggunakan content sem lepas.. dah berkarat tau tak.. mana ingat.. waaaa...

Dengan koya nya, aku belum lagi berkeinginan utk mencari buku Modern Physics.. dasat sungguh ni.. cari buku pun belum berkeinginan, apatah lagi utk membaca.. so, word 'koya' sesuai utk aku yerk.. dan reason kedua, aku telah di'mention'kan oleh Dr. R yang asemen 1 kene hantar week 3.. tapi kami belum cari bahan.. adakah patut berperangai seperti itu? [sila jawab dengan menggunakan silent body..] Dr. R ni rasa bahagia dengan kami.. sayangkan kami sebab tu bagi asemen banyak2.. sem depan kami dah praktikum.. haha.. adakah betul Dr. R? [mati aku kalu dia jumpe blog ni.. ya ampunnnn!!]


Tuesday, March 17, 2009

3 Tabung..

Sebenarnya mende ni dah lame belajar dalam subjek Parenting, tapi hari ni baru bercadang utk nak tulis dalam blog.. baru ni, lect ade sebut pasal menabung.. so, untuk mendidik anak2 supaya bijak menabung, sediakan 3 tabung untuknya..

Tabung pertama:
dikenali sebagai tabung pendidikan.. dia akan menggunakan duit dari tabung itu untuk membeli barang2 keperluan dia macam pen, buku dsb.. sebenarnya duit tu pun dari mak ayah mereka jugak kan?? tujuannya untuk mengajar bahawa setiap apa yang diingini biarlah dari hasil titik peluh sendiri [menabung pun titik peluh gak ke =) ] dan tidak mengharapkan bantuan mak ayah..

Tabung kedua:
dikenali sebagai tabung sedekah.. duit dari tabung ini akan digunakan untuk anak2 bersedekah.. untuk mengajar dia yang perlunya kongsi suka duka, kesenangan dan kesusahan dengan orang lain.. jika kita ada lebih, kongsi dengan yang lebih memerlukannya.. dan tibe2 aku terfikir.. anak2 kecil dia belum nampak akan ganjaran yang Allah beri jika kita bersedekah.. kita hanya bulih mengajarkannya yang jika bersedekah Allah akan bagi pahala dan anak2 kecil tidak mampu lagi untuk memahami apa itu pahala..

sebagai cadangan la, jika anak2 sanggup mengeluarkan duit dia untuk bersedekah, apa kata kita belikan dia sesuatu barang yang sama harga dengan jumlah duit yang dia keluarkan untuk bersedekah.. so, bulih laa cakap sebagai ini hadiah dari kite untuknya kerana bersedekah, tetapi hadiah Allah lebih besar dari hadiah ini.. so, mungkin dorang lebih memahami atau itu termasuk dalam high level thinking?? hehe..

Tabung ketiga:
dikenali sebagai tabung masa depan.. duit yang disimpan akan digunakan untuk keperluan di masa hadapannya.. so, nanti ade laa sedikit simpanan walaupun hanya seratus dua kan..

Memang bagus untuk dipraktikkan pada anak2.. didikan untuk jimat berbelanja.. hehe.. maklum laa.. gawat sekarang ni..

Friday, February 20, 2009

Label Baru..

Atas dasar kesedaran dari penulisan, blog ini akan bertukar temanya tidak lama lagi.. =) dan label baru akan ditambah mungkin.. Calitan Cinta is coming soon~ lalalala..

Thursday, November 20, 2008

Ajak Anak Kritis Membaca

Bila suatu kali anak Anda antusias menceritakan sebuah buku yang dibacanya, mungkin tak henti-hentinya dia akan membicarakan tentang buku itu. Itulah pertanda bahwa anak Anda tertarik dan menyukai buku itu. Maka yang dapat Anda lakukan untuk merangsang kemampuannya membaca adalah:

* Tanya padanya, apa yang istimewa dari buku itu. Mengapa dia begitu terkesan?
* Ajak anak membicarakan karya-karya lain dari si pengarang buku itu (bila membaca suatu buku dongeng atau cerita anak). Adakah kemiripannya? Apakah anak Anda juga menyukai buku-buku yang lain itu?
* Bagaimana dengan kisah serupa pengarang yang lain? Tantang dia untuk membandingkan dan mempertentangkan buku-buku bertopik serupa. Mana yang dia suka? Mengapa?
* Minta dia menceritakan kembali isi buku itu agar dia belajar membuat ringkasan.

ditulis oleh: Lianneke Gunawan dari berbagai sumber

Friday, September 12, 2008

Jika Aku Pon Ada..

Semalam tengah siapkan assignment Biologi, aku pun berbual dengan Kak Wani, room mate aku.. Dan setelah siap edit assignment tu, aku pun tanye Kak Wani dia ade tak software untuk convert dari Microsoft Word ke PDF.. Aku terfikir adalah lebih baik aku tukarkan dulu format assignment aku daripada Microsoft Word ke PDF supaya lecturer senang nak baca.. Dan tibe2 aku teringat lah yang aku pernah minta software tu dari kawan aku..

Seingat aku, software tu aku telah burn dalam CD.. Aku pun mencapai bekas CD dekat almari dan mencari CD berlabel 'software'.. CD tu tak ku jumpa.. Akhirnya aku ternampak satu CD tertulis gambar.. Aku pun insert disc dalam laptop.. Dan bile ku bukak file2 yang tersimpan dalamnya, rupenye tu semua gambar twins...

Gambar ni diambil ketika baru beberapa minit twins ni lahir..

Setelah 5 bulan dilahirkan..

Setahun kemudian..

2 tahun..

2 tahun lepas, ketika itu aku sedang belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. Memilih matrik ini disebabkan dekat dengan rumah kakak aku di Seremban.. Sejak 3 4 hari, dia sudah jarang telefonku.. Dan hari tu dia menelefon ku.. Dia kate kandungan dia bermasalah.. Dr cakap baby besar sangat, takut nanti kene bersalin secara paksa..Then, dia gitau aku nak gi refer pada specialist.. Pakar terdekat adlaah Hospital Pakar Seremban..

Seminggu kemudian, dia ade telefonku lagi dengan nada gembira. Katanya, "Kak pregnant anak ke-5 dan ke-6"..Aku dengan excitednya menjerit kat telefon tu.. Aku pun cakap, "nak jugak"..Hehee..Tak kawen lagi dah gatal nak anak.. Kakak aku pun cakap, "Suh lah si Zubir tu 'adjust'.. Dia kan Dr.."..

Aku ketawa riang.. Sepanjang temph mengandung dia aku jarang ke rumahnya..Busy sebab matrik dah masuk semester 2.. Aku kena struggle time ni sebab tak nak dapat kos 'lelong' nanti.. Tapi pernah aku pergi ke rumahnya, kesian aku tengok.. Alahan teruk sangat.. Bile aku tanye bakal suamiku, memang dia cakap pregnant kembar alahan sangat teruk.. Dan pada awal tempoh kehamilan, kalu seorang ibu itu terlalu kuat alahannya dari biasa banyak kemungkinan yang ada.. Samada mengandung anak luar rahim, kembar atau ape ntah satu lagi.. Aku dah lupe.. Hehe..

Aku sentiasa berfikir camne kalau Allah mengurniakan aku sepasang kembar jugak.. Larat ke aku nak bawak sepanjang 9 bulan dengan saiz tubuh ku yang kecil ni..Tapi aku pernah bersembang dengan kawan aku pasal ni, dia pon cakap, "Anim tak tengok ke mak kite? Mak kite kan same besar dengan anim je.. Tapi boleh je pregnant kembar..".. Aku pon ketawa jea.. Dalam hati aku berkata, alangkah bahagianya jika aku pon ada..

Saturday, August 23, 2008

'Selamat Pengantin Baru'

"Selamat pengantin baru..
Semoga kekal abadi..
Bahgia.."

Itulah bibit lagu yang famous yang biasa kedengaran bile sahaja tiba musim cuti sekolah.. Cuti sekolah je mesti akan bertimbun2 lah kad kahwin yang dihantar oleh keluarga pengantin untuk meraikan walimatul urus anak mereka.. Kepada bakal2 pengantin baru ataupun yang sudah menjadi pengantin baru, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru.. Semoga senantiasa bahagia bersama suami tersayang.. Giliran mereka sudah.. Aku??

Hahaha.. Soalan yang tidak tahu jawapannya.. Mungkin bulan depan, tahun depan, 2tahun depan atau 3 tahun depan.. Apa yang pasti, perkahwinan adalah satu ikatan yang suci dan dijalinkan daripada 2 insan yang sudah bercinta.. Perkahwinan bukan satu ikatan yang sementara malah ikatan untuk selama2 nya lebih tepat lagi ikatan sepanjang hayat kita..


Gambar hiasan


Setakat ni belum ada lagi kawan2 aku yang ingin mendirikan masjid Allah.. Mungkin dah ada tapi aku yang tak dijemput.. Cuti sekolah penggal pertama baru ni aku ada terdengar kawan aku yang dah kawen.. Tapi dia aliran agama masa kt sekolah aku dulu, jadi aku kurang rapat dengannya.. Lebih2 lagi dia pelajar yang baru daftar masuk ke sekolah aku.. Lagi aku tak kenal.. Maklumlah, kami pelajar sains kurang rapat dengan pelajar aliran agama.. Jadi betul atau tak, rasa belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat pengantin baru..

Apabila dah ramai yang bina masjid Allah, maka akan makin bertambah lah hamba Allah di dunia ini.. Semoga pertambahan hamba Allah akan menjadi aset penting dalam perjuangan Islam di muka bumi ini.. Aku pun baru juga menerima kehadiran angota baru dalam keluarga Mustaphy ni.. Bulan 2 lepas kakak aku bersalin anak ke empatnya.. Baby boy.. Ahnaf Rasydan.. maksud nama itu pejuang agama yang bijaksana..2 3 hari lepas abg kepada 'mr right' aku baru dapat anak sulung..20.08.2008.. tarikh lahir yang agak lawa jugak.. Hehehe...

Apa yang penting, perkahwinan adalah sebahagian daripada iman.. Perkahwinan melengkapkan fungsi antara lelaki dan perempuan.. Perkahwinan adalah satu 'mawaddah wa rahmah'.. Perkahwinan adalah satu keberkatan.. Tidak hairan lah bila aku tengok kakak2 senior yang kahwin mase belajar, dorang dapat score dalam final exam walau pun ada setengahnya dah ade anak 3 orang.. Hebat kan?? Tu semua keberkatan Allah..

Waallahualam...

Friday, August 8, 2008

Baby Oh Baby..

'Aniem, kak ju dah bersalin dah..6 Mei lepas.. twins boy and girl'

Aku dapat mesej ni mase aku dah selamat sampai kat umah kakak aku kat Bangi..Farah, housemate aku yang hantar mesej ni..Lagipon aku yang pesan kat dia, kalau kak ju dah bersalin gitau laa..Aku yang over excited sebenarnya especially bile dapat tau kak ju pregnant kembar..

Sebenarnya aku tak de la kenal rapat sangat pon dengan kak ju.. Aku kenal dia mase dia datang tumpang kat rumah aku mase aku duk KAB dulu.. Dia ni kenal rapat la dengan Farah, so that's why laa dia datang tumpang kat umah aku.. Save bajet, tak payah sewa hostel.. Lagipun datang sorang2, hubby tak datang, bahaya plak duk sewa sorang2 nanti..

Kak ju sampai dah lewat petang.. Mase tu aku baru bangun tido..Hehe..Baru habis lecture..Farah yang perkenalkan kak ju kepada aku..bile kak ju dah masuk bilik Farah, Farah pon bisik dekat aku, "Kak ju tu dah kawen dah. Dah pregnant pon.. Baru 6 minggu "..Aku pon terkejut jugak laa.. dalam hati, ' waaa,, beshnya'..Hehehehe..

Then, pas maghrib aku sembang laa dengan kak ju.. pernah aku cakap kat dia, "Kakak anim dulu mase 6 minggu laa Dr detect pregnant kembar.. Ntah2 kak ju pon same"..Kak ju pon balas laa, "Isy,, tak laa anim.. Dah scan tengok 1 je"..Aku pon senyum jea..

Di pendekkan cerita, aku dapat kak ju pregnant kembar mase kandungan dia dah 6 bulan.. Farah lupe nak mention kat aku..Aku pon tak hairan sangat laa sebab kak ju sendiri memang kembar, tapi kembar meninggal mase kecil..Bile dah tau kak ju pregnant kembar, aku yang excited..Hehehe..Dia datang mase bulan 3 untuk grad.. Mase tu 7 bulan, tapi perut dah 9 bulan besarnya..Macam2 kak ju cerita :

" malam2 x leh tido ngiring sebabnya kalu ngiring sebelah kanan, yang sebelah kanan akan tolak sebab rasa terhimpit..ngiring sebelah kiri, yang kiri pulak tolak..Jadi malam2 kak ju tido terlentang je laahh..Rase jugak macam semput, tapi nak wat camne.."

Aku pon ketawa je lah dengar.. kesian jugak dekat kak ju.. saiz tubuh dia lebih kurang aku je..boleh dikategorikan sebagai tubuh yang kecil jugak laa..tapi kene carry 2 babies.. dah rezeki dia..kalau aku pun aku nak.. sape yang tak nak 2 babies dalam 1 mase??

Aku dapat tau pulak kak ju dah bersalin bile Farah hantar mesej seperti di atas..Dalam hati, 'Ya Allah, Jika hamba-Mu ini layak untuk menjaga amanah-Mu dengan sempurna, kurniakanlah kepada aku kembar yang sihat dan dapat memperjuangkan Ad-din di muka bumi ini.. Amin"..

Inilah gambar twins kak ju..yang aku punye..next time kalau ade rezeki..Hehehe..


Twins boy and girl ( Dini dan Dayana)

Bestnya twins ni tidur..

Wednesday, April 30, 2008

Didiklah Permata Hatimu..

1. MUQADDIMAH

Mendidik anak adalah salah satu tanggungjawab yang paling berat yang dipikul oleh seseorang. Anak adalah kurniaan dan amanah Allah SWT kepada kedua orang tuanya.

Adalah satu tanggungjawab yang berat sekiranya kita hanya dipertanggugnjawabkan untuk mendidik mereka menjadi manusia yang berjaya di dunia ini, terutama sekali dalam suasana masyarakat yang sangat materialistik. Ini lebih memberatkan ke atas ibu bapa muslim kerana Allah SWT mempertanggungjawabkan mereka supaya supaya untuk mendidik anak nereka menjadi mukmin yang berperanan dalam Islami dan selamat dari api neraka.

Firman Allah SWT, di dalam Surah at Tahrim (66), ayat enam, terjemahannya:

“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”

Ibnu Umar berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ‘Setiap diri kamu adalah pemimpin dan ia akan diminta pertanggung jawab terhadap apa yang ia pimpin. Seorang imam adalah pemimpin, ia akan diminta pertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya (rakyatnya). Setiap lelaki adalah pemimpin di dalam keluarganya dan ia akan diminta pertanggungjawabkan terhadap yang ia pimpin. Setiap perempuan adalah pemimpin di dalam rumah suaminya dan ia akan diminta pertanggungjawabkan pula dengan apa yang ia pimpin’“

2. RUMAH TANGGA MUSLIM

Allah SWT telah berfirman di dalam Surah an Nahl (24): ayat 80, terjemahannya ialah:

“Dan Allah telah menjadikan untuk kamu dari rumah kamu rumah-rumah untuk berehat”


Syeikh Salih Uthaimeen telah menjelaskan bahawa ayat ini memberikan gambaran bahawa Allah menyebutkan bahawa Allah menyempurnakan Nikmat ke atas hamba-hamba-Nya rumah tangga yang menjadi tempat untuk memperolehi sakinah atau ketenangan. Rumah tangga bagi seorang muslim adalah tempat yang selamat dan terlindung dari kerosakan dan kemungkaran dan perlindungan dari masyarakat luar.

Rumah tangga adalah wasilah atau tapak dasar untuk membangunkan masyarakat muslim. Masyarakat muslim adalah terdiri dari himpunan rumah tangga muslim malah rumah tangga itulah asalnya. Sekiranya rumah tangga itu kukuh maka akan kukuhlah masyarakat dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga muslim adalah tapak dan dasar segala kebaikan masyarakat dan di sini bermulanya pendidikan yang sebenar dan dari rumah tangga muslimlah akan terbit kebaikan masyarakat dalam bentuk dakwah, tarbiyah dan akhlak yang mulia. Di dalam rumah tangga muslimlah bermulanya amar ma’ruf (suruhan kepada kebaikan) yang sebenarnya dan di dalam rumah tangga muslim jugalah bermulanya nahi munkar (mencegah kemungkaran).

3. PENDIDIKAN ANAK DI RUMAH

Pendidikan seorang anak bermula di rumahnya, malah bermula di dalam rahim ibunya. Perancangan untuk melahir dan membentuk anak yang beriman dan berperanan di dalam membangunkan Islam dimulai dengan niat sewaktu memilih pasangan hidup lagi.

Kata cerdik pandai:”Satu masa dulu anak2 melalui pendidikan, kemudian mereka melalui pembelajaran dan kini hanya tinggal pensijilan”.

Pendidikan yang dilalui oleh anak dengan kedua ibu bapanya berperanan sebagai pendidiknya, adalah dasar bagi proses pendidikan yang akan dilalui oleh anak itu sepanjang hayatnya. Pendidikan di tahap ini adalah sangat kritis dan akan memberikan corak syakhsiyah yang terbina di dalam dirinya.

3 perkara penting dlm pendidikan anak:

· Murabbi (pendidik)

· Manhaj (ilmu tarbiyah yg penting dlm pembangunan diri manusia)

· Biah (suasana/persekitaran) yg membantu tarbiyah

Bila patut kita mula mentarbiyah anak kita?

Syeikh Muhammad as Shabbagh berkata: “Saya pernah mendengar dari Malik bin Nabi bahawa pada suatu ketika ada seorang meminta petunjuk kepadanya bagaimana cara mendidik anak lelaki dan perempuannya yang baru saja lahir. Lalu, Malik bin Nabi bertanya, ‘Berapa umur anak perempuan itu? ‘Sebulan’, ‘Kamu ketinggalan kereta!’ jawab Malik”

APAKAH FAKTOR PALING PENTING DLM MENTARBIYAH ANAK?

Murabbi mithali - “cukup sesuatu itu ma’ruf dgn kamu melakukannya, dan cukup sesuatu itu mungkar dengan kamu meninggalkannya“

4. PENDIDIKAN KEIMANAN DASAR PENDIDIKAN ISLAM

Ibu bapa muslim tidak mempunyai pilihan lain di dalam pendidikan anak, selain dari mendidik menurut manhaj (sistem ataupun kurikulum) Islam dengan metodnya juga semestinya Islamik. Pendidikan Islam pula semestinya berasaskan pendidikan keimanan dan pembangunan ruhiyah dan pada permulaan proses pendidikan anak lagi proses penanaman imanlah yang perlu diberikan tumpuan.

Syeikh al Qaradhawi menjelaskan bahawa:

“Pertama-tama yang wajib dibina dalam diri manusia ialah IMAN. Iman bermakna menanamkan aqidah yang sahih di dalam hatinya, yang dapat meluruskan pandangannya kepada dunia ini: manusia, kehidupan, kepada Rabb alam semesta, Pencipta manusia, Pemberi kehidupan. Aqidah ini adalah aqidah yang mengenalkan kepada manusia mengenai prinsip, perjalanan hidupnya dan tujuan hidupnya du dunia ini.

Manusia harus digerakkan melalui aqal dan hatinya. Ia harus diberi petunjuk agar dia dapat meniti jalan lurus; dan dia harus digembirakan dan diberikan peringatan, agar dia dapat bergembira dan merasa takut dengan adanya peringatan tersebut. Imanlah yang menggerakkan dan mengarahkan manusia, serta melahirkan berbagai kekuatan yang dahsyat dalam dirinya. Sesungguhnya iman membuatkannya menjadi makhluk baru, dengan semangat yang baru, aqal baru, kehendak baru, dan falsafah hidup yang juga baru”.

Mujahid Said Hawwa di dalam kitabnya ‘Tarbiyatur ruhiyah’ telah menjelaskan perkara ini: “Titik tolak tarbiyah Islamiyah adalah IMAN. Allah telah berfirman, terjemahannya:

“Dan apabila diturunkan suatu surah, maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata: ‘Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surah ini?’ Adapun orang-orang yang beriman, maka surah ini menambah imannya, sedangkan mereka merasa gembira. Dan orang-orang yang hatinya ada penyakit, maka surah ini bertambah kekafiran mereka, di samping kekafiran (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir”

Surah at Taubah : 124-125

Berdasarkan hal tersebut jika kita ingin agar al Qur’an mampu menyentuh hati manusia dengan sentuhan yang benar, di mana hati boleh memperolehi manfaat dari al Qur’an, maka kita wajib mengubati hati terlebih dahulu, dengan cara menjadikan hati itu beriman dengan sebenar-benarnya. Oleh kerana itu, titik perhatian yang harus selalu menjadi pusat pemikiran dan kerja murabbi sejak awal lagi adalah ishlahul qalb (pembaikan hati).

Jadi titik tolak yang sahih adalah pemusatan pada qalbu, sehingga qalbu menjadi sihat dan baik, sebab proses tarbiyyah semacam ini sangat aman dan tenang dalam menundukkan manusia menjadi manusia, dan sangat aman untuk meletakkan dan mengeluarkan manusia dari wilayah pujukan, gangguan dan fitnah syaitan, baik syaitan berbentuk jin mahupun manusia”

Dalam menyinggung persoalan tarbiyah ruhiyah ini Dr Ali Abdul Halim Mahmud telah menulis di dalam kitabnya ‘at Tarbiyah ar ruhiyah’:

“Ruh adalah bahagian manusia yang paling mulia kerana ia adalah tiupan dari Allah SWT. Ia wajib ditarbiyah dengan tujuan untuk mempermudahkan jalan di hadapanya untuk bermakrifah kepada Allah SWT dan membiasakannya serta melatihnya untuk melaksanakan benar-benar ibadah kepada Allah.

Dr Abdullah Nasih Ulwan telah menulis di dalam bukunya yang terkenal “Pendidikan Anak Menurut Islam” mengenai persoalan menanam aqidah dalam jiwa anak. Beliau menulis

“Tanggungjawab mendidik dan menanamkan Islam dan aqidah di dalam diri anak adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Justeru itu setiap pendidik (ibu bapa /pengasuh/murabbi) penuh faham dan sedar dan melengkapkan diri apabila mengambil tanggungjawab ini. Setiap murabbi perlu faham perkara-perkara yang berikut:

(i) Bagaimana untuk memimpin dan membimbing anak untuk beriman kepada Allah SWT dan segala kehebatan Kuasa-Nya. Ibu bapa perlu mengetahui bahawa hendak membentangkan kepada anak kehebatan kuasa maha kreatif Allah yang terdapat di dalam makhluk ciptaaan-Nya. Ibu bapa mestilah membentangkan satu subjek /topik ke subjek /topik yang lain : dari kewujudan berjuta-juta jenis makhluk yang dicipta oleh Allah SWTyang boleh dilihat oleh mata kepada makhluk-makhluk lain yang tidak dapat dikesani oleh panca indera,iaitu yang berada di alam ghaib. Ibu bapa juga mesti membentangkan fakta yang khusus kepada fakta-fakta yang umum. Dari persoalan yang mudah kepada persoalan yang rumit dan kompleks. (* pendidikan anak ini perlu dilaksanakan secara berperingkat dan ansur maju. Membentuk kefahaman mereka langkah demi langkah sesuai dengan perkembangan mereka, dari sudut umur, pemahaman, pengetahuan dan kematangan). Anak-anak mestilah dididik BAGAIMANA UNTUK BERFIKIR. Mereka perlu dididik untuk berfikir dan membentuk pemahaman yang membolehkan mereka memahami, menghargai dan menghayati TAUHIDULLAH yang dirasai dan dikesani di dalam Kuasa, Iradah , Nama-nama (Asma)-Nya, Sifat-sifat-Nya dan juga Af ‘al (perbuatan)-Nya. Cara mendidik ini dibentangkan di dalam al Qur’an.

Oleh itu anak-anak dididik untuk mencapai ke tahap mereka benar-benar menyakini tanpa sebarang keraguan segala yang mereka imani, dengan nas-nas aqli dan naqli. Jika anak-anak menghirup keimanan yang diproses ini dan memahaminya sejak mereka kecil lagi, mereka tidak menjadi insane yang lain, melainkan muslim mukmin dan berkemampuan menentang dan menolak ideology-ideologi sesat. Kaedah tarbiyah ini dilaksanakan secara beransur-ansur, peingkat demi peringkat dari perkara asas dan dasar kepada perkara rumit dan kompleks di dalam Deen.

(ii) Bagaimana untuk menanam kusyu’ dan taqwa di dalam ubudiyah mereka. Ini dilaksanakan melalui proses membentang dan memperjelaskan kepada mereka kehebatan dan Kuasa Allah SWT sehingga mereka dapat memahami dan merasai Maha Hebat, Maha Perkasa dan Maha Berkuasanya Allah SWT. Tanda-tanda Maha Agung dan Maha Perkasanya Allah adalah jelas di dalam alam yang amat luas ini, yang terdiri dari makhluk hidup dan makhluk kaku, di dalam alam tumbuhan mahupun alam haiwan; di dalam warna-warna pelbagai bunga-bungaan yang dan jutaan makhluk yang

(iii) Bagaimana untuk menanamkan muraqabah dan takut kepada Allah di dalam diri anak-anak dalam keadaan apa sekalipun. Ini dapat dilaksanakan dengan mendidik ank akan hakikat bahawa Allah adalah As Sami’ (Maha Melihat) , Al Basyir (Maha Mendengar), Al ‘Alim (Maha Mengetahui), yang mengetahui segala sesuatu, setiap tindakan dan perbuatan, setiap rahsia, dan apa juga yang ada di dalam hati manusia. Hakikat ini mestilah ditekan dan diberikan tumpuan khusus pada setiap peluang yang ada. Rasa muraqabah ini akan menyebabkan anak sentiasa sedar bahawa Allah sentiasa memerhatikan dirinya dan rasa ini akan mendidik mereka untuk menyucikan niat-niat mereka di dalam amal mereka.

Penanaman dasar aqidah dapat dilaksanakan sepertimana yang telah digariskan :

· Mengajar anak menghafaz kalimat tauhid

Imam al Ghazali telah berkata ” langkah pertama dalam menanamkan keimanan adalah dengan memberikan mereka hafazan (yakni menggalakkan anak menghafaz kalimah Tauhid dan asma’ Allah)” . Ini adalah kerana proses pemahaman harus diawali dengan hafazan terlebih dahulu. Ketika anak menghafaz akan sesuatu kemudian memahaminya, akan tumbuh dalam dirinya keyakinan dan akhirnya akan membenarkan apa yang diyakini sebelumnya. Inilah proses pembenaran dalam sebuah keimanan yang dialami anak pada umumnya. Walau bagaimanapun ada juga anak yang Allah lebihkan mereka dengan tidak memerlukan mereka melalui proses pendidikan di atas. Allah telah menanamkan keimanan langsung dalam jiwanya . Proses penanaman aqidah ini dilaksanakan dengan mendidik anak menghafaz ayat-ayat yang menyentuh aspek keimanan dan sebahagian besar surah-surah yang mengandungi pembentangan persoalan iman adalah surah-surah pendek. Ini membolehkan anak-anak yang sedang memulai pertumbuhan jasad dan jiwanya mampu untuk menghafaz surah-surah pendek tersebut.

· Mendidik anak dengan Kalimah Tauhid

Diriwayatkan oleh al Hakim dari Ibnu “Abbas r.a bahawa Rasulullah bersabda “Jadikanlah kata-kata pertama yang diucapkan oleh seorang anak, kalimah ‘La ilaha Ilallah’. Dan bacakan kepadanya ketika menjelang maut, kalimah ‘La ilaha illallah’”. Para sahabat menyukai untuk mendidik kalimat ‘La ilaha illalla’ kepada setiap anak yang baru mula. Para sahabat menyukai untuk mendidik kalimat ‘La ilaha illalla’ kepada setiap anak yang baru mula berkata-kata, sebanyak tujuh kali, sehingga kalimat Tauhid ini menjadi ucapan mereka yang pertama kalinya’”

Ibn Qayyim pula berkata: “apabila anak telah mampu mengucapkan kata-kata, maka ajarkan mereka kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammadar Rasulullah. Dan jadikan suara yang pertama kali didengar oleh anak berupa pengetahuan tentang Allah. Tentang Keesaan-Nya, bahawa Allah selalu mengawasi kita dan selalu mendengar percakapan kita.

Abdur Razak telah meriwayatkan di dalam kitab Mushannaf dari Abdul Karim Abu Umayyah, bahawa “Rasulullah mengajarkan anak-anak dari Bani Hashim yang telah mampu berkata-kata , sebanyak tujuh kali dari kalimat “Dan katakanlah, ’segala puji bagi Allah yang tidak memmpunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam Kerajaan-Nya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong. Dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya”

Surah al Isra’ (17) : 11

Menanamkan kecintaan kepada Allah

Dalam proses menanam kecintaan anak kepada Allah SWT, anak juga perlu diproses untuk merasai dan meyakini hanya Allah sahajalah tempat memohon dan menanamkan juga dalam jiwa anak akan pengawasan serta ketentuan Allah dalam keseluruhan hidupnya dan semua makhluk Allah yang selainnya.

Kesimpulannya ialah “bahawasanya Iman kepada Allah itu adalah asas perbaikan anak-anak , dan pokok pendidikan akhlak dan jiwa. Tegasnya, bahawasanya tanggungjawab pendidikan keimanan ke atas para pendidik, para ibu bapa, adalah suatu tanggungjawab utama dan amat penting sekali, sebab di situlah tempat sumber segala macam kebajikan, dan tempat timbulnya segala macam kesempurnaan. Bahkan dia itulah tiang asas bagi kemasukan seseorang anak ke dalam benteng dan lingkungan Iman dan Islam. Tanpa pendidikan ini, seseorang anak itu tidak akan mahu menjalankan tanggungjawabnya, dan tidak dapat bersifat amanah, tidak tahu arah dan tujuan, tidak akan menggambarkan dirinya sebagai seorang manusia mulia.

Menanamkan kecintaan kepada Rasulullah

Secara fitrah setiap anak sebelum mencapai usia baligh mempunyai kecenderungan untuk mencari dan mencontohi seorang yang yang dianggap unggul untuk dijadikan ikutan baginya. Di dalam tarbiyyah Islam para bapa dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan fitrah mencari qudwah ini dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai insan mithali pilihan Allah SWT, yang memiliki keperibadian dan sifat-sifat yang tidak dimiliki oleh manusia lain.

Jalan-jalan menanam kecintaan kepada Rasulullah SAW

· Membacakan dan menggalakan anak menghafaz hadith-hadith

· Jelaskan kepada anak kedudukan dan kepentingan Allah mengutuskan Rasulullah dan para Rasul

· Membentangkan sirah kehidupan dan perjuangan Rasulullah dalam memimpin manusia keluar dari kesesatan

· Ajarkan dan galakkan anak salawat atas Rasulullah dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.

Rancang Ekonomi Keluarga

PERUNDING motivasi Ultra Mind Resources, Shamsuddin Abdul Kadi, berkongsi petua kewangan terutama untuk pasangan berkeluarga.

- Sejak hari pertama bergelar pasangan suami dan isteri, mereka perlu menentukan sama ada ingin memasukkan semua gaji mereka dalam akaun bersama ataupun sebaliknya.



Jika memilih menguruskan gaji secara berasingan, perlu menetapkan siapa menanggung kos bagi setiap perbelanjaan. Pastikan pembahagian dijalankan secara adil.

- Pastikan jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan daripada setiap wang gaji diterima tidak lebih daripada 70 peratus daripada wang gaji bersih yang diterima.

Ini bererti bagi setiap RM1,000 wang gaji, hanya boleh membelanjakan RM700. Hukum itu perlu dikekalkan selamanya.

- Buka dua akaun lagi bagi menempatkan 30 peratus wang gaji yang belum digunakan. Letakkan 10 peratus daripada wang gaji itu di dalam akaun satu (akaun simpanan) manakala 20 peratus lagi ke dalam akaun kedua (akaun kecemasan).

Terus menyimpan di dalam akaun kedua sebanyak 20 peratus daripada wang gaji bersih pada setiap bulan sehingga ia menyamai enam bulan wang gaji kasar.

Contohnya, jika mendapat RM2,000 bersih pada setiap bulan, perlu menyimpan sebanyak RM400 dalam akaun kedua pada setiap bulan sehingga jumlahnya menjadi RM12,000.

Apabila wang dalam akaun dua itu menyamai gaji selama enam bulan, pada bulan seterusnya pula ambil wang sebanyak 20 peratus itu untuk disimpan dalam akaun satu iaitu akaun simpanan. Setiap suami dan isteri perlu menyimpan di dalam akaun kecemasan sebanyak enam kali gaji kasar yang mereka terima setiap bulan.

  • Gunakan wang dalam akaun satu untuk melabur di tempat yang sah di sisi undang-undang. Tujuannya untuk mengelakkan wang dimakan oleh inflasi serta menjamin keperluan semasa dan masa depan terutama ketika kos barangan semakin tinggi.


  • Jangan gunakan wang dalam akaun kecemasan untuk kegunaan peribadi yang tiada kaitan dengan keperluan kecemasan. Antara kes kecemasan adalah kemalangan dan kerosakan kereta.

  • Jangan rompak diri sendiri yang lazimnya berlaku bila anda atau pasangan tidak dapat mendisiplinkan diri. Ini berlaku bila semua wang gaji dibelanjakan dan tiada wang kecemasan.

  • Pastikan diri dilengkapi pelbagai adab seperti adab masuk ke pasar raya. Apabila memasuki pasar raya, pastikan diri tidak berada dalam keadaan lapar dan masuk dengan membawa senarai.

  • Pastikan diri dan pasangan membentangkan bajet keluarga pada setiap bulan di atas meja makan untuk mengetahui perbelanjaan semasa.


  • Kesilapan dalam merancang wang gaji menyebabkan diri menanggung bebanan hutang sepanjang hayat.

  • Jangan biarkan bank menentukan masa depan dengan membiarkan mereka menentukan jumlah pinjaman yang perlu anda ambil.


  • Jangan mengambil pinjaman maksimum untuk harta yang membebankan seperti kereta. Sebaiknya ambil pinjaman yang tidak melebihi empat tahun.

  • Terus mendalami ilmu kewangan kerana setiap hari ada pelbagai perangkap kewangan yang mampu menyebabkan diri merana sepanjang hayat. Beringat sebelum kena terutama kad kredit dan skim ansuran mudah yang mampu menjadikan diri hamba kepadanya sepanjang hayat.
  • Kuku Lambang Keperibadian

    SELAIN wajah, kulit dan rambut, bahagian tubuh yang mampu menyerlahkan lagi kejelitaan wanita adalah kebersihan dan kecantikan kuku.

    Ramai yang sering terlepas pandang untuk memberi perhatian seimbang kepada penjagaan kuku tangan dan kaki.


    Hakikatnya, tidak ramai sedar penjagaan kuku sama penting dengan muka dan badan. Kuku menjadi lambang imej yang mencerminkan keperibadian dan tahap kebersihan seseorang.

    Justeru, secantik manapun seseorang wanita, jika kuku nampak tidak bermaya, rosak atau bertukar warna, pastinya akan mencacatkan keseluruhan penampilan diri.

    Untuk mendapatkan kuku yang sihat dan menawan, salun eksklusif Amante di Aman Suria Damansara, Petaling Jaya yang dibuka tiga tahun lalu, menawarkan penjagaan rapi dan rawatan spa kuku dalam suasana persekitaran mewah, penuh selesa serta santai.

    Tidak seperti salun kuku lain, menariknya, bagi wanita Muslimah yang menjalani rawatan spa dan tidak memakai pewarna kuku, Amante yang bermaksud ‘kekasih’ dalam bahasa Sepanyol turut menyediakan khidmat mengilatkan kuku secara percuma.

    Kehadiran rangkaian jenama pewarna kuku dan produk berkualiti OPI yang digunakan Amante untuk membersih, melembap, merawat serta membelai kuku tangan dan kaki memudahkan wanita terutama mereka yang sering kesuntukan masa.

    Apa salahnya melaburkan sedikit masa dan wang untuk melakukan rawatan penjagaan intensif kuku. Selain memotong, membersih dan mengilat kuku mengikut cita rasa pelanggan, teknik mencuci, sental serta resapan vitamin diaplikasikan.

    Pengusahanya, Melanie Kam, berkata bagi membuang kotoran dan sel kulit kering, kulit kaki serta tangan disental sementara kedua-dua anggota itu juga dilembapkan dengan krim rawatan bagi mengurangkan kesan kedutan selain melembutkan lagi tekstur kulit.

    “Selain spa, paling penting wanita yang ingin mendapatkan kuku cantik dan seksi perlu mewarna kuku dengan rona warna bersesuaian dengan kuku dihiasi motif menarik dan kristal berkilauan serta bentuk tiga dimensi.

    “Di samping koleksi warna klasik, kami mempunyai warna mengikut aliran fesyen semasa dan koleksi musim. Jika pelanggan tidak pandai memadankan warna lembut dan garang mengikut kesesuaian baju serta majlis, kami sedia membantu,” katanya.

    Permintaan tinggi untuk rawatan spa kuku juga membuatkan Amante semakin popular khususnya di kalangan pelanggan di sekitar Damansara.

    Selain menyediakan khidmat spa kuku, Amante antara lain menawarkan rawatan muka, urut aromaterapi, urutan batu hangat serta rawatan mengempiskan perut dan punggung.

    Melanie turut memiliki sebuah lagi salun di Bandar Bukit Tinggi 2, Klang dan bercadang membuka tiga salun iaitu di Mont Kiara, Petaling Jaya dan Taipan, Subang, tahun ini.



    >Info

    Petua menjaga kuku:

  • Amalkan penjagaan kuku yang rapi dengan kerap membasuh, mengering dan melembapkan kuku tangan serta kaki dengan krim rawatan dan losen.

  • Kerap mengurut bahagian kutikel supaya kuku tangan tumbuh dengan baik, tidak mudah rapuh dan patah serta sentiasa kuat. Kuku kaki pula perlu disental untuk membuang kulit keras.

  • Jangan memotong kuku terlalu pendek atau mengorek cekam.

  • Elakkan tabiat menggigit kuku kerana ia akan memburukkan bentuk kuku.

  • Sesekali belanjakan wang dan masa untuk melakukan rawatan spa agar kuku sentiasa sihat dan kuat.

  • Bagi wanita Muslim yang tidak mewarnakan kuku, boleh mengilatkan saja kuku untuk lebih menawan.
  • Jaga Makan Hidup Ceria

    KEKURANGAN khasiat di dalam tubuh tentu memudaratkan diri.

    Contohnya, osteoporosis berlaku akibat kekurangan kalsium. Untuk mengatasinya, amalkan pengambilan beberapa kelompok makanan seperti susu, produk tenusu, sayur-sa yuran berdaun hijau, ikan sardin dan kacang soya, seperti disarankan dalam buku Resipi Sihat, Pilihan Bijak terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia.


    Kekurangan zat besi pula bukan saja dikaitkan dengan anemia malah ia boleh menyebabkan seseorang kurang kemampuan untuk bekerja dan belajar. Selain itu, kekurangan khasiat berkenaan boleh meningkatkan risiko kematian ketika kehamilan dan kelahiran anak.

    Zat besi lazimnya diperoleh daripada hati, kuning telur, daging tanpa lemak dan sayur-sayuran berdaun hijau.

    Masalah sembelit secara kronik sering dikaitkan dengan kekurangan pengambilan serabut. Malah, kekurangannya juga boleh menyebabkan masalah lain seperti penyakit salur usus dan buasir serta meningkatkan risiko penyakit jantung serta kencing manis.

    Makanan yang mengandungi serabut pula boleh didapati di dalam kekacang kering, kekacang, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Kekurangan iodin dalam tubuh pula boleh menyebabkan masalah seperti beguk serta bengkak pada kelenjar tiroid. Iodin banyak didapati menerusi makanan laut seperti tiram, ikan, lala, udang galah dan ikan sardin serta rumpai laut.

    Kekurangan zat terbabit juga berisiko untuk meningkatkan kadar kematian bayi dalam kandungan, kadar keguguran dan kematian bayi di samping penyakit berkaitan saraf dan otot di kalangan kanak-kanak.

    Tuesday, April 29, 2008

    Bahagianya Seperti Ini..

    Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boleh jugak baca untuk knowledge

    1. Anggap pasangan seperti diri sendiri

    Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

    2. Isteri bukan pembantu rumah

    Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

    3. Isteri adalah manusia

    Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

    4. Ingat tarikh penting

    Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.

    Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti ‘terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini’

    5. Bantu ringankan tugas isteri

    Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

    6. Bawa isteri berehat

    Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills.
    Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

    7. Ciuman khas untuk isterimu

    Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

    8. Beri pujian kepada isteri

    Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

    9. Dengar pendapat isteri

    Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui ‘gosip’ pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

    10. Penuhi hajat isteri

    Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

    Selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya……….

    50 rangsangan mudah menjadikan anak bijak

    Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

    1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.


    2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

    3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakikan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

    4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
    5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

    6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.


    7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.


    8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.


    9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

    10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

    11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

    12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

    13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

    14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

    15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

    16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

    17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

    18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

    19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

    20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

    21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

    22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
    23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

    24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

    25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

    26. BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

    27. RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

    28. CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

    29. BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

    30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.

    31. GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

    32. JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

    33. KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

    34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

    35. TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya

    36. TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

    37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

    38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

    39. MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

    40. MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

    41. BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

    42. MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

    43. AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
    44. HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

    45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
    46. PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

    47. CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

    48. MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.


    49. MAIN “TIRU-MENIRU”. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda.
    Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

    50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN. Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

     

    blogger templates 3 columns | Make Money Online