:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan Daripada Kami..


Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru, CIKGU..

C - Celik
I - Insan
K - Kerana
G - Guru
U - Unggul

Akronim di atas selalu je jumpe kat UPSI.. jalan kat corner mana2 mesti ada banting yang tertera perkataan C.I.K.G.U.. tak pelik la kan sebab UPSI memang melahirkan para pendidik.. walaupun lambat sehari entri ni ditulis, tapi better late than never.. haha..

Kebanyakkan sekolah sambut hari guru hari ni.. maka, berdozen2 la hadiah yang budak2 akan bagi pada cikgu.. walaupun hadiah itu dibeli dari kedai Rm 1.99, tapi ianya amat bermakna oke.. kadang2 cikgu tak nak pun hadiah, cuma nak kan ingatan ucapan dari budak.. itu sudah memadai 'membayar' segala keringat n penat lelahnya mengajar kite.. betul!! aku merasainya sendiri..

Tapi, zaman sekarang memang dah banyak berubah... cerita kakak aku, sambutan hari guru jadi sambutan hari pelajar.. budak bukan saja susah nak wish pada cikgu, bukan nak ucap terima kasih, tapi di 'show' kan segala bagai ketidakpuasan hati mereka terhadap cikgu.. pada mereka yang BUKAN dalam bidang perguruan, ini lah adalah realiti anak didik kita sekarang...

Tahun lepas, tragedi di salah sebuah sekolah di Terengganu.. budak2 baling mercun ke arah kereta2 cikgu pada Hari Guru.. masya ALLAH.. cerita lain, kat KL.. budak2 letak mercun dalam enjin kereta cikgu pada hari Guru.. alhamdulillah, selamat la pihak sekolah cepat bertindak.. kalau tak, satu row kete2 cikgu habis terbakar.. Itu la cabaran jadi CIKGU hari ni.. semua kerjaya ada cabaran masing2.. dan ini adalah sebahagian cabaran CIKGU..

Di kesempatan ini, kami (Anim & Zubir) ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang pernah mengajar kami suatu ketika dulu.. tanpa CIKGU, siapa lah kami..

p/s: sudahkah anda mesej kepada cikgu2 untuk ucap SELAMAT HARI GURU?



Thursday, May 13, 2010

Akhirnya..

Ehem2.. testing 1..2..3.. testing 1....2....3...
anda di belakang sana, boleh dengar suara saye tanpa microphone??
microphone mcm rosak oke..hihi..

Saya NURRUL-HANIEM BT MUSTAPHY,
no matrik : D20061026497 ..
no i/c: 870428-xx-xxxx

ingin memaklumkan kepada anda bahawa saya sudah tamat sesi pengajian saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terchenta itu dengan jayanya.. alhamdulillah.. setelah menghempas pulas [hempas pulas la sangat.. studi selalu last minit.. haha], studi sungguh selama 4 tahun untuk mendapat ijazah dalam bidang pendidikan, akhirnya saya sudah berada di garisan penamat oke..

Dengan itu, saya dengan senang hati sekarang sedang menunggu surat untuk konvokesyen yang dengar khabar2 angin akan di buat pada bulan 11.. insya ALLAH, akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Fizik)..

Dengan lafaz bismillah.. saya merasmikan bahawa saya sudah tidak menjadi STUDENT lagi.. huhu..

p/s: lebih excited tunggu baby lahir lagi dari surat konvo ^_~
p/s 2: tibe2 tak percaya, sebab akhirnya tamat belajar dalam status sudah menjadi isteri dan bakal bergelar ibu.. padahal, perancangan dulu mau kawen selepas aku tamat praktikal bulan mei 2010.. perancangan ALLAH Maha Hebat.. tiada siapa yang tahu..






Saturday, January 16, 2010

Hepi Besday Sayang!!

Sebenarnya, banyak mende yang aku nak gelak jahat kat abang.. ngeh3.. first2, memandangkan 16.01.10 besday abang, 'anak2 angkat' kami yang tidak sah yakni kucing telah menghadiahkan 'sesuatu' yang istimewa untuk abang.. kami baru balik dari Trg n bawak sekali ayahanda dan bonda jalan2 ke kuantan.. al-kisahnya, lebih kurang pukul 11.10pm kitaorang keluar jap gi UIA untuk kutip duit kereta sewa..



Abang bukak pintu rumah then abang cakap apa bau masyam2 ni.. dek kerana abang memang kurang peka terhadap persekitaran, aku gak yang nampak 'sesuatu' istimewa dari kucing untuk abang.. yang bes nye, abang dah terpijak..yerk!!!! aku gelak jahat gile kat abang.. aku cakap, kucing bagi hadiah, abang kene terima ^_~ muka abang yang sangat bengang akhirnya mampu ditenangkan oleh isteri tersayang =P



2nd plak, abang demand hadiah yang mampu-mengurangkan-berat-badan dia.. sebenarnya, aku dah bagi hadiah besday dia.. kasut jogging wehh.. before sale RM 5++.. after sale bulih la lebih kurang RM170.. lepas tu, mengada2 cakap aku dah janji nak bagi dia dumbell.. isy, geram aku.. pastu, bagi mengelakkan duit aku melabur ke arah yg bukan2, aku buat syarat.. abang nak dumbell boleh, tapi kene turun dalam masa 5 kg.. dengan nada megah, dia cakap, senang je..



Aku sengaja bagi syarat camtu sebabnya seminggu kitaorang pulang bercuti di kampung.. dah tau, kat kampung abang memang takkan boleh dietnya.. lebih2 lagi bile balik rumah mak dia, demand nak makan macam2 sebab aku malas nak buat, dia demand dengan mak dia.. ngeh3...lagipun selalu puji masakan mak dia sedap.. macam lah masakan mak aku tak sedap.. aku heran gak, masakan aku tak pernah pulak dia puji sedap.. apa ke halnya? hahaha..



Dan yang last, paling aku tak leh blah.. disebabkan dah jadi laki bini, aku tak sempat nak beli kad besday dia secara haram sebab selalu gi mana2 dengan dia... pastu, terpaksa la taip mesej walaupun tuan punye badan ada kat sebelah.. bile bunyi mesej, dia pun baca.. first2 ayat yang dia cakap,

"eh, abang dah 23 ke?"



Gelak aku sebab ayat dia tu.. aku cakap, habes tu abang nak umur 18 tahun ke? aling tukar mesej eh.. hahaha.. boleh tak sedar dia dah TUA.. kuikuikui.. then, aku cakap kt abang.. bes la abang, tahun ni dapat hadiah besday yang paling istimewa.. ngeh3..



Dan yang terakhir, untuk abang..

HEPI BESDAY SAYANG SWEET 23.. Semoga ALLAH panjangkan umur abang.. Semoga abang dimurahkan rezeki.. dan yang paling penting, semoga ibadah abang semakin bertambah seiring dengan pertambahan usia abang.. thanks sayang atas segala2nya..



Sunday, January 3, 2010

Untuk Abang Sorang..

Opppsss!! rase kejam plak title "untuk abang sorang".. untuk semua kawan2 abang la 11th colony, wishing U da best of luck yea.. buat yang terbaik..

Untuk My Sayang,
Buat yang terbaik ye.. semoga abang dipermudahkan menjawab soalan exam esok.. dan untuk lusa (hari selasa), smoga ALLAH bagi pada abang patient yang boleh bagi kerjasama, Dr yang amat murah dalam pemarkahan dan diberi kelancaran me'muntah'kan segala ilmu di depan Dr.. huhu.. ayat mengarut mengaban.. tahap bosan gile duk kat CC nie..

*&^%$#

Tuesday, November 3, 2009

Doa Itu..

" Ya ALLAH, permudahkanlah hambaMu ini menduduki imtihan duniaMu.. jadikanlah debaran di jiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhaMu.. dengarilah rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmuMu.. terimalah air matanya sebagai penyejuk kemurkaanMu.. belailah jiwanya di saat dia terkulai lemah agar terhindar dia dari mengharapkan selainMu.. amin."

Thanks to rumate aku.. dia bagi mesej ni mase aku nak present tesis.. dan saje aku nak abadikan dalam blog neh.. jika doa ini dibiarkan dalam mesej,lame2 akan delete.. jika doa ini diabadikan dalam blog, insya ALLAH selagi blog ni tak di delete, selagi tu la akan wujud sampai bile2..

Kepada kawan2 yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi, selamat menduduki peperiksaan akhir semester.. jadikan semester ni lebih bagus daripada semester lepas.. sebenarnya pesanan utk diri sendri =)

Monday, November 2, 2009

Tahniah..

Sekarang minggu exam..1 buku pun aku tak sentuh lagi.. penat sangat2 tubuh ni ngantuk.. travel hari Jumaat dari TM ke Kuantan.. petang Jumaat balik ke Trg.. duk sampai hari ahad.. hari ahad balik ke Kuantan.. hari isnin pagi balik TM.. hajatnya terus nak print tesis bile balik TM, tengok2 margin lari pulak.. tak ikut spesifikasi tesis..adoiyya.. doa

Itu je yg aku nak cite.. siul haha.. ape tahniah tu? sebenarnya tahniah untuk dua perkara.. aci tak aku tulis tahniahs..

Tahniah 1:

Tahniah untuk kakak kedua aku yang telah dipanggil oleh ALLAH ke 'rumah'-NYA.. maksudnya pegi Mekah la.. aku balik Trg pun sebab nak jumpe dengan dia la.. aiseh, rasa sedih sangat masa peluk dia.. sebak pun ade.. mujur aku tak sempat hantar ke airport.. kalu tak, lagi bercucuran air mata.. ohhh~aku sangat senang mengalirkan air mata.. nangih mase buat tahlil antara keluarga, baca yassin pun aku dh sebak.. tapi cover beb.. takkan aku nak nangis sorang2.. haha..

Tahniah 2:

Tahniah untuk abang ipar aku iaitu abang kelima zubir kerana telah selamat menyambut ketibaan mujahid Islam di dunia ini, insya ALLAH.. pengalaman kak salmi mengandung sangat la perit.. rasenye 3 bulan pertama tu selalu masuk ward.. sampai kan bulan kelima pun ade lagi kes kene tahan ward.. now, dh selamat jadi ummi pada hari ni.. bang, kite bile lagi?? hihi..sengihnampakgigi

Tahniah tambahan:

Tahniah kepada diri sendiri kerana telah berjaya menamatkan zaman pangajian di muzium pendidikan ini.. haha.. first time aku gune istilah ni.. saje nak war-warkan, kampus utama UPSI sudah dimaktubkan sebagai muzium pendidikan.. aku jadi warga muzium wehh..jangan tak tau..takbole cuma, sekarang tunggu habes exam 3 papers lagi.. hoho.. juga, tahniah kepada fizikal aku yang telah kuat mengharungi perjalanan berulang alik dari TM-Kuantan yang bukannya dekat okeh.. lepas ni no more beli tiket ke Kuantan lagik.. yahuuuuu!!menari

p/s: ada mase 2 hari setengah untuk pulun baca Classical Mechanics.. ya ALLAH, berikanlah kekuatan pada hamba-Mu ni.. berikanlah yang terbaik untuk ku..


Saturday, October 17, 2009

Good Luck Sayang..

Entri khas untuk mr hubby aku..

GOOD LUCK SAYANG..


Semoga ALLAH memberi abang ilham ketika menjawab soalan.. awal ke aling wish? awal satu hari je kan? abang pun final exam hari Isnin.. sementara masih ada waktu ni, sebab tu aling wish utk abang..


Ingat tau, janji abang pada Ma.. mahu buktikan pada Ma, walaupun sudah berkahwin, walaupun sudah ada bini, walaupun tanggungjawab sudah bertambah, walaupun bebanan kerja cari nafkah makin meningkat, walaupun dalam keadaan bersedia untuk nak sambut anak [macam pelik je bunyinya..hihi], dan walaupun apa pun, result abang still maintain oke.. malah, kalu makin meningkat lagi bagus kan sayang??


Kalu dulu2, kita masih serabut dengan urusan kelulusan nikah-kawen di pejabat PAMA, tapi sekarang, abang dapat rasakan kita sudah tenang untuk mencipta kejayaan di dunia kan? Malah, walaupun pelbagai dugaan yang diberi ALLAH, kita masih diberi ganjaran dengan kejayaan lagi.. terima kasih ya ALLAH..


Semoga abang mendapat kecemerlangan untuk exam kali ni.. aling tau, abang sedikit cuak sebab ni exam yang first untuk clinical year.. tapi, aling kenal abang.. abang tak pernah goyah walau sekali pun.. percaya lah abang, kecemerlangan abang bukan sahaja buat Ma dan Ayah bangga, malah Mak dan Ayah aling pun bangga.. bukan setakat keempat-empat orang tua kita yang berbangga, tapi kami pun bangga dengan abang tau..[sila jangan berkerut dahi bile membaca perkataan 'kami'.. itu aku refer untuk aku dan anak2 ku..]


Semoga setiap dalam exam itu abang mendapat ilham dari ALLAH.. walaupun secara zahirnya, 'ilham' kita tak wujud lagi kan sayang.. ngeh3..[lama aku tak gelak camni..].. oke sayang.. buat yg terbaik tau untuk hari Isnin dan hari Rabu..hari Rabu jangan gi lambat2 ke hospital sebab abang orang first yang kena examine patient..

p/s: aku dan abang sangat suka nama Ilham..


Wednesday, September 23, 2009

Amik2.. Ini Untuk Kamu!

STICKY MODE ENTRY

~Entry selanjutnya, exercise jari anda lebih sikit untuk scroll down.. hua*hua*hua..gelakguling

[sila amik.. jangan malu jangan segan ye..]

Aku dengan berbesar hati, seikhlas dan sejujurnya ingin menghulurkan e-kad ni kepada anda.. comel tak? Kui..kui..kui.. kes designer kad yang masih belum ditauliahkan kepakarannya, jadi e-kad itu kurang sempurna walaupun hakikat alam memang terserlah ke’purple’annya ^_~.. warna itu adalah tema raya kami pada tahun ni..celebrate
E-kad ini kami hulurkan kepada:

+ Mereka2 yang sudah menjadi followers blog ni (54 orang) setakat ini..
+ Kawan2 bloggers yang link kan kami diblog mereka..
+ Mereka2 yang menjadi silent reader blog ni setelah sekian lama..
+ Mereka2 yang saya link kan blog nya di blog ni..
+ Pembaca yang sentiasa mengikut perkembangan blog ni.. jika anda tiada blog@friendster@facebook, anda boleh la buat simpanan e-kad ni dalam laptop anda..

p/s: tuan tanah blog ni amat bermurah hati memberi e-kad ni kepada sesiapa yg berkenan.. disebabkan bulan pose, ia amat digalakkan untuk bersedekah.. angel


Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri..


SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA PEMBACA SETIA BLOG NI..


MAAF ZAHIR DAN BATIN..


SEMOGA SYAWAL KALI INI MEMBERI SERIBU SATU MAKNA DALAM HIDUP ANDA..




P/S: entri ditulis oleh org yg sangat malas nak updet blog.. huhu.. tak pe, lawa gak kan? aku siap kaler2 lagi.. haha.. aku bercuti.. valid until 29/9/09..



Sunday, May 10, 2009

Kepada Insan Bergelar Ibu

Short entry oke??

Kepada semua insan yang bergelar ibu di dunia ini especially orang yang paling rapat dengan anim..
  1. Hajjah Zainun bt Bilal Ismail (my mom!)
  2. Hajjah Fatimah bt Omar ( my mother-in-law to be!)
  3. Mama-Puan Norizan bt Haji Mustaphy ( kakak sulung)
  4. Ibu-Puan Rusidah bt Haji Mustaphy (kakak kedua)
  5. Ummi-Puan Nomazihah bt Haji Mustaphy (kakak ketiga)
Selamat Hari Ibu
"Dalam dunia menjadi ibu, insan ini hanya memikir kan 2 perkara sahaja, untuk anaknya dan suaminya.."

Adakah ianya betul?? Tengok pada ibu anda masing2.. jika dia tidak menyebut tentang suaminya, pasti nama anaknya yang disebut.. dan kepada kawan2 bloggers yang telah menjadi ibu..

  1. Kak Mursyida (mama balqis)
  2. Kak Marhamah (ummi ilham)
  3. Kak Mawaddah (ummi kepada baby boy!)
  4. Kak 'Atiqah (ibu kepada baby.. dun know jantina anaknya!)
  5. Kak Aini (ummi Abdullah Syaakir)
  6. Husna (ummi huraiyah)
Rasa macam dah cukup.. sorry, jika anim terttinggal nama ek..for me, anugerah paling berharga dalam diri seorang wanita apabila ianya telah ditabalkan menjadi seorang IBU di atas dunia ini..

p/s: geram dengan internet kt rumah.. lambt macam siput!

Sunday, April 26, 2009

Best Of Luck

Tengah2 study, diri ini teringatkan bakal suami yang akan menghadapi end block exam yang terakhir untuk tahun 2 ni pada 28 April [my besday!! tak wish siap..].. oke.. wishing u the best of luck yea.. pesanan dari penaja:
  1. Jangan banyak tidur..
  2. Jangan kuat kerja..
  3. Tensen2 jangan makan banyak..
  4. Buat yang terbaik..
  5. Naikkan ranking dalam batch..
  6. Please.. hadiahkan distinction untuk ma, ayah dan bakal isteri mu.. oke ke zubir?? hehe..





Sunday, April 5, 2009

Special Congrate For IzuQila..

Walaupun kite tak pernah jumpe, tapi ukhuwwah tetap ada kan.. i'm glad to wish special congrate to both of U.. tahniah di atas kehadiran orang baru walaupun baru beberapa minggu dalam rahim mamanya..

To Izu dan Qila;
  1. Semoga kebahagiaan korang semakin bertambah dengan kehadiran baby..
  2. Izu, jage Qila baik2.. =] first trimester tuh kene jage kandungan leklok.. jangan buat kerja berat2 tau..
  3. Qila, kene banyak kan rehat.. tak yah kije lagi part time.. huhu.. kasi Izu sorang penat2 wat kije.. kui2..
  4. Pape pun, tahniah la..
p/s 1: Kan hari tu anim dah cakap, rezeki bertambah tu bermakna rezeki untuk anak..
p/s 2: Pelik+kelakor panggil mama dan walid.. huhu..
p/s 3: Aii.. pandai rancang tak nak bagi Qila extend =P

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online