:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, January 31, 2010

Semua ALLAH Dah Tetapkan..

Bila aku merenung kembali detik2 nak kawen dulu, start dengan penetapan tarikh nak kawen, berapa mas kawen, berapa hantaran, majlisnya camne, hati aku buat 1 kesimpulan, semua yang terjadi ALLAH dah tetapkan yang TERBAIK..



Sebenarnya, kalu ikut perancangan MIL, kami akan 'dikahwinkan' bile abang dah habis belajar.. means 2012.. lame lagi kan.. setelah berbincang kedua2 pihak, tarikh nak kawen diawalkan lagi 2 tahun, maknanya tahun 2010.. bile aku tamat saje belajar, kami akan 'dikahwinkan'.. mase tu, aku dah betul2 hepi sebab at least dapat jugak kawen awal 2 tahun dari tahun 2012.. nak tunggu 2012 tu lame weh..



Kami tak pernah pun nak mengimpikan tarikh2 kawen yang comel, yang lawa, yang senang untuk diingati.. tapi, bile nak fikirkan pasal posting cikgu nanti (walaupun suami belum bekerja, insya ALLAH akan dipertimbangkan oleh KPM), kami masih berbincangkan untuk 'dinikahkan' lebih awal lagi.. perancangan MIL nak buat majlis kami pada akhir tahun 2009, tapi keluarga aku mintak pertengahan tahun 2009.. maka, tarikh ditetapkan 06.06.09..



Masa penetapan tarikh tu, tak bincangkan pun lagi dengan tok kadi.. bile ayah aku bincang, 06.06.09 penuh sehingga kena nginjakkan awal 3 hari, jadilah 03.06.09.. padahal, kami tak pernah terpikir pun akan 'dikahwinkan' pada tarikh itu (sesetengah orang dah aim nak tarikh mana2 kan)..



Apa yang membuatkan aku ingat balik rentetan2 kami untuk diijabkabulkan adalah sebab kawan aku mesej tadi.. dia cakap, insya ALLAH majlisnya 14 Feb 2010.. aku sedikit terkejut.. sebabnya, dia pun mengalami masalah sama dengan aku dulu.. Bakal MIL dia nak lewatkan tarikh pernikahan beliau n tunangnya.. rancang bakal MIL dia bulan 6.. kawan aku n tunangnya rancang nak bulan 3..



Bile dibincangkan2 dengan kedua2 pihak, akhirnya bulan 2 jugak yang terpilih.. alasan sebab raye Cina semua adik beradik boleh balik.. so, aku boleh simpulkan di sini, semuanya ALLAH dah tetapkan.. kawan aku baru dapat kelulusan dari pejabat agama hari Ahad minggu lepas.. ade mase 2 minggu je lagi nak setelkan untuk majlisnya..



Tapi, bile semua ALLAH dah tetapkan, dia pegi tempah pakej kawen still available utk dia.. kebiasaanya, musim cuti agak panjang ni ramai kawen, dah penuh dah booking.. pegi jumpe tok kadi tanye masih available tak 14 Feb, tok kadi kate masih kosong.. aku dulu, booking 3 bulan sebelum kawen pun, 06.06 tu dah penuh..



So, bile aku tengok kes dia ni, aku jadi terpikir, kalu ALLAH izinkan, akan terjadi la camtu.. kite ada hak untuk merancang, dan ALLAH juga merancang, tapi perancangan ALLAH yang terbaik.. =)



p/s: kepada kawan2 yang masih merancang untuk kawen, apalagi, dalam masa 2 minggu ni sempat lagi tau nak wat majlis.. ngeh!



Friday, January 29, 2010

5 Tekun n 4 Rajin..

Semalam aku dah janji nak cite pasal 5 Tekun neh.. budak2 kelas paling last, dan memang bukan sedikit nakal, malah banyak! first time aku relief kelas ni.. sebelum aku masuk kelas tu, dah ada jugak cikgu praktikal yang relief kelas tu jugak.. so, aku dah tengok akan kesusahan beliau mengawal kanak2 yang mengaku masih ribena lagi.. boleh bayangkan tak, time ujian pengesanan mereka boleh berbincang..



Time aku melangkah masuk, aku dah agak dorang akan mainkan aku sebab tubuh yang tak cukup inci =) .. tapi tak pe, dia tak kenal sape aku.. ini bukan setakat semut api yang kecik, tapi boleh jadi anak singa jugak tau! aku relief untuk subjek Sains.. tau2 la kan, subjek Sains ni subjek yang dorang tak minat, susah nak paham..



First2 aku masuk, muke bukan setakat jadi macam singa tapi mix dengan harimau sekali.. arahan aku yang pertama;

"duduk tempat masing2.. selagi tak duduk, selagi tu cikgu tak agihkan kertas dan kebulurlah awak dalam kelas ni tak bleh rehat.."


Alhamdulillah, 2 kali jerit mereka dah boleh dengar.. [bese kalu kelas belakang ni, akan amik masa 8-10 minit nak suh mereka diam.. cam aku semalam, lebih kurang 5 minit mereka duk kat tempat masing2 dah.. so, senang kerja aku.. arahan kedua aku;

"Peraturan cikgu, jika cikgu yang jaga kamu time exam, jangan ada perasaan nak tiru kawan kamu.. tidak dibenarkan sama sekali.. "


Lepas je aku cakap camtu, dengar la sound effect kat belakang.. "waaaaaaaa..." yang berjaya dilaungkan oleh beberapa orang budak laki.. aku pandang n tenung.. "sape yang buat sound effect tadi.. meh cikgu nak cili.." Mereka diam..



Bile mereka diam, aku teruskan arahan ketiga;

"jika saya dapati kamu meniru kawan kamu, bersembang, berbincang, saya tidak akan teragak2 lagi untuk koyakkan kertas kamu depan mata kamu sendiri.. sesiapa yang berminat untuk kertas dikoyakkan, dipersilakan meniru.."


Time aku cakap camtu, semua diam weh.. takut agaknya.. aku sebenanrya bukan nak buat betul2 pun.. tapi mereka2 ni tak leh diberi muka.. kalu la sebelum aku tadi, cikgu praktikal lelaki pun dorang mainkan, apatah lagi aku cikgu praktikal perempuan yang cute miut ni.. ngeh! Time jaga mereka exam, melilau mata aku pandang depan belakang kiri kanan.. 100% tak der peluang mereka nak tiru..



Kadang2 aksi mereka lucu gak sebab duk termenung fikir nak jawab Sains tu.. tu la, sape suruh tak study kan.. sam gak macam aku masuk kelas 4 Rajin.. 4 Rajin ni kelas ke berapa ntah.. tapi bukan kelas yang amik Sains n Perakaunan.. kelas yang ke4 kot dari ke7.. mereka pun lebih kurang nakal apatah lagi time aku jage exam tu masa yang kedua terakhir.. arahan still sama, cuma aku tambah cikit.. aku cakap camni;

"jika saya dapati kamu meniru kawan kamu, bersembang, berbincang, saya tidak akan teragak2 lagi untuk koyakkan kertas kamu depan mata kamu sendiri.. sesiapa yang berminat untuk kertas dikoyakkan, dipersilakan meniru.. kelas tingkatan 5 tadi saya dah koyakkan 2 kertas.. kalu nak tengok kertas kamu jadi camtu, boleh la meniru.."



Sebenarnya, aku tak koyak pun kertas mereka.. bukan niat nak ugut sangat pun depa ni.. kadang2 kesian.. tapi demi untuk kepentingan cikgu gak.. kang depa ni semua bising, bincang time exam, aku gak yang tensen2, melalak, melolong n menjerit mintak mereka diam.. kan? kan?



Thursday, January 28, 2010

Maafkan Mama Sayang..

Hari ni hari memenatkan aku.. penat maybe sebab aku pregnant kot sebab aku tengok orang lain oke je walaupun relief kelas sama banyak dengan aku.. ataupun kepenatan mereka tidak sejelas kepenatan aku.. kepenatan aku nampak cam mengada2 sikit.. ngeh! sekolah aku hari ni ade buat Ujian Pengesanan 1.. skolah ni dia buat sistem peperiksaan macam kat U.. ade peratus untuk setiap ujian yang dibuat n peratus itu akan dibawa dalam pengiraan markah peperiksaan pertengahan tahun..



Dan selain budak yang amik ujian, aku juga turut teruji dengan ujian jugak.. bezanya ujian budak adalah dari manusia, dan ujian aku dari Pencipta, ALLAH Maha Esa.. aku relief 2 kelas.. kelas 5 Tekun tu hanya 1 masa dan kelas 4 Rajin tu 2 masa.. mase di kelas 5 Tekun tu, kertas soklan tak cukup.. so, aku sebagai cikgu baru ni agak terkontang kanting otak nak pikir camne nak setel.. nak gi amik kat bilik peperiksaan, kertas soklan dah diedarkan.. nak tinggal kelas? kim salam je lah sebab kelas 5 Tekun adalah kelas yang terakhir.. [pandai2 korang la nak assume depa ni camne..ngeh!]



Akhirnya, aku suh penolong pegi amik sendiri kertas yang tak cukup kt bilik peperiksaan.. 15 minit tak muncul2 sedangkan bilik peperiksaan tu dekat je.. just turun tangga terus nampak biliknya.. budak ni gi amik kertas ke gi buat kertas.. aku dah cuak gile.. at last, muncul gak muke comel dia setelah 20 minit aku tunggu dia.. adeh! [agak2, dia pi jalan2 amik angin dulu kot].. kemudian, berlangsung la ujian dengan jayanya.. tapi ade cite menarik disebalik 5 Tekun ni.. nanti aku cite dalam entri lain..



Lebih kurang kul 1.20pm, aku relief utk kelas kedua.. exam ERT [ekonomi rumah tangga] n seni visual.. sebelum masuk kelas, aku gi dulu bilik peperiksaan utk amik paper.. aku just amik untuk ERT je sebab aku memang tak tau yang bukan semua kelas 4 Rajin amik ERT.. patut bilangan kertas hanya untuk 25 orang je.. rupenye dalam kelas tu separuh amik seni visual, separuh amik ERT..



Aku dah sampai kat kelas tuh.. kelas tu pulak jauh dari blog lain dan tak bersambung.. tambah2 pulak tingkat 3.. adeh.. memang penat gile.. bile sampai, aku tanye budak seni exam katne, dorang cakap dalam kelas sama je.. so, aku kene berpatah balik ke bilik peperiksaan untuk amik paper seni visual.. bayangkan turun tingkat 3 n naik tingkat 2..



Bile exam dh nak mula, aku pun edar.. tup2, paper seni visual tak cukup 1.. adeh.. takkan aku nak tinggalkan mereka semata2 nak ke bilik peperiksaan tu.. dah la jauh, turun n naik tangga lagi.. aku cuba mintak dgn kelas sebelah, tapi kelas sebelah tak amik seni visual..sebelum aku gi try mintak kelas 4 Jujur yang letaknya aras bawah, aku mintak cikgu kelas sebelah tolong tengok2 kan kelas aku.. bile gi kelas tu, paper seni cukup2 je bilangannya, tak der lebih..



Dek kerana nak cepat n tak nak cikgu tu jaga kelas aku lama2 sebab dia pun nak jaga kelas dia gak, aku naik tangga agak cepat.. bile nak cepat tu la kaki aku tak sempat nak angkat n aku cam nak tersadung ke depan.. malu weh beraksi camtu, dah la depan sorang student.. malu tu tolak ke tepi, tetibe aku ingatkan baby.. ohhh, maafkan mama sayang.. aku bimbang takut jadi ape2 kat baby..



Lepas habis waktu sekolah, aku ade meeting.. aku mesej abang, tapi abang tak reply.. aku mintak abang datang amik awal sebab nak gi klinik sebab abang on call malam ni.. alhamdulillah, kelas abang tamat awal dari hari2 biasa.. so, kitaorang gi klinik UIA.. sebenarnya tak der bleeding pun, tapi aku rase agak cam senak jugak sikit2.. abang cakap dah, kalu tak de bleeding, tak gi pun tak pe.. n 1 lagi, kalu berlaku keguguran (nauzubillah), ianya sangat sakit..



Tapi aku tak caya (ingkar perintah suami namanya nih).. aku nak gak gi klinik.. so, abang pun bawak la jugak aku jumpe Doc.. Doc memang baik la.. dia pun cakap tak der ape2 nih [aku mengharapkan Doc scan, tapi tak pun =( .. ] so, dah tak der kebimbangan sekarang.. cuma, Doc pesan kalu ade bleeding malam ni, cepat2 gi hospital.. aku mengharapkan ianya baik2 saja.. baby oke kan sayang???



p/s: aku susah nak letak dalam kepala otak yg aku ni peknen sebab aku 1 ianya masih baru.. so, tak der rase pape pun lagi.. n yg kedua sebab aku tak alahan, so lagi tidak ada 'sign' yg mengingatkan aku bahawa aku sedang mengandung sekarang.. ngeh! aku akan teringat kat baby bile aku tengok nasi putih yang sangat muak itu..



Wednesday, January 27, 2010

Kenapa Muka Baby Sangat Tenang?

Sejak kebelakangan ditimpa masalah ni, aku asek je tengok baby kak shima.. sangat comel lah baby dia.. aku sebenarnya jadi silent reader je blog dia.. malas nak tinggal jejak ape2 sebab diri ini pun tak dikenali ( tapi bile silent readers meninggalkan jejak kt blog aku, sangat menghargai mereka..).. tengok la aksi2 anak dia..


Mase aku tunjuk gambar ni kat abang, abang sangat excited n kata2 abang membuatkan aku terkejut.. abang cakap camni;

"aling, suh la ummi beli baju camni kat anak kite.. dia kan nak balik malaysia bulan 6 ni.. mase tu dah tau kan lelaki ke perempuan.. comel la baju camni.. abang berkenan la.. comel kalu baby pakai.."

Abang excited lebih dari aku.. aku malas nak excited sangat sebab kadang2 mende aku excited, dia plak tak excited.. huhu.. so, kepada ummi@ aja, kalu la terbaca entri ni, agak2 sudi tak nak tulun beli baju camtu kat anak kami? ngeh3.. [tapi sebenarnya, kalu baby aku pakai baju camtu, memang betul2 boleh kumpul peluh dia.. malaysia ni panas la weh.. UK tak pe la..huhu]


Comel2.. rase nak gigit pipi dia.. kak shima, jangan marah eh..


Aksi mencuit hati.. comel la dia peluk bear.. tapi kalu anak lelaki, wajarkah diberi teddy bear gak???


Tengok gambar myra ni, rase cam nak mengaku anak sendiri jek.. sabo2.. lagi 7 bulan..


Nama penuh, Elysia Elmyra binti Iznul Hakim.. duk kat UK sekarang [kalu aku tak silap la..huhu] ..

p/s: anak anugerah ALLAH.. melihatnya membuatkan kite rase tenang, apatah lagi saat memeluk diri kecilnya itu.. ya ALLAH, nikmat yang tak ternilai harganya..


Ya ALLAH, Terharunya..


Assalamualaikum pada semua readers yang budiman [intro baek punye..ngeh3]..



Secara jujurnya, memang hati sudah terkubur untuk nak apdet blog ni gara2 YB Yoi n Anonymous tu, tapi bile saye melihat dengan sendiri support dari korang semua yang baek hati, first2 hati terdetik, ya ALLAH, terharunya.. entri 'Wasiat Terakhir' tu sampai 21 komen dan hamper separuh daripadanya adalah silent reader.. [malu pulak nak apdet, hari tu cakap dah wasiat terakhir..huahuahua]..



Bermillion2 terima kasih saye ucapkan pada kamu semua.. sayang korang semua!! saye tak mampu nak nilaikan kasih sayang ukhuwwah dalam berblogging dengan nilai ringgit.. sungguh, ianya saat berharga.. ukhuwwah kite rapat walaupun majoritinya kite tak pernah bersua muka.. ya ALLAH, betapa indahnya saye rasakan ukhuwwah bersama kalian..



Untuk itu, demi sokongan kamu semua, saye akan teruskan penulisan dalam blog ni.. [malu, kene tutup muka neh].. bak kata abang;

"bayangkan aling masuk kelas.. ade 2 golongan.. 1 golongan nak belajar, 1 lagi golongan malas nak belajar.. aling duk layan budak2 yang tak nak belajar semata2 mau suh ikut kite utk belajar.. layan mereka sampai habis waktu.. so, rugi tak bagi golongan yg nak belajar ni? aling rugi tak?"



Maksud abang, sebagai contoh, golongan orang yg nak belajar tu adalah pembaca blog ni yang nak tau perkembangan saye, nak sentiasa bagi sokongan untuk saye.. n golongan yang malas belajar tu adalah golongan yg attack kami.. kenapa mahu fokuskan kepada golongan yang attack kami sedangkan masih ramai yang memberi sokongan kepada blog ini.. thanks semua.. saye amat hargai sokongan kamu semua..


p/s: saye harap encik Anonymous n Cik Yoi tak sakit hati dengan mereka2 yang memberi sokongan padu kepada saye.. ngeh3.. sebenarnya, saye boleh je detect sape Cik Yoi tu melalui masa kat Shout box n tengok melalui Feedjit melalui mana beliau masuk blog saye, tapi saye malas nak selidik.. dibuatnya saye kenal orang itu, lagi sakit hati kan..


Tuesday, January 26, 2010

Wasiat Terakhir..

Assalamualaikum semua readers yg budiman..

Wasiat terakhir.. Saye tak tau bila kah ajal saye,tp saye lebih suke labelkan entri ni sebagai wasiat terakhir.. Sebenarnye,mood saye utk nk apdet blog ni dh terkubur.. Bukan perbuatan ini melambangkan saya 'kalah' pada yg attack kami,tp biar lah saya mengalah.. Mendiam kan diri adalah lebih baik..

Utk pengetuan readers sekalian, blog saye ni dilabelkan sebagai 'blog yg blh menjadi tunjang kepada golongan2 couple utk melakukan maksiat'..hebat kn label ni.. Saye tak tau siapa golongan anonymous yg bg komen pd entri sye semalam,tp yg pasti nye,hati sye sgt lucu dgn dia..=)

Pertama,beliau iaitu YB anonymous itu mahu menunjukkan yg dia insan yang 'dalam' ilmu bahasa arabnya, memberi komen dgn berbahasakan 'ana' n 'enti'..apa yg membuatkn saye lucu,dia mahu menulis perkataan 'suami awak',dlm bhsa arabnye dia tulis 'zauji enti'..tahukan YB anonymous yg maksud sebenar perkataan arab yg awak tulis tu adalah 'suami saya awak'.. Suami saye bkn suami awak!!

Kedua,dia mahu mengatakan yg blog saye ni pemangkin kepada kemaksiatan golongan2 couple diluar sane n lalu menulis sepotong ayat al-Quran "hablun minallah, wahablun minannas".. Saye tidak pasti samada YB anonymous itu faham ke tak maksud ayat tersebut..

Ilmu Allah itu luas.. Belajar la sedalam2 nye selagi masih bernafas.. Korek la dilubang2 mana utk membolehkan ilmu agama kte blh ditambah.. Jangan jd manusia yg rugi d akhirat kelak..

Buat readers budiman yg saye sayangi, saye amat berterima kasih atas segala sokongan kamu terhadap penulisan saye.. Thanks..

P/s:jika sye create blog bru,sye akan inform pd readers2 yg sentiasa bg sokongan buat sye n maybe blog bru hnya utk invited readers..


Friday, January 22, 2010

Bila Abang On Call..




Sangat bosan... abang gi hospital sejak kul 4.30 pm lagi.. tadi mesej dia pun dia cakap tak tau nak balik kul berapa .. maybe kul 1 @ 2 am.. aling bosan abang.. tulun!!!! Kalau la aku diberi peluang untuk ikut abang masuk labor room, aku nak.. aku nak menyaksikan sendiri pengorbanan seorang ibu melahirkan permata tersayang ke dunia.. melihat sendiri dengan mata kasar kejeritan seorang ibu yang sedang kesakitan berjuang melahirkan hamba ALLAH.. dan melihat sendiri ke'garang'an nurse2 di HTAA yang sedang marahkan ibu2 yang tidak mahu teran anaknya untuk keluar.. huahuahua..


MISS U SAYANG..



p/s: prepare mental sendiri sebelum nak beranak nanti.. kot2 la terberanak kt HTAA.. huhu.. abang, miss U..

p/s 2: kalu waktu2 camni, ade baby mesti rase tak bosan..


Pengalaman Amik Darah

Hari Khamis lepas aku terpaksa ke klinik sekali lagi untuk amik darah.. hari selasa lepas masa ke klinik untuk wat buku pink, aku datang waktu petang n tak leh amik darah terus sebab kalu amik darah pun, darah tak leh di transfer terus ke klinik beserah.. disebabkan klinik IM tak nak simpan darah, jadi terpaksa datang amik darah waktu pagi sbb staf dari klinik beserah datang kutip darah pada waktu pagi.. (paham ke aku cite neh?)



Disebabkan mak aku darah tinggi dan ayah kencing manis (pakej lengkap =P ), jadi aku dipaksa untuk berpuasa malam sebelum darah diambil.. puase yang tanpa niat bermula dari pukul 10pm hingga 8am.. huhu.. jalan mudah untuk mengelakkan lapar adalah tido lebih baik .. esoknya, sebelum pukul 8am lagi aku dah tercegat depan pintu klinik.. abang yang hantar, tapi abang terpaksa ke HTAA sebab ada kelas.. so, time balik tu aku jalan lenggang lenggok masuk pagar sekolah.. huhu.. (aku dah mintak permission dulu tau dari pengetua!)



Memang sudah dimaklumkan yang aku kene minum air gula.. sebelum minum tu, darah dh diambil sekali.. mase first amik tu, nasib kene pada salur darah, so darah memang keluar.. then, aku kene minum air gula (glucose kalu tak silap..).. air yg sangat besh ^_~ (kembang tekak aku nak telan.. manis yang amat) .. lepas berjaya minum, aku kene tunggu lagi 2 jam untuk amik darah lagi sekali.. memang lepas minum tu pening2 sikit.. kalu dapat baring, aku rase memang lena.. tapi sebab tak dak katil, so duduk je la atas kerusi sambil sembang2 dengan ibu2 lain..



Time aku nak keluar dari bilik nurse tu, kapas yang aku letak kat tempat cucuk tadi jatuh.. so, apa lagi, menitik2 darah atas lantai.. bagi aku banyak la jugak darahnya dan habis kene lengan baju.. nasib hari khamis pakai baju batik.. dibuatnya aku pakai baju tanah warna putih, tak ke tambah warna kat baju.. dan aksi darah menitik2 ke lantai telah membuatkan patient kedua takut nak amik darah ^_~



Time nak amik darah kali kedua tu, perasaan aku bese je.. tapi tetibe aku teringat sakit yang tadi, so aku jadi cam cuak.. huhu.. nurse amik darah sebelah kanan.. cucuk, tapi tak keluar darah.. ditolaknya dalam lagi jarum, still tak keluar lagi darah.. waaa, sakit la... then, nurse try amik kat area lain plak tapi still lengan kanan pun tak keluar jugak darahnya.. main2 betul la darah ni..



Nurse nak try plak amik darah kat lengan kiri.. dia try cucuk tapi still darah tak keluar.. then, nurse tu cucuk urat yang sama masa amik darah first tadi, sakit woooo.. sebab dah ade bekas cucuk kan sebab tu sakit kot.. nurse tu muke dah lain.. dia pun tukar jarum dari warna hijau ke biru kalu tak silap.. (kalu tak silap).. setiap warna ada maksudnya, abang dah pernah xplain, tapi aku yg lupe.. hoho..



Nurse tu dah banyak kali baca bismillah, selawat n doa mintak2 darah keluar.. tapi bile cucuk, still tak keluar jugak.. masuk yang tu dah 5 kali lengan aku dicucuk.. hebat2.. rase lembik tangan tahan sakit.. kalu hanya dicucuk tak pe, ini bile dah tak keluar, ditolak2 lagi masuk dalam.. adeh.. kali ke6 baru darah keluar.. rase nak menjerit kat situ.. huhu.. itu la pengorbanan seorang ibu.. kalau lah si anak dapat melihat sendiri pengorbanan ibu sejak mengandungkan dia hingga melahirkan dan membesar, aku pasti tiada anak derhaka atas dunia ni.. pengalaman ni membuatkan aku lebih menghargai pengorbanan mak aku.. thanks mok!! luv U..




Wednesday, January 20, 2010

Setiap Hari Menu Yang Sama

Setiap hari aku makan nasi goreng.. kat sekolah paksa makan nasi putih sebab kesian kan bb.. so, bile kt rumah, boleh request kat abang nak makan nasi goreng waktu malam.. tak nak yang sendiri masak, nak yang kedai punye.. demand2.. huhu..hari2 makan nasi goreng, tak plak muak.. huhu.. tapi aku rase, hampir semua jenis nasi goreng dh aku order, ape lagi ek menu yang besh berasaskan nasi yang digoreng?? buntu2..

Tadi dh pau duit abang beli kek kat secret recipe.. bes gak ngandung ni, bulih request macam2 dan apa yang direquest tu ditunaikan.. hohoho.. bahagia hati.. lebih2 lagi bile abang tengok sendiri pengorbanan ibu melahirkan baby, lagi dia lebih menghargai pengorbanan isterinya.. kepada semua wanita2 diluar sana, beruntung lah anda dilahirkan seorang wanita.. sungguh!! bukan sahaja ALLAH memberi anda keistimewaan yang bermacam2, malah seorang suami yang sentiasa disisi kamu juga akan sentiasa memberi layanan istimewa untuk kamu.. bersyukur lah!


Tuesday, January 19, 2010

Entri Khas..

Atas permintaan kak tiqah dan selama ni pun memang aku dah berkira2 nak tulis tentang ini, so aku gagahkan jugak jari-jemari mengetuk keyboard laptop ni sampai jadi lus.. haha.. motif utama untuk mendapat buku pink telah berjaya =P .. aku bagi 5 bintang la kepada staf2 Klinik Desa Indera Mahkota sebab layanan yang sangat baik.. huhu.. keramahan mereka membuatkan aku terpikir, kalu pregnant lagi tak yah takut datang sini lagik.. ahakssss...

Bermula kisah tentang pregnancy ni.. aku sebenarnya jarang period lambat.. kitaran lengkap selalu 28 hari setiap bulan.. so, hari tu aku dah terlewat 1 hari.. punye la excited aku nak buat UPT (urine pregnancy test), tapi abang tak bagi.. tapi atas kedegilan yang aku alami sejak berkurun lama, so aku cek gak.. haha.. what's the result? mesti la negatif kan.. baru 1hari lewat.. sebabnya UPT tu tak leh detect Human Chorionic Gonadotropin (hCG) hormone in a woman’s urine.. tapi sebenarnya nampak blur line yang second line tu..

Then, bile period lewat 4 hari, aku memang yakin la yang aku pregnant.. terlebih yakin sangat sebab aku tak pernah lewat sampai 4 hari.. huhu.. so, aku mintak abang beli lagi sekali UPT tu and the result is positive.. hari tu jugak la kitaorang jemput kawan2 perempuan yang 1 group dengan abang (ika, solehah, n anikah) datang rumah utk breakfast.. ohhh lupe, terselit sorang laki yang pakwe ntah sape ntah.. hahaha.. [orang itu, sila jangan marah].. so, total 4 orang la yang datang rumah kami pagi tu.. rase gatal je mulut nak gitau, tapi tak pe la, sabar je lah dulu..

Bile balik kampung, aku n abang gi klinik Jerteh nak cek.. tapi abang dah cakap awal2 kat Doc tu dah buat UPT.. so, Doc kate ketepatan UPT tu adalah tinggi.. tak yah buat lagi.. DOc kira mase tu dah 6 minggu cukup.. n abang tanye lagi, perlu ke scan sekarang dan berapa kali sebenarnya kene scan sepanjang tempoh kehamilan.. n Doc kate kalu 6 minggu tak nampak, tapi sebenarnya jika tak der masalah maksimum hanya perlu 2 kali, tak perlu lebih [abang tanye sebab nak jimatkan duit.. sekali scan kan mahal.. ngeh3]

Sebab aku beriya2 nak buku pink tu, kitaorang gi Klinik Kesihatan kampung aku pulak.. terpaksa buat UPT lagi sekali.. resultnya mesti la sama, positif.. tapi at last, bile nurse tanye, menetap di kampung ke tak, aku cakap la tak n nurse tu mintak gi buat kat Kuantan [anak sulung sesungguhnya memang aku tak tau ape2]..

Bile dah sampai Kuantan, hajatnya nak gi minggu lepas, tapi sebab baru sampai dari Trg, ayahanda n bonda pun ikut sekali, so kami tangguhkan dulu.. n hari ni baru la aku dan abang berpeluang ke Klinik Desa IM tu.. huhuhu.. dan hari ni, genap lah 7 minggu.. dan setakat ni memang aku bersyukur sangat sebab tak mengalami sebarang alahan.. aku mintak sangat2 moga2 ALLAH bagi aku kesihatan yang baik sepanjang tempoh menjalani praktikal ni..

Setakat ni muntah2 n pening kepala memang tak der.. tapi aku sekarang rase muak tengok sayur n nasi putih.. so, aku nak ape eh? kalu dulu, aku dengan abang mesti berebut makan sayur, tapi sekarang abang dah tak yah berebut, memang dia jugak yang kene habiskan semua.. nasi putih pun aku paksa makan.. kadang2, aku mintak abang beli nasi goreng, sendri goreng malas sebab tak sedap.. huhu..

So, sekarang tinggal 5 minggu lagi untuk habiskan first trimester.. abang pun semangat masuk block baru sebab pasal OnG.. lebih2 lagi bile kene sambut baby orang makin terasa nak sambut baby sendiri.. huhu.. cuma 1 je, kalu bulih abang tak nak aku bersalin kat HTAA sebab majoriti students buat praktikal kat situ.. aku cakap kat abang, abang observed orang tak pe, orang nak observed bini sendiri tak leh ek.. tapi kalu nak bersalin kat swasta, manyak duit looo kene sedia.. hampir 2K jugak.. kopak2.. ^_~

Itu je kot yang aku nak cerita.. cuma sekarang kalu bulih aku elak tensen2 kat sekolah nak layan kanak2 ribena.. hahaha.. budak berbelas2 tahun, tapi perangai macam 5 6 tahun.. =P .. tadi ade gak aku jerit2 dalam kelas n membuatkan aku terpikir, 'Ohhh, jangan lah anak aku suke jerit2 nanti ikut mama dia.. haha..'



Monday, January 18, 2010

First Day..

First day kat sekolah;


1) Aku sampai di sekolah tepat jam 7.20 am dengan menaiki kete dan dipandu oleh driver bertauliah aka cik abang [aku rase sampai habis praktikal abg akan hantar ke sekolah =P ]

2) Ke tempat perhimpunan bersama cikgu senior2..

3) Senyum sokmo pada sesiapa hamba ALLAH sehingga mulut pun rase nak cramp..

4) Agak mengecewakan sebab meja+kerusi tak cukup dalam bilik guru.. alternatif, cikgu praktikal kene angkat sendiri meja+kerusi.. cikgu2 praktikal lelaki yg gagah perkasa tulung angkatkan meja dan cikgu2 praktikal perempuan yang ayu lemah gelamai angkat kerusi.. mula2 aku berbelah bagi sebab kena angkat 2 kerusi.. aku angkat separuh jalan, last2 Raihah suh aku stop sebab dia bimbangkan aku.. hohoho.. sangat berterima kasih pada dia.. sebab aku sangat malu untuk menyatakan yang aku 'tak mampu' nak angkat bende berat2.. [aku takut org bagi persepsi; "ala, mengada2 betul! ]

5) Keadaan bosan tahap maksimum.. sebab 2 weeks kami buat ROS (Rancangan Orientasi Sekolah).. so, tak der kelas lagi utk masuk mengajar, hanya relief kelas jerk.. tapi sebab hari ni first day, pengetua dengan rela hati bagi kamu duduk free.. huhu..

6) Ronda2 kawasan sekolah n at last jumpe kaunselor sekolah.. dengar kaunselor tu bercerita sampai perut aku lapo.. haha.. manyak sangat celite..

7) Bile g kantin, agak terkejut dengan lauk2 yang disediakan di kantin.. lauk macam orang yg berpantang.. ikan2 semua dibakar kosong.. adeh.. tapi aku sangat berselera sebab dah lame tak makan lauk camtu =P

8) Perut kenyang, mata ngantuk.. asyik tengok jam je sebab nak balik tido [cikgu tak senonoh nih]

9) Bunyi loceng kul 2.30pm, aku berjemaah dengan budak2 sekolah balik rumah.. abang tunggu aku tempat yang sama dia drop aku pagi tadi..

10) Sampai rumah, abang ke hospital balik n aku duk rumah tido mapuh kerah [tido lena].. hahaha..



Hajat tadi nak gi Klinik desa Indera Mahkota, tapi sebab abang kene ke hospital balik, so tak sempat.. aku kempunan nak buku pink.. haha =P


Saturday, January 16, 2010

Selamat Menjadi C.I.K.G.U

Esok last episod berhoneymoon tanpa buku di sisi, tanpa kuliah yang perlu dihadiri dan tanpa asemen yang perlu dihadapi.. cewaahhh.. mukodimah aku ala2 pakar Bahasa.. hari isnin ni aku akan masuk sekolah sebagai cikgu praktikal..




Kalu dulu, zaman2 aku sekolah, aku cukup tak suke cikgu praktikal ni.. sebab paling aku tak suke sesi bertaaruf.. sesi perkenalan diri masing2 paling wat aku menyampah sebab aku rase walaupun 10 kali aku gitau nama aku, cikgu tetap tak ingat pun.. adeh...

So, aku jadi bimbang lak kot2 kenyampahan aku pada cikgu2 praktikal dulu akan terbalas kepada aku..huahuahua.. perlu ke sesi taaruf? haha.. aku dah la susah nak cam muke budak.. so, macam tak der gune je aku buat sesi taaruf.. ice breaking lagi power.. bagi gegar satu kelas budak lari2 ikut arahan..tambah power lagi aku gune wisel untuk menghangatkan suasana.. kompen pengetua, PK 1, PK Hem, cikgu2 kasi pandangan HOT kat aku.. ngeh3..


Hari sabtu dah start kawan2 datang Kuantan n masuk rumah sewa baru.. rumah2 tu la mereka akan menginap lebih kurang 4 bulan semasa praktikal.. kepada kawan2 aku, SELAMAT MENJADI CIKGU.. Semoga dirimu lebih berharga.. hahaha..


p/s: thanks pada semua readers yang bagi komen pada entri sebelum ni n sorry sebab tak reply semua komen.. nanti kalu aku komen semua, dah jadi berpuluh2 komen kat situ n seterusnya dinobatkan sebagai HOT entri.. ngeh3.. time kasih atas ucapan dan doa kalian dan keprihatinan kalian terhadap aku.. rase nak catat tentang pregnancy, tapi rase cam malas.. utk sekarang, aku memang SIFAR alahan.. Doc cakap, kalu sekarang tak alahan bermakna aku jenis yang tak mengalami alahan ketika pregnant.. sekian~



Akhirnya Ianya Terbongkar...

Ohhh!! baru sorang dah tau.. boleh ke aku simpan lagi brite nih? aisy.. rase dah tak tertanggung jerk.. lalalalalala.. itu pun sebab kakak aku bergurau tadi.. takkan aku nak cakap, TAK.. itu tolak rezeki namanya.. tapi aku rase kadang2 perlu jugak dihebohkan dalam blog ni supaya doa dari semua readers itu dimakbulkan ALLAH.. mesti doa yang baik2 bukan?

Kalu cegitu, korang doa yang baik2 je untuk aku ek.. ke nak tau jugak ape ke bendanya? yang paling penting, hadiah besday utk abang tahun ni adalah hadiah dari ALLAH jugak.. itu yang paling istimewa sebenarnya walaupun hadiah aku untuk dia beratus2, tapi hadiah ALLAH itu free.. ^_~


p/s: kalu entri ni memeningkan kepala anda, tak payah ulang baca.. tutup je terus page blog nih.. haha..


Hepi Besday Sayang!!

Sebenarnya, banyak mende yang aku nak gelak jahat kat abang.. ngeh3.. first2, memandangkan 16.01.10 besday abang, 'anak2 angkat' kami yang tidak sah yakni kucing telah menghadiahkan 'sesuatu' yang istimewa untuk abang.. kami baru balik dari Trg n bawak sekali ayahanda dan bonda jalan2 ke kuantan.. al-kisahnya, lebih kurang pukul 11.10pm kitaorang keluar jap gi UIA untuk kutip duit kereta sewa..



Abang bukak pintu rumah then abang cakap apa bau masyam2 ni.. dek kerana abang memang kurang peka terhadap persekitaran, aku gak yang nampak 'sesuatu' istimewa dari kucing untuk abang.. yang bes nye, abang dah terpijak..yerk!!!! aku gelak jahat gile kat abang.. aku cakap, kucing bagi hadiah, abang kene terima ^_~ muka abang yang sangat bengang akhirnya mampu ditenangkan oleh isteri tersayang =P



2nd plak, abang demand hadiah yang mampu-mengurangkan-berat-badan dia.. sebenarnya, aku dah bagi hadiah besday dia.. kasut jogging wehh.. before sale RM 5++.. after sale bulih la lebih kurang RM170.. lepas tu, mengada2 cakap aku dah janji nak bagi dia dumbell.. isy, geram aku.. pastu, bagi mengelakkan duit aku melabur ke arah yg bukan2, aku buat syarat.. abang nak dumbell boleh, tapi kene turun dalam masa 5 kg.. dengan nada megah, dia cakap, senang je..



Aku sengaja bagi syarat camtu sebabnya seminggu kitaorang pulang bercuti di kampung.. dah tau, kat kampung abang memang takkan boleh dietnya.. lebih2 lagi bile balik rumah mak dia, demand nak makan macam2 sebab aku malas nak buat, dia demand dengan mak dia.. ngeh3...lagipun selalu puji masakan mak dia sedap.. macam lah masakan mak aku tak sedap.. aku heran gak, masakan aku tak pernah pulak dia puji sedap.. apa ke halnya? hahaha..



Dan yang last, paling aku tak leh blah.. disebabkan dah jadi laki bini, aku tak sempat nak beli kad besday dia secara haram sebab selalu gi mana2 dengan dia... pastu, terpaksa la taip mesej walaupun tuan punye badan ada kat sebelah.. bile bunyi mesej, dia pun baca.. first2 ayat yang dia cakap,

"eh, abang dah 23 ke?"



Gelak aku sebab ayat dia tu.. aku cakap, habes tu abang nak umur 18 tahun ke? aling tukar mesej eh.. hahaha.. boleh tak sedar dia dah TUA.. kuikuikui.. then, aku cakap kt abang.. bes la abang, tahun ni dapat hadiah besday yang paling istimewa.. ngeh3..



Dan yang terakhir, untuk abang..

HEPI BESDAY SAYANG SWEET 23.. Semoga ALLAH panjangkan umur abang.. Semoga abang dimurahkan rezeki.. dan yang paling penting, semoga ibadah abang semakin bertambah seiring dengan pertambahan usia abang.. thanks sayang atas segala2nya..



Thursday, January 7, 2010

HAJI

Kalu aku tulis entri pasal HAJI ni, mesti aku dikira orang cam terlepas flight je kan.. orang gi haji pun dah lama balik, takkan aku baru nak bercerita pasal haji plak.. huhuhu.. tapi yg pasti, ketidakmunculan aku di blog dalam tempoh yang lama tu bukan bermaksud aku gi menunaikan ibadah haji ye..



Baru2 ni, aku dan abang gi Tabung Haji.. nak daftar nama untuk ke Mekah menunaikan haji.. memang niat dah lama nak pergi TH, tapi abang asek balik lambat je dari Hospital, aku maleh nak berkejar2 plak.. lagipun, baru sekarang aku duk dengan abang.. dulu aku asek berulang je kan TM-Kuantan, mane sempat nak gi TH sama2..



So, semangat yang amat aku gi TH.. memang dah tau dah, minimum duit dalam simpanan bank TH mesti RM1300.. aku layak, abang tak.. hahaha.. so, akak tu pun daftarkan dulu nama aku sementara abang gi bank islam wat kuar duit [JPA dah masuk kan, so beliau sedang kaya sekarang].. aku pun tunggu abang kat TH je..



Tengah2 aman aku tunggu laki aku, tetiba ade sorang pakcik ni yang kurang betul agaknya, masuk dalam bank dan selambe badak hisap rokok.. sakit hati sungguh.. lemas aku duk dalam bank tu.. dalam aircond nak hisap rokok.. ikut hati rase nak tarik rokok tu, cucuk dalam lubang hidung dia.. [ohoho, kejamnya aku..]



Bile abang dah sampai, kitaorang terus ke kaunter yg sama sebab akak tu cakap dah tak payah amik nombor giliran lagi.. kuar je penyata, aku terkejut gak sikit sebab tahun aku dan abang akan menunaikan haji adalah pada
2029 M..waaa.. maksudnya umur aku dan abang waktu lebih kurang 42 tahun.. aku pun cakap kat abang, anak sulung kite mesti umur 19 kan.. [kalu anak umur 19tahun, maknanya aku akan beranak tahun ni gak la kan? haha.. semoga dipermudahkan oleh-NYA]..



Dan aku terkejut gak, selang masa pendaftaran haji antara aku dengan abang hanya 17 minit sahaja, tapi beza nombor pendaftaran haji kami lebih kurang 1500 orang.. dalam tempoh mase sekejap, rupenye berduyun-duyun hamba ALLAH yang telah mendaftar nama untuk menunaikan haji.. Allahuakbar!



Sebab aku rase tak puas hati, aku pun cakap kat akak tu..


"akak, nanti buku haji saye nak kuning dah nak tunggu gi haji.. memang tak leh dipercepatkan ke?"



Akak tu senyum kat aku..


"Sebenarnya camni, tahun yg ditetapkan tu adalah mengikut sistem je.. kekosongan yang ada.. sebab ade yg mak ayah dah daftar untuk anak dia kan, sebab tu jadi ramai.. yang sebenarnya, TH akan panggil jemaah haji selepas mereka mendaftar lebih dari 5 tahun dan kurang dari 10 tahun.. kalu kire pertengahan, lebih kurang 8 tahun lagi la awak akan dipanggil.."



Aku balas..


"ooo.. camtu.. kalu tahun 2029M baru dipanggil menunaikan haji, saye gi mintak balik buku haji dengan TH sebab buku saye dah kuning dah waktu tu.. hihi.."



Alhamdulillah.. semoga ALLAH mempermudahkan jalan aku dan suami untuk ke Mekah.. aku dan abang akan dapat menunaikan haji paling cepat 5 tahun dan paling lambat 10 tahun kalu kira start dari sekarang, insya ALLAH..




Aku mengaku gambar tak jelas, tapi nak tepek gak kat blog.. kat atas penyata tu ade tertera tahun kami akan menunaikan haji.. 2029 M..



Bila aku nak baca buku nih?? hihi.. asek ngadap blog je.. tapi baca sekarang pun belum tentu akan melekat dalam otak aku ni untuk jangka masa panjang.. aku kan suke study last minutes.. ngeh3..



Wednesday, January 6, 2010

Takder Kerja Ke?

Semalam aku tak leh tido.. puas golek kanan, golek kiri, mata tak leh pejam macam aku sendal kayu mancis kat kelopak mata.. i know what's the reason.. kaki lenguh la, perut tak selesa la, sesak nafas la.. macam2 piil aku atas katil..

Aku masuk tido awal dari abang sebab abang tak nak sembang dengan aku.. hahaha.. see, penangan exam.. itu yang aku tak suke bile abang exam tu.. ke'tension'an dia selalu terserlah dan akhirnya meragut aku sekali untuk tensen bersama2 dengan dia.. =D .. balik exam hari Isnin dia ceria.. balik exam hari Selasa muka masam.. adeh.. sebab abang dapat patient yang tak leh bagi kerjasama.. ni antara dialog yg aku reka, tapi ade iras2 la dengan question yang abang tanye pada patient mase amik history..

"makcik masuk hospital ni sebab apa ye?"
"ntah la..makcik lupe.. makcik dah tua.. umur pun dah 76.. "
"sebelum2 ni Doktor ada gitau tak makcik sakit ape?
"makcik tak tau la.. "
"makcik duk sorang ke kat hospital ni?"
"a'ah.. anak2 makcik semua....bla...bla.. bla..[menceritakan kisah anaknya]

Dan sebab lain mungkin exam hari selasa tak dapat doa dari isteri kot.. haha.. aku bantai tido bangun kul 10 am.. hari isnin tu, aku tak ngantuk sangat sebab jiwa aku segar seolah2 macam aku yang nak gi exam.. dan pagi isnin tu jugak aku bacakan Yassin 3x untuk abang.. huhu.. [isteri2 di luar sana, doa anda sangat diperlukan oleh sang suami oke..].. tapi hari Selasa tu, memang tubuh lesu gile.. mule2 niat nak bangun wat sarapan ke abang, tapi abang cakap tak nak makan berat2, aku lagi suke.. senang laki aku neh ^_~


Pastu, aku tanye nak makan roti ke? aling sapu jem ek.. abang jawab oke.. last2 aku tertido atas katil sekejap.. bangun2 aku cakap kat abang, abang sapu sendiri je la jem kat roti ek.. hikhikhik.. isk3x.. bini sapo la ni.. abang pun angguk kepala macam tak ikhlas je.. =P bile dia da nak gi exam, dia kejutkan aku.. aku pun bangun tanye dah makan roti? abang cakap makan kurma je.. tak pe bang, kurma adalah vitamin yang terbaik! ngeh3..

Berbalik pada kes yang aku tak leh nak tido ni.. bile abang tengok aku gelisah atas katil, golek kanan, golek kiri, abang pun tanye aku mcam dia tanye patient2 kat hospital nun.. aku pendekkan cerita, abang urut kaki aku, sapu bam kat dada sebab aku tak selesa nak bernafas and at last aku cakap kat abang, aling lapar la.. hahahaha.. terkejut sih abang dengar pengakuan berani mati aku tuh.. mujur tak der nasi, kalu tak memang aku bantai makan nasi dah pukul 3 am.. =P

Dengan perasaan sedikit malu pada abang, aku suh abang temankan aku duk kat luar.. aku makan roti, abang tido.. aku siap makan, aku tak ngantuk, aku bukak laptop n aku bukak blog.. haha.. sah, aku rase kalu la streamyx ni rosak, abang memang takkan baiki dah kot.. memang bini dia nih gile blog.. ^_^ u see la.. pagi2 buta camni orang tido aku masih tekun depan laptop..


Aku lawat blog2 yang memang dah lama aku tak lawat.. agak mengusik jiwa dan kalbu tatkala membaca blog2 kawan yang masih perlu ke kelas, membuat asemen, menghadapi test etc.. kenapa? sebab aku rase sekarang aku dah bebas.. no attend to the class, no assignment, no mid term test, no examination.. waaaaa... LEGA yang amat..

Tapi aku PASTI, aku akan merindui saat berkejar2 ke dewan kuliah dek kerana lambat bangun.. aku akan merindui saat aku bersengkang mata, stay up menyiapkan asemen.. aku akan merindui saat aku memang tensen gile nak mid term test.. dan yang paling aku akan merindui saat 2 3 hari nak exam, baru tekun yang amat nak ngadap buku.. pecah rahsia.. haha.. dan yang paling penting, aku belum lagi merindui saat untuk menyiapkan lesson plan untuk mengajar 1 february neh..

Wadduuhhh... bile lesson plan nak gerak2 nih? sejak hari tu lagi subtopik 2.1.. aku malas la nak baca balik buku teks fizik tuh.. terasa aku macam budak SPM je nak re-exam.. hahahaha..kan tak pasal2 aku tensen macam abang gara2 baca buku teks fizik form 4 dan buku sains form 1 n 2.. conclusionnya untuk keseluruhan isi entri nih, "aku tak der kerja ke?"


Tuesday, January 5, 2010

Yeah!!

Alhamdulillah.. streamyx dah siap pasang.. so, dah boleh surf internet kat rumah.. tak perlu susah payah nak gi CC lagi oke.. yeah!! cuma yang agak tak besh nya, banyak plak rules abang buat bile internet dah available kat rumah.. rules abang:
  1. jangan solat lambat
  2. kalu bukak laptop, TV kene off..
  3. 1 jam, RM 1 termasuk bayaran eletrik yang dikenakan..
Rule ke3 yang wat aku gelak gile dengan abang.. ade ke patut? abang cakap, duit tu masuk tabung untuk bayar steamyx setiap bulan.. haha.. so, aku cakap kat abang,

"kalu gitu aling nak bayar cash RM 40.. untuk 40 jam unlimited.. sila jangan ganggu masa aling berblogging.. haha...."




Sunday, January 3, 2010

Untuk Abang Sorang..

Opppsss!! rase kejam plak title "untuk abang sorang".. untuk semua kawan2 abang la 11th colony, wishing U da best of luck yea.. buat yang terbaik..

Untuk My Sayang,
Buat yang terbaik ye.. semoga abang dipermudahkan menjawab soalan exam esok.. dan untuk lusa (hari selasa), smoga ALLAH bagi pada abang patient yang boleh bagi kerjasama, Dr yang amat murah dalam pemarkahan dan diberi kelancaran me'muntah'kan segala ilmu di depan Dr.. huhu.. ayat mengarut mengaban.. tahap bosan gile duk kat CC nie..

*&^%$#

Nikmat Yang Tak Disyukuri

Malam2 sebelum ini..

"Abang, aling nak gi CC la.."
"Oke.. boleh je.. abang bagi mase sejam ek.."
"Mane cukup satu jam"

************************************************************************************
Malam ni (Ahad : 3/1/10)

"Malam ni abang nak gi rumah lama tau.. nak discuss dengan kawan2.."
"Aling tak nak tinggal sorang2.. takut la (alasan lapuk!).."
"Abang tinggal aling kat CC eh.. nanti abang amik.."
"Abang datang amik kul 11.30 pm la.. CC tutup kul 12 am.. nanti aling tinggal sorang2 lak.."
"kul 11.30 pm tu belum tentu abang dah habes discuss ke belum.."

"Abis tu abang nak amik aling kul berapa?"
"Ye.. abang datang la amik aling nanti kul 11.30pm nanti.."


Selama ni, bile abang tetapkan mase untuk aku berblogging, aku rasa macam sekejap je.. paling lama abang bagi mase lebih kurang 2 jam.. tapi bile malam ni, abang bagi mase lama, aku pulak yang tak bersyukur.. start duk kat CC ni sejak kul 9 pm lagi until now aku dah rase bosan.. aku benci duk dalam CC nih sebab budak2 yang tak sedar diri ramai main game.. kalu main game mulut diam tak pe.. ni mulut bising gile.. kalu bising saje dengan perkataan enak2 tak pe gak, ni dengan mencarutnya.. aduh.. tulun.. macam mana nak pekak kan telinga eh??


TM.. please la.. tolong la datang pasang streamyx cepat2.. aku tak saunggup dah..


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online