:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Monday, August 31, 2009

2+1

Aku tak de mood sebenarnya nak menulis dalam blog.. maybe penat + banyak mende yg nak fikir.. kepada pembaca blog nih, minta mahap la banyak2 sebab beta tak updet blog ni.. bersarang belum lagi sebab baru je 4 hari tak updet.. ngeh3.. lagipun labah2 ngeri nak wat sarang kat sini.. sebab aku sangat rakus untuk menjadi pemusnah sarangnya.. hikhik..


2+1 tu maksudnya total adalah 3.. heh! mengarut pulak aku neh.. sebenarnya, baru2 ni aku balik Trg untuk uruskan pasal beli kete kancil.. alhamdulillah, stok kete sewa kami bertambah! kami dah ada 2 kete kancil untuk disewa.. so, kepada students2 UIA terutamanya yang memerlukan kete utk disewa, sila call Zubir, 017-234 tekan2 tak dapt.. ngeh3.. oke2.. aku siyes.. tepon kat nombor cik abg zubir eh.. 017-2343287.. harga macam bese RM5 untuk sejam..



Syukur pada ALLAH, pemberi rezeki untuk sekalian makhluk.. sebenarnya, kami tak sangka pun kami boleh beli 1 lagi kete.. korek bank ni, korek bank tu, akhirnya cukup 7K.. haha.. walaupun second hand, tapi ianya amat2 bermakna untuk kami cari rezeki sesuap nasi.. ohh!! ayat sedih pulak dah.. setelah ditolak dan ditambah, saving pun cukup, so kami decide nak beli kete tu dgn abg azahari.. beli by hand bukan kt kedai, so tak de mahal sangat.. kalu kt kedai kami survey harga dalam 8.5K dan ke atas..


Dan perkara yang kedua, hari ni kami dah bulih amik kunci rumah sewa.. actually, kami tak sangka pun boleh masuk rumah seawal ni sebab owner tu cakap, penyewa sebelumnya maybe keluar 11.9.. semalam kitaorang call owner, dia cakap boleh masuk rumah pertengahan bulan 9.. so, aku tak bajet nak balik lagi this weekend.. tup2 dah sampai TM, aku pun dah siap landing atas tilam, abang call cakap owner rumah gitau dah boleh masuk rumah start hari ni..

Syukur lagi pada ALLAH kerana mempermudahkan segala perancangan kami berdua.. perabot dah boleh amik weekend ni, langsir pun dah boleh pasang.. huhu.. amat tidak sabar sebenarnya.. sebab aku dah muak jadi manusia yang berpindah randah.. ngeh3.. kepada kawan2 kami yang nak datang ke rumah kami, untuk sementara waktu ni, rumah in progress.. haha.. banyak mende nak kena setel.. mungkin datang raya boleh la.. insya ALLAH, kalu kami ada rezeki lebih, kami akan usaha untuk buat open house untuk kalian.. doakan kami dimurahkan rezeki ye.. selamt datang ke rumah baru kami di IM 8.. [belakang dewan serbaguna, oke..alamat aku tak ingat]



p/s: tahniah kepada abg hafiz dan kak mawaddah atas kehadiran insan baru.. lil mujahid seorang anak merdeka.. kenal mereka berdua melalui alam maya sejak lil mujahid berumur 11 minggu lagi n now, lil mujahid dah lahir..


3 Comments:

Unknown said...

alhamdulillah.. dimurahkan rezeki. sentiasa lah bersyukur dgn nikmat kurniaan Ilahi

fana said...

plat no johor tuh...besh2..haha

moge dimurahkan rejeki sokmo.

nanti,watlah open hz k...i la org pertama datg...haha

=)

Mami Hadeef said...

aniem to mata hati:

erm, alhamdulillah dimurahkan rezeki.. rezeki ALLAH sangat luas..

aniem to fana:

ngeh3.. beyeh2.. i rase nak buat open house.. tapi tengok bajet dulu.. kalu i masak bihun goreng, U sanggup ka drive dari segamat ke kuantan? ngeh3..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online