:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, August 18, 2009

Dalam Rindu Ada Tangisan..

Tajuk/Lirik Lagu: Kau Yang Satu
Penyanyi: Wow

Tanpa mu aku la yang rindu
Tanpa dirimu hilanglah manjaku
Kasih mu adalah naluriku
Cintamu hanya di hatiku

Izinkan aku selami hatimu
Izinkan aku bisikkan cintaku
Janjiku pada kau yang satu
Diriku hanyalah untukmu

Engkau lah yang satu
Pujaaan hatiku
Sucinya cintaku padamu
Sayangku hanya kau yang satu
Kasih dah rinduku milikmu




Lagu ni abang pernah hantar kat aku masa zaman bujang dolu2.. mase terima lagu ni tersangat la rasa aku ni diperlukan abang dalam hidupnya.. time tuh, aku ngah jadi cikgu ganti kat sepang.. bz yang amat.. memang mase tuh hidup aku macam tak tentu hala.. gi sekolah kul 6.45 pagi, balik sekolah paling awal pun dalam kul 3 ptg.. paling awal la aku balik sepanjang aku jadi cikgu ganti.. kecuali hari Jumaat.. tu pun kadang2 balik lewat gak hari Jumaat..

Tu baru jadi cikgu ganti, tak jadi lagi cikgu tak ganti.. means cikgu betul2 la.. haha.. so, sepanjang 2 bulan jadi cikgu ganti, memang kurang mesej dgn abang.. call lagi la kurang sebab nak jimatkan kredit.. ngeh3.. abang hantar lagu nie mase aku ngah tido senggang waktu antara maghrib n isya'.. penat yg amat.. sampai kt rumah, ingat nak tido je.. tak pe la sebab bujang lagi kan..so, bile dapat je lagu ni terus tubuh aku jadi segar.. haha..terus call abang cakap "thanks"..

Dan hari ini aku tersangat2 la mengerti ke'bizi'an abang dalam tempoh clinical years sampaikan kadang2 kurang mase nak amik berat pasal aku.. sebab aku pernah rasa tempoh ke'bizi'an yang sampaikan aku kurang mase amik berat pasal abang.. fair la kan?? hikhik.. bile tak berada depan mata, memang susah nak tau semua perkara kan? dan tatkala bile aku turun Kuantan dan nak balik je ke TM, abang akan cakap,

"pasni abang dah sorang2.. aling nak balik dah..lambat lagi la boleh jumpe"

Setiap kali aku nak balik, memang ayat ni yang terpancul dari mulut abang..aku faham abang nak aku berada sentiasa bersama dia.. walaupun abang tak pamerkan kesedihan melalui air mata, tapi aku tau hati abang sedih.. [betul tak abang?hihi] ..bile duk berjauhan, kadang2 aku 'terlupa' nak amik berat pasal dia.. aku tau abang nak sampaikan semua cerita kat aku apa berlaku kat hospital.. pasal patient, pasal kena marah dgn Doc n ape2 je la.. pernah suatu hari, aku rase kesunyian.. lebih2 lagi kami duk berjauhan, lagi la terasa aku 'jauh' bebeno dari abang.. dan hari tu jugak abang tak mesej aku.. abang balik hospital, aku merajuk dgn abang.. at last abang cakap,

"aling tak tau apa yang berlaku kat hospital.. semalam abang kena marah.. hari ini abang pun kene marah lagi.. aling bukan nak tanye pun apa berlaku kt hospital.."

Mase ni, aku rase memang aku tak berlaku adil pada abang.. hati aku sayu.. aku sibuk dgn berblog, tapi abang jauh nun di sana jiwa tak tenteram sbb kena marah.. aku tak berlaku adil pada abang.. apatah lagi bile berjauhan, tanggungjawab makan minum pakai abang tak terjaga oleh aku.. kadang2 kesian kat abang.. bile aku mesej abang tanye tengah buat apa, abang mesti balas, "abang tengah iron baju.." atau " abang tengah masak.." atau "abang tengah rehat.." .. lagi la rase bersalah ^_^ .. dan abang siap kata lagi, "nanti aling duk Kuantan, abang nak 'claim' semua.." .. oke, tak kesah pun.. bak kata kak mawaddah, sumber pahala buat isteri.. buat abang..

Sayang..
Sabar la untuk seketika..
Ganjaran sabar itu sangat indah..
Kita memilih jalan ini seadanya..
Hanya untuk mendapat keredhaan-NYA..
Meskipun ada rindu dalam tangisan..
Yang pasti hati kita saling disulami dengan rasa CINTA..
Kerana kasih-NYA kita bertemu..
Kerana kasihnya kita menyulam CINTA dalam keredhaan-NYA..
Sayang abang selalu..Mmmmuahz...


p/s: tak sabo nak tinggalkan TM.. huhu..
p/s 2: dedikasi ini ditulis untuk abang.. sebab aku tau abang akan baca blog ni bile balik Kuantan..
p/s 3: tak sabar nak masuk rumah sewa kat Kuantan bulan 9..
p/s 4: bese la entri jiwang2.. tanda rasa bersalah n minta maaf.. hari ni minta maaf, esok buat lagi.. adeh.. maafkan la isterimu..

4 Comments:

Cha Syazana said...

hekhek.. phewwitt jiwang sungguh cik kak sorang ni.. suka syaz bace..

Mami Hadeef said...

haha.. ish, otak dah berkarat dh nak jiwang.. dulu lagi power.. haha.. agaknya kurang minum super power.. haha

Cha Syazana said...

eh eh dia ni dah pandai merepek sekarang yer.. heheeee

Mami Hadeef said...

aniem to syaz:

hihi.. yola.. orang kate loya burok.. =)

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online