Opsss.. sama pulak tajuk entri dengan Eah.. Tapi kisah entri neh tak sama dengan kesah entri eah.. hehe.. misi eah misi diet.. aku bukan misi diet.. hikhik.. dan bukan jugak aku nak cite pasal kerjaya misi [org Trg panggil nurse nie, misi..].. oke, dah.. aku suke melalut yg bukan2.. haha.. sebenarnya, sebelum aku turun Kuantan untuk jumpe abang every 2 weeks, banyak misi yg aku listkan.. banyak je tempat yg aku nak gi..
First2, aku nak sangat gi lawat kawan2 aku kat UIA Kuantan neh.. selalu ade dalam agenda.. nak gi jumpe Aman [dia girl tau!] sebab mase wedding hari tu tak sempat borak panjang dengan dia.. dia stay kat rumah aku hari tu pun agak lama, tapi aku tak sempat nak layan.. so, memang setiap kali dalam agenda, turun Kuantan nak jumpe dia.. last aku jumpe abang minggu lepas, aku stay kat Kuantan 5 hari.. kalu ikutkan sempat bebeno aku nak jumpe dia..
Mase sampai Kuantan hari tu pun dah waktu malam, so abang cakap tak yah sewa hotel.. tumpang tido kt rumah dia je.. nasib abang memang duk sorang2 je sebilik.. Second day, aku 'dicampakkan' di library kat JHC .. mase tu terdesak ikut abang gi kuliah sebab abang pun tak tau nak 'campak' aku kat mana sebab ade kawan dia tak gi kuliah.. takkan aku nak duk berdua dengan kawan abang dalam satu rumah.. abang ajak masuk lecture hall, tapi aku tolak.. takkan aku budak edu nak gi dengar lecture budak medic.. tak ke sawan namanya.. haha..
Aku pun dgn rase budak sekema, masuk library berbekalkan buku 'Classical Mechanics'.. abang tinggalkan aku kat situ sementara dia ada lecture.. aku bawak buku, tapi aku khatam baca surat khabar.. semua jenis paper aku baca.. haha.. aku mesej Aman, cakap yg aku ada kat Kuantan.. dia ajak aku gi bilik dia, tapi JANJI aku cakap nak jumpe dia sebelum balik Trg.. oke, dah setel dgn Aman.. kul 10.00 pagi, abang habis lecture.. abang mesej aku cakap oke ke duk kat library.. aku cakap oke.. gerak hati rase nak pandang ke arah sofa warna biru kt bahagian Male.. dalam hati, "isy, macam abang je.. baju biru.."
Aku mesej abang lagi, "abang duk kat library ke?".. jawab dia, "a'ah..baca paper" .. mase neh geram gile aku kat abang.. boleh pulak masuk library langsung tak gitau aku.. buat2 mesej pulak dgn aku.. aku abaikan kegeraman sebab baju abang sebijik warna dengan sofa biru tu.. so, anggap la aku nampak 'sofa' kt sebelah male tu, bukan abang..hihi.. 'abang, kitakan amik langkah berjimat.. kenapa dah depan mata pun still nak mesej lagi? abang nak exercise jari ek pagi2??' Sambil2 duk kat library, sempat jugak aku jumpe kak Shibul dan kak ruby.. dua dua senior sekolah aku dulu.. dan borak panjang aku dengan kak shibul..
Lepas habis lecture, kitaorang balik rumah sewa abang dan kemas barang untuk check in hotel.. petang tu abang kena vaccine hep B.. so, petang Khamis aku dah 'terbakar' nak gi jalan2.. malam tu kitaorang kuar2 makan je.. hari Jumaat, abang gi kelas pagi tu, aku dengan tekun duk iron baju2 abang untuk bawak ke Temerloh.. then, petang tu abang ada taklimat untuk posting ke Surgery Dept... 'terbakar' lagi petang Jumaat untuk aku nak gi jalan2.. lepas asar, kitaorang gi pasar malam.. hajat nak mesej Aman.. amik dia ka hostel then gi pasar malam sesama.. last2 aku lupe.. nak pijak tapak pasar malam, baru ingat kt dia.. hikhik..
Pagi Sabtu kitaorang tengok cite 'Syurga Cinta'.. then, abang suh aku mesej Matmin sebab nak gi rumah dia.. aku dah plan dari bulan lepas nak gi rumah mamat neh, tapi tak jadi.. since dia kawen sama dengan tarikh aku, so aku tak tertunai lagi wedding present kat dia.. matmin neh kawan aku mase sekolah rendah dolu2.. aku mesej Matmin, cakap kat dia, nak gerak aku mesej lagi dia.. kul 2 petang baru kitaorang kuar dari hotel.. haha.. 'pawagam' buatan sendiri.. tiada limit mase untuk keluar eh!
Kul 2 gi KFC.. abang makan setengah jam, aku makan sejam.. duk ranggos ke ayam goreng KFC tu.. pastu abang ajak gi amik buku dia fotostat kt mane ntah.. aku lupe name tempat tu.. lepas asar baru mesej matmin sebab baru gerak nak gi rumah dia.. duk kat rumah orang tak ingat mase, dekat maghrib baru balik.. haha.. malam tu abang belanja ikan bakar kt tanjong lumpur.. memang dah lame nak makan ikan bakar neh, tapi asyik 'postpone' je.. hikhik..
Hari ahad aku balik.. dan akhirnya aku tak sempat jumpe Aman.. janji aku tak tunaikan.. ya AMPUN Aman.. dah marah2 budak tu kat aku.. haha.. misi yang terlaksana gi rumah matmin je.. yang lain hampeh.. sebenarnya ada hajat nak gi rumah kak nadiah.. belum aku kawen lagi dia ajak, tapi tak pegi2.. nak gi rumah kak mawaddah, tapi aku kesian pulak kat dia sebab dah sarat.. mesti tak larat nak layan.. so, decide nak gi lepas dia bersalin.. nak gi tengok kak tiqah yang baru bersalin.. tapi fikir2 baik pegi bile baby dia dah balik rumah nanti.. nak gi jogging kat taman ape ntah abang panggil, tapi aku asyik tidur lepas SUbuh.. hikhik..
Misi yang tak tergendala, misi gi rumah matmin je..
3 Comments:
Gua nak ajak lu datang blog gua..pekena kenduri kat sana.Folo baca doa pun takpa.Kalau suka link
wah, mai Kuantan lama bukan main..bukan nak habaq!! huh..xmo kawan..
p/s: nasib baik igt gak kt akak..hehe
aniemz to FdausAmad:
rase macam awak penahn datg blog neh.. thanks sudi singgah.. oke, saya singgah blog saudara untuk makan kenduri.. hikhik
aniemz to 'atiqah:
hehe.. tak mo la ganggu akak.. org baru sakit lepas bersalin.. nanti akak tak terlayan pulak.. tapi kalo datg ritu bulih makan ikan haruan gak.. lame tak makan ikan haruan.. hikhik
Post a Comment