:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Thursday, August 20, 2009

Seseorang..

Waktu tu aku ngah tunggu bas nak balik TM.. kat Pudu yang sangat 'bersih' udaranya dan sangat sedap 'bau'nya.. terasa sekali jejak, nak jejak lagi.. ofkos la jejak sokmo kalu tak nak balik Kuantan camne.. aiseh!! tengah2 syok tunggu bas, tibe2 ada call.. tengok screen N81 8G, nombor yg tak dikenali.. perangai aku neh, nombor yang aku kenal je aku angkat.. haha..

Aku maleh nak layan nombor yang tak kenal sebab kadang2 orang tu ngaku wakil bank la.. wakil hotel la.. wakil syarikat kete la.. semua dengan motif yang sama nak cakap, "Cik/Puan Haniem adalah orang yang bertuah sebab menang cabutan bertuah" dan aku orang yg sangat mudah ditipu selalu percaya kata2 dusta nusta tata.. adeh.. so langkah pencegahan daripada ditipu, aku langsung tak layan nombor2 pendatang asing neh..

Tapi petang tu, aku rase sangat nak angkat.. oke, aku tekan button warna hijau yang separuh warnanya dah pudar dan said, "hello, assalamualaikum.. sape ni?" [tak de bakat jadi operator eh!] .. tau2 la kan Pudu tu zon yang sangat terdedah dengan pencemaran bunyi + telinga aku yang agak sound trouble neh, aku kurang la dengar respon dari orang sana.. apa yang aku boleh kata n ulang n ulang lagi, "haa? tak dengar la.." ngeh3..

Kesian dia.. asek duk ulang je.. last2 dia tanye, "dok ce ko sapo nih?" .. aku neh sejak 2 menjak nih sangat menunggu panggilan dari kawan aku sebab atas urusan jual beli kete.. kebetulan dia pun orang klate.. aku dgn penuh confident sebut, "kak ma ke nih?" .. ^_^ confident yang amat.. siap gelak2 macam hantu lagi kat tepon sebab kak ma yang dimaksudkan tu pun suka gelak jugak.. then, dia pun cakap, "kak ma ke ma?" ..dia pun gelak jugak lagi menambah ke'konfiden' an yang dia tu adalah 'kak ma'..

Korang tau ma tu sape? ma tu my mother in law.. haha.. alahai mak mentua aku neh.. tukar nombor tak habaq.. dan aku seorang manusia yang gelak macam hantu tadi terus diam bisu.. malu weh.. suara mak mentua pun tak leh cam.. adeh.. malu yang amat lebih2 lagi ma tanye, "anim sehat?" dia pulak tanye khabar aku, tapi aku sejak kawen hari tu tak pernah pun nak call dia.. memang sentiasa ingat dihati, tapi .. biar la reason tu aku n abang je yg tau.. hikhik..


[Mok aku sebelah abang dan ma sebelah aku]


Lama sangat ma berbual dengan aku.. sebab kes H1N1, ma bimbang menantu dia yang sorang ni duk syok stadi kt UPSI, yang sangat cintakan ilmu terkena virus sengal tu.. ish, nauzubillah.. lepas ma call, aku call abang.. aku cakap dia, asal dia tak gitau ma tukar no.. abang jawab, "dah aling bukan pernah pun call ma.." adeh, terkena aku punye batang hidung penyek tapi comel.. betul gak sebab aku tak pernah call ma.. ^_~ kejam2..



Pengajaran:


  1. Angkat la telefon wlaupun nombor tu tak dikenali.. kot2 mane la tau my father in law pulak call.. haha..
  2. Kalu rasa memori lemah, record suara untuk pengecaman suara yang lebih baik pada masa akan datang.. haha..
  3. Bawak2 tanye khabar bonda2 dan ayahanda2 di kampung..



0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online