:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, August 26, 2009

Semuanya Tentang First Time..

First time aku gi tarawih tanpa Dah, rum mate aku.. means pegi sorang2 la.. OpppSss.. pegi sorang2, tapi 2 malaikat dan Allah yang Satu tetap ade bersama aku.. ^_~ laki aku dah bising2 dah tandanya tak mo lepas aku gi sorang2.. hikhik.. aku sedaya upaya pujuk rayu segala bagai supaya dilepaskan untuk pegi ke tarawih.. [sila jangan imaginkan aku diikat seperti kambing yg mintak dilepaskan, oke..] haha..

First time aku semayang tarawih, selepas 4 rakaat diselitkan dengan tazkirah pendek [tarawih untuk tahun ni la aku cakap].. selama malam2 sebelumnya, tak der pun tazkirah pendek selepas 4 rakaat tarawih.. jadi aku pun dengar dengan khusyuk.. hihi..

First time, selama aku bertarawih, aku duk saf depan.. hihi.. nampak sangat selama ni aku selalu gi lambat solat tarawih.. ngeh3.. kalu dulu mase kat SMAASZA, kakak2 thanawi selalu pujuk adik2 junior yang liat nak naik saf depan.. aku la salah seorangnya.. tapi hari ni, aku bukan dipujuk, tapi dengan rela hati sebab hari ni gi surau awal sikit.. gi sorang2 kan.. haha..

First time ustaz yang mengimamkan aku tadi tu bawak anak dia.. yg laki besar, yang baby boy kecik.. dah nama baby, mesti kecik! pulak tu, time2 tengah khusyuk sembahyang, si baby tu nanes.. mak dia pun solat gak.. terus bapak dia [imam tu] lajukan bacaan.. kami? kami pun kena baca laju gak la.. kalu tak tertinggai.. esak2 baby tu haa memecah suasana sunyi dalam surau.. haha..

First time abang on call.. selama ni abang sehari suntuk dalam ward aku dah bosan, ni kan pulak on call.. aku mesej pun tak reply.. itu yang wat aku bosan.. ngeh3.. excited abang nak gi on call.. hikhik.. on call pun on call jugak, tarawih jangan lupo.. hihi


3 Comments:

Unknown said...

salam perkenalan org teganu kiter

aqilahhanis said...

W’salam. Aniem, tak terlambat lagi mengucapkan selamat pengantin baru :) . Student yang pregnant dibenarkan berpraktikal dengan syarat due date dijangka selepas praktikum kerana seboleh-bolehnya pelajar seharusnya menghabiskan 16 minggu disekolah tanpa bercuti.

Tapi, sebenarnya apabila pelajar dah disahkan mengandung sebaik-baiknya berbincang terus dengan penasihat praktikum atau pensyarah yang akan observe kita nanti supaya boleh membuat observation lebih awal dan apabila setelah 2 minggu lepas bersalin, pelajar boleh terus mengganti tarikh yang bercuti. InsyaALLAH takde masalah. Dan yang paling penting tak perlu extend. boleh grade sama-sama. :) kalau mengandung satu nikmat juga aniem.

Mami Hadeef said...

aniem to mata hati:

salam perkenalan jugak.. ganu kiter =)

aniem to aqilahhanis:

betul ni Qilah? itu la.. anim rase boleh je selagi EDD dia ak kacau waktu praktikal.. melainkan kalu morning sickness yang amat teruk, asyik leave je, memang tak leh.. tapi bagi yang dah sehat, morning sickness pun dah tak der, boleh je menjalani hidup seperti bese..

nway, thanks for that information.. buat saya dan abang lega!! hikhik.. tu la, kalo bulih tak nak la extend kan.. nak grad same2.. hehe.. memang la mengandung satu nikmat dan nikmat tu yang saya tertunggu2 sampai sekarang.. hihi.. thanks ye aqilah..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online