:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, October 14, 2009

Air Mata Lagi..

Sorry untuk pembaca2 blog ni sebab semenjak 2 menjak ni, aku asek post entri tentang praktikum je.. gempak habes la praktikum ni, posting tak tau lagi.. tapi biasanya untuk posting, KPM consider guru yang sudah berkahwin.. tapi tak tau zaman aku nak posting nanti, semua dh tak consider.. menangis lagu dondang sayang la aku dengan abang nanti T_T ..

Allah mahu aku terus berusaha.. itu kata2 positif yg aku semat dalam hati.. nak dijadikan cerita, sorang hamba ALLAH ni dia terserempak dengan aku petang tadi dan bertanyakan tentang praktikum sebab time aku gi ULM itu hari, dia pun mintak rayuan untuk tukar negeri jugak..alasan, tiada partner satu kos untuk praktikal di sekolah tu..

Entri lepas, aku pernah cite yang secara tidak 'hitam putihnya' aku dapat Kuantan.. rupenye itu hanya la ' angin2 sepoi2 bahasa saja..' rupenye, staf ULM tak letak pun aku kat Kuantan.. ALLAH nak aku usaha lagi dengan menemukan akak tu dengan aku.. bile dia cakap kt aku, ULM tak ubah pun, aku rase terkedu..

'Ya ALLAH, aku sudah penat..'


Then, akak tu nasihat suh aku gi semula ke ULM.. mendaki la aku bangunan BC tu sorang2..aku gi sorang2 sebab aku tak nak nyusahkan kawan.. sekarang masing2 tengah sibuk dengan thesis.. bile sampai pejabat ULM, aku jadi cuak.. takut kena marah lagi.. sorang2 pulak tu.. bile aku masuk pejabat tu, aku tanye pada salah seorang staf kt situ then dia jawab;

"mujur awak datang, saye pun dh lupe.."

Rase nak nangis situ je macam budak 6 tahun..encik2, puan2, cik2, ketahuilah saya sudah penat nak mendaki bangunan ini untuk bertemu muka dengan kalian semua..aku mintak sekolah SMK Tengku Panglima, then dia cakap try call sekolah tu dulu tanye nak terima tak cikgu praktikal.. aku fed up.. aku call abang..aku sebak..

"abang, aling dh penat dh usaha.. aling dh fed up.. berserah je la.. " [sambil nak nangis..]

"biar abang pulak usaha.. abang gi jumpe pengetua sekolah tu sekarang la.." [masa tu pukul 4.30pm]

Pastu, talian terputus.. kredit aku habes.. minggu ni saje, rase dh berpuluh2 kredit habes sebab kerana praktikum neh.. sepanjang dari bangunan BC hingga ke pagar UPSI, aku nangis.. nangis sambil jalan.. biar la mereka nak cakap aku apa, yang PASTI, ALLAH saja yang tau penat lelah aku.. bile dh top up, aku ke pejabat ULM semula.. nak gitau yang aku kompen kan esok pasal sekolah..

************************************************************************************

Segala perbualannya antara aku dengan staf ULM terpaksa dirahsiakan..
Segala proses pertukaran sekolah pun terpaksa dirahsiakan..
Dan segala percakapan antara aku dan pengetua sekolah pun terpaksa dirahsiakan
Harap maaf ^_~

************************************************************************************

Akhirnya, ALLAH nak tolong jugak aku.. staf tu terus tukarkan aku ke SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad [sebab tak der lagi pelajar fizik yg praktikal di situ walaupun totally dh seramai 8 orang.. so, bile termasuk aku dan partner jadi 10 orang].. lagi bahagia bersama partner aku sendiri.. mungkin rase fed up tadi adalah 'klimaks' pada ujian DIA pada aku.. sungguh! tika itu, aku sudah rase tiada kemampuan lagi berusaha untuk proses pertukaran sekolah ni dan ALLAH sememangnya sudah tau, aku sudah tak mampu lagi untuk 'ujian' yang seterusnya..

Hati bahagia.. sungguh! terima kasih ya ALLAH.. walaupun dengan linangan air mata, aku juga PASTI segalanya ALLAH akan 'bayar'.. tidak di dunia pun, insya ALLAH di akhirat kelak..

p/s: Missjue, sorry.. saye n partner dapat tukar sekolah waktu yg sama dengan awak post entri pasal SMK Raja Perempuan Taayah.. mekasih banyak2 ye pasal info sekolah awak tu.. really appreciate it! sangat gembira mengenali sekolah itu dengan lebih dekat apatah lagi sekolah itu adalah sama budayanya dengan sekolah kami dulu.. sebenarnya, sayang jugak nak tinggalkan sekolah tu utk tukar ke sekolah lain..tp sebab mr hubby jauh, so nak tak nak, kena jugak utk penjimatan kos..


9 Comments:

benzaldehyde said...

alhamdulillah..dapat jugak k.aniem praktikum dkt ngan zubir..cuak jgk bce tjuk entri k.aniem..ingtkn xdpt tukar..huhu..slmt berpraktikum ye..hihi..

Mami Hadeef said...

hehe.. mekasih epa.. tu la, kak anim sendiri pun terasa suspen bile bace balik entri neh.. hihi.. ^_~

ila said...

slm..akak..tahniah..akhirnye usaha akak nyata x sia2 langsung kan...alhamdulillah..tumpang hepy sgt amat..;)

nur said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

anim, congratz...
akhirnya berbayar semua pnt lelah dah air mata anim... hehehe...
bc tajuk cm suspen jer.. tapi gimik jer rupanya..
pe2 pn all d best there..
mesti mkin semngt kn kt kuantan???

[Zaza Azlan] said...

macam sebijik dengan situation akak now je =) ape yg hubby aniem ckp pun sama mcm hubby akak ckp. tp sile tukar perkataan 'cikgu' dan 'pengetua', ganti dgn yang applicable dgn akak ye. hehehe.
cuma u cant congratulate me yet, still got few more obstacle to go through =)
congrates anyway dear~

Mami Hadeef said...

aniem to ila:

wsalam.. hihi.. thanks.. =)

aniem to mjhidayah:

hihi.. nape tak pernah munculkan diri selama ni.. =) thanks.. n thanks jugak coz sudi jadi silent reader blog ni..

aniem to miss jue:

jue, sorry neh.. sian awak, dh la bz, pastu sebuk tulis pasal sekolah tu utk saye.. thanks sangat2.. sebab saye tau awak korbankan mase awak utk tulis entri tu, sedangkan kite sekarang dh dekat dh dgn final exam..

aniem to zaza:

akak mintak tukar tempat kerja gak ke? hihi.. tu la, dh bosan kan duk jauh dgn hubby neh.. anim ni baru nak praktikal, tak tau la posting camne.. ish, mintak2 la posting dpt dekat..

moga akak sabar untuk proses pertukaran nih. insya ALLAH, penat lelah tu akan 'dibayar' utk kite sbb niat kite baik, mahu berdekatan dgn suami n secara tak langsung, tunaikan tanggungjawab kite pada dia..

p/s: panjang pulak jawabnya..

Cha Syazana said...

phewit.. cikgu aniem dah sekarang ;)

Mami Hadeef said...

aniem to chanana syaz:

=) hihi..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online