:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Monday, August 31, 2009

2+1

Aku tak de mood sebenarnya nak menulis dalam blog.. maybe penat + banyak mende yg nak fikir.. kepada pembaca blog nih, minta mahap la banyak2 sebab beta tak updet blog ni.. bersarang belum lagi sebab baru je 4 hari tak updet.. ngeh3.. lagipun labah2 ngeri nak wat sarang kat sini.. sebab aku sangat rakus untuk menjadi pemusnah sarangnya.. hikhik..


2+1 tu maksudnya total adalah 3.. heh! mengarut pulak aku neh.. sebenarnya, baru2 ni aku balik Trg untuk uruskan pasal beli kete kancil.. alhamdulillah, stok kete sewa kami bertambah! kami dah ada 2 kete kancil untuk disewa.. so, kepada students2 UIA terutamanya yang memerlukan kete utk disewa, sila call Zubir, 017-234 tekan2 tak dapt.. ngeh3.. oke2.. aku siyes.. tepon kat nombor cik abg zubir eh.. 017-2343287.. harga macam bese RM5 untuk sejam..



Syukur pada ALLAH, pemberi rezeki untuk sekalian makhluk.. sebenarnya, kami tak sangka pun kami boleh beli 1 lagi kete.. korek bank ni, korek bank tu, akhirnya cukup 7K.. haha.. walaupun second hand, tapi ianya amat2 bermakna untuk kami cari rezeki sesuap nasi.. ohh!! ayat sedih pulak dah.. setelah ditolak dan ditambah, saving pun cukup, so kami decide nak beli kete tu dgn abg azahari.. beli by hand bukan kt kedai, so tak de mahal sangat.. kalu kt kedai kami survey harga dalam 8.5K dan ke atas..


Dan perkara yang kedua, hari ni kami dah bulih amik kunci rumah sewa.. actually, kami tak sangka pun boleh masuk rumah seawal ni sebab owner tu cakap, penyewa sebelumnya maybe keluar 11.9.. semalam kitaorang call owner, dia cakap boleh masuk rumah pertengahan bulan 9.. so, aku tak bajet nak balik lagi this weekend.. tup2 dah sampai TM, aku pun dah siap landing atas tilam, abang call cakap owner rumah gitau dah boleh masuk rumah start hari ni..

Syukur lagi pada ALLAH kerana mempermudahkan segala perancangan kami berdua.. perabot dah boleh amik weekend ni, langsir pun dah boleh pasang.. huhu.. amat tidak sabar sebenarnya.. sebab aku dah muak jadi manusia yang berpindah randah.. ngeh3.. kepada kawan2 kami yang nak datang ke rumah kami, untuk sementara waktu ni, rumah in progress.. haha.. banyak mende nak kena setel.. mungkin datang raya boleh la.. insya ALLAH, kalu kami ada rezeki lebih, kami akan usaha untuk buat open house untuk kalian.. doakan kami dimurahkan rezeki ye.. selamt datang ke rumah baru kami di IM 8.. [belakang dewan serbaguna, oke..alamat aku tak ingat]



p/s: tahniah kepada abg hafiz dan kak mawaddah atas kehadiran insan baru.. lil mujahid seorang anak merdeka.. kenal mereka berdua melalui alam maya sejak lil mujahid berumur 11 minggu lagi n now, lil mujahid dah lahir..


Wednesday, August 26, 2009

Semuanya Tentang First Time..

First time aku gi tarawih tanpa Dah, rum mate aku.. means pegi sorang2 la.. OpppSss.. pegi sorang2, tapi 2 malaikat dan Allah yang Satu tetap ade bersama aku.. ^_~ laki aku dah bising2 dah tandanya tak mo lepas aku gi sorang2.. hikhik.. aku sedaya upaya pujuk rayu segala bagai supaya dilepaskan untuk pegi ke tarawih.. [sila jangan imaginkan aku diikat seperti kambing yg mintak dilepaskan, oke..] haha..

First time aku semayang tarawih, selepas 4 rakaat diselitkan dengan tazkirah pendek [tarawih untuk tahun ni la aku cakap].. selama malam2 sebelumnya, tak der pun tazkirah pendek selepas 4 rakaat tarawih.. jadi aku pun dengar dengan khusyuk.. hihi..

First time, selama aku bertarawih, aku duk saf depan.. hihi.. nampak sangat selama ni aku selalu gi lambat solat tarawih.. ngeh3.. kalu dulu mase kat SMAASZA, kakak2 thanawi selalu pujuk adik2 junior yang liat nak naik saf depan.. aku la salah seorangnya.. tapi hari ni, aku bukan dipujuk, tapi dengan rela hati sebab hari ni gi surau awal sikit.. gi sorang2 kan.. haha..

First time ustaz yang mengimamkan aku tadi tu bawak anak dia.. yg laki besar, yang baby boy kecik.. dah nama baby, mesti kecik! pulak tu, time2 tengah khusyuk sembahyang, si baby tu nanes.. mak dia pun solat gak.. terus bapak dia [imam tu] lajukan bacaan.. kami? kami pun kena baca laju gak la.. kalu tak tertinggai.. esak2 baby tu haa memecah suasana sunyi dalam surau.. haha..

First time abang on call.. selama ni abang sehari suntuk dalam ward aku dah bosan, ni kan pulak on call.. aku mesej pun tak reply.. itu yang wat aku bosan.. ngeh3.. excited abang nak gi on call.. hikhik.. on call pun on call jugak, tarawih jangan lupo.. hihi


Tuesday, August 25, 2009

Dari Farahim..

Aisy.. berblogging lagi..cakap bz.. ni namanya orang tak sedar diri dek untung.. haha..kena sentap budak ni kasi mantap sikit.. haha.. bukan2x.. aku just nak mengabadikan award yg diterima dari epa a.k.a farahim..


1) ambik award nie.. jangan malu2.. jangan segan2..

2) nyatakan tentang pemberi award nie..

Farahim.. [tak mo la panggil epa.. macam panggil buah epal je.. hikhik]

Farahim ni junior aku mase SMAASZA dulu.. actually, aku tak ingat sangat muka dia.. bile tengok FS dia, baru leh cam.. bese la.. aku fail nak ingat muke orang cantek2 neh.. [bulan pose, puji lebih2 sikit..].. dia amik Farmasi kat UKM.. lagi ape ek?? em, lahir tahun 1989.. dia baru lepas tensen exam pato .. aku pun tak tau pato tu ape.. potato ke.. haha.. waaa.. terlebih describe pulak..

3) perasaan bila dapat award nie..

Pelik.. sebab bile tengok gambar award ni terus membandingkan tangan Farahim besau cegitu ke? hikhiik..

4)tag sekurang2nya 5 orang

pijah
fana
maaruf
ain
kak nadiah..




Pasal Praktikum..

Tengok pada kekerapan aku updet entri untuk bulan ni amat la slow macam siput.. bese2, di akhir2 bulan ni, jumlah entri yg aku pos neh dah lebih dari 20+.. tapi dis month, aku secara tidak langsung menjadi orang yg buat2 sibuk.. padan muka.. awal2 sem tak mo bekerja keras secara jayanya untuk siapkan thesis, sikalang, lu pikir la sendiri.. [point utk diri aku yek!].. tapi rileks, keadaan maseh terkawal dan bukan tahap seriyes.. haha.. aku maseh waras lagi, cuma kadang2 perut aku bunyi.. opSss!

Urusan untuk praktikum udah selesai.. alhamdulillah, akhirnya diberi peluang untuk pilih partner untuk praktikum nanti.. aku? partnet dengan raihah.. sebab hari tu Syikin cakap tak mo duk Kuantan, so aku pun ajak la Raihah praktikum dekat Kuantan.. dan penyelaras praktikum bagi kelonggaran untuk aku pilih daerah nak praktikum.. sebenarnya, kami tak diberi pilihan pun nak praktikum kt daerah mana, diberi peluang pilih partnet sahaja.. dan aku spesel case skit.. haha..

Aku? opkos la aku pilih Kuantan.. siap nyatakan lagi sekolah mane aku nak walaupun ditentang keras oleh penyelaras praktikum.. aku peduli apa.. janji bulih dekat dgn laki aku.. lame dah laki aku dambakan aku di sisinya 24 hours.. betul tak abang?? hihi.. so, aku yang sentiasa solehah untuk abang secara jujurnya tulis nama sekolah yang terdekat sekali dgn rumah kami.. SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.. panjng jela nama sekolah.. kalu la ade sekolah belakang rumah kami sewa, aku tulis sekolah tu.. tapi belakang rumah sewa aku tu dewan serbaguna Indera Mahkota..

Dan ada lagi satu bite yg aku dengar.. cam tak besh je la.. tak besh bagi aku.. hikhik.. student peknen tak leh praktikum.. aku tak tau la sejauh mana kebenarannya.. kalu maktab, memang confirm tak leh.. tapi rasenye kalu UPSI, boleh je.. tengok kakak housemate aku dulu, mase peknen boleh je praktikal, tup tup dah habes praktikal terus meletup.. haha.. nasib baik sempat habes praktikal, kalu tak, tak time la ijazah bulan 8 baru ni kak oiii.. tapi mungkin student fizik bulih kot praktikal sambil jadi mak buyung sebab lab2 fizik kt sekolah simple2 je.. bak kate kawan aku;

"lab fizik main golek2 tayar je.. sambung litar"

Aku senyum je.. tapi dalam hati aku kata, sambung litar kalu salah, kejung anak aku kat dalam ni haaa.. [perhatian; belum wujud lagi anak itu.. haha] sebab kalu student kimia n biologi, maybe sebab kene carry lab yang melibatkan bahan2 kimia.. uhh!! bahaya untuk kesihatan weh.. tapi sebenarnya, aku n abang dah 'tarik nafas' lega sebab sudah melepasi bulan 8.. means, kalu tetibe aku peknen, EDD dia dah habes praktikal.. so, tak jadi extend la.. tapi, bile dengar khabr2 angin yang tak tau betul ke tak tu, naik 'gerun' gak aku dan abang sebab extend sem la perkara yang paling kami tak mahu.. [cakap cegini macam laki aku jadi mak buyung gak je..]

Agak kesian la pada kawan2 aku yang dah peknen.. walaupun mereka2 itu kawen same arikh dengan aku..dan ade jugak yang kawen mase cuti H1N1 pun dah ada yg peknen.. 'amboi, laju je korang..' itu la korang, asal tak amik precaution step macam aku.. hikhik.. tapi aku tak kesah pun sebab korang punye suami sume dah bekerja.. nak extend pun no hal.. abang pun kata;

"kalu abg dah jadi Doc, aling nak peknen terus pun tak pe.. ni abg belajar lagi, takut extend jadi lama pulak.. nanti abg dah jadi Doc, aling peknen la tiap2 tahun la..hihi"

Tapi kalu dah rezeki kan, mane2 je ALLAH dah bagi yang terbaik oke..

p/s: tengok la bile laki aku dah jadi Doc, aku jadi 'pengusaha kilang' yang cemerlang tak.. ^_~


Sunday, August 23, 2009

Aku Tengah Syok!!

Oke..

Aku tengah syok tengok gambar2 kawen..
.
.
.
.
.
.

Tibe-tibe..


Alamak! nampak gambar ni..


~ hidangan masa makan beradab~



Tibe-tibe lagi..
.
.
.

Perut aku bunyi.. hahaha.. sabo2.. ade lebih kurang 3 jam agi neh.. dan aku nampak ini lagi..

~sedap puding tu.. wa cakap lu..~


~ kadang2 kala aku pun berjiwa macam budak tecik! mengira2 waktu berbuka.. tak salah kan?? hihi..


Tahukah Anda?

Tahukah anda? aku memang belum tau.. memang aku sangat jakun.. ngeh3..oke2.. aku ringkas kan.. disebabkan sem ni aku 'ditakdirkan' kena blajo Energy Physics, maka bertimbun2 la asemen yang Dr. R bagi pada kami.. mula2 aku fikir cam nak score subjek ni, tapi makin lama blajo, makin rase 'jauh hati' je.. ahaks.. sebabnya subjek ni banyak nak kena baca n aku sungguh tidak suka! otak aku bukan untuk membaca..

Tahukah anda tentang incinerator? first2 aku dengar, secara jujur aku memang tak tau.. haha.. memang jakun.. dan setelah siapnya asemen pasal incinerator tuh, baru aku tau kewujudannya di Malaysia..

Apa itu incinerator?


Sejenis alat untuk menghapuskan bahan2 terbuang.. rase betul dah kot maksudnya..ayat yg aku buat sendiri tapi maksud yng sama je dalam buku.. aku malas nak copy n paste je sebab ayat dalam BI n aku tau korang maleh nak baca lam BI ni kan?? hihi.. bahan terbuang tu dihapuskan dengan cara pembakaran dalam incinerator.. contoh bahan2 dari hospital [jarum, nyuntik2 tuh n others], mende2 camni kalu dibuang secara manual [maksudnya dibuang begitu sahaja] akan membahayakan.. sebab apa? sebab bahan2 daripada hospital yang telah digunakan itu terkandungnya virus n bacteria.. dilupuskan dalam incinerator ni akan menyebabkan terhapusnya bakteria n virus oke.. tp byk lagi function incinerator neh..

Tapi secara tidak langsungnya, pembinaan incinerator ni ada side effect nya.. kesan dari pembakaran tu akan menghasilkan gas2 yang bahaya tapi debu pembakaran boleh digunakan untuk buat simen, marmar n others.. 2 in one.. ada baik n buruknya.. dan tahukah anda incinerator ni pernah dihasratkan untuk dibina di Broga, Semenyih tapi mendapat bantahan dari semua pendudukan kawasan situ.. sape yg tak bantah tu memang bersedia utk mati! hihi.. sebab gas2 hasil daripada pembakaran tu sememangnya bahaya..


Bagi aku, incinerator ni perlu jugak sebab tanah yang di 'spend' utk nak lupuskan bahan terbuang ni semakin berkurang.. tapi incinerator bersifat 'mesra alam' la.. dan hari ini telah di wujudkan incinerator KAMI dihasilkan oleh Pusat Kualiti Alam Malaysia.. diwujudkan di bukit Nenas, N9.. jangan riso penduduk2 bukit nenas N9 ek, incinerator ni mesra alam punye.. ahaks..kan tak pasal2 e'kau pindah kuar lari dari nogori..


Dan hari ni.. aku kena kaji 1 lagi.. energy resource di Kedah..


Tahukah anda jerami padi di Kedah boleh menghasilkan power?? bukan super power minuman untuk 'kuat' tu eh.. jerami padi yang bagi pandangan aku tak boleh wat ape2 selain daripada kraftangan, rupenye ada potential energy resource di Malaysia.. so, rakyat2 Kedah, hang beli mesin generate power neh letak tepi rumah hang.. balik dari tuai padi, hang letak jerami padi dalam mesin tuh kasi generate letrik.. tak yah mintak letrik dari TNB dah.. haha..


p/s: pasal jerami padi nanti aku tulis dalam entri lain.. aku sendiri pun tak baca lagi.. haha..



Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kali Ini..

Salam kepada semua pembaca blog aniemz.blogspot.com.. Di sini, saya dan suami memohon ampun dan maaf pada semua andai ada terkasar bahasa, buruk budi bicara.. selamat menunaikan ibadah puasa daripada kami sekeluarga..





Buat suamiku tersayang..


Aling memohon ampun dan maaf andai sepanjang tempoh perkahwinan kita yang baru cuma, aling terlalu banyak melakukan kesalahan.. terkasar tidak kira masa, lazer tidak kira bahasa, buruk tingkah laku tidak kira di mana.. segalanya aling minta ampun dan maaf..

Abang,,

Untuk pertama kali kita menyambut bulan barakah ini bersama-sama sebagai pasangan suami isteri.. aling minta maaf sebab tak balik Kuantan minggu ni untuk kita mengimarahkan bulan keberkatan ini.. aling minta maaf abang, aling tak dapat nak menyediakan juadah untuk abang berbuka.. aling tak dapat nak menyajikan juadah untuk abang bersahur.. aling tak dapt jadi makmum untuk solat tarawih bersama-sama.. Uhh!!

Abang, doakan isterimu sentiasa dilimpahi barakah dalam hidup.. dapat menghayati Ramadhan dengan ketulusan hati.. dapat menghayati kalam ALLAH seikhlas hati dan dapat menjadi suri hidupmu sesuci hati sehingga ke Syurga..

Penat weh nok wat ayat jiwang2 neh.. oke abang? minggu depan kite bukak pose puas2, tarawih sama2 n sahur sama2.. untuk abang, maafkan segala kesalahan isterimu..


+ boleh la nak jiwang2 dalam blog ni.. kalu dengan mulut nak cakap depan2 suami, hampeh tak terluah dengan kata2.. hihi.. betul tak wahai isteri2 di luar sana?? kalu ada yang dapat cakap secara life depan suami ayat yang jiwang2 gitu, daku tabik spring kepada kamu!





Thursday, August 20, 2009

Seseorang..

Waktu tu aku ngah tunggu bas nak balik TM.. kat Pudu yang sangat 'bersih' udaranya dan sangat sedap 'bau'nya.. terasa sekali jejak, nak jejak lagi.. ofkos la jejak sokmo kalu tak nak balik Kuantan camne.. aiseh!! tengah2 syok tunggu bas, tibe2 ada call.. tengok screen N81 8G, nombor yg tak dikenali.. perangai aku neh, nombor yang aku kenal je aku angkat.. haha..

Aku maleh nak layan nombor yang tak kenal sebab kadang2 orang tu ngaku wakil bank la.. wakil hotel la.. wakil syarikat kete la.. semua dengan motif yang sama nak cakap, "Cik/Puan Haniem adalah orang yang bertuah sebab menang cabutan bertuah" dan aku orang yg sangat mudah ditipu selalu percaya kata2 dusta nusta tata.. adeh.. so langkah pencegahan daripada ditipu, aku langsung tak layan nombor2 pendatang asing neh..

Tapi petang tu, aku rase sangat nak angkat.. oke, aku tekan button warna hijau yang separuh warnanya dah pudar dan said, "hello, assalamualaikum.. sape ni?" [tak de bakat jadi operator eh!] .. tau2 la kan Pudu tu zon yang sangat terdedah dengan pencemaran bunyi + telinga aku yang agak sound trouble neh, aku kurang la dengar respon dari orang sana.. apa yang aku boleh kata n ulang n ulang lagi, "haa? tak dengar la.." ngeh3..

Kesian dia.. asek duk ulang je.. last2 dia tanye, "dok ce ko sapo nih?" .. aku neh sejak 2 menjak nih sangat menunggu panggilan dari kawan aku sebab atas urusan jual beli kete.. kebetulan dia pun orang klate.. aku dgn penuh confident sebut, "kak ma ke nih?" .. ^_^ confident yang amat.. siap gelak2 macam hantu lagi kat tepon sebab kak ma yang dimaksudkan tu pun suka gelak jugak.. then, dia pun cakap, "kak ma ke ma?" ..dia pun gelak jugak lagi menambah ke'konfiden' an yang dia tu adalah 'kak ma'..

Korang tau ma tu sape? ma tu my mother in law.. haha.. alahai mak mentua aku neh.. tukar nombor tak habaq.. dan aku seorang manusia yang gelak macam hantu tadi terus diam bisu.. malu weh.. suara mak mentua pun tak leh cam.. adeh.. malu yang amat lebih2 lagi ma tanye, "anim sehat?" dia pulak tanye khabar aku, tapi aku sejak kawen hari tu tak pernah pun nak call dia.. memang sentiasa ingat dihati, tapi .. biar la reason tu aku n abang je yg tau.. hikhik..


[Mok aku sebelah abang dan ma sebelah aku]


Lama sangat ma berbual dengan aku.. sebab kes H1N1, ma bimbang menantu dia yang sorang ni duk syok stadi kt UPSI, yang sangat cintakan ilmu terkena virus sengal tu.. ish, nauzubillah.. lepas ma call, aku call abang.. aku cakap dia, asal dia tak gitau ma tukar no.. abang jawab, "dah aling bukan pernah pun call ma.." adeh, terkena aku punye batang hidung penyek tapi comel.. betul gak sebab aku tak pernah call ma.. ^_~ kejam2..



Pengajaran:


  1. Angkat la telefon wlaupun nombor tu tak dikenali.. kot2 mane la tau my father in law pulak call.. haha..
  2. Kalu rasa memori lemah, record suara untuk pengecaman suara yang lebih baik pada masa akan datang.. haha..
  3. Bawak2 tanye khabar bonda2 dan ayahanda2 di kampung..



Sebulan @ Extend?

Sebulan cuti pun aku tak nak..
.
.
.
Extend semester lagi la aku tak nak..
.
.
.
Esok tau keputusannya.. tapi kalu dibiarkan, parah jugak..
.
.
.
Oh Tuhan.. Hanya pada-MU aku berserah..
.
.
.

Aku cakap tentang H1N1.. uhh.. tak sangka UPSI yang permai lagi damai ni menerima jugak virus yang tidak diundang.. dah la tak diundang, tak nak 'balik' pulak tu.. adeh.. kasihani la kami yang sangat cintakan ilmu.. ahaks.. kami nak belajo.. tak nak cuti sebulan.. tak nak extend semester.. kalu extend semester, lagi lambat la periuk rumah nak berasap walaupun sekarang ni dah ada dapur letrik.. ^_~ maksud aku bagi orang yg suke wat kuih bahulu, tak berasap la dapur dorang.. yang pasti bukan aku pembuat bahulu.. tak de kaitan pun~lalala

Tapi kalu cuti sebulan, bahagia la hati boleh pose kat rumah.. makan besh2.. sesi menggemukkan tubuh pun boleh.. hihi.. tapi tak menariknya, bukan boleh pose dengan abang pun.. if cuti sebulan, aku balik kampung n abang yang penuh caring tuh still duk Kuantan duk dating dengan patient2 dia.. tapi tak pe la.. penuhi masa bersama orang tua tersayang sebelum mereka pergi meninggalkan kita utk selama2nya..

Tapi dalam rase sonok2 neh, thesis aku camne?? haha.. maleh nya nak siapkan.. aku sangat malas untuk menyiapkan thesis sekarang.. ade sape2 boleh tolong tak?? bagi mask untuk aku sebagai dorongan untuk siapkan thesis.. tapi ape kaitannya?? haha..tunggu la esok keputusan dari pihak pentadbiran samada cuti sebulan @ extend semester..



Wednesday, August 19, 2009

Anak..

Lama aku fikir untuk nak taip entri tentang neh.. dan aku pun takut jika entri ni buat sesiapa terasa hati.. tapi sungguh.. tak der niat ape2 pun untuk nak sakitkan hati orang atau nak wat orang terasa.. bunyi cam seyes je kan?? oke.. gelak sikit.. hikhik..

Di bawah ni bukan anak aku.. aku pun tak tau anak sape.. haha.. kredit to google..


Sebenarnya, aku agak sensitif bile orang tanye aku, "anim dah pregnant?" atau orang berjenaka dgn aku, "makan untuk sorang ke dua?" atau ayat2 yang membawa maksud yang sama oke.. tipu bagi pasangan yang sudah berkahwin mereka cakap tak mau anak.. mereka akan sentiasa menanti n menanti.. even orang yang dah ada anak sorang pun, still menunggu zuriat kedua if anak tu dah menjangkau 4, 5 tahun.. betul tak??Statement aku dan abang, "kami bukan tak mau anak cepat...tapi,


1. Kami berdua bukan sudah bekerja kerajaan atau swasta yang gaji lebih Rm 1K sebulan untuk menyara anak yang bakal lahir..

2. Kami berdua masih bergelar mahasiswa/i di IPTA..


3. Kami tiada income yang tetap selain abang buat kereta kancil kesayangannya sebagai kereta sewa yang kadar sewanya RM 5 untuk 1 jam.. bak kata kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..


4. Kami berkawen bukan ditanggung+ditaja oleh mak ayah sebab parents kami bukan orang kaya.. Kami belanja guna duit biasiswa (JPA+KPM) yang hanya cukup2 untuk kami berdua dan agak sesak jika bertiga.. setakat ni alhamdulillah, cukup seadanya.. tak de lagi sejarah makan nasi kosong dengan ikan masin.. tapi kalu nasi kosong yg panas+ikan masin, sedap kan?? oke.. sudah mengarut..


Penerangan:


Statement 1: Kami berdua memang tak kerja lagi.. bagi pasangan yang sorang masih belajar n pasangannya dah kerja, fine.. nak pregnant terus tak pe.. tiap2 tahun nak beranak pun tak kesah sebab sekurang2 nya sudah ada income yang tetap dalam sebulan..

Statement 2: Kami masih belajar.. aku berbaki 1 sem lagi just untuk praktikal semester depan, dan abang berbaki 2 tahun setengah lagi dan akan tamat tahun 2012.. tapi kami memilih jalan untuk kawen ketika blaja sebabnya kami tak mau dah couple lame2.. kami kenal sejak 2004.. mengambil mase yg agak lama jika kami menunggu 2 2 habis blaja untuk kawen..

Statement 3: Kereta sewa je income untuk kami dalam sebulan.. selain jualan kepok segera di KOOP UIA.. tapi jual kepok kurang memberangsangkan sebab stok susah nak dapat.. alhamdulillah.. ramai yang sewa kereta abang.. walaupun selalu kena wat iklan, tapi kami tak kesah.. aku tak tau samada makcik cleaner yang koyakkan iklan abang atau ada orang sabotaj..waallahu'alam..

Statement 4: Kami kawen tidak lagi ditanggung+ditaja oleh mak bapak.. aku tau n abang pun pernah cakap, kawan2 dia yang dah kawen sebahagiannya di support oleh mak bapak.. pernah kawan aku cakap, "alah, kawen mase blaja, aku kalu tak cukup, minta la dgn ayah aku.. bukan dah kerja pun.." .. tapi aku tak tau la dia minta ke tak.. cuma, aku rase kalu tak ditanggung sepenuhnya oleh mak bapak, tapi mesti ada sikit.. contoh duit sewa rumah, duit bayar kereta bulanan dsb.. TAHNIAH aku ucapkan pada para suami yang sedang belajar, tapi berusaha untuk menyara isterinya dengan hasil kerjanya.. aku tak puji suami aku sebab aku tau ada jugak suami kawan2 aku yang berusaha cari duit utk support bini dia..

Tapi bagi kami, alhamdulillah.. ayah aku bagi pinjam kete saga lama dia.. ye, kete yg sangat lama sampaikan bile hujan, habis masuk air dalam kete.. bukan ayah aku tak nak bagi kete baru, tapi aku MALU nak trime..cukup la ayah dah tanggung aku sebelum aku kawen n lepas kawen, aku bukan bawah tanggungan ayah.. dan kalu aku trime, aku takut abang rase rendah diri..wlaupun kete tu agak lama, cukup la kete tu boleh bergerak gi mana2..

Cuma, aku kadang2 kesian kat abang.. aku pernah tanye, "abang malu tak bawak kete ni?" jawab abang, "abang tak malu pun sbb bagi abang boleh gerak, oke je..nape, aling malu?" .. ye, aku malu sebab naik kete buruk.. haha.. tapi jawab dalam hati je la.. tak mo abang rase sedih pulak.. abang tambah lagi, "abang dah bese hidup susah.. dulu mase kecik2 abang malu gak kete ayah abang buruk.. tapi bile dah besar, dah boleh fikir sendiri.. wat ape nak malu.. ramai lagi yang tak de kete.. nak gerak pun susah.." oke.. aku diam lagi.. [puan anim! sila bawak2 la insaf kan diri..]

If ada anak dalam mase terdekat, abang tak nak ayah pulak tanggung cucu dia.. abang cakap, abang malu.. sebab tu la kami perlu merancang.. memang masih awal lagi tempoh perkahwinan kami.. kalu tengok bawah pada ticker, baru 2 bulan, 2 minggu n 2 hari tempoh kami diijabkabulkan.. perancangan kami bukan guna implanon, bukan gune pil perancang, bukan gune suntik2 hormon, hanya berserah pada ALLAH.. jika kami ditakdirkan ada anak dalam mase terdekat, yes, ALLAH knows the best.. thanks to abang sebab menjadi seorang suami yang sangat bertolak ansur dalam merancang keluarga..

Memang sangat tidak sabar untuk nak ada anak.. tengok orang lain gelek anak dia, gendong anak dia, dukung anak dia.. tapi tu la.. seperti yang dinyatakan di atas.. ngeh3.. insya ALLAH, planning kami setelah aku habis belajar.. tunggu lepas aku habis belajar kalu ianya nak 'terexcident' pun.. haha.. doakan yang terbaik untuk kami yea..


p/s: entri yang tiada perasaan.. tak de niat yang menyinggung orang lain.. hanya untuk menerangkan kenapa kami tidak merancang utk ada anak dalam masa terdekat.. itu je..
p/s 2: dah planning dengan syaz nak uweks2 tahun depan, dan our babies uwaaa2 tahun 2011.. dengan izin-NYA kami merancang.. ade sape2 nak join tak?? hikhik..


Tuesday, August 18, 2009

Dalam Rindu Ada Tangisan..

Tajuk/Lirik Lagu: Kau Yang Satu
Penyanyi: Wow

Tanpa mu aku la yang rindu
Tanpa dirimu hilanglah manjaku
Kasih mu adalah naluriku
Cintamu hanya di hatiku

Izinkan aku selami hatimu
Izinkan aku bisikkan cintaku
Janjiku pada kau yang satu
Diriku hanyalah untukmu

Engkau lah yang satu
Pujaaan hatiku
Sucinya cintaku padamu
Sayangku hanya kau yang satu
Kasih dah rinduku milikmu




Lagu ni abang pernah hantar kat aku masa zaman bujang dolu2.. mase terima lagu ni tersangat la rasa aku ni diperlukan abang dalam hidupnya.. time tuh, aku ngah jadi cikgu ganti kat sepang.. bz yang amat.. memang mase tuh hidup aku macam tak tentu hala.. gi sekolah kul 6.45 pagi, balik sekolah paling awal pun dalam kul 3 ptg.. paling awal la aku balik sepanjang aku jadi cikgu ganti.. kecuali hari Jumaat.. tu pun kadang2 balik lewat gak hari Jumaat..

Tu baru jadi cikgu ganti, tak jadi lagi cikgu tak ganti.. means cikgu betul2 la.. haha.. so, sepanjang 2 bulan jadi cikgu ganti, memang kurang mesej dgn abang.. call lagi la kurang sebab nak jimatkan kredit.. ngeh3.. abang hantar lagu nie mase aku ngah tido senggang waktu antara maghrib n isya'.. penat yg amat.. sampai kt rumah, ingat nak tido je.. tak pe la sebab bujang lagi kan..so, bile dapat je lagu ni terus tubuh aku jadi segar.. haha..terus call abang cakap "thanks"..

Dan hari ini aku tersangat2 la mengerti ke'bizi'an abang dalam tempoh clinical years sampaikan kadang2 kurang mase nak amik berat pasal aku.. sebab aku pernah rasa tempoh ke'bizi'an yang sampaikan aku kurang mase amik berat pasal abang.. fair la kan?? hikhik.. bile tak berada depan mata, memang susah nak tau semua perkara kan? dan tatkala bile aku turun Kuantan dan nak balik je ke TM, abang akan cakap,

"pasni abang dah sorang2.. aling nak balik dah..lambat lagi la boleh jumpe"

Setiap kali aku nak balik, memang ayat ni yang terpancul dari mulut abang..aku faham abang nak aku berada sentiasa bersama dia.. walaupun abang tak pamerkan kesedihan melalui air mata, tapi aku tau hati abang sedih.. [betul tak abang?hihi] ..bile duk berjauhan, kadang2 aku 'terlupa' nak amik berat pasal dia.. aku tau abang nak sampaikan semua cerita kat aku apa berlaku kat hospital.. pasal patient, pasal kena marah dgn Doc n ape2 je la.. pernah suatu hari, aku rase kesunyian.. lebih2 lagi kami duk berjauhan, lagi la terasa aku 'jauh' bebeno dari abang.. dan hari tu jugak abang tak mesej aku.. abang balik hospital, aku merajuk dgn abang.. at last abang cakap,

"aling tak tau apa yang berlaku kat hospital.. semalam abang kena marah.. hari ini abang pun kene marah lagi.. aling bukan nak tanye pun apa berlaku kt hospital.."

Mase ni, aku rase memang aku tak berlaku adil pada abang.. hati aku sayu.. aku sibuk dgn berblog, tapi abang jauh nun di sana jiwa tak tenteram sbb kena marah.. aku tak berlaku adil pada abang.. apatah lagi bile berjauhan, tanggungjawab makan minum pakai abang tak terjaga oleh aku.. kadang2 kesian kat abang.. bile aku mesej abang tanye tengah buat apa, abang mesti balas, "abang tengah iron baju.." atau " abang tengah masak.." atau "abang tengah rehat.." .. lagi la rase bersalah ^_^ .. dan abang siap kata lagi, "nanti aling duk Kuantan, abang nak 'claim' semua.." .. oke, tak kesah pun.. bak kata kak mawaddah, sumber pahala buat isteri.. buat abang..

Sayang..
Sabar la untuk seketika..
Ganjaran sabar itu sangat indah..
Kita memilih jalan ini seadanya..
Hanya untuk mendapat keredhaan-NYA..
Meskipun ada rindu dalam tangisan..
Yang pasti hati kita saling disulami dengan rasa CINTA..
Kerana kasih-NYA kita bertemu..
Kerana kasihnya kita menyulam CINTA dalam keredhaan-NYA..
Sayang abang selalu..Mmmmuahz...


p/s: tak sabo nak tinggalkan TM.. huhu..
p/s 2: dedikasi ini ditulis untuk abang.. sebab aku tau abang akan baca blog ni bile balik Kuantan..
p/s 3: tak sabar nak masuk rumah sewa kat Kuantan bulan 9..
p/s 4: bese la entri jiwang2.. tanda rasa bersalah n minta maaf.. hari ni minta maaf, esok buat lagi.. adeh.. maafkan la isterimu..

Monday, August 17, 2009

Entri Sekaligus..

Komuter Tanjong Malim - Rawang

Satu alternatif baru bagi budak2 UPSI nak turun ke KL gune KTM.. first time aku naik komuter TM-Rawang neh.. bukan first time naik komuter tau.. itu jakun namanya kalu first time dalam hidup naik komuter.. agak excited pada mulanya sebab tak pernah lagi naik komuter dari TM.. so, lepas habes je kelas aku mintak Fana hantar aku ke stesen komuter.. sejak ber'laki' neh, asek susahkan Fana je hantar aku ke stesen bas la, stesen komuter la.. thanks Fana eh.. jasamu dikenang!

Aku ke KL sebab abang aku konvo.. so, memang wajib pergi.. kalu tak, kecik hati abang aku sorang neh.. dia bersusah payah amik gambar mase aku kawen hari tu, tak kan aku tak leh bersusah payah nak tengok dia konvo.. oke stop pasal tujuan ke KL.. aku nak cite pasal Komuter TM neh.. kawan aku cakap, every one hour komuter TM-Rawang.. kalu ikut jadual pelepasan komuter neh, aku boleh naik komuter 4.25 pm... fine, tunggu nak beli tiket punye la lama sebab abang tuh duk uruskan orang yang nak tukar tiket..

Last2 komuter sampai, aku tak sempat beli tiket.. sangkaan aku komuter TM neh macam komuter yg bese2.. berhenti sekejap2 je setiap stesen.. agak kalut jugak la sebab kalu aku terlepas yang neh, aku kene naik yg pukul 5.25pm pulak.. at last, sempat jugak aku beli tiket n naik.. oke.. 4.30 pm, tak jalan lagi.. oke tunggu lagi.. 4.35 pm, tak jalan lagi.. sabar sikit, oke tunggu lagi.. 4.40 pm, still tak gerak2 lagi.. adus.. sabar sudah banyak.. 4.45 pm.. gerak sikit2.. then, aku nampak la ade staf KTM yang angkat bendera hijau tanda boleh jalan.. rupenye komuter TM ni ikut sistem mcm kereta api bese.. haha..

TM-Bangi amik masa 2 jam 15 minit kalu naik komuter.. pendek lagi masa kalu naik bas walaupun harga tiket bas mahal sikit berbanding tiket komuter.. conclusionnya, tobat dah tak mo naik komuter.. pening pale weh nak duk dalam train lama2.. macam2 bau ada.. ngeh3..

Konvo Abang Mie

Abang aku neh konvo Jumaat pagi.. fine, kul 5.30 am aku bangun iron baju aku.. bersiap2 nak gi UM.. yang jadi kalutnya bile abang mie baru tau masuk dewan kul 7.30 am.. mase tu kul 7.20 am.. ahha.. mantap betul la abang aku sorang neh.. dah la waktu pagi traffic jam.. dengan jubahnya tak reti nak pakai.. akhirnya, sampai UM 8.15 am.. nasib la start kul 9.00 am.. orang lain dah siap2 pakai jubah masuk dewan, abang mie siap2 lipat jubah sangkut kat lengan.. otai!!

Then, ada la staff UM kot yang jaga kat situ dan tolong dia pakaikan jubah tu.. selamat.. akhirnya, dengan muka tersengih2 macam kerang busuk, dia masuk dewan untuk amik scroll.. haha..


Balik Kuantan

Habis je abang mie konvo, petang tuh aku gerak balik Kuantan dgn bas.. sebenarnya, bukan planning pun nak jumpe abang last week, tapi atas sebab2 tertentu memerlukan untuk kami jumpe.. nak setelkan hal kereta sewa dsb.. besenya, kalu yang aku plan nak jumpe, memang aku beli tiket siap2.. tapi sebb bukan plan awal2, so tiket on the spot je aku beli.. Trans n Mara habes.. ada pun kul 12 am atau 1 am.. gile ape aku nak duk Pudu sorang2 sampai lewat malam..

So, aku wat keputusan gi beli tiket bas lain, tapi masalahnya kene naik kat Pekeliling.. tibai je la, janji bulih sampai Kuantan.. tengah2 pusing cari tike bas, dengar promoter duk sebut Kuantan kul 6.. aku pun terus gi dekat dgn abang tuh.. dia kata, Kuantan kul 6 naik di Pudu.. aku pun kebas la tiket tuh.. yang herannya, asal RM 30?? isy, besenya RM 22 je.. tapi maleh nak tanye.. tengok syarikat bas, tak pernah dgr pun..

5.45 pm aku turun bawah tunggu bas.. 6.15 pm tak sampai agi.. 6.30 pm, promoter tadi turun bawah jugak then arahkan kami untuk tunggu di pintu mula2 bas nak masuk parking.. tiket kami diambil balik.. konon2 nak cek la berapa tiket yang dah laku.. kami tunggu sana.. 6.45 pm, tak sampai lagi.. then, kami diarahkan lagi tunggu depan bangunan Hospital Bersalin Cina.. sengal yang amat.. jauh gile kena jalan.. untuk diri aku neh, tak kesah sebab hanya bawak handbag n paper beg.. untuk makcik2 yang dah tua, bawak beg besar2, kesian sungguh..

Kul 7.15 pm, promoter tadi cakap bas kat Times Square.. oke... hati dah sonok.. bas dah nak sampai.. 7.45 pm, bas punye hidung pun tak nampak.. agaknya Times Square kat Indon kot bas tu berada time tuh.. geram sangat2.. hati banyak2 sabar.. kul 8.00 pm.. ramai yang dah muke merah.. habis promoter tuh kena sembur.. akhirnya 8.15 pm bas sampai.. then kami naik..bile bas dah penuh, promoter tadi cakap ke driver, bas nih ke Kuantan.. driver cakap, tak, bas ni ke Taiping.. kami muke merah lagi.. hikhik..

Promoter gelak2.. aku bagi cop kat promoter neh dia memang sengal! tak kesian langsung pada penumpang yg memang dah nak 'mati' tunggu bas.. delay 2 jam lebih.. then, aku nampak dia setelkan dengan driver lain, akhirnya bas tu ke Kuantan.. 2 orang pemandu India bawak bas neh.. aku tak sedap hati, baca doa banyak2 akhirnya terlelap.. tibe2 dekat Karak, bas berhenti tibe2.. aku tanye orang sebelah.. jawab dia,

"bas nak jatuh gaung kak!"

Ya ALLAH.. alhamdulillah, aku dipanjangkan umur n still boleh jumpe abang lagi.. lepas dari tu, memang mata pun dah tak leh lelap sampai la kat Kuantan.. dari 8.30 pm start gerak, 1.00 am baru sampai.. perjalanan ke Kuantan 4 jam setengah, kalu ikutkan hanya 3 jam setengah je atau 4 jam.. tobat.. aku takkan naik lagi bas neh.. nama syarikat bas nie Haider Sdn Bhd.. kalu ada staf syarikat neh baca entri aku, harap pertingkat kan service anda.. bukan untuk sape2, untuk kemajuan syarikat anda jugak.. okei??


Wednesday, August 12, 2009

Abang Perasan Tak?

Abang.. rindu sangat2 kt abang..


Abang perasan tak?
First time kite tak jumpe lebih 2 minggu.. kalu dulu sebelum kawen, 3 4 bulan tak jumpe pun tak kesah kan?? dulu2 tak jumpe pun no hal.. sekarang ni, kalu tak jumpe, memang jadi satu hal.. hal rindu kan abang.. sgt2..

Abang perasan tak?
Kita dah jarang mesej.. aling mesej abang dekat ward.. aling mesej abang dalam operation room.. aling mesej abang tengah drive balik hospital.. finally, abang mesej aling dah tido.. tapi aling faham bakal kerjaya abang.. pengorbanan aling perlu utk abang nak berjaya.. kan? kan?

Abang perasan tak?
Dah lama kita tak cakap tepon.. kite tak cakap tepon sebab kena jimat kredit sebab nanti kite tak nak tebal muka mintak duit dgn mak ayah.. ye, kite kena berjimat utk masa datang.. ce wah!!

Abang perasan tak?
Rasenya abang memang tak perasan sebab kite dah lama tak jumpe.. tak pe.. aling pun tak salahkan abang kalu abang tak perasan.. tapi kalu abang dah perasan, abang jangan terkejut tau.. aling..aling..
.
.
.

Aling dah makin comey sekarang.. hahaha..

For always n forever, I will LOVE U sayang..~_^

Dia..


Dia..
sedang duduk atas kusi dalam library..
sedang pening kepala nak siapkan tutorial Mechanic Quantum..
sedang memerhati mereka2 sedang khusyuk siapkan tutorial tersebut..

Tibe2 dia..
rasa fed up gile..
rasa nak koyakkan semua kertas dia punye..
rasa nak muntah hijau tengok nota mechanic quantum..

Akhirnya dia..
hampir nak nangis walaupun dah sebak..
hampir nak nyerah diri [siap fikir, kalu dapat C PNGK jatuh nonggeng tak..]
hampir nak pitam [dah pusing2 kepala..]
jalan pun tersangkut kabel wayar laptop orang sambil berkata, " Ya ALLAH, mintak maaf sangat2.."

Ending of the story..
mereka2 cakap:
~ jangan paksa, anim.. kalu pening kepala, balik rehat je..

Dan dia..
balik rumah.. update blog jap dan nak rehatkan diri+otak.. prepare untuk presentation pun belum.. ape la dia ni kan??

p/s: dia itu adalah aku.. mereka2 adalah kawan2 aku.. malam ni nak belajar dengan mereka2 untuk siapkan tutorial Mechanic Quantum yang besh! dan simptom2 pening2 dan mau muntah bukan simptom orang mengandung oke?..

Tuesday, August 11, 2009

Tiada Mood =(

Aku pun tak tau kene simptom ape.. tapi yang pasti aku tak der mood untuk menulis dalam blog neh.. apekah aku disyaki terkena simptom B1N1 MZAR yang malas untuk membuat semua kerja?? termasuk asemen, thesis, tutorial dsb.. ohoho.. daku tidak tahu.. haha..

Nothing to say.. mood sentiasa berubah sejak kebelakangan ini.. tambah2 wireless adapter hilang ntah ke mana..

Nota kecil:

i) B1N1 maksudnya Bini.. nama kemelayuannya isteri..

ii) MZAR maksudnya my hubby <>



Sunday, August 9, 2009

5H 4M: Misi Yang Tergendala..

Opsss.. sama pulak tajuk entri dengan Eah.. Tapi kisah entri neh tak sama dengan kesah entri eah.. hehe.. misi eah misi diet.. aku bukan misi diet.. hikhik.. dan bukan jugak aku nak cite pasal kerjaya misi [org Trg panggil nurse nie, misi..].. oke, dah.. aku suke melalut yg bukan2.. haha.. sebenarnya, sebelum aku turun Kuantan untuk jumpe abang every 2 weeks, banyak misi yg aku listkan.. banyak je tempat yg aku nak gi..

First2, aku nak sangat gi lawat kawan2 aku kat UIA Kuantan neh.. selalu ade dalam agenda.. nak gi jumpe Aman [dia girl tau!] sebab mase wedding hari tu tak sempat borak panjang dengan dia.. dia stay kat rumah aku hari tu pun agak lama, tapi aku tak sempat nak layan.. so, memang setiap kali dalam agenda, turun Kuantan nak jumpe dia.. last aku jumpe abang minggu lepas, aku stay kat Kuantan 5 hari.. kalu ikutkan sempat bebeno aku nak jumpe dia..

Mase sampai Kuantan hari tu pun dah waktu malam, so abang cakap tak yah sewa hotel.. tumpang tido kt rumah dia je.. nasib abang memang duk sorang2 je sebilik.. Second day, aku 'dicampakkan' di library kat JHC .. mase tu terdesak ikut abang gi kuliah sebab abang pun tak tau nak 'campak' aku kat mana sebab ade kawan dia tak gi kuliah.. takkan aku nak duk berdua dengan kawan abang dalam satu rumah.. abang ajak masuk lecture hall, tapi aku tolak.. takkan aku budak edu nak gi dengar lecture budak medic.. tak ke sawan namanya.. haha..

Aku pun dgn rase budak sekema, masuk library berbekalkan buku 'Classical Mechanics'.. abang tinggalkan aku kat situ sementara dia ada lecture.. aku bawak buku, tapi aku khatam baca surat khabar.. semua jenis paper aku baca.. haha.. aku mesej Aman, cakap yg aku ada kat Kuantan.. dia ajak aku gi bilik dia, tapi JANJI aku cakap nak jumpe dia sebelum balik Trg.. oke, dah setel dgn Aman.. kul 10.00 pagi, abang habis lecture.. abang mesej aku cakap oke ke duk kat library.. aku cakap oke.. gerak hati rase nak pandang ke arah sofa warna biru kt bahagian Male.. dalam hati, "isy, macam abang je.. baju biru.."

Aku mesej abang lagi, "abang duk kat library ke?".. jawab dia, "a'ah..baca paper" .. mase neh geram gile aku kat abang.. boleh pulak masuk library langsung tak gitau aku.. buat2 mesej pulak dgn aku.. aku abaikan kegeraman sebab baju abang sebijik warna dengan sofa biru tu.. so, anggap la aku nampak 'sofa' kt sebelah male tu, bukan abang..hihi.. 'abang, kitakan amik langkah berjimat.. kenapa dah depan mata pun still nak mesej lagi? abang nak exercise jari ek pagi2??' Sambil2 duk kat library, sempat jugak aku jumpe kak Shibul dan kak ruby.. dua dua senior sekolah aku dulu.. dan borak panjang aku dengan kak shibul..

Lepas habis lecture, kitaorang balik rumah sewa abang dan kemas barang untuk check in hotel.. petang tu abang kena vaccine hep B.. so, petang Khamis aku dah 'terbakar' nak gi jalan2.. malam tu kitaorang kuar2 makan je.. hari Jumaat, abang gi kelas pagi tu, aku dengan tekun duk iron baju2 abang untuk bawak ke Temerloh.. then, petang tu abang ada taklimat untuk posting ke Surgery Dept... 'terbakar' lagi petang Jumaat untuk aku nak gi jalan2.. lepas asar, kitaorang gi pasar malam.. hajat nak mesej Aman.. amik dia ka hostel then gi pasar malam sesama.. last2 aku lupe.. nak pijak tapak pasar malam, baru ingat kt dia.. hikhik..

Pagi Sabtu kitaorang tengok cite 'Syurga Cinta'.. then, abang suh aku mesej Matmin sebab nak gi rumah dia.. aku dah plan dari bulan lepas nak gi rumah mamat neh, tapi tak jadi.. since dia kawen sama dengan tarikh aku, so aku tak tertunai lagi wedding present kat dia.. matmin neh kawan aku mase sekolah rendah dolu2.. aku mesej Matmin, cakap kat dia, nak gerak aku mesej lagi dia.. kul 2 petang baru kitaorang kuar dari hotel.. haha.. 'pawagam' buatan sendiri.. tiada limit mase untuk keluar eh!

Kul 2 gi KFC.. abang makan setengah jam, aku makan sejam.. duk ranggos ke ayam goreng KFC tu.. pastu abang ajak gi amik buku dia fotostat kt mane ntah.. aku lupe name tempat tu.. lepas asar baru mesej matmin sebab baru gerak nak gi rumah dia.. duk kat rumah orang tak ingat mase, dekat maghrib baru balik.. haha.. malam tu abang belanja ikan bakar kt tanjong lumpur.. memang dah lame nak makan ikan bakar neh, tapi asyik 'postpone' je.. hikhik..

Hari ahad aku balik.. dan akhirnya aku tak sempat jumpe Aman.. janji aku tak tunaikan.. ya AMPUN Aman.. dah marah2 budak tu kat aku.. haha.. misi yang terlaksana gi rumah matmin je.. yang lain hampeh.. sebenarnya ada hajat nak gi rumah kak nadiah.. belum aku kawen lagi dia ajak, tapi tak pegi2.. nak gi rumah kak mawaddah, tapi aku kesian pulak kat dia sebab dah sarat.. mesti tak larat nak layan.. so, decide nak gi lepas dia bersalin.. nak gi tengok kak tiqah yang baru bersalin.. tapi fikir2 baik pegi bile baby dia dah balik rumah nanti.. nak gi jogging kat taman ape ntah abang panggil, tapi aku asyik tidur lepas SUbuh.. hikhik..

Misi yang tak tergendala, misi gi rumah matmin je..


Monday, August 3, 2009

Surat Untuk Abang..

Kepada abang sayang..
Aling sgt rindukan abang.. oh!! sungguh.. terlalu rindu.. abang dah makan?? makan biar cukup ye walaupun aling tau abang kurang selera utk makan.. tapi walaupun abang kurang selera makan, tubuh abang still 'ehem2' kan?? kan?? Oppss.. aling sudah mengarut.. tubuh abang dah turun la 2 kg.. hihi..

Oke.. aling tak de nak cakap apa pun.. ala, aling lupe nak tanya khabar abang.. abang sehat tak?? mesti abang sehat kan?? tengok tu, tangan kanan pegang pen, tangan kiri pegang buku.. abang kenyang dengan buku Surgery tu kan?? kenyang sampai tertido.. kesian abang.. aling mengarut kali kedua..

Pagi2 aling bukan tak nak mesej abang time abang nak gi hospital, tapi pagi aling bukan pukul 8pgi, pagi aling pukul 10.. tu pn kalu kelas pukul 2pm.. kalu kelas tak der jam berapa nak start[maknanya hari tu free la..], pagi aling lagi lambat.. isy2.. itu la, kalu ade hp yg canggih sikit, boleh set mase pukul berapa sepatutnya mesej tu dihntar, aling dah set tau.. N81 8G ni tak canggih sangat la.. pang3x.. aling mengarut lagi untuk kali ketiga..

Oke.. aling cakap skema ek.. sebenarnya, aling nak sangat berada di sisi abang setiap waktu dan saat dan tika.. setiap nafas yang disedut, aling mahu kan abang di sisi menemani aling.. walaupun buat masa ni, aling masih fail gosok baju abang yang degil tak mau hilang kedut, tapi abang tak kesah kan?? kan?? kite dah cuba beli easy ironing tu, kat mydin dgn harga Rm 5.90, tapi still tak jadi jugak.. baju abang ni cap ape?? hihi.. alamak, aling tergelak.. dah fail nak tulis versi sekema..

Walaupun aling bukan sentiasa bersama abang, tapi aling harap abang bersabar untuk sementara waktu ye.. kite jumpe 2 minggu sekali oke la kan daripada sebulan sekali.. itu pun rindu tahap cipan dah.. uh,, cipan pun ade rindu.. aling tau, abang nak macam kawan2 abang yang dh berkeluarga.. abang balik ade aling yang sambut, abang balik, dah ade lauk yg dihidang walaupun lauk2 tu aling beli kat Restoren Makcik Timah 2 tu kan.. abang balik rumah kite ade bau flora cap airwick tu kan?? kan?? kan?? sabar sayang..

Aling nak stop dah ni.. Surat aling ni dah panjang dah, cuma 1 je aling nak pesan.. tapi harap abang terima ye.. erm.. erm.. erm.. isy, susah la aling nak sebut neh...
.
.
.
.
oke.. aling cube sebut ye.. Bile sayang masuk operation room, jangan la pening2 sebab MABUK DARAH.. isy, nanti camne nak tengok aling bersalin..kan? kan? kan?? tak nak la abang pengsan nanti n katil kite bersebelahan ^_~

Sekian,

Sayang abang..

aling

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online