:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, December 2, 2008

Susulan Nikah Khitbah..

Anim bukan lah orang yang layak utk mengutarakan tajuk sebegini..lebih2 lagi status masih single mingle yg banyak kekurangannya..ngeh3..cuma nak bagi pendapat je lah..sebenarnya, anim dah lame dah tau pasal nikah ni, tapi belum terbuka hati utk menulis mengenainya dan hari ni terbuka hati utk meng'post'kan artikel itu dengan izin-NYA..bagi pendapat anim, wajar juga perlaksanaan nikah khitbah ni..mengapa??

Kemerosotan Akhlak Remaja Zaman Sekarang

Bila kite lihat, banyak isu yang membabitkan tentang remaja.. gejala s**s bebas di kalangan mereka.. tetapi jika membabitkan pelajar IPTA/IPTS, ianya bukan dalam lingkungan remaja lagi, tetapi BELIA.. sejak semalam anim spend mase klik friendster adik2 satu sekolah dulu.. saje sport check..ngeh3.. yang melucukan anim lah [sorry for that person, i've to say], belum lagi start exam STPM, dah letak statement " memperkenalkan my future husband..bla..bla..bla.."..tergelak pun ade nge adik ni.. adik ni satu dorm nge anim sewaktu sekolah menengah dlu.. dan ade 1 friendster lagi yg gambar dia berdua nge lelaki sambil tangan lelaki di atas bahunya.. Nauzubillah.. jadi akibat pergaulan terlalu bebas tanpa pengetahuan mak n ayah, akan terjadilah benda2 yang tak diingini..

Teknologi Yang Semakin Canggih

Anim pernah bace majalah Remaja tentang gejala l***h melibatkan video camera samada laptop atau handphone.. malah, mereka sanggup menghabiskan duit utk membuat video calling seterusnya mengadakan aktivit s**s di alam maya..macam mane tu?? Waallahualam.. dalam surat khabar pun banyak mengutarakan isu tentang pelajar2 yg di kalangan sekolah menengah sudah pandai berkelakuan tidak senonoh dengan rakan2 mereka dengan alasan "saje, mahu suka.."..aisssehhh..takut anim nak ngaja bebudak sekolah ni..ngeh3..

Kesibukan Kerjaya Ibu Bapa

Minta maaf kalau alasan ni dianggap melampau.. ade setengah ibu bapa yang sibuk tetapi membahagikan masa yang secukupnya terhadap anak2..anim suka pedekatan Ustaz Hasrizal [Saiful Islam] dalam mendidik anak2 nya.. insha Allah akan diaplikasikan setelah berumah tangga nanti (",).. bila ibu bapa sibuk dengan kerjaya, perhatian terhadap anak2 jadi kurang.. ok, anim amik contoh terdekat..pengalaman anim sendiri mengajar jadi cikgu ganti di sekolah rendah selama 2 bulan.. seorang murid ni yang anim rasa tak melampau kalau anim cakap ketandusan kasih sayang ibu dan ayah.. dia dihantar ke rumah nenek utk dijaga dan menyekolahkannya.. akibatnya, terlalu bebas input yg kurang sihat diterimanya, waallahualam dari mana input tu, dia tanpa segan silu menunjukkan aksi lucah depan anim.. mak aaii budak ni.. tunjuk kemaluan dia depan anim..aku sunatkan baru tau..ngeh3.. nak cakap anim lembut sgt pada budak, kakak anim cakap garang anim dari dia mase ngaja.. kat mane silap, ntah laa..anim cuba korek rahsia budak ni, dan dia menceritakan kisahnya.. apa yang wat anim terkilan dengan ibu bapanya ," saya kena duduk dengan nenek sbb mak n ayah sibuk kerja.."..pesan anim, kalau tak nak jage anak, jangan beranak!!

Membina Negara dan Ummat Islam Yang Sihat

Jika nikah khitbah ni dilaksanakan, maka akan kuranglah aktiviti membuang anak haram..waduh..itu anak, seorang manusia, bukan anak kucing yang nak dibuang2.. sedih tgk ade setengah ibu yg tak bertanggungjawab men'jatuh'kan anak baru lahir dari tingkat atas ke bawah.. berkecai seluruh tubuh..kesian sungguh.. rumah2 kebajikan pun menjadi kurang utk menjage anak2 luar nikah ni..penyelesaiannya tidak akan ade utk kes buang bayi ni.. jika ditingkatkan pembinaan rumah kebajikan, seolah2 mengalakkan aktiviti 'menghasilkan' anak luar nikah..tetapi jika tidak dibina rumah kebajikan, semakin banyak pula anak itu 'dibuang'..

Kesimpulannya, nikah khitbah ni mesti difikirkan oleh ibu bapa sekarang.. bukan bermaksud niat nikah semata2 utk 1 tujuan sahaja, tetapi lebih baik jika kita memimpin anak itu ke jalan yang diredhai-NYA.. anim pernah dengar yang ade setengah ibu bapa melaksanakan nikah khitbah ni dengan cara parents perempuan tanggung perempuan, parents lelaki tanggung lelaki itu.. bukan kah itu lebih baik?? tetapi, si pengantin ni jika sudah diberi lampu hijau oleh ibu bapa, jangan lah menjadi terlalu mengharap 'pemberian' dari mereka, berusaha lah sedikit2 tanda anda sudah semakin matang utk mengemudi rumah tangga..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online