:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Saturday, December 27, 2008

Bosan Dengan Penipuan!!

Memandangkan cuti sem ni tak tau ke ape nak buat, so surf internet je memanjang..satu hari.. on laptop pagi petang siang malam.. jangan laptop ni meletup dah la.. ahaha.. maklum lah, memberontak punye pasal.. anim surf internet pun just sign in email, blog, friendster dan portal UPSI.. lepas 4 web ni dah dibukak, baru bace blog org.. [macam tak de kije sangat je aku ni?]..

Bile anim sign in email, setiap hari mesti ada email yg berbunyi, "anda bertuah memenangi cabutan bertuah akhir tahun..".. kot bahasa omputih bunyi nye lain la.. ni anim dah terjemahkan.. bosan sungguh.. kebanyakkan email dari Ireland, UK, Amerika Syarikat.. dorang cakap, anim menang sebab cabutan random melalui email.. aiisehh, femes bebeno email anim ni ye.. ngeh3..

Dah tu, hari tu anim try la reply kan.. punye dorang ingat anim ni bodoh sangat nak percaya.. dia suh bagi alamt, full name and banyak lagi la.. then, dorang reply balik suh pilih care mane nak transfer duit.. 2 choices either anim nak pilih transfer melalui bank, atau anim pilih melalui pos guna DHL.. anim pun reply la tipu2 konon berminat tahap cipan la penawaran dorang ni..

Then, bile anim cakap nak guna pos melaui DHL, dia suh anim bayar charges penghantaran tu dulu.. anim pun tanye, kenapa camtu.. "saya akan bayar bile saya dah dapat wang cabutan bertuah".. dorang dah putar belit.. anim pun suh 'mr.right' cakap phone nge syarikat tu sbb anim bg no phone 'mr.right' kt dorang..anim tak fasih sgt nak speaking omputih ni..

Bile cakap phone dgn syarikat tu, 'mr.right' ugut, cakap biar kami pergi amik sendiri duit tu sbb kami memang ade kat Ireland.. mampuih..terus letak phone.. hahahhaha.. sengal betul lah.. dia nak tipu anim at last dia yang tertipu.. nak suh bayar charges DHL tu, kalau convert dalam duit malaysia, dekat RM3000+ jugak la.. banyak tuh..

So, kesimpulannya, jgn lah tertipu dengan syarikat2 ni.. kalau korang rase nak mengisi mase cuti sem yg sudah berbaki ni, permainkan syarikat2 cegini.. haha.. sonok jugak tengok dorang dipermainkan oleh kita.. tapi hati2.. jangan bagi no akaun bank kalau dorang minta.. manis mulut je.. kalau dorang ni dekat, mau nak baling laptop depan muka..[ye ke??].. isy, mane bulih baling laptop.. baling slipper jepun laa ala2 macam Bush kene hari tuh..hehe..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online