Bagi ibu bapa, sepatutnya mereka berusaha memahami realiti dan tuntutan semasa. Kita hidup di zaman yang dipenuhi dengan kefasadan dan keruntuhan moral. Peluang untuk melakukan dosa di bumi Malaysia ini jauh lebih banyak daripada peluang untuk menghindarinya. Ruang-ruang di media sentiasa diwarnai dengan warna nafsu dan juga maksiat. Anak-anak mereka yang tinggal jauh dari pandangan, sedang mengecapi kebebasan yang tidak terbatas.
Tanpa iman, tanpa nilai dan tanpa sifat malu yang tinggi, mereka bebas melakukan apa sahaja. Jangan tertipu dengan perwatakan mereka di rumah!. Anak-anak muda akan mempunyai sikap dan peribadi yang berbeza sewaktu di rumah dan sewaktu berada bersama ahli keluarga. Bahkan, dalam banyak keadaan, mereka mempunyai sikap yang berbeza sewaktu di hadapan guru atau para pensyarah. Ingatlah, syaitan tidak akan melepaskan peluang untuk mendorong anak-anak Adam untuk melakukan perkara yang terlarang. Itulah tugas syaitan.
Jika para ibu bapa mempunyai tahap kepercayaan yang begitu tinggi kepada anak-anak mereka, itu adalah sesuatu yang baik. Namun, sangkaan yang baik semata-mata tidak cukup. Mereka perlu memahami realiti, anak-anak itu tinggal jauh di mata. Suasana persekitaran tidak membantu. Tarikan naluri orang muda adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, hatta di kalangan siswa dan siswi institusi pengajian berorientasikan agama. Jikalaulah mereka sudah mempunyai perubahan pada tingkah langku dan perlakuan seharian, maka selidikilah. Jika mereka sudah mempunyai pasangan, berbuallah mereka dengan cara yang matang dan rasional. Ingatlah, mereka sudah besar, mereka ingin dilayan seperti orang dewasa juga. Kadar intelektual mereka perlulah dihargai. Gunakanlah cara sehikmah yang mungkin untuk melakukan "penyelidikan" terhadap anak-anak muda.
Jikalau anak-anak muda menyuarakan keinginan untuk bernikah walaupun mereka masih lagi menuntut di kampus, jangan cepat melenting. Yakinlah, keberanian mereka untuk menyuarakan permintaan tersebut menunjukkan kematangan mereka. Keberanian mereka untuk membuat permintaan sedemikian rupa menunjukkan mereka ingin menyelamatkan iman dan akhlak.Yakinlah, jika mereka memilih untuk tidak meminta izin untuk berkahwin mereka mampu. Jika mereka memilih untuk tidak berkahwin dan meneruskan onar mereka sehingga ke tahap yang serius pun mereka mampu. Maka, jika mereka menyuarakan pendapat dan meminta izin, pertimbangkanlah ia dengan rasional, kematangan dan gunakanlah neraca keimanan. Mereka bukanlah anak-anak kecil lagi. Mereka juga bukannya terburu-buru ataupun terlalu mengikut nafsu. Yakinlah, apa yang mereka suarakan itu adalah bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan serta kesungguhan mereka untuk menjaga nama baik keluarga.

2 Comments:
Bak kata ustaz hasrizal dlm saifulislam.com :jangan terburu-buru, jangan tertangguh-tangguh ;)
Jodoh sesorg itu datang tepat pada masanya... tidak lambat dan tidak cepat.
Semoga aniem kuat dgn segala mcm dugaan.
hehe.. eah ni macam tau2 je lah.. dah kurus kering dah ni.. byk ngat masalah.. telan je sume.. sebab tu kurus sebab dah kenyang dengan masalah.. asik telan je masalah tuh.. hehe..tapi tak pulak kuar mase beyak..hehe..
Post a Comment