:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, December 17, 2008

Oh Mama.. [Part 3]

Apakah langkah seterusnya?


Berbincang dengan mereka. Rasionalkan pemikiran mereka untuk melihat sesuatu dengan pandangan yang jauh. Dorong mereka untuk merancang dan bersikap realistik. Timbulkan segala kemungkinan dan kebarangkalian yang bakal mereka hadapi dan bantu mereka untuk mencari solusinya. Bukakan pemikiran mereka untuk melibat sudut-sudut yang mungkin mereka terlepas pandang. Apa yang lebih penting, berikan peluang untuk mereka mengutarakan pendapat-pendapat dan pandangan-pandangan mereka. Perlu diingatkan sekali lagi, mereka telah pun dewasa dan pemikiran mereka bukan lagi pemikiran anak-anak.

Seperkara yang penting juga, janganlah terlalu membuat keputusan melulu. Ada sesetengah ibu bapa yang langsung mencemuh, memperlekehkan dan terus menutup peluang untuk anak-anak mereka bersuara. "Dah gatal!", "Belajar dulu!", "Dah tak tahan lagi!", "Awak tu muda lagi!", "Janganlah hampakan harapan mak!" dan pelbagai ayat yang berbentuk cemuhan, prejudis dan juga mematikan hujah tidak akan membantu. Sekali lagi perlu diingat, mereka bukan lagi anak-anak kecil.

Setelah anda mendengar pendapat mereka, yang sebaiknya berkenalanlah dengan pasangan anak anda itu. Perbincangan di antara si ibu dan si ayah sebelum memberikan apa-apa keputusan kepada si anak amat penting. Sekali lagi perlu diingatkan, jangan emosional dan jangan terburu-buru di dalam membuat keputusan.

Ingatlah, anak-anak muda zaman kini hidup di dalam persekitaran yang serba mencabar. Walaupun kita telah mengawal sebaik mungkin di rumah, namun apa yang mereka dapat dari media, dari rakan-rakan dan juga dari tempat pengajian jauh lebih banyak. Di dalam dunia global, tiada sesiapa yang dapat menghalang orang lain daripada mengakses kepada apa-apa maklumat. Persekitaran dan juga suasana yang serba moden dan mencabar ini akan sentiasa membawa kepada pengingkaran terhadap perintah Tuhan. Satu-satunya cara untuk anak-anak muda yang telah mula terjebak dengan "cinta" dan juga "pacaran", adalah dengan bernikah.

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online