:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, December 2, 2008

Macam ni ke C.I.K.G.U??

Tengah2 tulis entri keinsafan diri, anim terdengar berita tentang guru mencabul anak murid dalam waktu berita TV3.. aisehh.. macam ni ke C.I.K.G.U?? seorang C.I.K.G.U yang diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan mendidik anak murid sanggup melakukan perbuatan songsang di sekolah.. dah tu masuk TV3 tak malu pulak tunjuk muka.. tak der perasaan langsung.. pakai cermin mata hitam lagak macam kunun2 aku ni macho laa..hampresss tul lah orang macam ni..kesian bini dia.. tak pasal2 laki dia ade kontorversi..ngeh3..

C.I.K.G.U satu kerjaya yang boleh dianggap professional kerana mempunyai satu etika bertulis disebut Etika Perguruan dan ‘kite’ yang bergelar C.I.K.G.U atau bakal bergelar C.I.K.G.U mesti lah jadikan etika itu sebagai panduan utk meningkatkan prestasi kerjaya kite.. Mak ayah hantar anak ke sekolah dan mengharapkan C.I.K.G.U yg mendidik anaknya atau dengan kata lain mengharapkan C.I.K.G.U membentuk anaknya menjadi ‘O.R.A.N.G’..[bukan selama ni jadi hantu eh]..ngeh3..

Teringat anim mase zaman sekolah dulu.. ustaz M [bukan nama sebenar] lebih kurang macam ni jugak lah.. tapi bukan sampai tahap mencabul.. tapi dia suke ‘menyentuh’ kami.. kalau tak dengan jari dengan pen.. maklum lah ‘berlapik’..’sentuh’ plak tempat sensitive macam kat pinggang, kat pipi..aisehhhh.. angau ke ape ustaz ni..mungkin dia ingat kami ni budak2 lagi yang suke lompat2 dalam kelas, suke nyanyi2.. maklum lah, migrasi dari sekolah rendah ke sekolah menengah, mana mungkin boleh meninggalkan semua ‘aktiviti’ seronok sebegitu.. ngeh3..

Akhirnya, pelajar senior perempuan [form 3] dah tak tahan dengan perbuatan ustaz ni, dorang pun mengadu lah kat pelajar lelaki..mase nih anim form 1 lagi..pelajar lelaki yg sememangnya sudah menyampah dengan ustaz ni buat laporan polis.. kecoh jugak lah bile polis datang kt sekolah..sekarang ntah mane ustaz tu.. bile kene tangkap polis, dia sudah tak ngaja sekolah anim.. nasib TV3 tak datang, kalau tak satu tragis jugak tu.. wat malu sekolah jea.. hehehe..

1 Comment:

Raihah Rosli said...

orang yg cm ni lah merosakan profesion kite! :(

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online