Ok laa..tiada apa nak tulis sebenarnya.. kekeringan idea.. so, nak wish selamat tahun baru 2009.. semoga tahun ini mengubah hidup kite ke arah yg lebih baik.. ok??
Konsep Blog
Wednesday, December 31, 2008
Pengakhir 2008 & Selamat Datang 2009
Ok laa..tiada apa nak tulis sebenarnya.. kekeringan idea.. so, nak wish selamat tahun baru 2009.. semoga tahun ini mengubah hidup kite ke arah yg lebih baik.. ok??
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Wednesday, December 31, 2008 2 Komen Mereka
Label Kenyataan
Sunday, December 28, 2008
Fakta Budu..
Anim nak share fakta tentang budu ni.. maklumat ni dapat melalui email kiriman dari kakak anim.. maklum lah, kami ni penggila budu.. tengok lah budu.. org sampai tergila2 kan ko..hehe.. opss.. lupe nak tambah, bakal mak mentua pun suka jugak akan budu ni.. cuma beza nya, anim lepas makan budu jadi terus ngantuk + tidur.. tapi bakal mak mentua ni, makan budu terus darah naik.. kesian.. sampai org rumah kene sorok budu dari dia..
Ok.. bace lah fakta kat bawah tentang budu ni..
"Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit(diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanan-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D,E,K)"
**Source: http://ms.wikipedia.org/wiki/Budu
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Sunday, December 28, 2008 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
6 perkara Allah sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Sunday, December 28, 2008 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Saturday, December 27, 2008
Kicap Kampung
Tapi kicap kampung yang anim maksudkan adalah bukan berwarna hitam.. warnanya sedikit lain dari warna hitam dan ramuannya jauh berbeza dengan ramuan untuk membuat kicap.. rasanya jugak bukan seperti kicap tetapi cara memakan kicap kampung ni sama seperti kicap biasa.. dengan perahan sedikit limau nipis akan menambah kelazatannya..
Untuk mengetahui siapakn pencipta idea asal kicap kampung ni, gambarnya di bawah.. tadaaaa..
”Ummi dah tak makan kicap kampung hari ni..?”
Kakak anim dah pelik dah.. ape dia kicap kampung ni..kalau kicap biasa tuh, Muna akan panggil kicap bukan kicap kampung.. setelah lama fikir, kakak anim tanye lagi..
”Apa kicap kampung tu..?”
”Ala, semalam ummi makan ikan singgang.. ada kicap kampung..”
Kakak anim cuba membayangkan lauk semalam dan kelmarin.. dua hari makan ikan singgang.. dan selain ikan singgang ada satu mangkuk lagi iaitu.....
Korang nak tau apa yang ada dalam mangkuk tu?? Dalam mangkuk tu ada Budu.. hahahahaha.. Dek kerana tak tau nama sebenar apa, si Muna memanggilnya kicap kampung.. adeh.. kesian budak ni masih belajar ..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Saturday, December 27, 2008 5 Komen Mereka
Label Kenyataan
Alahai.. Lemah Den..
Sebenarnya, kelas malam ni bukan lah satu sesi yg memboringkan, malah menyeronokkan.. sebab nya bile belajar suasana dalam keadaan sejuk meski pun sudah berada dalam aircond, tapi still rase tenang.. permandangan kat luar pun gelap jea.. kalau siang, kekadang tak dapat concentrate jugak bile belajar sebab permandangan kat luar lebih menyeronokkan..
So, bile malam ni, nak tengok kt luar pun tak bes.. nanti tak pasal2 tak nak tengok pensyarah kt depan, bulih tengok hantu pulak kt luar.. ahaha.. dh laa UPSI tu banyak sejarah dolu2.. bangunan pun seram2.. sape2 yg pernah datang UPSI tau lah rekaan unik setiap bangunan2 nye.. sampaikan anak buah anim cakap, "sue ni belajar kat muzium.. ".. sedih den donga..
Pape pun, tak per lah.. dah ditetapkan ade kelas malam.. kelas malam ni ade jugak kelebihannya.. bile lecturer nak bebel ke, nak sambung ngaja sampai hbis topik, kitaorang mula la merungut.. "ala En./Puan/Dr/Prof.. lambat2 nanti bas balik kolej tak der.." yang semangat cakap bukan pelajar duk kolej, pelajar yg rumah sewa cakap cegitu.. ngeh3.. temberang punye students aaa..
Ade lagi satu yang tidak menyeronokkan tentang jadual kelas semester depan.. sebab 3 hari berturut-turut start hari Isnin, Selasa dan Rabu, kelas bermula pukul 8 pagi.. hik3.. dah lame dah tak ader kelas start kul 8 pagi.. semster lepas, paling awal kelas ada pukul 9 pagi.. tu pun 1 hari.. yg lain sume start kul 10 am, 11 am, 2 pm.. tapi semster depan, 3 hari kelas kul 8.. jenuh nak bangun pagi..ade hikmah la tuh.. nak suh pelajar UPSI tak leh tidur lepas subuh.. ngeh3..
Kalau tak der kelas pagi, mau kul 10 baru bangun.. tu pun bunyi ayam berkokok.. bukan lah kawasan Tman Universiti ni ade pelihara ayam, tapi bunyi mesej handphone kawan.. itu pun kes dia pun bangun kul 10 pagi jugak sebab tu baru bunyi mesej handphone dia sebab 'ayam' lain yg tolong kejutkan.. hahaha..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Saturday, December 27, 2008 4 Komen Mereka
Label Kenyataan
Bosan Dengan Penipuan!!
Bile anim sign in email, setiap hari mesti ada email yg berbunyi, "anda bertuah memenangi cabutan bertuah akhir tahun..".. kot bahasa omputih bunyi nye lain la.. ni anim dah terjemahkan.. bosan sungguh.. kebanyakkan email dari Ireland, UK, Amerika Syarikat.. dorang cakap, anim menang sebab cabutan random melalui email.. aiisehh, femes bebeno email anim ni ye.. ngeh3..
Dah tu, hari tu anim try la reply kan.. punye dorang ingat anim ni bodoh sangat nak percaya.. dia suh bagi alamt, full name and banyak lagi la.. then, dorang reply balik suh pilih care mane nak transfer duit.. 2 choices either anim nak pilih transfer melalui bank, atau anim pilih melalui pos guna DHL.. anim pun reply la tipu2 konon berminat tahap cipan la penawaran dorang ni..
Then, bile anim cakap nak guna pos melaui DHL, dia suh anim bayar charges penghantaran tu dulu.. anim pun tanye, kenapa camtu.. "saya akan bayar bile saya dah dapat wang cabutan bertuah".. dorang dah putar belit.. anim pun suh 'mr.right' cakap phone nge syarikat tu sbb anim bg no phone 'mr.right' kt dorang..anim tak fasih sgt nak speaking omputih ni..
Bile cakap phone dgn syarikat tu, 'mr.right' ugut, cakap biar kami pergi amik sendiri duit tu sbb kami memang ade kat Ireland.. mampuih..terus letak phone.. hahahhaha.. sengal betul lah.. dia nak tipu anim at last dia yang tertipu.. nak suh bayar charges DHL tu, kalau convert dalam duit malaysia, dekat RM3000+ jugak la.. banyak tuh..
So, kesimpulannya, jgn lah tertipu dengan syarikat2 ni.. kalau korang rase nak mengisi mase cuti sem yg sudah berbaki ni, permainkan syarikat2 cegini.. haha.. sonok jugak tengok dorang dipermainkan oleh kita.. tapi hati2.. jangan bagi no akaun bank kalau dorang minta.. manis mulut je.. kalau dorang ni dekat, mau nak baling laptop depan muka..[ye ke??].. isy, mane bulih baling laptop.. baling slipper jepun laa ala2 macam Bush kene hari tuh..hehe..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Saturday, December 27, 2008 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Tuesday, December 23, 2008
Result Oh Result..
Rasanya semester ni UPSI mempercepatkan semakan keputusan peperiksaan.. kalau semester2 lepas, mesti UPSI antara universiti terakhir yg mengeluarkan keputusan peperiksaan.. kadang2 bile masuk myupsi portal, mesti ade rungutan2 dari pelajar tentang kelewatan pengumuman result ni.. sampai ade setengah mak ayah tuduh anak sorok result dari mereka.. hehe..
Ape2 pun, tahniah kepada kamu semua..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Tuesday, December 23, 2008 2 Komen Mereka
Label Kenyataan
Monday, December 22, 2008
Buat Suami Yang Soleh..
Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seorang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta’ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang
paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
” semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta’ziah
kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini.”
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya:
“Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah Ta’ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam);
“Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya
pasti akan masuk ke dalam Syurga.”[1]
Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: “Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia.” Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta’ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta’ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya.”
Masyaallah…alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie…adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya… Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia. tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi … laarat gutu noo..hehehee…
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Monday, December 22, 2008 0 Komen Mereka
Label Harapan
Sunday, December 21, 2008
Sawan Mata..
Dan cuti ni jugak anim visit semua blog yang selama ni tak penah visit pun.. bace entri dorang, kadang2 mate jadi terkebil2 sebab pedih.. ala2 macam banduan yang blur kene soal dgn polis.. hehehe.. duk tenung ke skrin laptop.. nasib mata ni tak jadi sawan.. takut jugak nanti kalau asek ngadap laptop mate jadi rosak.. iye ke?? kene tanye yang pakar la.. ngeh3.. tak nak mata yang dua kene tambah lagi dua yang tiruan..
Tapi masih ingat lagi anim mase tingkatan 2.. ntah camne ade perasaan rase nak pakai cermin mata padahal mate sikit pun tak rosak.. tengok orang pakai cermin mata macam matured, comey je.. [pesanan pada yg bercermin mata, jangan perasan berlebihan ek.. hehe]..dan kerana kesungguhan nak pakai jugak cermin mata, anim pun pegi kedai cermin mata.. periksa mata ok jea.. kalau tak silap dua2 belah mata +25.. so, suggest orang kedai tu, tak payah pakai.. tapi anim ni degil, nak jugak, so buat lah cermin mata yang powernya hanya +25..
Pakai cermin mate tuh hanya 2 3 bulan je.. lepas tu campak kat lain dah.. susah rase pakai cermin mata ni.. tak selesa.. sebelum pakai cermin mata rase macam matured, comey tapi bile anim sendiri yg pakai dan memuhasabah kan diri sebetul2 nya depan cermin yang besar, rase tak comey.. hahaha.. sekarang, cermin mata tu dikebas oleh mak anim.. mak anim amik bingkainya dan tukar cermin ikut power matanya..
Dan untuk itu, nasihat anim kepada kawan2 yang blogging, jaga lah mate anda untuk kesejahteraan mase depan.. ye lah.. bile kite dah menulis entri, kite mesti rase nak bace entri orang lain pulak kan?? jarang orang yang suke blogging ni tak suke bace blog orang lain.. dan utk langkah keselamatan awal, memakai cermin mata hitam ketika anda menulis entri di blog anda dan membaca entri di blog orang lain.. waaa.. brutal gituh..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Sunday, December 21, 2008 2 Komen Mereka
Label Kenyataan
Saturday, December 20, 2008
Antara Dua Jiwa [part 2]
[gambar akan di upload kan kemudian]
Haaa.. amik kau.. besar dari tuannya.. hehe.. ni hadiah istimewa dari ’mr.right’.. biar lah hadiah macam budak2 pun, tapi seronok gak dapat hadiah cegini.. patut lah budak2 suka dapat anak patung, rupenya budak2 tua pun suke jugak.. nanti bulih propose beli kan Barbie plak.. hahahaha.. ni name dia Cik Ted.. khas name diberi oleh pemberi asalnya.. penat jugak anim nak reka name ape, last2 serah pada tuan asal dia la register name ape..
Besar yang teramat sangat.. mase anim duk kolej dulu, Cik Ted akan anim dudukkan di atas katil seperti manusia jugak.. dah lah punggung besar, bile duduk je habis separuh katil dia balun..bile time anim nak tidur, tak kan nak suh Cik Ted duduk lagi tepi anim, kesian dia dah duduk satu hari dah atas katil..so, anim pun baringkan dia.. Cik Ted tak boleh melentang sebab nanti anim tak muat nak tidur.. katil kolej bukan katil king.. ahah.. then, Cik Ted terpaksa anim mengiringkan dia menghadap anim.. tapi kalau gaduh dengan ‘mr.right’, Cik Ted akan dipaksa menghadap ke dinding.. hehe..
Ada jugak kawan2 anim yang takut dengan Cik Ted ni.. sebab dorang bayangkan Cik Ted ni hidup, mata warna merah dan berjalan mencari mangsa.. hehe.. ade plak cegitu.. tapi, anim pernah jugak bermimpi seperti yang dibayangkan oleh kawan anim tu.. mase tuh rase macam kene tindih dengan sesuatu, tapi bukan Cik Ted.. Cik Ted ade sebelah dan mata berwarna merah!!.. hehe.. lepas2 je tersedar dari tidur, terus tengok pada Cik Ted, elok je.. tapi disebabkan takut malam tu Cik Ted terpakse tidur atas lantai..
Sejarah hidup Cik Ted dengan anim ni baru setahun setengah.. anim beli mase pesta konvo di UPSI.. mase tuh, malu jugak nak beli.. ’mr.right’ lagi malu nak beli, so dia bank in kan duit je ke anim.. anim dan syikin jugak beli.. tapi ni bukan syikin yang anim beli Cik Tom dulu..syikin ni anim kenal kt UPSI.. tanye2, tawar harga semurah yg boleh akhirnya dapat RM100.. dah siap beli, fikir pulak nak wat balik kolej camne ni?? Jadi, tahan malu je lah mengusung Cik Ted yg besar gedabak tuh bersama dengan syikin..
Bile part nak naik bas plak, susah betul.. maklumlah, budak2 UPSI ni juara berebut bas.. camne lah anim nak berebut ni.. bawak Cik Ted yg besar lagi...akhirnya dapat lah naik bas.. mase tuh, anim dan syikin naik bas TRITON.. bas yang seat dihadapannya menyandar ke dinding.. seat macam dalam LRT tu.. satu row pendek, ade 3 kerusi.. so, mase dalam bas tu, anim duk hujung dan syikin duk hujung..yang tengah semestinya Cik Ted.. Cik Ted pun dapat duduk jugak..
Habis semua orang dalam bas tu pandang.. yg nak marah pun ade sebab bagi Cik Ted duduk atas kerusi.. maklum lah, Cik Ted tak bayar yuran perkhidmatan bas.. hehe.. bile bas belok kiri atau kenan, terpaksa lah anim pegang Cik Ted kuat.. kan tersungkur menyembah bumi plak Cik Ted anim nanti.. hehe.. dan akhirnya selamatlah sampai di kolej.. sampai sekarang Cik Ted bersama anim.. tak pernah mandikan dia.. ade sesape tau tak camne nak basuh bear yg berbulu lembut nih??
Cik Ted dan Cik Tom ni tak pernah berjumpe..di harap suatu hari nanti Cik Ted dan Cik Tom akan berjumpe jugak.. bile dah jumpe, jangan le kome lupakan anim yea.. hehe..ok laa.. sekian.. itu lah cerita antara dua jiwa..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Saturday, December 20, 2008 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Antara Dua Jiwa [Part 1]
Sape kah dua jiwa yang anim maksud kan? Jeng..Jeng.. Jeng..
Ini name dia Cik Tom.. lame dah riwayat hidup dia dengan anim.. anim beli dia mase anim tingkatan 4.. jauh asal usulnya dari Pulau Pinang.. that time, anim sertai lawatan sambil belajar.. punye lah seronok sebab tak pernah jejak Pulau Pinang ni..kitaorang naik Bukit Bendera lah, gi KOMTAR, n ade lah mane2 lagi.. dah lupe dah.. kenangan 5 tahun dulu..enjoy habis2 maklum lah mase tuh bebudak lagi.. lompat2 jerit2 pun tak pe..hehe.. so, di pendekkan cite, anim dan syikin masuk KOMTAR.. jalan2 pusing2 situ dan akhirnya terjumpe lah Cik Tom ni..
Mase tu Cik Tom duk dalam sangkar bersama dengan kawan2 Cik Tom yang lain.. dalam tuh jugak Cik Tom bersama dengan abang2 Cik Tom sebab saiznya besar sikit dari Cik Tom.. dari jauh lagi anim dah jatuh hati dengan Cik Tom.. comey sungguh sebab warnanya menyerlah.. combination hitam dan merah.. dah lame anim nak mencari Cik Tom dan akhirnya anim jumpe.. sebab ape anim cari??
Sebabnya Cik Tom ni telah dimiliki oleh anak2 sedare anim.. anak kakak anim yg sulung.. tapi tak tau lah dorang name kan ape pada ladybird ni.. anim name kan Cik Tom sebab badan dia tompok2.. hehehe.. so, ringkasan kepada Cik Tompok adalah Cik Tom.. hmmm.. memandangkan anim berkenan sangat dengan ladybird ni, anim cuba jugak cari kat mane2 shopping complex.. akhirnya, di KOMTAR ku menemui mu wahai Cik Tom..
Terlau soronok jumpe dengan Cik Tom ni mencipta satu kisah menarik.. akibat keseronokan tahap cipan membawa Cik Tom di dalam plastik, anim tak sedar laluan yg anim lalu tu sedikit curam dan licin.. ape lagi...bedebuk!! Tuan Cik Tom yang jatuh..ngeh3..menggelesor anim macam main papan luncur tuh.. malu sungguh.. depan bas rombongan kami plak tu.. depan ’mr. Right’ lagi..lengkap satu pakej.. ni kes tapak slipper tak de bunga ke, atau laluan licin atau berdebar tengok ’mr.right’ ?
Sayang sungguh anim pada Cik Tom ni.. disebabkan itu, Cik Tom akan menyorok dirinya tatkala anak2 sedare anim balik rumah kat kampung.. Cik Tom yang menyorok ke atau anim yang sorokkan?? Ngeh3.. kalau anim tak sorok, mesti Cik Tom dah jadi cacat sekarang.. mesti mata Cik Tom tertanggal, sesungut Cik Tom terputus ataupun badan Cik Tom jadi busuk.. hehe.. daripada dulu kau sempurna ku tak sanggup biar kan kau menjadi cacat akhirnya.. ngeh3..
Daripada asalnya Pulau Pinang akhirnya Cik Tom ditempatkan di Pulai Tinggi.. hehe.. anim tak bawak Cik Tom ke UPSI.. biar lah Cik Tom damai menghirup udara kampung.. kat UPSI tu india je ramai, persekitaran tidak seronok dan udara tidak bersih.. takut Cik Tom jatuh sakit.. ngeh3..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Saturday, December 20, 2008 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Thursday, December 18, 2008
Cinta Dan Perkahwinan
Gurunya menjawab, "Ada ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta" .
Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.
Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satu pun ranting?"
Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja,dan saat berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik)". Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut. Saat ku meneruskan perjalanan lebih jauh lagi, baru ku sedari bahawa ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebagus ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya"
Gurunya kemudian menjawab " Jadi ya itulah cinta"
Di hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya,"Apa itu perkawinan?Bagaimana saya bisa menemukannya?"
Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"
Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa
pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-biasa saja.
Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"
Plato pun menjawab, "sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan kurasa tidaklah buruk-buruk amat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mahu menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya"
Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan ya itulah perkawinan"
[NOTA: Kepada bakal2 cikgu atau dah jadi cikgu, kalau murid tanya apa itu cinta dan perkahwinan, jawab lah cegitu.. ngeh3.. maklum lah sekarang kan murid2 dah advance..]
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Thursday, December 18, 2008 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Wednesday, December 17, 2008
Oh Mama.. [Part 4]
Bagi mereka yang mempunyai anak lelaki pula terfikirkan, bagaimanakah anak mereka berupaya menanggung anak orang lain. Mereka juga terfikirkan, mampukah anak-anak mereka membimbing dan menjaga "anak gadis" orang. Akhirnya, kesemua andaian-andaian dan prejudis tersebut diterjemahkan kepada penolakan. "Tunggu sehingga habis belajar!", "Kami tak menolak pilihan awak, Cuma awak kena tunggu sehingga dapat kerja yang baik!". Kesemuanya menjadi jalan keluar kepada ibu bapa yang malas berfikir, ataupun berfikiran kolot ini. Jalan mudah diambil demi memudahkan kerja-kerja mereka. Akhirnya, sang anak yang tidak dapat melawan nafsu pun terus berpacaran, dan bergelumang dengan dosa "khalwat" dan berpegangan tangan. Bagi yang tidak mempu membendung nafsu, akhirnya mereka terjerumus ke lembah zina...kesemuanya kerana pemikiran kolot si ibu dan ayah.
Ibu bapa moden perlu berfikiran terbuka. Adalah lebih baik mereka berkorban material dan tenaga demi menjaga kesucian susur galur keluarga mereka. Sepatutnya ibu bapa moden bersikap konstruktif dan bukannya negatif. Apalah salahnya jika mereka membantu anak-anak yang ingin berkahwin itu dari segi material. Berikan juga sokongan moral. Berikan sokongan dan bimbingan. Berikan tunjuk ajar, dan berikan mereka "fulus". Bukankah mengkahwinkan anak perempuan di usia muda mereka merupakan sunnah?, bukankah membantu anak-anak untuk mengelakkan diri dari melakukan maksiat adalah wajib? ...Fikirkan!
Hidup manusia telah berubah, gaya kehidupan juga berubah, teknologi juga berubah, maka sudah sampai waktunya para ibu bapa moden juga berubah. Pemikiran yang kolot serta terlalu mengongkong tidak akan membantu anak-anak muda mereka. Pemikiran yang terlalu liberal dan tidak kisah juga membahayakan. Apa yang kita perlukan adalah pemikiran yang Islamik dan realistik. Kita juga mahukan pemikiran yang berdasarkan "fiqh al-Waqi'" (fiqh realiti). Biarlah minda kita selari dengan zaman.
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Wednesday, December 17, 2008 4 Komen Mereka
Label Kenyataan
Oh Mama.. [Part 3]
Berbincang dengan mereka. Rasionalkan pemikiran mereka untuk melihat sesuatu dengan pandangan yang jauh. Dorong mereka untuk merancang dan bersikap realistik. Timbulkan segala kemungkinan dan kebarangkalian yang bakal mereka hadapi dan bantu mereka untuk mencari solusinya. Bukakan pemikiran mereka untuk melibat sudut-sudut yang mungkin mereka terlepas pandang. Apa yang lebih penting, berikan peluang untuk mereka mengutarakan pendapat-pendapat dan pandangan-pandangan mereka. Perlu diingatkan sekali lagi, mereka telah pun dewasa dan pemikiran mereka bukan lagi pemikiran anak-anak.
Seperkara yang penting juga, janganlah terlalu membuat keputusan melulu. Ada sesetengah ibu bapa yang langsung mencemuh, memperlekehkan dan terus menutup peluang untuk anak-anak mereka bersuara. "Dah gatal!", "Belajar dulu!", "Dah tak tahan lagi!", "Awak tu muda lagi!", "Janganlah hampakan harapan mak!" dan pelbagai ayat yang berbentuk cemuhan, prejudis dan juga mematikan hujah tidak akan membantu. Sekali lagi perlu diingat, mereka bukan lagi anak-anak kecil.
Setelah anda mendengar pendapat mereka, yang sebaiknya berkenalanlah dengan pasangan anak anda itu. Perbincangan di antara si ibu dan si ayah sebelum memberikan apa-apa keputusan kepada si anak amat penting. Sekali lagi perlu diingatkan, jangan emosional dan jangan terburu-buru di dalam membuat keputusan.
Ingatlah, anak-anak muda zaman kini hidup di dalam persekitaran yang serba mencabar. Walaupun kita telah mengawal sebaik mungkin di rumah, namun apa yang mereka dapat dari media, dari rakan-rakan dan juga dari tempat pengajian jauh lebih banyak. Di dalam dunia global, tiada sesiapa yang dapat menghalang orang lain daripada mengakses kepada apa-apa maklumat. Persekitaran dan juga suasana yang serba moden dan mencabar ini akan sentiasa membawa kepada pengingkaran terhadap perintah Tuhan. Satu-satunya cara untuk anak-anak muda yang telah mula terjebak dengan "cinta" dan juga "pacaran", adalah dengan bernikah.
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Wednesday, December 17, 2008 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Oh Mama.. [Part 2]
Tanpa iman, tanpa nilai dan tanpa sifat malu yang tinggi, mereka bebas melakukan apa sahaja. Jangan tertipu dengan perwatakan mereka di rumah!. Anak-anak muda akan mempunyai sikap dan peribadi yang berbeza sewaktu di rumah dan sewaktu berada bersama ahli keluarga. Bahkan, dalam banyak keadaan, mereka mempunyai sikap yang berbeza sewaktu di hadapan guru atau para pensyarah. Ingatlah, syaitan tidak akan melepaskan peluang untuk mendorong anak-anak Adam untuk melakukan perkara yang terlarang. Itulah tugas syaitan.
Jika para ibu bapa mempunyai tahap kepercayaan yang begitu tinggi kepada anak-anak mereka, itu adalah sesuatu yang baik. Namun, sangkaan yang baik semata-mata tidak cukup. Mereka perlu memahami realiti, anak-anak itu tinggal jauh di mata. Suasana persekitaran tidak membantu. Tarikan naluri orang muda adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, hatta di kalangan siswa dan siswi institusi pengajian berorientasikan agama. Jikalaulah mereka sudah mempunyai perubahan pada tingkah langku dan perlakuan seharian, maka selidikilah. Jika mereka sudah mempunyai pasangan, berbuallah mereka dengan cara yang matang dan rasional. Ingatlah, mereka sudah besar, mereka ingin dilayan seperti orang dewasa juga. Kadar intelektual mereka perlulah dihargai. Gunakanlah cara sehikmah yang mungkin untuk melakukan "penyelidikan" terhadap anak-anak muda.
Jikalau anak-anak muda menyuarakan keinginan untuk bernikah walaupun mereka masih lagi menuntut di kampus, jangan cepat melenting. Yakinlah, keberanian mereka untuk menyuarakan permintaan tersebut menunjukkan kematangan mereka. Keberanian mereka untuk membuat permintaan sedemikian rupa menunjukkan mereka ingin menyelamatkan iman dan akhlak.Yakinlah, jika mereka memilih untuk tidak meminta izin untuk berkahwin mereka mampu. Jika mereka memilih untuk tidak berkahwin dan meneruskan onar mereka sehingga ke tahap yang serius pun mereka mampu. Maka, jika mereka menyuarakan pendapat dan meminta izin, pertimbangkanlah ia dengan rasional, kematangan dan gunakanlah neraca keimanan. Mereka bukanlah anak-anak kecil lagi. Mereka juga bukannya terburu-buru ataupun terlalu mengikut nafsu. Yakinlah, apa yang mereka suarakan itu adalah bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan serta kesungguhan mereka untuk menjaga nama baik keluarga.
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Wednesday, December 17, 2008 2 Komen Mereka
Label Kenyataan
Oh Mama.. [Part 1]
Oh Mama.. [buat ibu bapa moden]
Maszlee Malik (Pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan,UIAM)
Antara dilemma yang dihadapi oleh anak-anak muda masakini ialah sukarnya untuk mengawal nafsu yang bergelora. Dunia maklumat yang tidak bersempadan telah menyebabkan nafsu anak-anak muda kita semakin menggila. Samada di dalam bidang hiburan, mahupun di dalam ruangan berita sekalipun, unsur pembangkit nafsu tetap berleluasa. Fenomena globalisasi juga turut menyumbang kepada pemaksaan ke atas anak-anak muda untuk menerima budaya yang dipromosikan oleh sesetengah pihak. Bagi yang lemah iman dan lemah akal pemikiran, mudahlah mereka dihanyutkan oleh arus hedonisme dan liberalisme. Bagi yang masih ingin mempertahankan keimanan serta nilai murni di dalam diri, dilemma yang mereka hadapi semakin parah.
Di antara budaya yang dipaksakan ke atas anak-anak muda kita ialah budaya "coupling" (berpacaran) dan "sex before marriage" (seks pra-nikah). Bukanlah sesuatu yang ganjil jika ramai di antara anak-anak muda akan berasa janggal dan terasing jika mendapati diri mereka tidak mempunyai teman lelaki istimewa dan teman wanita istimewa. Seseorang remaja akan terasa seperti makhluk asing di bumi jika mereka tidak bergaul bebas dengan rakan-rakan berlainan jantina. Bagi anak-anak yang dibesarkan di sekolah-sekolah agama atau madrasah, mereka mungkin masih lagi selamat. Keselamatan ini, walau bagaimanapun akan segera hilang apabila mereka mula melangkah ke gerbang-gerbang IPT. Tidak kiralah IPTA mahupun IPTS. Kebebasan dan juga pengaruh rakan dan sekitaran akan segera membuatkan mereka menerima kejutan budaya. Samada mereka akan larut dan terheret oleh pengaruh sekitaran, ataupun mereka akan menjadi begitu rigid, keras dan tidak bertolak ansur. Inilah realiti kehidupan anak-anak muda di IPT-IPT.
Sepertimana yang pernah diutarakan sebelum ini, solusi bagi fenomena yang begitu menggila ini ialah "nikah". Hayat para pelajar di IPT tidak patut disia-siakan. Waktu yang mereka habiskan untuk berpacaran dan juga melayan lamunan, akan lebih terjaga jika mereka telah bernikah. Segalanya akan menjadi halal, dan masa tidak akan terbuang sia-sia. Segalanya mendapat keberkatan, dan tiada kerungsingan dan juga ketidak tentuan perasaan. Jika persoalan natijah selepas pernikahan yang menjadi persoalannya, maka solusi "nikah khitbah" telah dicadangkan. Mudah sahaja, selama hayat mereka di IPT, mereka tidak perlu mengandung, tidak perlu melahirkan anak, tidak perlu untuk tinggal di dalam sebuah rumah yang khusus, dan tidak perlu menjalani kehidupan seperti pasangan suami-isteri yang mempunyai pekerjaan tetap. Mereka hidup sebagai suami isteri di dalam segala keterbatasan yang ada, yang penting hubungan tersebut halal dan mereka tidak melakukan maksiat.
Walau bagaimanapun, ide ini tidak semudah yang diutarakan. Kebanyakan komen dan respon yang diterima adalah bersifat negatif. Bukanlah para remaja IPT yang bersifat negatif, tetapi ibu bapa yang bersikap negatif. Memang benar, tanpa sokongan ibu bapa, ide nikah khitbah untuk menyelamatkan anak-anak muda daripada berzina ini tidak mudah. Ibu bapa di Malaysia masih lagi mempunyai pemikiran yang kolot dan klasik. Mereka masih lagi menggunakan sifir lama dan lapuk.Mereka sanggup menjunjung adat yang kolot walaupun terpaksa membiarkan anak-anak dara dan teruna mereka bergelumang di dalam dosa. Jika hendak berkahwin, tunggu selepas habis belajar. Jika hendak kahwin, tunggu sehingga mendapat pekerjaan tetap. Jika hendak kahwin, tunggu sehingga mendapat ijazah. Bagaimana pula sementara menunggu hendak habis belajar dan hendak mendapatkan pekerjaan tetap?
Si teruna dan dara tiap-tiap hari bersua muka. Peluang untuk bertemu dan bersama itu jauh lebih besar daripada tidak bertemu. Dorongan media massa, media eletronik, persekitaran dan juga budaya setempat mendorong mereka untuk terus bertemu. Oleh kerana kita di negara yang mana rakyat masih lagi bebas untuk melakukan maksiat, maka peluang untuk melakukan maksiat itu terbuka lebih luas. Apakah ibu bapa yang kolot dan mundur pemikiran itu mengira anak-anak muda mereka malaikat yang tidak punya nafsu?, atau mungkin mereka anggap anak-anak muda mereka mempunyai "fire wall" yang begitu utuh?, atau juga mereka sangkakan mereka boleh mengawal "nafsu" anak-anak muda mereka dari jarak jauh (remote control)?
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Wednesday, December 17, 2008 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Sunday, December 14, 2008
2009 : Adakah Satu Perubahan??
2009 : Adakah satu perubahan dalam hidupku??
- 1) Umur akan menginjak menjadi 22 tahun..
- 2) Masuk ke sekolah utk jadi Guru Pelatih atau dengan sinonim "Cikgu Praktikal"..
- 3) Kat UPSI jadi super senior bagi Pendidikan Sains sebab Pendidikan Sains kat UPSI tak de sem 7..
- 4) Status hidup?? mungkin berubah jugak.. ngeh3..
Azam??
* Belum difikirkan lagi.. kalau ada pun azam, biarlah diriku dan DIA saja yg mengetahuinya..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Sunday, December 14, 2008 4 Komen Mereka
Label Kenyataan
Friday, December 12, 2008
Pengetua Sporting..
Utk mengelakkan kebosanan tahap cipan, dorang pun mula lah nak main mainan tradisional ni.. siap tanye pengetua, mainan ape yg best.. tapi time tuh tiada suggestion dari pengetua disebabkan pengetua menguruskan baby.. ngeh3.. dorang pun decide lah main 'nenek si bongkok tiga'.. femes sungguh mainan ni.. sejak anim kecik lagi dah wujud... ntah mase zaman nenek moyang lagi dah ade ek.. before dorang start main, si pengetua ni tangkap lah gambar utk dibuat kenangan.. nanti bile dorang beso, bulih tunjuk, korang kecik2 dulu suke lompat2 cegini haaaa...
Anim yg bertindak sebagai pengetua hanya memantau keadaan.. memastikan keadaan selamat utk si 'nenek' ni berjalan mencari cucu.. ruang tamu rumah anim ni agak luas jugak, so bile dh dialihkan meja dan kerusi, jadi lah makin luas.. see,, pengetua siap bekerja sama membantu utk menjayakan permainan ni.. hehehe.. tengah2 dorang main, anim ade record video.. lucu sungguh budak2 ni main..
Tengah2 pantau, anim dukung Dania, bau2 kat punggung dia, berak rupenya.. hehe.. pegi lah tukar pampers.. nasib Iman tak berak jugak.. Dania dan Iman ni twins.. bile dah bersihkan berak Dania, anim pegi semula kt tempat budak2 tuh main.. amboiii, bukan main lagi, nak sorokkan diri, naik atas sofa.. riang ria sungguh tanpa sebarang perasaan bersalah.. bile dah hampr 11.30 am, dorang dah stop main.. dah penat katanya..
Tengok jam 11.30 am, mase Dania dan Iman tidur.. bagi susu kat dorang dan ulik tidur.. opss.. susu botol lah.. ngeh3..baby ahnaf, maid yg pegang.. lagipun baby tu tak nak sangat dengan anim.. tak tau kenapa.. tak cukup lawa lgi ke muka anim ni?? hehe.. ntah baby ahnaf tengok muka anim macam muka hantu..itu yg asek nangis je bila anim dukung.. tak de skill nak dukung baby lagi ni.. perlu ditingkat kan..ngeh3..
Ok.. Setel.. Dania dan Iman dah tidur.. ingatkan 'balance' budak2 yg tinggal ni tak nak main dah.. adeehhh, sambung lagi.. ni lagi bertambah mainan dorang.. main ' Ibu ayam dengan Musang' pulak.. hehe.. sekali lagi riuh rumah ni.. tapi yg mainan tuh anim tak sempat nak record sebab pukul 2 dorang berenti main.. tau kenapa?? preparation utk tengok kartun TV 9.. adeehh.. tensen sungguh kalau dorang start bukak TV9.. sebab golongan berusia yg lain tak leh tengok dah rancangan lain.. kalau Wonder Pet tu memang femes sungguh..
Bila dah petang, mak, ayah dan kakak anim berdua tu balik.. mak ayah anim pun ikut jugak ke pejabat tanah tu.. bile dorang balik, ade something yg tak kena kat ruang tamu.. tengok2, kain langsir nak tertanggal sebab hook dia ak masuk dekat roll dia.. muka mak anim macam geram jugak, tapi sebab cucu yg buat, kira dimaafkan.. so, bila ditayangkan balik video tuh, anim dan kakak2 bulih lah tengok angkara siapa yg panjat sofa menyebabkan langsir nak jatuh.. rupe2 nya, si Affef, Aliya dan Elly.. siap lahhh korang.. ngeh3..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Friday, December 12, 2008 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Kenangan Eidul Adha..
Lepas sembahyang raye, ayah dan 2 abang ipar anim ke tempat sembelih lembu.. siap semuanya dalam pukul 2.. sampai je mereka kt rumah dengan dagingnya sekali, golongan perempuan pulak amik alih bertugas sebagai pemotong daging..ngeh3.. potong daging utk diagihkan kepada yg kurang mampu.. dan yg lebihnya utk buat gulai dan BBQ.. start bakar daging lebih kurang pukul 3.30 pm.. starting dengan abang anim yg bakar arang utk hidupkan api..
Then, bila dah daging digaul dengan rempah BBQ hasil ciptaan kakak anim ke3, kami pun mula lah bakar.. tambah plak dengan mini sosej dan isi ketam [ala2 fillet] tu.. so, menjadi kesukaan pada budak2 yg berumur 12 tahun ke bawah.. berebut makan menda alah tu.. baru je angkat dari tempat bakar, terus disapu bersih oleh kanak2.. aiiseeh, 'org2 tua' yg bakar ni tak sempat nak jamah.. daging bakar dorang tak minat plak...
BBQ kakak anim buat 3 rase.. ntah ape rase yg dia buat.. tapi bile makan akan terasa kelainan lah pada ketiga-tiga jenis daging bakar ni.. bile daging dah habis bakar, kakak anim keluar kan lemang yg dibeli semalam utk dihangatkan.. hehehe.. hangat dengan batang2 buluh sekali.. lepas hangatkan lemang, bakar roti arab pulak.. comel sungguh roti tu mengembang bile dipanaskan..
Lebih kurang pukul 5, kami tutup kedai.. penat yg teramat sangat lah..berdiri kt tempat bakar daging tu agak lame.. lenguh habis tumit2 kaki.. dah siap kemas semua tempat bakar biar jadi bersih balik, anim pun solat asar dan terbungkam di atas katil.. kalau ikut kan, nak tinggal je tempat bakar tuh biar maid kemas, tapi kesian jugak kat dia.. dah penat duk kemas dapur dan basuh pinggan..maklum lah tetamu tak putus2 datang.. itu lah kenangan yg cukup ringkas utk Eidul Adha tahun ni.. tahun depan tak tau lah.. kot2 dah tak beraya di rumah sendiri.. ngeh3..
[nanti anim upload gambar ek]
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Friday, December 12, 2008 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Sultan Mahmud International Airport
Tujuan pegi airport ni bukan lah saje2 sebab airport ni jugak bukan sebuah shopping complex.. hehe.. pegi airport utk hantar abang ipar anim iaitu suami kakak anim yg sulung.. dari airport ke rumah anim ambil mase setengah jam jea.. abg ipar anim tak off utk cuti Eidul Adha, so, keluarga kakak anim balik lepas asar Eidul Adha pertama dan sampai dalam pukul 12 malam.. perjalanan dari Seremban-Terengganu.. then, esok tuh abg ipar kena ke KL utk penerbangan ke Jakarta.. jadi, kakak anim n anak2 dia stay kt umah anim je lah..
Dah banyak kali arrange camtu setiap kali mereka nak pulang kampung lame2.. bile sampai Trg, kakak anim akan hantar suami dia ke airport utk kerja.. tapi mase raye baru2 ni, kakak anim ke3 yg menawarkan diri utk hantar abg ipar ke airport.. jadi anim pun ambil lah kesempatan utk ikut sebab nak tengok airport baru.. itu sahaja tujuannya.. bila sampai je sane, sungguh tidak percaya kewujudan airport ni.. tidak lah menjadi jakun saya di sane kerana terpegun dengan keseniannya.. macam muzim pun ada..
Kalau dulu, airport kecil saja.. check in dan check out di pintu yg sama.. tapi yg sekarang ni, check in ditingkat atas.. kereta bulih drive thru je utk turunkan penumpang.. dan utk check out bahagian bawah.. rasenya semua airport same jea.. saje nak cite jugak.. so, hepi2 jugak lah bulih gi tengok menda yg baru kt Trg ni.. walaupun sudah bergelar anak jati Trg, tetapi banyak tempat lagi yang tak dilawati lagi.. sebagai pengakhiran entri ini, layan pic je lah kat bawah ek..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Friday, December 12, 2008 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Wednesday, December 10, 2008
Kerja Sambilan..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
JURUTAIP DIRUMAH DIPERLUKAN: RM3,800
SEBULAN (PENDAFTARAN PERCUMA)
Anda memerlukan duit poket lebih utk
berbelanja?? Mahu membeli barang
berjenama tetapi wang tidak mencukupi??
Duit pinjaman/ biasiswa cukup-cukup utk
makan sahaja?? Saya ada tawaran kerja
yang mudah utk anda lakukan.. Pendapatan
mengikut usaha anda.. Jika anda
menyiapkan tugasan yang kami bagi, anda
berhak mendapat ganjaran yang telah kami
tawarkan..
Tiada sebarang interview bagi kerja yg
kami tawarkan.. Lebih2 lagi anda
seorang mahasiswa/i yang sudah ada
kemahiran menaip dan mempunyai cuti
semester yg agak lama.. Dengan kata
lain, anda bercuti tetapi dapat wang atas
usaha yang sikit sahaja..
Jika anda berminat dengan tawaran ini,
sila fahami dengan lebih jelas tentang
tawaran kami ini..
Pendapatan sehingga RM 3,800 atau lebih
secara bulanan
Peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah
sepertiberikut:
Menaip/kerani/setiausaha/penyelia/pelatih/Peg .
Pemasaran/pengurus.
Pengalaman tidak perlu. Boleh menaip.
Tiada had umur. Boleh dilakukan
dimana-mana sahaja. Sepenuh masa atau
part time.
Berminat atau ingin mengetahui dgn lebih
lanjut!!!
Sila ikuti 3 langkah mudah seperti dibawah:
1- Klik button reply pada email anda
Pasti kan email dialamatkan ke :
fast_advertise@yahoo.com
Cc:
(aniemz87@yahoo.com)
2- Dengan perkataan anda sendiri, sila
tulis samada anda berminat atau tidak
dengan tawaran kerja ini
(ingat!!! Jgn tulis jawapan anda pada
ruangan subject)
3- Sebelum Klik butang send, sila
pastikan email iklan ini juga disertakan
sekali.
Setelah anda memenuhi 3 langkah diatas
dan menghantar email berkenaan, seperti
yang diminta, kami akan menghubungi anda
dengan maklumat terperinci seperti yang
diperlukan.
Terima kasih.
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Wednesday, December 10, 2008 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Sunday, December 7, 2008
Salam Eidul Adha
lembu dikorbankan untuk dibuat rendang,
bersama2 menyambut hari raya,
menanti hari 10 Zulhijjah menjelang..
suasana kampung aman & permai,
indahnya permandangan segarnya udara,
raya korban disambut beramai2,
tanda mengingti peristiwa Nabi Ibrahim menyebelih anaknya..
Abu & Ahmad berjalan pergi mengaji,
pergi mengaji di rumah Tok Yahya,
raya korban juga disebut raya haji,
hari umat Islam tunaikan rukun Islam yg kelima..
SaLaM aiDiLaDHa 1429H..... (^_^)
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Sunday, December 07, 2008 2 Komen Mereka
Label Kenyataan
Selamat Berbahagia..
Ucapan ni khas kepada kawan2 anim yang melangsungkan perkahwinan pada cuti semester ni..Tahniah pada mereka bertiga :
1) Nur 'Ain binti Sani (Coursemate) - Persandingan 23 Nov. 08 (Akad nikah lupe bile)
2) Nurul Akma Liza binti Che Razak ( Kawan sekolah rendah) - Akad nikah 12 Dis 08
3) Nurul Ain binti Azia ( Kawan UPSI) - 13 Dis. 08
Selamat melangkah ke alam kehidupan yg baru dandan berbahagia memegang title 'puan'..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Sunday, December 07, 2008 2 Komen Mereka
Label Kenyataan
Terjawab Sudah..
Setelah merasa keperitan dan kesiksaan jiwa selama beberapa hari, akhirnya terjawab sudah segala persoalan yang tertanya dalam fikiran.. apa sudah jadi dengan blog ku?? hehe.. akhirnya sudah dijawab oleh abang anim yg terer bab2 ni..
Sebenarnya, mozilla anim ade masalah utk blog ni.. bila guna mozilla, anim tak akan bulih post entri baru.. bulih post yg bese je, tp tak leh nak upload gambar, video, justify and seme2 lah.. tensen sungguh tempoh tu.. iye lah, banyak nak post entri ni..
Then, bila abang anim balik, anim mintak dia nengok kan.. fisrt sekali, try bukak dekat laptop dia melalui mozilla, ok jea.. tapi bila bukak kat laptop anim guna mozilla jugak, dia tak kuar box kt atas tuh.. so, abang anim suh download opera.. so, kalau anim nak post entri, kene guna opera lah.. tapi kalau just nak visit blog jea, guna mozilla no hal jea.. hehe..
Alhamdulillah, segalanya terjawab.. kesabaranku sudah diganti dengan kegembiraan oleh Tuhan.. syukran..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Sunday, December 07, 2008 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Saturday, December 6, 2008
Apa Jadi Dengan Blog ku??
Wat mase nih, anim tak leh posting ape2 yg menarik kat blog.. option utk nak tulis entri nih tak keluar..tak leh nak justify ke, attach gambar atau video.. geram sungguh..tak tau kenapa..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Saturday, December 06, 2008 4 Komen Mereka
Label Kenyataan
Wednesday, December 3, 2008
7 things About Myself..
7 things about me..
1. Starting dengan nama.. Nama diberi Nurrul-Haniem bt Mustaphy.. Dilahirkan di rumah, Kampung Pulai Tinggi, Bukit Payong bertarikh 28 April 1987 bersamaan 1 Ramadhan 1408..kesian mak, terpaksa qada' pose 30 hari..maklumlah tak sabar2 nak kuar tengok dunia ni..hehehe..adik2 beradik panggil Adik..panggilan yg paling manja..ank bongsu..sapa umur 21 tahun pun still panggil adik..muda sungguh..ngeh3..pak n mak sedare panggil Nurul..begitu juga dengan kaum kerabat sepupu sepapat, panggil Nurul jugak..kawan2 suke panggil Haniem or Anim..Anak2 buah panggil Sue.. sebenarnya dah register balik suh panggil Ucu, tapi registration failed!!
2. Suka buat mende last minit termasuk lah study.. Assignment2 pun suka wat last minit jugak..kadang2 jeles tengok orang yg boleh buat kije awal2 ni..pastu, bile dah dekat2 nak hantar, baru lah kalut..ngeh3..suke jugak kalut2 camni..seolah2, saya lah orang yang ter'bz' di dunia nih..ngeh3..kalau bab study ni, tok sah cakap lah.. kalau nak mid term, sehari sebelum mid term baru study..ntah lah, ade org cakap study last minit ni tak masuk, tapi berbeza dengan anim..last minit nih, kalau scan je boleh 'save' dah..alhamdulillah, keistimewaan Allah bagi..ngeh3..kalau final exam, selagi tak tibe time study week, selagi tu lah buku2 tak akan dibuka..
3. Seorang yang moody..ikut mood jea..lebih2 kalau study.. kene ade mood..time mood tuh ade, baru best study..tapi time mood tak der, satu page utk dibace memakan mase lebih kurang 2 hari..10 kali ulang tak masuk2..ngeh3..especially Biologi..adeh, seksa sungguh nak study Bio..sem depan amik lagi..Biologi 2 pulak..ni kompem kalau posting nanti kene ajar Bio, memang menjadi cikgu yang moody lah..kesian budak2 anim nanti..hehehe..
4. Suka masak.. Biar lah se'bz' mane pun, tetap jua masuk ke dapur dan berasap lah dapur tu.. biar lah sekadar telur dadar, still angkat kuali nak goreng telur..jimat punye pasal lah ni..hehe..tapi jaranag sangat lah makan telur..telur ni makan tiap2 hari boleh gemuk tau..biasa2 masak pun simple2 lah.. if ade mase lebih, boleh lah masak gulai, sayur lemak atau kari..pelbagai masakan yg telah dicuba walau kadang2 nya di luar dari resepi sebenar..ngeh2..janji boleh makan n mengeyangkan perutku ini..
5. Teramat lah suka Fizik.. ntah kenapa.. suka akan ilmu nya.. sehingga kan Prof Madya Dr Baseri Huddin buat public speaking, anim bercakap tentang 'why i like physics?"..bile orang tanye mengapa minat fizik, jawapan anim fizik ni sungguh interesting bile kite mendalami..teringat mase time interview biasiswa perguruan persekutuan KPM, bile ditanya mengapa pilih bidang perguruan, sebab saya suka belajar fizik..tak relevan sungguh jawapan..hehhe..cuak n gugup punye pasal lah time interview..
6. Suka mengajar..tak kire lah subjek ape pun..tapi of course lah anim suke ajar fizik.. kalau posting dapat ajar fizik, menjadi satu kegembiraan utk ke sekolah.. tapi kalau dah dapat ngaja subjek yang jauh terpesong nge sains ni macam Sejarah atau BM, menjadi satu kesusahan memupuk semangat utk ke sekolah..ngeh3..macam jadi cikgu ganti baru ni.. kene ngaja Bi..aisseehh, sungguh saya tidak bersemangat nak mengajar subjek tu..lebih2 lagi time masuk kelas KIA, pengsan pastu..anim yg lebih bersemangat dari bebudak tuh..punye lah semangat explain ke budak2 tuh, sekali pandang kat dorang, tengah lukis2 orang, rumah n binatang kesayangan kt kertas lukisan..hampeh betul lah..nak nangis pun ade..
7. Cepat mengalirkan air mata.. terutama menyentuh bab2 perasaan ni..bile dah mengalir air mata, of course lah melibatkan perasaan..ngeh3..mase kem kecemerlangan cinta alam tuh, anim banyak jugak nangis..nangis memikirkan dosa yg telah dilakukan..gagal menjadi hamba-NYA yang hidup atas syariat-NYA..adehh..pastu melibatkan kawan..kalau geram ke seseorang, anim tak pernah lepas, tapi air mata yg menjadi saksi kesedihan hati..hehe..mase sem 3, geram sungguh ke lecturer ni akibat mulut lazer nya.. kesan kegeraman tahap maksimum, menyebabkan lepas lab tuh anim nangis sungguh2 depan kawan..sedih bile lab report dibaling depan2..adeh..pregnant pun agak2 lah..
Ok lah.. dah dijawab tag ni..sesiapa yg mau jawab, copy paste lah kt blog korang..
[nota kaki: di copy paste dari Raihah Rosli's blog..]
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Wednesday, December 03, 2008 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Tuesday, December 2, 2008
Comey-Comeyku..
Elly dan Angah Dina..
Hepi2 dapat duit raya.. Twins : Dania dan Iman
Barisan Mustaphy's Generation
Dari kiri : Amanina Nur Shaheeda, Arisya Nur Iman, Amyrah Nur Fariesya, Alisya Nur Dania, Aliya Nur Najieha, Afeef Rusydan, Afaaf Rusydina
Dari depan : Addeen Rusyaidi, Aneesa Nur Illyani dan 'Eirdina Ilmuna An-Nasireen..
Jap nak bilang..1..2..3..4..5..6..7..8..9..10..
Ala, Ummi Muna kat belakang interframe jugak kt belakang..ngeh3..
[ yg name 3 perkataan tuh anak Mama, name 2 perkataan tuh anak Ibu dan name ala2 arab sikit tuh anak Ummi..]
The latest one, Ahnaf Rasydan..anak Ibu
Semua sekali comey-comey anim ni 11 orang.. tak tau tahun bile akan bertambah 12 orang..cakap Waled [panggilan ank buah anim kpd abg anim], dah lah bertambah bilangan anak buah ni, dah kering duit nak bagi time raye..ngeh3..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Tuesday, December 02, 2008 3 Komen Mereka
Label Kenyataan
Kahwin Kontrak
Mengikut kisah dia, dugaan bile nak kahwin dengan bakal suami adalah tentangan dari mak sebelah lelaki.. mak lelaki tidak menerimanya kerana kisah silam dia dulu..tidak dinyatakan pulak pasal kisah silamnya dulu tu.. mungkin setelah puas mendengar permintaan anak lelakinya utk kahwin, kemudian, mak mentua dia ni bagi kahwin dengan syarat bercerai setelah mendapat anak..si anak pulak hanya mengikut dan menyebelahi keluarga nya biarpun dia tau setelah dapat anak mereka terpaksa BERPISAH suami isteri..
Menjadi satu dilema dia camne utk meneruskan perkahwinan tu.. tanya sesiapa pun, bile kahwin of course nak anak..same macam akak ni, dia jugak mahukan anak.. tetapi dalam masa yg sama utk difikirkan, jika dia mendapat anak, dia harus bercerai dengan suaminya yg disayangi.. demi utk menjaga hubungan suami isteri, dia sanggup menggugurkan kandungan.. bukan kehendak dia yang tak mahukan anak, tetapi terlalu sayangkan hubungan bersama suami..
Kesian sungguh pada dia dan malangnya ada lagi ibu sekejam itu di dunia ni.. apa salah akak ni sehingga mak mentua dia sanggup buat camtu.. bukankah tindakan dia ni jugak menghancurkan kebahagiaan anaknya sendiri?? seperti kate suami Ustazah Siti Nur Bahyah ni, setiap orang tidak akan lari dari buat kesilapan.. Tuhan ke kite sampai tak nak memaafkan orang sedangkan ALLAH itu Maha Pengampun terhadap hamba-NYA..walaupun orang tu kita nampak dia ni banyak dosa terhadap Tuhan, layakkah kita utk menentukan dia tak kan masuk syurga??
Benarlah perkahwinan memerlukan restu yg besar dari ibu bapa kita.. redha Allah adalah redha ibu bapa.. tetapi sebagai ibu bapa, jadi lah ibu bapa yang memahami kehendak anak.. apa salah mengikut kehendak anak jika sesuatu itu adalah kebaikan bersama.. lain lah kalau keputusan anak itu sesuatu yg boleh mendatangkan keburukan utk mereka sekalian..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Tuesday, December 02, 2008 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Susulan Nikah Khitbah..
Kemerosotan Akhlak Remaja Zaman Sekarang
Bila kite lihat, banyak isu yang membabitkan tentang remaja.. gejala s**s bebas di kalangan mereka.. tetapi jika membabitkan pelajar IPTA/IPTS, ianya bukan dalam lingkungan remaja lagi, tetapi BELIA.. sejak semalam anim spend mase klik friendster adik2 satu sekolah dulu.. saje sport check..ngeh3.. yang melucukan anim lah [sorry for that person, i've to say], belum lagi start exam STPM, dah letak statement " memperkenalkan my future husband..bla..bla..bla.."..tergelak pun ade nge adik ni.. adik ni satu dorm nge anim sewaktu sekolah menengah dlu.. dan ade 1 friendster lagi yg gambar dia berdua nge lelaki sambil tangan lelaki di atas bahunya.. Nauzubillah.. jadi akibat pergaulan terlalu bebas tanpa pengetahuan mak n ayah, akan terjadilah benda2 yang tak diingini..
Teknologi Yang Semakin Canggih
Anim pernah bace majalah Remaja tentang gejala l***h melibatkan video camera samada laptop atau handphone.. malah, mereka sanggup menghabiskan duit utk membuat video calling seterusnya mengadakan aktivit s**s di alam maya..macam mane tu?? Waallahualam.. dalam surat khabar pun banyak mengutarakan isu tentang pelajar2 yg di kalangan sekolah menengah sudah pandai berkelakuan tidak senonoh dengan rakan2 mereka dengan alasan "saje, mahu suka.."..aisssehhh..takut anim nak ngaja bebudak sekolah ni..ngeh3..
Kesibukan Kerjaya Ibu Bapa
Minta maaf kalau alasan ni dianggap melampau.. ade setengah ibu bapa yang sibuk tetapi membahagikan masa yang secukupnya terhadap anak2..anim suka pedekatan Ustaz Hasrizal [Saiful Islam] dalam mendidik anak2 nya.. insha Allah akan diaplikasikan setelah berumah tangga nanti (",).. bila ibu bapa sibuk dengan kerjaya, perhatian terhadap anak2 jadi kurang.. ok, anim amik contoh terdekat..pengalaman anim sendiri mengajar jadi cikgu ganti di sekolah rendah selama 2 bulan.. seorang murid ni yang anim rasa tak melampau kalau anim cakap ketandusan kasih sayang ibu dan ayah.. dia dihantar ke rumah nenek utk dijaga dan menyekolahkannya.. akibatnya, terlalu bebas input yg kurang sihat diterimanya, waallahualam dari mana input tu, dia tanpa segan silu menunjukkan aksi lucah depan anim.. mak aaii budak ni.. tunjuk kemaluan dia depan anim..aku sunatkan baru tau..ngeh3.. nak cakap anim lembut sgt pada budak, kakak anim cakap garang anim dari dia mase ngaja.. kat mane silap, ntah laa..anim cuba korek rahsia budak ni, dan dia menceritakan kisahnya.. apa yang wat anim terkilan dengan ibu bapanya ," saya kena duduk dengan nenek sbb mak n ayah sibuk kerja.."..pesan anim, kalau tak nak jage anak, jangan beranak!!
Membina Negara dan Ummat Islam Yang Sihat
Jika nikah khitbah ni dilaksanakan, maka akan kuranglah aktiviti membuang anak haram..waduh..itu anak, seorang manusia, bukan anak kucing yang nak dibuang2.. sedih tgk ade setengah ibu yg tak bertanggungjawab men'jatuh'kan anak baru lahir dari tingkat atas ke bawah.. berkecai seluruh tubuh..kesian sungguh.. rumah2 kebajikan pun menjadi kurang utk menjage anak2 luar nikah ni..penyelesaiannya tidak akan ade utk kes buang bayi ni.. jika ditingkatkan pembinaan rumah kebajikan, seolah2 mengalakkan aktiviti 'menghasilkan' anak luar nikah..tetapi jika tidak dibina rumah kebajikan, semakin banyak pula anak itu 'dibuang'..
Kesimpulannya, nikah khitbah ni mesti difikirkan oleh ibu bapa sekarang.. bukan bermaksud niat nikah semata2 utk 1 tujuan sahaja, tetapi lebih baik jika kita memimpin anak itu ke jalan yang diredhai-NYA.. anim pernah dengar yang ade setengah ibu bapa melaksanakan nikah khitbah ni dengan cara parents perempuan tanggung perempuan, parents lelaki tanggung lelaki itu.. bukan kah itu lebih baik?? tetapi, si pengantin ni jika sudah diberi lampu hijau oleh ibu bapa, jangan lah menjadi terlalu mengharap 'pemberian' dari mereka, berusaha lah sedikit2 tanda anda sudah semakin matang utk mengemudi rumah tangga..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Tuesday, December 02, 2008 0 Komen Mereka
Label Kenyataan
Nikah Khitbah : Solusi Masalah Cinta Remaja
Oleh : Ustaz Maszlee Malik
Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.
Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah: “Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?” Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya.
“Ustaz, jangan biarkan kami terawang-awang begini, berikanlah penyelesaiannya!”, antara bunyi sms yang pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba memberikan alternatifnya.
Akibat Kurang Bercinta
Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: “Mereka kurang bercinta!”. Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala “coupling”. Saya menegaskan bahawa memang “coupling”lah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota.
Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah “nafsu” dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi.
Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada “melayan nafsu serakah” semata-mata.
Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati!
Khitbah Bukan Tunang
Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.
Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.
Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.
Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Khitbah di IPT
Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.
Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.
Risiko
Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Tuesday, December 02, 2008 1 Komen Mereka
Label Kenyataan
Robot Sumpahan..
Gambar2 dibawah hanya untuk mem'femes' kan diri sahaja..
Haniem..
Raihah..
Suhada..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Tuesday, December 02, 2008 2 Komen Mereka
Label Kenyataan
Penat Sudah..
Dengan perasaan geram n penat, anim pun bercadang utk memilih template yg paling simple.. warna pun hitam.. tengok sekali macam blog org yg putus hidup, hitam jea.. tapi dua kali tengok lawa la jugak.. hehehe.. sebab tu orang cakap hitam2 ni manis rupenya..hehehe..so, u all bile klik blog anim, kene klik 2 kali laaa baru nampak manis blog ni..kesudahannya, template dah tukar, tapi jam pulak yg tak nampak.. so, tukar lah jam.. nanti kan orang yg bace blog anim ni tak nampak pulak jam dah pukul berapa..
So, selamat datang ke blog anim dgn template yg baru...hehe..rase2 nya, tak tahan lame pun template ni.. esok luse blog ni rupe lain plak..ngeh3..
[nota kaki : Raihah, nanti anim update kan gambar robot kite yg kelakar itu.. sabar yea..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Tuesday, December 02, 2008 1 Komen Mereka
Label Kenyataan
Macam ni ke C.I.K.G.U??
C.I.K.G.U satu kerjaya yang boleh dianggap professional kerana mempunyai satu etika bertulis disebut Etika Perguruan dan ‘kite’ yang bergelar C.I.K.G.U atau bakal bergelar C.I.K.G.U mesti lah jadikan etika itu sebagai panduan utk meningkatkan prestasi kerjaya kite.. Mak ayah hantar anak ke sekolah dan mengharapkan C.I.K.G.U yg mendidik anaknya atau dengan kata lain mengharapkan C.I.K.G.U membentuk anaknya menjadi ‘O.R.A.N.G’..[bukan selama ni jadi hantu eh]..ngeh3..
Teringat anim mase zaman sekolah dulu.. ustaz M [bukan nama sebenar] lebih kurang macam ni jugak lah.. tapi bukan sampai tahap mencabul.. tapi dia suke ‘menyentuh’ kami.. kalau tak dengan jari dengan pen.. maklum lah ‘berlapik’..’sentuh’ plak tempat sensitive macam kat pinggang, kat pipi..aisehhhh.. angau ke ape ustaz ni..mungkin dia ingat kami ni budak2 lagi yang suke lompat2 dalam kelas, suke nyanyi2.. maklum lah, migrasi dari sekolah rendah ke sekolah menengah, mana mungkin boleh meninggalkan semua ‘aktiviti’ seronok sebegitu.. ngeh3..
Akhirnya, pelajar senior perempuan [form 3] dah tak tahan dengan perbuatan ustaz ni, dorang pun mengadu lah kat pelajar lelaki..mase nih anim form 1 lagi..pelajar lelaki yg sememangnya sudah menyampah dengan ustaz ni buat laporan polis.. kecoh jugak lah bile polis datang kt sekolah..sekarang ntah mane ustaz tu.. bile kene tangkap polis, dia sudah tak ngaja sekolah anim.. nasib TV3 tak datang, kalau tak satu tragis jugak tu.. wat malu sekolah jea.. hehehe..
Pot Pet Dari Mami Hadeef pada Tuesday, December 02, 2008 1 Komen Mereka
Label Kenyataan