Seminggu tak apdet blog rase mcm sebulan! kesian pada yg asek klik blog ni, tapi tiada entri baru.. sorry ye.. mak buyung ni sebuk cuti-cuti malaysia kat kampung.. since en. hubby pun dalam mode study week, dengan selamber badak dia pun no hal untuk bercuti lama2 di kampung.. huhu.. bese la, dah jadi menantu orang, maka bile bercuti haruslah tempoh cuti itu di 'cut' menjadi 2 tempat.. 2 hari di Besut, 3 hari di Bukit Payong..
Sindrom aku, kalau tak apdet lebih dari 3 hari, aku akan jadi blur nak tulis ape.. hihi.. maka, ayat2 skema la yg akan terlintas dalam fikiran, n ditulis dalam entri.. see, kan sekema tuh!! oke, terus pada main point..
Result Praktikum
Terima kasih ya ALLAH.. ALHAMDULILLAH, itu la ayat pertama yg aku sebut bile tengok result.. pestime weh dpt 4 rata ni dari keseluruhan 8 sem.. kan bagus, kalau 1 sem 1 subjek, kompem setiap sem dapat 4 rata.. dan kalau 1 sem 1 subjek, mungkin aku akan habiskan degree dalam mase 6 7 tahun.. weh! ko amik degree ke amik pHD?? huahuahuahua.. sebenarnya, bile tau result dh kuar, akun tak cuak langsung pun.. sebab dah usha2 Dr Bakar dia nak bagi aku gred apa utk praktikal..
Dan bile kakak2 aku suh gi check result, aku dengan bangga cakap, "tak yah check dah.. kompem A" .. mujur betul.. dibuatnya Dr Bakar bagi A-, mano den nak letak muko.. huhu.. mekasih Dr Bakar yg sangat hensem, yg sangat baik hati, yg sangat caring bak ayah aku, yg sangat senyum comel gitu kerana memberikan markah terbaik untuk saya sepanjang saya menjalani praktikum yg sgt mencabar minda-mencengkam jiwa-menyayat hati-men'crazy'kan otak..
Walaupun dapat 4 rata, tapi PNKG bukan naik banyak pun.. total PNGS di bahagi dengan 8, sah2 la ciput je kan naik.. tapi tak pe, sekurang2nya dah capai aim aku nak konvo dengan result seperti itu.. owh~~ yang pasti, aku bukan grad dengan First Class Owner pun.. Second Class Upper pun dah sangat2 bersyukur dah.. ALHAMDULILLAH..
Secara rasminya, dekat transkrip tertulis keputusan : tamat pengajian, status : Layak dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.. alhamdulillah.. 1 tahun matrik, 4 tahun di U--> mase itu sangat pantas berlalu.. terima kasih wahai semua pendidik kerana telah mendidik aku menjadi 'seseorang' bukan hantu.. huahuahua..
2 Comments:
wahhhh.... congratz cikgu anim.
aniem to miss jue:
hihi..mekasih.. dapat supervisor baik, sebab tu dapat A.. kalau yg jenis tegas tu, tak der nye nak dapat A.. ngajar pun tunggang langgang.. hihi
Post a Comment