:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, May 1, 2009

Hari Ini..

Selamat Hari Pekerja semua.. so, anim pun nak cuti gak la.. cuti mengada2 dari 'kerja' untuk menilik2 huruf dalam buku.. tensen2.. orang lain bergelak ketawa, riang gembira sebab dah merdeka.. pendek kata, bebas dari tekanan mental dan fizikal untuk mengadap buku then study n study n study..

Semalam berjanji dengan Dah untuk ke klinik.. muke anim gelupas yang amat teruk.. huh!! apo ke hel.. dekat2 nak kawen ni banyak sungguh dugaan.. erm, sabar je la.. ade hikmah yang tersembunyi cuma kita yang tak tau.. mane tau kulit gelupas nak bagi muke lagi awet muda.. ahakz.. [perasan mode!!]..

Actually dah lame dah gelupas kat muka ni.. tapi dibiarkan saja.. malas nak gi klinik dan cukup10x tak suka menjejak kan kaki ke klinik untuk jupe Doktor..Incik Zubir jangan marah eh!! Dengan U tak pe I suka.. haha.. tapi sebab rasa dah tahap kronik [patient yang degil namanya], muke pun dah rasa bukan muka manusia, so terpaksa la ke klinik.. itu pun dipaksa oleh incik Zubir.. hikhik..

Sebelum bergerak dari rumah, anim dah berkira2 untuk ke Poliklinik Bakti Aminin dekat pekan tanjung malim yang indah ini.. tapi dikhabarkan oleh housemate, klinik tu sudah tidak menjadi panel UPSI.. tapi I redah je pergi.. malas dah nak gi ke Klinik Nabila yang sebenarnya panel UPSI walaupun tau free of charges..huhu..

Sampai je ke klinik, menunggu turn hanya sekejap saja sebab patient pun ada 2 orang.. hari ni kan hari cuti, so orang pun tak ramai la.. masuk la jumpe Dr yang kat pintunya tertera nama Dr Siti Rokiah, MD UKM.. very2 the nice person.. baik yang amat2.. ye.. I sungguh suka menerima rawatan dari dia.. umur mungkin dah dekat 50 tahun, bertudung labuh dan ramah!!

"Nurul sakit apa?"

"Ni ha.. kulit nak bersalin macam ular.. dekat2 nak kawen ni jadi camni pulak Dr..hikhik"

Mungkin dia tengok anim ni bergurau so dia pun bergurau la...banyak lagi la perbualan dengan dia.. dan apa yang anim tertarik tentang apa yang dia cakap:

"saya dulu pun kawen awal jugak.. saya umur 23 tahun, husband 25 tahun.. ala, kawen awal ni bukan tak leh berjaya pun.. boleh elak maksiat.. daripada duk selalu jumpe kan..nurul jumpe bakal suami kat mana?"

"satu sekolah dulu dengan dia, Dr.. dia pun amik medic gak.."

"alhamdulillah.. dia dah habis belajar ke? nurul ni final year ke?"

"tak habis lagi.. hehe.. lambat lagi dia nak habis.. nurul semester depan masuk final year la.."

"alhamdulillah.. boleh la tu.. kalu ade anak, kite golek2 anak main sama2.. kalu tak der anak pun, kite nak pegang2 dia pun tak pe.. dah halal dah.."

Yeeahh.. betul ape yang Dr tu cakap.. sporting sungguh.. mesti anak2 nye ade yang kawen awal jugak.. erm, usai je buat pembayaran yang totalnya RM58, anim pun ke Big10 [lagak macam orang habis exam!].. pasaraya baru bukak dan pastinya ade jualan murah.. anim ni tak leh tengok mende2 murah ni, memang akan beli.. kalu tak beli, bukan nama anim la tu... hehe..

So, itu la cerita untuk hari ini.. tak start lagi study untuk paper last.. badan pun dah letih, muka pun tak selesa [alasan lapuk wahai cik anim!] ... betul+sungguh tak selesa dengan muka yang sekarang.. tegang yang sangat sampai nak gelak pun tak leh.. hilang nikmat gelak untuk beberapa hari.. ngeh3..

p/s: anim tak dapat nak jawab soalan Ejan (housemate anim), "kenapa student medic suka kawen awal ek?" .. so, sape yang ade idea, ade jawapan sila utarakan.. hikhik.. sebab ramai antara kawan2 bloggers anim ni medic students.. anim dah tanye Zubir, kenapa.. jawabnya, "dah sampai jodoh, kawen la.. nak heran ape.."

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online