:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, May 17, 2009

Aku & Dia..

"Dulu dia membebel kau geram..
dulu dia mengajar kau buat tak endah..
dulu dia beri nasihat kau buat pekak..
dulu dia bawak rotan kau marah..
sekarang..
kau adalah 'DIA'..
happy teacher's day.."


Sungguh bermakna mesej yang anim terima ni..

Dulu dia membebel kau geram..

Memang.. cikgu2 yang suka membebel ni memang kita geram kan.. kadang2 saje buat mimik 'comey' nak suh cikgu tau yang sememangnya tak nak dengar pun bebelan cikgu..[aku la tu..] .. sometimes, saje wat tulis2 atas buku, conteng2 mende yang tak patut nak bagi hint kat cikgu yang sebenarnya 'saya tak nak dengar la cikgu...' sekarang...

Aku adalah DIA.. pernah aku masuk kelas.. 1 period aku membebel.. geram yang amat kat budak2.. isy.. aku still ingat yang aku cakap, "awak, kalu baca buku berpuluh2 pun, ilmu takkan lekat kalu tak hormat cikgu.." then, bile bunyi loceng, si Q ni cakap, "teacher, saya tulis kat buku ni apa yang teacher cakap" .. bile aku tengok buku nya, si budak ni tulis, 'ilmu takkan lekat kalu tak hormat cikgu..' OOoo.. rupenye menjadi jugak bebelan aku.. hikhik =P

Dulu dia mengajar kau buat tak endah..

Pernah jugak, tapi bukan la selalu.. hikhik.. buat tak endah bile teringat cik abang kat kelas sebelah.. kui3.. jadi tak endah ni bile dekat2 loceng bunyi... nak intai cik abang kuar.. ahaks.. lagi tak endah bile jadual tugas di kantin sama sebab aku dan dia pengawas sekolah.. isy, kuar awal lagi tuh..tak yah berebut2 nak makan... Sekarang..

Aku adalah DIA.. aku ingat lagi, lepas naik cuti pertengahan semester.. aku punye la syok nak bincang soalan exam.. masuk pulak kelas KIA.. ajar pulak BI..camne budak ni nak bagi perhatian.. aku pulak syok ngaja kat depan.. sekali tengok kat budak2 tu.. rupenye ade yang lukis orang lidi, warna gambar.. hangin satu badan.. balik sekolah terus pengsan sebab nyakit hangin dah datang =P

Dulu dia beri nasihat kau buat pekak..

Isy, tak pernah buat pekak.. dengar cakap cikgu ni.. anak murid patuh lagi nih =P .. kalu tak, tak kan dapat berjaya macam sekarang kan, cikgu?? Sekarang..

Aku adalah DIA.. aku bagi nasihat kat budak2 KIA.. memang dorang tak dengar.. dah berpuluh2 kali gitau kesian la kat mak ayah awak hantar awak ke sekolah, suh belajar.. awak datang sekolah main almari... awak buat balik je la almari ni kat rumah, main kat rumah.. tak yah datang sekolah.. tup2 .. esok aku datang sekolah, nasib baik almari tu ada lagi.. kot2 la dia ni 'lurus'.. dibuatnya bawak balik bebetul, mati aku nak menjawab dengan sekolah..

Dulu dia bawak rotan kau marah..

Tak pernah tengok cikgu bawak rotan.. maybe SMAASZA tak der rotan kot.. atau pun cikgu main gune pembaris kuning yang panjang tu je nak pukul orang.. Sekarang..

Aku adalah DIA..aku tak pernah jugak bawak rotan gi mari gi mari.. ingat nak halau anak kambing ke.. anak orang ler... hikhik.. walaupun aku ni garang jugak, menjerit2 dalam kelas, ade jugak budak sudi bagi hadiah mase hari guru.. so, means aku ni tak der buruk bebeno =P

Jadinya.. di kesempatan ni anim dan zubir nak ucapkan selamat hari guru kepada cikgu2 sekolah rendah pasir akar dan bukit payong, cikgu2 SMAASZA.. lecture UIA (matric & kuantan), lecture KMNS dan UPSI.. selamat hari guru.. guru menjana negara bangsa.. betul ke slogan nih? semalam tengok hari ni dah lupe.. =]

p/s: kak firjah, selamat hari guru.. untuk guru2 SKTS, selamat hari guru jugak..especially to my sis.. kak dah dan kak ma..selamat hari guru.. untuk mok.. jugak selamat hari guru walaupun guru ajar ngaji petang2 kt rumah =]


1 Comment:

pIjaH said...

haniem.. kad khwin anim smpi doh...huhu... i'Allah pijah pi dgn imah, aimi.. pijah stay umah tok imah.. kui3.. xsbor ni niem.. ;)

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online